Maklumat untuk Tempahan Untuk Cradle/Buaian Berendoi/Buaian akikah/Buaian Cukur Jambul
Assalamualaikum,
Apa khabar? Lama tak dengar cerita saya dan anak anak kan? BZ sket la.
Last week Qistina dah menduduki ujian saringan untuk kemasukan ke SRAI. Kemudian saya pula telah selesai mengendalikan sesi ceramah slot penyusuan untuk PUSPANITA PTPTN di Damansara Height.
Oh ya, ni nak minta tolong sket, kepada yang berminat untuk menyewa pakej buaian berendoi kami, mohon kemukakan maklumat seperti dibawah yer:
Nama Ibu:
Nama Ayah:
Nama Baby:
Telefon No:
email:
Tarikh Majlis:
Kawasan Majlis:
Pakej:
Nota:
Bukan apa, ini untuk menyenangkan kami untuk menghubungi Puan-Puan dan Tuan- Tuan nanti.
Terima kasih atas kerjasama tuan-tuan dan Puan Puan.
Salam kasih,
Bawa papa shopping…
Assalamualaikum,
Apa khabar hari ni, selepas balik bercuti hari pekerja, mood nak kerja jadi tunggang langgang. Macam Monday blues plak, ekk?
Semalam saya membawa Papa shopping barang-barang mereka nak ke Mekah. Belikan apa yang patut. Jubah, selipar, baju singlet, cawat ihram, etc la. Papa akan berangkat Isnin nanti untuk melaksanakan ibadah umrah. I’m happy for papa dan tq pada Mak Usu yang sponsor pemergian papa menunaikan Umrah. Papa akan pergi ke sana bersama Pak Ngah.
Gambo tak de la masa shopping, sebab malas nak keluarkan tab ambil gambar. Rasanya nak kena beli hp kecik molek skit la yang ada kamera supaya senang ambik gambo?
Lepas penat bershopping, kena la plak kan bawa anak-anak ke kelas swimming derang. Ummi nak nak K.O sebab penat bawak Atuk derang shopping tapi deran g masih bertenaga nak swimming walaupun petang tu derang ikut sama. Nampak sangatlah Ummi dah tua. tenaga dah kurang…Tua ke?
So Officially this coming Saturday until Monday, I cuti kerja la. Kedai pun tak leh ada Appointment on that day. Saturday nak pasang buaian kat Bangi dan nak attend meeting kat Bandar Baru Bangi. Pas tu ada kenduri kahwin sepupu hubby dan nak jenguk Papa untuk tengok apa lagi keperluan yang perlu dibeli untuk dia ke sana.
So kalau ada yang nak konsultasi untuk breastfeeding atau nak datang kedai, petang Isnin boleh la yer…tapi call dolu, takut I ke CIDB Shah Alam. Ingat nak jumpa kawan-kawan lama yg ada kat sana lepas hantar papa di KLIA.
Salam Kasih,
Dapat cukup susu diawal kelahiran?
Assalamualaikum,
Apa khabar? Lama tak ada mood nak tulis pasal breastfeeding. Ai kecewa dik. tu yang sedikit merajuk nak tulis pasal breastfeeding.
Tak pe la, kan. Itu dulu…Ni nak sambung cerita pasal breastfeeding. Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana nak tahu baby dapat cukup susu diawal kelahiran. Ramai yang beri alasan ‘Susu macam tak ada bila dipicit puting payudara’. Ya, memang susu semacam tak ada tetapi percayalah, bahawa bila bayi anda kerap stimulate, Insya Allah susu itu ada.
Lagi satu ingatlah yang purata jumlah susu ibu/penyusuan ialah 5 ml sahaja. Itu dah cukup untuk baby anda. Yang perlakuan baby suka melekap jer tu adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru dilahirkan. Menangis? Itu pun biasa sebab baby belum rasa selamat dan masih dalam suasana yang baru. Dah biasa 9 bulan berada di dalam perut, kan? Jadi bila pindah umah yang lebih luas, rasa canggung pulak la, kan? dah la blom kenal sesiapa kecuali mummy. Jadi bila berenggang sedikit dengan mummy maka baby dah gabra. Disebabkan baby blom tahu bercakap yang dia perlu pelukkan, belaian dan perlu berdekatan maka, tangisan saja la sebagai isyarat yang dapat dibuat oleh baby. Kalau dia boleh bercakap, kang mummy dan daddy plak suspen, kan?
Tanda dapat cukup susu
Salah satu cara yang perlu di ambil kira ialah melihat samada bayi kelihatan puas selepas menyusu dan tidak meragam selepas disusukan. Tetapi perlu diingatkan bahawa itu bukanlah satu satunya petanda bayi mendapat cukup susu. Yang paling penting semasa menetukan cukup atau tidak susu ialah dengan melihat kepada lampin basah baby. Berapa kali dia pee pee dan berapa kali dia poo poo plak.
