Posts Tagged ‘peribadi’
Ujian Kesihatan
Assalamualaikum,
Lama juga tak update kan mengenai hal berkaitan penyusuan dan hal-hal yang berkisar dalam kisah hidup saya. Saya agak sibuk buat masa ini. Weekend saya dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga dan juga aktiviti perniagaan. Saya ada, masih ada Cuma masa sangat mencemburui dan mendahului saya, maka bersawang sawanglah blog ini.
Ditambah dengan kesihatan saya dan anak-anak yang agak kurang memberansangkan. Migrain saya tidak mahu surut dan saya masih belum boleh tengok secara terus pada cahaya yang terang dan memerlukan saya memakai cermin mata hitam bila melakukan aktiviti diluar. Anak-anak juga asyik on off sahaja demamnya. Risau pulak saya.Sejak kami balik bercuti daripada A Famosa, Melaka, kesihatan anak anak saya merosot terutamanya Qistina. Qistina dah kurang aktif sampai cikgu-cikgu juga bertanya.
Saya tak sabar nak jumpa balik Physian saya, Dr. Jeeta next week sebab migraine ni. Appointment patutnya this week tapi klinik tutup so ubah next week la…Juga harap saya dapat jumpa dengan Doktor mata kerana mata saya akan sakit jika perlu mengerling ke kiri dan kanan… Bila memandu, perlu ubah kedudukan kepala bila nak memandang cermin sisi… Sabar.. Redha…Ini dugaan yang Allah berikan untuk menguji keimanan saya. Saya juga nak bawa Qistina sekali lagi ke klinik dan hospital supaya fully medical chek up boleh dibuat pada dia. Risau saya sebab dia asyik demam, sakit perut dan asyik mengadu sakit otot…
Doakan saya dan anak-anak sihat yer…
Salam Kasih,
