Ujian Kesihatan
Assalamualaikum,
Lama juga tak update kan mengenai hal berkaitan penyusuan dan hal-hal yang berkisar dalam kisah hidup saya. Saya agak sibuk buat masa ini. Weekend saya dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga dan juga aktiviti perniagaan. Saya ada, masih ada Cuma masa sangat mencemburui dan mendahului saya, maka bersawang sawanglah blog ini.
Ditambah dengan kesihatan saya dan anak-anak yang agak kurang memberansangkan. Migrain saya tidak mahu surut dan saya masih belum boleh tengok secara terus pada cahaya yang terang dan memerlukan saya memakai cermin mata hitam bila melakukan aktiviti diluar. Anak-anak juga asyik on off sahaja demamnya. Risau pulak saya.Sejak kami balik bercuti daripada A Famosa, Melaka, kesihatan anak anak saya merosot terutamanya Qistina. Qistina dah kurang aktif sampai cikgu-cikgu juga bertanya.
Saya tak sabar nak jumpa balik Physian saya, Dr. Jeeta next week sebab migraine ni. Appointment patutnya this week tapi klinik tutup so ubah next week la…Juga harap saya dapat jumpa dengan Doktor mata kerana mata saya akan sakit jika perlu mengerling ke kiri dan kanan… Bila memandu, perlu ubah kedudukan kepala bila nak memandang cermin sisi… Sabar.. Redha…Ini dugaan yang Allah berikan untuk menguji keimanan saya. Saya juga nak bawa Qistina sekali lagi ke klinik dan hospital supaya fully medical chek up boleh dibuat pada dia. Risau saya sebab dia asyik demam, sakit perut dan asyik mengadu sakit otot…
Doakan saya dan anak-anak sihat yer…
Salam Kasih,

salam…
harap puan mendapat kesihatan yang baik semula..
saya minta pandangan dari puan ttg masalah saya ini…
anak saya lahir pada 16 jun 2011 dengan berat 3.1kg secara pembedahan. kini umur anak saya lebih kurang 9 bulan. tapi beratnya hanya 6.7kg dan tinggi 64.5cm. saya meberi susu ibu sepenuhnya kepada anaknya selain makan bubur nasi + ayam + lobak 4 hingga 5 kali dalam sehari. selain makan baby bites.. anak saya menolak susu formula. apakah yang harus saya lakukan supaya berat anak saya sesuai dengan umurnya?
salam…
harap puan mendapat kesihatan yang baik semula..
saya minta pandangan dari puan ttg masalah saya ini…
anak saya lahir pada 16 jun 2011 dgn berat 3.1kg secara pembedahan. kini anak saya berumur lebih kurang 9 bulan. tetapi beratnya hanya 6.7kg dgn tinggi 64.5cm. saya beri susu ibu sepenuhnya selain makan bubur nasi + ayam + lobak dan juga biskut baby bites. anak saya menolak susu formula. saya sudah mencuba pelbagai jenama susu formula dan bentuk puting yang berbeza..namun anak say tidak juga mahu…
saya rasa tertekan apabila rakan-rakan yang mempunyai anak sebaya berat anak mereka sesuai dgn umur tetapi anak sya tidak…
harap puan dapat memberi tunjuk ajar bagaimana saya mahu menyelesaikan masalah ini…