Kids Swimming Class

Assalamualaikum,

Lama tak cerita ceriti pasal anak-anak dan diri saya,kan? hehehe menyepi la pulak tahun ni. Bz tu biasa la ekkk…

Nak cerita anak-anak dah mulakan kelas renang mereka pada 27 Mac 2011 yang lalu. Kelas renang ini saya ambil 2 kali seminggu di Pusat Akuatik Shah Alam, disebelah TESCO tu.


Qistina masa hari pertama kelas

Qaisara masa Hari pertama kelas

Ummi dan Wan tengok dari jauh jer

Saya sengaja ambilkan kelas malam daripada pukul 8-9 malam pada setiap Selasa dan Rabu. Kenapa saya enrolled 2 hari seminggu kelas renang ni untuk anak-anak saya? Emmm, sebabnya semasa perbincangan dengan Cikgu, Cikgu renang tu cakap kalau semingu sekali kelas, budak budak senang lupa. Betul juga yer. Pas tu, bila dilihat dari segi bayaran, lebih murah jika ambil 2 kelas seminggu berbanding 1 kelas seminggu. Jadi berkampunglah saya dan Mama saya di Pusat Akuatik daripada pukul 7.50 malam hingga hampir 10 malam di Pusat Akuatik Shah Alam tu setiap Selasa dan Rabu untk menemani anak-anak.

Macam biasa la, Qistina tu masa kelas pertama, dia dah start nangis la, kan.. Tapi Qaisara pulak, Ya Allah, terlebih excited main air sampai cikgu kata dia tak boleh dengar arahan. Tapi masuk hari kedua, saya tengok water confident Qistina dah makin bagus dan Qaisara dah mula dengar kata Cikgu. Agaknya masa hari pertama tu, masing masing masih belum selesa dengan Cikgu Syafik.

Semalam juga telah masuk kelas renang yang ketiga. Qaisara merajuk masa kelas sebab Cikgu tak pimpin tangan dia dan letak dia jauh daripada Qistina. hehehehe.Budak tu memang kuat merajuk.


Qaisara merajuk masa Birthday Party Baby Cinta di Wondermilk, Solaris.

Dah masuk hari ketiga kelas semalam, saya dapati anak-anak saya suka berenang. Qistina dah makin improve dia punya water confident dan Sara?Emmm, dia memang confident walalupun dah terlemas masa bermain air selepas kelas kedua minggu lalu. Kejat Mak tengok anak Mak lemas dalam air cetek, you. Nasib baik Qistina ada, cepat cepat dia angkat adik.

Ok la, chow dulu.

Salam Kasih,

Kelas Asas Penyusuan

Assalamualaikum,

Kelas Asas penyusuan kini kembali akan diadakan di Bandar Putera, Klang.

Butiran Kelas adalah seperti berikut berikut:

Tarikh : 21 April 2012 (SABTU)

Masa : 9.30 Pagi – 12-30 Tengahari

Bayaran : RM70 seorang atau RM130.00/pasangan (suami/ibu/ibu mertua/ babysitter atau sesiapa saja)

Sila daftarkan nama anda LIST OF ACTIVITY: Breastfeeding Class yang berada di sebelah kiri laman web kami. Bayaran perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh kelas.

Mari bersama kita memartabatkan penyusuan ibu!

 

Salam kasih,

 

 

Pakej BABY N ME Cradle / Buaian Berendoi/Buaian Akikah Utk Majlis Akikah/Cukur Jambul

Assalamualaikum,

Kami mempunyai 2 jenis buaian berendoi utk disewa iaitu

  1. Baby N Me Fairy Tale Cradle
  2. Baby N Me Sleeping Beauty Cradle

Berikut adalah pakej terkini yang ditawarkan kepada pelanggan yang berminat untuk menyewa buai /Cradle / Buaian Berendoi utk buaian jenis Baby N Me Fairy Tale Cradle:

 

A. PAKEJ BELLA

1.Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) (tidak Termasuk Bakul Putih)
5. Hiasan Bear

B. PAKEJ SARATINA

1.Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkin
5. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
6. 2 hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
7. Karpet

 

C. PAKEJ REPUNZEL

1.Sewa Buaian
2.Hiasan Buaian
3.Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkin
5. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
6. 2 hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
7. Patung teddy bear
8. Bantal hiasan
9. Karpet
10. Backdrop