Ok ini table untuk anda jadikan panduan untuk tahu samada anak anda mendapat cukup susu atau tidak.
Oh ya, cuba lihat gambar dan warna poo poo baby dalam gambarajah dibawah untuk tahu dia cukup susu atau tidak.
Err, kaler untuk day 1 tu sebenarnya lebih gelap dan hitam macam kat bawah ni
Gambar kredit to http://idanas.blogspot.com/
So happy breastfeeding dan dont think to much because stress will always inhibit in your milk production.
Love you all and my heart always with you & breastfeeding!
Kenangan saya menyusukan Qaisara di public semasa gathering Susuibu.com yang pertama untuk tahun 2009.
Salam kasih,
Baby N Me Sleeping Beauty Cradle @ Majlis Akikah & Berendoi Anak Blogger Beautifulnara.com
Assalamualaikum,
Ini adalah gambar Baby N Me Sleeping Beauty Cradle yang telah dihias oleh What a Lovely wedding untuk putera kepada Blogger glamer Nara yang mengendalikan laman web www.beautifulnara.com.
So you oll, kalau nak sewa Baby N Me Sleeping Beauty dan nak deco cam ni, meh roger i dan kita boleh juga bagi deco yang ala-ala begini.
Salam kasih,
Kids Swimming Class
Assalamualaikum,
Lama tak cerita ceriti pasal anak-anak dan diri saya,kan? hehehe menyepi la pulak tahun ni. Bz tu biasa la ekkk…
Nak cerita anak-anak dah mulakan kelas renang mereka pada 27 Mac 2011 yang lalu. Kelas renang ini saya ambil 2 kali seminggu di Pusat Akuatik Shah Alam, disebelah TESCO tu.

Qistina masa hari pertama kelas
Qaisara masa Hari pertama kelas
Ummi dan Wan tengok dari jauh jer
Saya sengaja ambilkan kelas malam daripada pukul 8-9 malam pada setiap Selasa dan Rabu. Kenapa saya enrolled 2 hari seminggu kelas renang ni untuk anak-anak saya? Emmm, sebabnya semasa perbincangan dengan Cikgu, Cikgu renang tu cakap kalau semingu sekali kelas, budak budak senang lupa. Betul juga yer. Pas tu, bila dilihat dari segi bayaran, lebih murah jika ambil 2 kelas seminggu berbanding 1 kelas seminggu. Jadi berkampunglah saya dan Mama saya di Pusat Akuatik daripada pukul 7.50 malam hingga hampir 10 malam di Pusat Akuatik Shah Alam tu setiap Selasa dan Rabu untk menemani anak-anak.
Macam biasa la, Qistina tu masa kelas pertama, dia dah start nangis la, kan.. Tapi Qaisara pulak, Ya Allah, terlebih excited main air sampai cikgu kata dia tak boleh dengar arahan. Tapi masuk hari kedua, saya tengok water confident Qistina dah makin bagus dan Qaisara dah mula dengar kata Cikgu. Agaknya masa hari pertama tu, masing masing masih belum selesa dengan Cikgu Syafik.
Semalam juga telah masuk kelas renang yang ketiga. Qaisara merajuk masa kelas sebab Cikgu tak pimpin tangan dia dan letak dia jauh daripada Qistina. hehehehe.Budak tu memang kuat merajuk.

Qaisara merajuk masa Birthday Party Baby Cinta di Wondermilk, Solaris.
Dah masuk hari ketiga kelas semalam, saya dapati anak-anak saya suka berenang. Qistina dah makin improve dia punya water confident dan Sara?Emmm, dia memang confident walalupun dah terlemas masa bermain air selepas kelas kedua minggu lalu. Kejat Mak tengok anak Mak lemas dalam air cetek, you. Nasib baik Qistina ada, cepat cepat dia angkat adik.
Ok la, chow dulu.
Salam Kasih,
Kelas Asas Penyusuan
Assalamualaikum,
Kelas Asas penyusuan kini kembali akan diadakan di Bandar Putera, Klang.
Butiran Kelas adalah seperti berikut berikut:
Tarikh : 21 April 2012 (SABTU)
Masa : 9.30 Pagi – 12-30 Tengahari
Bayaran : RM70 seorang atau RM130.00/pasangan (suami/ibu/ibu mertua/ babysitter atau sesiapa saja)
Sila daftarkan nama anda LIST OF ACTIVITY: Breastfeeding Class yang berada di sebelah kiri laman web kami. Bayaran perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh kelas.
Mari bersama kita memartabatkan penyusuan ibu!
