Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Sakitnya tuh Di Sini Versi Rock Kapak!
Assalamualaikum,
Sekarang ini sedang viral sangat sangat lagu ni..tapi dalam banyak banyak video klip cover version, saya amat suka yg versi ayaq mata ni…versi rock kapak!!!
Sakitnya Tuh Disini Versi Air mata
Best tak suara dia? Bestkan….

Majlis Berendoi/akikah/cukur jambul anakanda pelakon Rabecca Nur Al Islam
Assalamualaikum.
Agak dah lama juga ni. Dah sebulan baru nak update cerita pasal buai / buaian berendoi BABY N ME yang digunakan untuk majlis berendoi/akikah/cukur jambul puteri kedua, Baby Nur Anggerik Renismee anakanda kepada pelakon cantik manis Rabecca Nur Al Islam dan suami, Nor Azam Datuk Sulaiman. Majlis berlangsung pada 2 November 2013. Di majlis yang sama juga diadakan sambutan harijadi yang pertama untuk puteri pertama mereka Nur Anggun Riverra.
Majlis ini juga mendapat liputan media dan juga rancangan berprestij tinggi NONA, TV3.
Kalau ada yang nak booking pelamin begini, call or whatsapp 0163855189 atau nak ber instachat pun boleh. Follow kami @babynmemsia.
Enjoy gambar ye.

Pakej terkini – Pakej Cinta Kasih
Assalamualaikum,
Kami ada pakej baru untuk buaian berendoi/akikah/cukur jambul yang kami namakan Pakej Cinta Kasih.
Didalam gambar ialah Pakej Cinta Kasih.
Tempahan untuk tahun 2014 kini dibuka.
Pakej termasuk :
Buaian Fantasia
Console table
Tempat duduk ibu
Tilam
Bantal kepala
Bantal peluk
Bantal hiasan
Karpet bulu
Stage
Backdrop
Artificial decoration flower
Sportlight
Stand Chandilier
Bekas peralatan cukur jambul
10 Goody bags ( mineral water + personalise fridge magnet +
Bunga telur teddy bear/bunga pom pom)
Syarat-syarat:
1.Tempahan perlu dibuat sekurang kurangnya sebulan untuk memberi laluan kerja-kerja printing personalise fridge magnet & bunga telur.
2. Sekiranya masa tempahan kurang dpd sebulan, item didalam goody bag akan ditukar mengikut kesesuaian.
3. Deposit 50% perlu dibayar untuk mengesahkan tempahan.
4. Kami memahami adakalanya pelanggan mempunyai idea dekoarasi idaman yang tersendiri. Sekiranya pelanggan mempunyai idea dekorasi idaman sendiri, mohon maklumkan. Kami akan memberikan sebutharga yang bersesuaian dengan bajet dan dekorasi idaman pelanggan.
5. Sebarang kerosakan pada barangan yang disewa, bayaran gantirugi akan ditanggung oeh pihak pelanggan.
6. Pada tahun 2014, harga sewaan buaian berendoi adalah termasuk sekali kos pengangkutan.
7. Rundingan boleh dibuat untuk dekorasi bagi menyesuaikan dengan bajet pelanggan. Kami hanya menjalankan kerja dekorasi pelamin/buaian berendoi dan tidak akan membuat kerja mengemas rumah pelanggan. Mohon dikosongkan kawasan yang diperlukan untuk meletak pelamin/buaian.
8. Sekiranya anda berdekatan dgn butik kami di Bandar Putera, Klang,anda dialu-alukan untuk datang untuk membuat rundingan dan tempahan. Namun begitu, temujanji perlu dibuat terlebih dahulu.
9. Kami boleh dihubungi melalui telefon/sms/whatsapp di no 0163855189.
10. Kami juga boleh dihubungi melalui melalui instachat & twitter. Please follow @babynmemsia.