D. PAKEJ CINDERELLA

1. Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkim
5. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
6. 2 Hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
7. Patung teddy bear
8. Karpet
9. Backdrop
10. Bantal hiasan
11. Alatan Cukur jambul
12. Sportlight
13. Paper lantern

E. PAKEJ BABY N ME FAIRIES GARDEN

1. Garden Structure + Hiasan
2. Sewa Buaian
3. Hiasan Buaian
4. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
5. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkim
6. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
7. 2 Hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
8. Hanging Lantern
9. Patung teddy bear
10. Karpet
11. Backdrop
12. Bantal hiasan
13. Alatan Cukur jambul
14. Sportlight
15. Stand Sangkar Burung
16. Sangkar burung + hiasan

 

BERIKUT ADALAH PAKEJ BAGI BABY N ME SLEEPING BEAUTY CRADLE:

A. PAKEJ PRINCESS JASMINE

1. Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. Hiasan Bunga (kecil)

5. Bekas merenjis

 

Sila baca syarat dan terma kami. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat kami, kami mungkin bukan perancang majlis yang anda cari. Syarat ini mungkin berubah mengikut kesesuaian berdasarkan pertimbangan kami dan juga keadaan.

Syarat dan terma:

1. Warna tema yang sediada ialah Baby Purple, Baby Pink, White, Butter Yellow & Baby Blue Theme. Sekiranya anda inginkan warna tema selain daripada yang tertaera diatas, kos penyewaaan adalah berlainan. Kami akan memberikan sebutharga untuk tema anda.

2. Anda juga boleh mencadangkan konsep pilihan anda dan sebutharga akan diberikan berdasarkan konsep yang anda minta.

3. Rangka buaian kami juga boleh disewa sebagai mini pelamin untuk bertunang ataupun khatam Quran.

4. Pembayaran deposit sebanyak 50% perlu dibuat sebagai jaminan untuk menyimpan tarikh majlis anda. 50% lagi perlu dibayar sebelum pemasangan buaian dibuat.

5. Sekiranya terdapat kecacatan atau kehilangan pada buaian dan barang perhiasan, pihak pelanggan perlu membayar ganti rugi berdasarkan harga barang tersebut. Contohnya jika kehilangan anak patung – pembayaran ganti rugi dibuat berdasarkan harga anak patung tersebut.

6. Sekiranya kawasan majlis anda berada diluar Lembah Klang, tempat tinggal perlu disediakan untuk team Baby N Me bermalam.

7.Kami bersedia menerima tempahan mengikut tema dan bajet anda. Jika anda perlukan perkhidmatan selain di atas seperti catering/ jurugambar/makeupartis/penyediaan custom made goody beg/bunga telur /custom made chocolate wraping , ballon dan lain-lain lagi, sila beritahu kami. Kami sedia berbincang untuk memberikan perkhidmatan dan harga yang berpatutan.

8.Penghantaran
Sekitar 20 km pertama – Percuma
Lain-lain kawasan/daerah/negeri – bergantung kepada jarak perjalanan (sekali caj sahaja)

Sila hubungi 016-3855189 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Salam Kasih,

BABY N ME Cradle/Buaian Berendoi Untuk Majlis Berendoi/Cukur Jambul/Akikah

Assalamualaikum,

BABY N ME menyediakan perkhidmatan penyewaaan Buaian Berendoi untuk majlis berendoi/cukurjambul/akikah untuk anak anda. Buaian kami sangat Cantik, kukuh, selamat dan menggunakan besi tempawan. Jika berminat untuk menyewa boleh hubungi admin@babynme.com.my atau call  016-3855189.

Untuk melihat contoh package, sila klik kat sini ye.

Salam Kasih,

Medela on SALE!!

Assalamualaikum,

CRAZY SALE! on  MEDELA Breastpump in March 2012! Berbaloi-baloi!

 

 

 

 

 

Interested? Pre-order items and please proceed your order to admin@babynme.com.my. 50% deposit are required for this offered to make sure you are really serious to purchase.

Warm Regards and Salam Kasih,

 

Ujian Kesihatan

Assalamualaikum,

Lama juga tak update kan mengenai hal berkaitan penyusuan dan hal-hal yang berkisar dalam kisah hidup saya. Saya agak sibuk buat masa ini. Weekend saya dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga dan juga aktiviti perniagaan. Saya ada, masih ada Cuma masa sangat mencemburui dan mendahului saya, maka bersawang sawanglah blog ini.