Salam kasih,
Pakej BABY N ME Cradle / Buaian Berendoi/Buaian Akikah Utk Majlis Akikah/Cukur Jambul
Assalamualaikum,
Kami mempunyai 2 jenis buaian berendoi utk disewa iaitu
- Baby N Me Fairy Tale Cradle
- Baby N Me Sleeping Beauty Cradle
Berikut adalah pakej terkini yang ditawarkan kepada pelanggan yang berminat untuk menyewa buai /Cradle / Buaian Berendoi utk buaian jenis Baby N Me Fairy Tale Cradle:
A. PAKEJ BELLA
1.Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) (tidak Termasuk Bakul Putih)
5. Hiasan Bear
B. PAKEJ SARATINA
1.Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkin
5. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
6. 2 hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
7. Karpet
C. PAKEJ REPUNZEL
1.Sewa Buaian
2.Hiasan Buaian
3.Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkin
5. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
6. 2 hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
7. Patung teddy bear
8. Bantal hiasan
9. Karpet
10. Backdrop
D. PAKEJ CINDERELLA
1. Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkim
5. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
6. 2 Hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
7. Patung teddy bear
8. Karpet
9. Backdrop
10. Bantal hiasan
11. Alatan Cukur jambul
12. Sportlight
13. Paper lantern
E. PAKEJ BABY N ME FAIRIES GARDEN
1. Garden Structure + Hiasan
2. Sewa Buaian
3. Hiasan Buaian
4. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
5. 2 Hiasan Bunga (kecil) + 2 Bekas Pumpkim
6. 2 Hiasan Bunga Sederhana + pasu hiasan
7. 2 Hiasan Bunga Besar + pasu hiasan
8. Hanging Lantern
9. Patung teddy bear
10. Karpet
11. Backdrop
12. Bantal hiasan
13. Alatan Cukur jambul
14. Sportlight
15. Stand Sangkar Burung
16. Sangkar burung + hiasan
BERIKUT ADALAH PAKEJ BAGI BABY N ME SLEEPING BEAUTY CRADLE:
A. PAKEJ PRINCESS JASMINE
1. Sewa Buaian
2. Hiasan Buaian
3. Tilam, Bantal dan Bantal Peluk
4. Hiasan Bunga (kecil)
5. Bekas merenjis
Sila baca syarat dan terma kami. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat kami, kami mungkin bukan perancang majlis yang anda cari. Syarat ini mungkin berubah mengikut kesesuaian berdasarkan pertimbangan kami dan juga keadaan.
Syarat dan terma:
1. Warna tema yang sediada ialah Baby Purple, Baby Pink, White, Butter Yellow & Baby Blue Theme. Sekiranya anda inginkan warna tema selain daripada yang tertaera diatas, kos penyewaaan adalah berlainan. Kami akan memberikan sebutharga untuk tema anda.
2. Anda juga boleh mencadangkan konsep pilihan anda dan sebutharga akan diberikan berdasarkan konsep yang anda minta.
3. Rangka buaian kami juga boleh disewa sebagai mini pelamin untuk bertunang ataupun khatam Quran.
4. Pembayaran deposit sebanyak 50% perlu dibuat sebagai jaminan untuk menyimpan tarikh majlis anda. 50% lagi perlu dibayar sebelum pemasangan buaian dibuat.
5. Sekiranya terdapat kecacatan atau kehilangan pada buaian dan barang perhiasan, pihak pelanggan perlu membayar ganti rugi berdasarkan harga barang tersebut. Contohnya jika kehilangan anak patung – pembayaran ganti rugi dibuat berdasarkan harga anak patung tersebut.
6. Sekiranya kawasan majlis anda berada diluar Lembah Klang, tempat tinggal perlu disediakan untuk team Baby N Me bermalam.
7.Kami bersedia menerima tempahan mengikut tema dan bajet anda. Jika anda perlukan perkhidmatan selain di atas seperti catering/ jurugambar/makeupartis/penyediaan custom made goody beg/bunga telur /custom made chocolate wraping , ballon dan lain-lain lagi, sila beritahu kami. Kami sedia berbincang untuk memberikan perkhidmatan dan harga yang berpatutan.
8.Penghantaran
Sekitar 20 km pertama – Percuma
Lain-lain kawasan/daerah/negeri – bergantung kepada jarak perjalanan (sekali caj sahaja)
Sila hubungi 016-3855189 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Salam Kasih,
BABY N ME Cradle/Buaian Berendoi Untuk Majlis Berendoi/Cukur Jambul/Akikah
Assalamualaikum,
BABY N ME menyediakan perkhidmatan penyewaaan Buaian Berendoi untuk majlis berendoi/cukurjambul/akikah untuk anak anda. Buaian kami sangat Cantik, kukuh, selamat dan menggunakan besi tempawan. Jika berminat untuk menyewa boleh hubungi admin@babynme.com.my atau call 016-3855189.
Untuk melihat contoh package, sila klik kat sini ye.
Salam Kasih,