TALIAN TELEFON MENGALAMI GANGGUAN
Assalamualaikum,
Para pelanggan yang dihormati, talian telefon kami sedang mengalami gangguan. Kami tidak dapat membalas sebarang sms ataupun panggilan telefon sejak 9/8/2012.
Segala kesulitan adalah sangat dikesali.
Salam Kasih,
Baby N Me di dalam Redmummy.com Sempena Majlis Akikah/Cukur Jambul/Berendoi anak Kak Red
Assalamualaikum,
Kebetulan pula pada hari yang sama, Baby N Me appeared juga dalam Redmummy.com pada 5 June 2012 yang lalu. Boleh baca dan tengok banyak lagi gambar kat Sini.
Pictures credit to The Photoliciuos. Oh ya, deco kali ni memang 100% daripada Baby N Me. Berpeluh memasang buaian hari tu…Stucture tu memang payah nak pasang oleh team gegirl like us kat Baby N Me.
So sharing the picture kat blog Redmummy semasa majlis Berendoi Baby Zeeshan aka Baby Red.
Ok. Tu jer. TQ Kak Red and family yang baik hati. Adik I, Scha ingatkan Kak Red baru ada anak sorang, Baby Red.

Dapat cukup susu diawal kelahiran?
Assalamualaikum,
Apa khabar? Lama tak ada mood nak tulis pasal breastfeeding. Ai kecewa dik. tu yang sedikit merajuk nak tulis pasal breastfeeding.
Tak pe la, kan. Itu dulu…Ni nak sambung cerita pasal breastfeeding. Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana nak tahu baby dapat cukup susu diawal kelahiran. Ramai yang beri alasan ‘Susu macam tak ada bila dipicit puting payudara’. Ya, memang susu semacam tak ada tetapi percayalah, bahawa bila bayi anda kerap stimulate, Insya Allah susu itu ada.
Lagi satu ingatlah yang purata jumlah susu ibu/penyusuan ialah 5 ml sahaja. Itu dah cukup untuk baby anda. Yang perlakuan baby suka melekap jer tu adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru dilahirkan. Menangis? Itu pun biasa sebab baby belum rasa selamat dan masih dalam suasana yang baru. Dah biasa 9 bulan berada di dalam perut, kan? Jadi bila pindah umah yang lebih luas, rasa canggung pulak la, kan? dah la blom kenal sesiapa kecuali mummy. Jadi bila berenggang sedikit dengan mummy maka baby dah gabra. Disebabkan baby blom tahu bercakap yang dia perlu pelukkan, belaian dan perlu berdekatan maka, tangisan saja la sebagai isyarat yang dapat dibuat oleh baby. Kalau dia boleh bercakap, kang mummy dan daddy plak suspen, kan?
Tanda dapat cukup susu
Salah satu cara yang perlu di ambil kira ialah melihat samada bayi kelihatan puas selepas menyusu dan tidak meragam selepas disusukan. Tetapi perlu diingatkan bahawa itu bukanlah satu satunya petanda bayi mendapat cukup susu. Yang paling penting semasa menetukan cukup atau tidak susu ialah dengan melihat kepada lampin basah baby. Berapa kali dia pee pee dan berapa kali dia poo poo plak.
Ok ini table untuk anda jadikan panduan untuk tahu samada anak anda mendapat cukup susu atau tidak.
Oh ya, cuba lihat gambar dan warna poo poo baby dalam gambarajah dibawah untuk tahu dia cukup susu atau tidak.
Err, kaler untuk day 1 tu sebenarnya lebih gelap dan hitam macam kat bawah ni
Gambar kredit to http://idanas.blogspot.com/
So happy breastfeeding dan dont think to much because stress will always inhibit in your milk production.
Love you all and my heart always with you & breastfeeding!
Kenangan semasa gathering Susuibu.com yang pertama untuk tahun 2009.
Salam kasih,

BABY N ME Cradle/Buaian Berendoi Untuk Majlis Berendoi/Cukur Jambul/Akikah
Assalamualaikum,
BABY N ME menyediakan perkhidmatan penyewaaan Buaian Berendoi untuk majlis berendoi/cukurjambul/akikah untuk anak anda. Buaian kami sangat Cantik, kukuh, selamat dan menggunakan besi tempawan. Jika berminat untuk menyewa boleh hubungi admin@babynme.com.my atau call 016-3855189.
Untuk melihat contoh package, sila klik kat sini ye.
Salam Kasih,

Hubungi Saya Di…..
Assalamualaikum,
Jika ada yang ingin menghubungi saya selain daripada talian telefon, saya boleh dihubungi melalui
- Skype : zatul.hijanah
- Yahoo! : Hijanah
- Facebook : Zatul Hijanah Ramzi
Saya selalunya akan online 24/7. Namun begitu, jika saya tidak menjawab, saya mohon maaf. Mungkin pada ketika itu, saya sedang sibuk menguruskan sesuatu ataupun sedang bermesyuarat. Harap maklum.
Salam kasih,