Ditambah dengan kesihatan saya dan anak-anak yang agak kurang memberansangkan. Migrain saya tidak mahu surut dan saya masih belum boleh tengok secara terus pada cahaya yang terang dan memerlukan saya memakai cermin mata hitam bila melakukan aktiviti diluar. Anak-anak juga asyik on off sahaja demamnya. Risau pulak saya.Sejak kami balik bercuti daripada A Famosa, Melaka, kesihatan anak anak saya merosot terutamanya Qistina. Qistina dah kurang aktif sampai cikgu-cikgu juga bertanya.

Saya tak sabar nak jumpa balik Physian saya, Dr. Jeeta next week sebab migraine ni. Appointment patutnya this week tapi klinik tutup so ubah next week la…Juga harap saya dapat jumpa dengan Doktor mata kerana mata saya akan sakit jika perlu mengerling ke kiri dan kanan… Bila memandu, perlu ubah kedudukan kepala bila nak memandang cermin sisi… Sabar.. Redha…Ini dugaan yang Allah berikan untuk menguji keimanan saya. Saya juga nak bawa Qistina sekali lagi ke klinik dan hospital supaya fully medical chek up boleh dibuat pada dia. Risau saya sebab dia asyik demam, sakit perut dan asyik mengadu sakit otot…

Doakan saya dan anak-anak sihat yer…

Salam Kasih,

MEDELA BREASTPUMP ON SALE AGAIN!

 

Untuk maklumat lanjut sila ke Kedai Online BABY N ME.

Offer sangat berbaloi untuk penjimatan. Cepat order!

 

Salam Kasih,

 

Bersawang

Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama tak menulis disini. Bersawang penuh dah ni.. Kesian blog ni..Sunyi jer..Mood sangat sangat lari daripada menulis. Entah kenapa la agaknya, kan. Satu lagi agak sibuk juga menguruskan perniagaan baru, buaian berendoi untuk majlis akikah, cukur jambul dan berendoi yang menggunakan ‘Baby N Me Fairy Tale Cradle’ ni. Laris macam goreng pisang panas. Untuk bulan 7 pun dah ada yang booking.

Apa cerita terbaru? Saya cerita terbaru tak de tapi kesihatan kurang memuaskan sejak 2 minggu yang lalu. Migrain tak hilang hilang. Semalam baru lepas jumpa pakar di DEMC, Shah Alam. 2 minggu lagi follow up balik. Tengok ada perubahan atau tak…

Oh ya, Baby N Me akan menambah koleksi buaian berendoi. Jenuh gak la memikirkan design yang cantik dan selamat. Tunggu ya.

Oh ya, lagi satu, kedai kami masih lagi mengamalkan konsep dibuka melalui temujanji buat masa ini. So saper yang terasa tengah malam nak beli barang, boleh je call sebab kami sangat flexible dengan masa.

Ok la, hingga jumpa lagi nanti.

Salam kasih,

 

February Promotion!

Assalamualaikum,

Get Baby N Me Fairy Tale Cradle  full package at this price – -> RM650.00 only! Book your baby’s berendoi event date now!

What is include in this package? Here it is  :

Pakej 9 (Cinderella)-  Nomal rental price  is RM750.00
  1. Sewa Buaian
  2. Hiasan Buaian
  3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
  4. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkim
  5. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
  6. 2 hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
  7. 3 patung teddy bear
  8. Karpet
  9. Backdrop
  10. Alatan Cukur jambul
  11. Sportlight
  12. Goody beg untuk 20 orang (marhaban)

So boleh booking dah date anda. Bulan depan, 3 bulan lagi ? Tak kisah. Harga valid untuk majlis yang akan diadakan daripada Feb 2012 hingga May 2012 sahaja yer…

nak booking? Email kami di admin@babynme.com.my

 

Salam kasih,

 

Fatwa Terkini : Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

Assalamualaikum,

Berikut adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berhubung hukum ibu susuan. Harap dapat membantu memperjelaskan lebih lagi bagi mereka yang berkenaan.
Keputusan:
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1.
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
2.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
3.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
4.
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
5.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
6.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
7.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
Salam kasih,
logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2024
M T W T F S S
« Mar    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.