Posts Tagged ‘Kesihatan’

BAHAGIAKAH KITA

Salam,

Saya menulis untuk tajuk ini kerana satu topik di  forum di website yang membincangkan tajuk bahagiakah kita. Pada saya bahagia atau tidak rumahtangga kita bergantung kepada expectation kita dan cara kita membantu suami mengemudikan bahtera rumahtangga. Kalau terlalu tinggi expectation kita tapi realitinya tidak mencapai standard expectation itu, maka akan kecewalah kita. Kalau sederhana saja expectation kita, maka kuranglah rasa kecewa yang kita alami atau kita akan berasa senang dan selesa dengan keadaan yang kita alami.

Kalau di katakan perubahan perangai pasangan, saya rasa itu telah menjadi lumrah seagai manusia. Manusia mana yang tidak berubah? Kalau tidak berubah mungkin ianya bukan dinamakan manusia, kan?

Ini adalah komen saya terhadap apa yang dibincangkan dalam forum tersebut. Situasinya si isteri mempunyai pandangan dan pendapat yang bertentangan dengan si suami..maka pesoalan-persoalan dibawah ini selalunya menjadi sebab ketidakpuasan hati masing-masing.

Salam,

entah kenapa saya terpanggil nak memberi komen utk cerita dot dot dot ini.

Pendekatan  saya ialah

politik :

walaupun  tidak selalunya sependapat, cuba tunjukkan sokongan kepada pendapat dia mengenai politik. Tak apa la kita pura-pura sikit asalkan bila kita mengundi, kita tahu siapa yang kita undi dan rumahtangga kita tak goyang hanya kerana politik.

Pakai tudung & tudung mesti labuh sampai dada:

yer dalam agama Islam juga memang disuruh labuhkan tudung sehingga menutup dada. Jadi ini tak ada masalah dan tak perlu dipertikaikan kerana memang hukum Allah. (Harap jangan salah faham yer, bukan kondem yang tak bertudung. Saya juga dahulunya tidak bertudung kepala)

tak suka saya berhias lebih sikit:

ok, tak apa saya turutkan..tapi lama-lama dia sendiri komplen yang kita tak pandai berhias dan suruh berhias cantik-cantik semula , so saya mula la balik berhias dengan niat untuk senangkan hati suami tanpa ada sebarang komen  atau pulang paku buah keras tentang permintaan dia yang awal dulu (suh saya jangan berhias sangat)..Janji suami senang dengan kita, kan?..

Suka bawa balik kerja pejabat ke  rumah:

alahai, sikit punya hal kecik pada saya.Boleh negotiate dengan kata-kata begini, ok boleh buat kerja opis di rumah tetapi hanya boleh buat selepas saya dan anak-anak tido sebab sebelum tu adalah masa yang perlu diperuntukkan dengan anak isteri.

Strict dalam berkata-kata:

kadang kala, kita sebagai isteri, rasanya kena belajar supaya tidak terlalu ter’sentap’ dengan kata-kata tegas suami kalau apa yang dikatakannya betul dan tak melanggar hukum Allah. Tetapi andai kata isteri ‘tersentap’ dengan kata-kata atau perbuatan suami, seperti yang lain-lain dah kata dan beritahu, adalah lebih baik diluahkan melalui kertas/surat/ataupun puisi. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertengkaran jika suasana menjadi tegang bila berbincang. Saya selalunya lebih suka memilih puisi kerana maksud puisi amat dalam dan tak perlu kata-kata yang panjang lebar untuk sampaikan maksud. Lepas tulis, letakkan buku nota tu ditepi bantal atau dada anda dan pura-pura la tidur serta biar lampu terpasang agar suami perasan dengan puisi tersebut.

Perangai dah tak macam dulu:

Saya rasa kita sebagai isteri selalu kata perangai suami kita tak seperti dulu. Tapi adakah kita perasan dan tahu yang perangai kita juga dah tak seperti masa mula-mula kawin atau masa berkawan-kawan dulu? emmm..kena kaji juga faktor tu..

Kalau hati kita terlalu sakit dan geram pada suami, mungkin kita boleh tenung-tenung dan ingat-ingat kembali pada bright side suami plak. meaning yang perangai dan perkara-perkara yang baik yang suami ada.

 

Oh ya, satu pendekatan yang saya selalu amalkan ialah selalu menghantar sms yang romatik pada suami dan selalu cium pipi dia tak kira waktu (jgn la depan orang pulak kan). Biarpun dia tak balas semula sms atau ciuman saya, saya tak kisah.. Biar dia dah hilang sifat romatik asalkan jangan saya..Dan saya setuju dengan Liyana (kawan forum saya), kalau hubby boleh tahan melawak, sila la melawak.. kalau hubby bukan jenis tu, lupakan saja la..nanti lagi sakit hati bila dia balas lawak tu…kekeke..  - edited atas permintaan-

Reaksi  suami bila baca sms saya ni ialah baca dan tiada sms balasan kepada saya. Simpan satu hari dan kemudian delete. Adakah saya marah bila dia delete? tidak sebab saya tahu yang dia dah baca apa yang saya cuba sampaikan..
P/s: betul la, nak capai 5 tahun bukan senang, apatah lagii 10 tahun dan seumur hidup. Oleh itu, kita sebagai isteri kena banyak bersabar dan menerima dengan redha perangai suami selagi suami masih menjalankan tanggungjawab dan tak dera fizikal dan mental (maki hamun) kita.


Salam Kasih,


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
November 2024
M T W T F S S
« Mar    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.