Kids Swimming Class
Assalamualaikum,
Lama tak cerita ceriti pasal anak-anak dan diri saya,kan? hehehe menyepi la pulak tahun ni. Bz tu biasa la ekkk…
Nak cerita anak-anak dah mulakan kelas renang mereka pada 27 Mac 2011 yang lalu. Kelas renang ini saya ambil 2 kali seminggu di Pusat Akuatik Shah Alam, disebelah TESCO tu.
Qistina masa hari pertama kelas
Qaisara masa Hari pertama kelas
Ummi dan Wan tengok dari jauh jer
Saya sengaja ambilkan kelas malam daripada pukul 8-9 malam pada setiap Selasa dan Rabu. Kenapa saya enrolled 2 hari seminggu kelas renang ni untuk anak-anak saya? Emmm, sebabnya semasa perbincangan dengan Cikgu, Cikgu renang tu cakap kalau semingu sekali kelas, budak budak senang lupa. Betul juga yer. Pas tu, bila dilihat dari segi bayaran, lebih murah jika ambil 2 kelas seminggu berbanding 1 kelas seminggu. Jadi berkampunglah saya dan Mama saya di Pusat Akuatik daripada pukul 7.50 malam hingga hampir 10 malam di Pusat Akuatik Shah Alam tu setiap Selasa dan Rabu untk menemani anak-anak.
Macam biasa la, Qistina tu masa kelas pertama, dia dah start nangis la, kan.. Tapi Qaisara pulak, Ya Allah, terlebih excited main air sampai cikgu kata dia tak boleh dengar arahan. Tapi masuk hari kedua, saya tengok water confident Qistina dah makin bagus dan Qaisara dah mula dengar kata Cikgu. Agaknya masa hari pertama tu, masing masing masih belum selesa dengan Cikgu Syafik.
Semalam juga telah masuk kelas renang yang ketiga. Qaisara merajuk masa kelas sebab Cikgu tak pimpin tangan dia dan letak dia jauh daripada Qistina. hehehehe.Budak tu memang kuat merajuk.
Qaisara merajuk masa Birthday Party Baby Cinta di Wondermilk, Solaris.
Dah masuk hari ketiga kelas semalam, saya dapati anak-anak saya suka berenang. Qistina dah makin improve dia punya water confident dan Sara?Emmm, dia memang confident walalupun dah terlemas masa bermain air selepas kelas kedua minggu lalu. Kejat Mak tengok anak Mak lemas dalam air cetek, you. Nasib baik Qistina ada, cepat cepat dia angkat adik.
Ok la, chow dulu.
Salam Kasih,

Assalamualaikum and hye sis! I was wandering over in internet searching about swimming class in akuatik when i found your blog. Sis, could you spare me the details about the swimming class as i am very interested to send my sons over there. Thank you so much sis and appreciate your time.
Warm Regards
Nabilah
Hi Nabilah,
Check out their website at http://www.maiswim.com
Terima Kasih Bonda Q kerana maklumat2 di dalam blog Puan. Untuk bakal2 pelanggan kami, sila hubungi kami di 019-3767111 Najiha, 019-3116887 Sarah dan 019-3110262 Bukhari. Website kami http://www.maiswim.com untuk swimming class dan http://www.ombakdiver.com untuk scuba diving.tq