Posts Tagged ‘Qistina’

Qistina punya cerita

As Salam,

Jarang saya nak bercerita mengenai anak-anak kan? Bukan tak mo cerita tapi saya ada reason saya sendiri mengapa jarang nak bercerita mengenai anak-anak. Segan pun ada sebab anak-anak saya pandai tapi tak la sepandai anak orang lain, kan…tapi saya bangga dengan anak-anak saya. Anak ko…saper tak sayang dan bangga, kan..

Ni nak cerita last week, hari khamis, sekolah Qistina dan seluruh sekolah Tadika ISlam MAIWP di Kuala Lumpur ni, ada majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ala, masjid yang jadi tempat Dato’Siti Nurhaliza, Angkawasan Negara dan Serina anak Chef Wan menikah tu. Wah dah cakap style mak limah plak ko.. So depa ada la perarakkan . Comey kome bebudak tu. Pakai baju sekolah dan di bubuh la selempang, bubuh la bulu ayam pada songkok, pakai la veil pada tudung. cute depa tu, kome. Rugi Ummi tak bawa kamera masa tu.

Atenye, Qistina lambat le sampai ke sekolah. Cikgunya kata pukul 7.30 pagi nak naik bas ke Masjid Wilayah tu, tapi kami sampai pukul 8 pagi kat sekolah (jalan jam ko). Jadi Ummi Qistina ni disebabkan kesian gak kat anak sebab dah berlatih marching selama 2 minggu, maka Ummi pun hantar le ke Jalan Duta tu. Huish, nasib baik la dah duk lama kat KL ni, jadi tau la jalan-jalan shortcut yang boleh ditempoh utk ke sana. 15 minit dah sampai kat Masjid Wilayah. Sampai sana, jenuh la pulak memusing satu masjid tu nak cari kat mana semua orang berkumpul. Masjid tu besau weh, penat kaki Ummi dan Qistina jalan laju-laju sebab takut orang dah start marching.

Meriah masjid tu hari tu. ramai la bebudak tengah beratur dan cikgi-cikgi tengah menyiapkan anak-anak muridnya. Mak pak pun ramai yang ambil cuti untuk tengok anak derang. Emm, Ummi jer tak cuti utk teman kan Qistina. Kalau Ummi tahu cam tu punya meriah, sure ummi cuti. Ada la Ummi tunggu dalam 10 minit kat situ selepas jumpa cikgu dan kawan-kawan Qistina yang tengah beratur siap siap nak marching. Pas tu Ummi dah bergegas nak ke opis. Apa jadi pagi tu, Ummi pun tak tahu.

Tengahri tu, masa ummi ambil Qistina balik daripada sekolah, Cikgu Zainon ucap tahniah pada Ummi. Aikk, tahniah untuk apa?

Oh, rupanya Qistina menang tempat pertama pertandingan mewarna. Wah, kembang kuncup Ummi. Berbaloi gak la ekk bila dulu dinding rumah habis kena conteng macam-macam kaler dan rupa. Ada hasil.

Petang tu, bila sampai kat umah, Qistina dok la show off kat anak-anak jiran hadiah yang dia dapat tu…Pertama kali menang pertandingan la katakan.. Nampak gayanya memang Ummi kena hantar pi DAVINCI kat Bukit Tinggi atau kat Kota Kemuning tu ekk untuk asah lagi bakat yang dia ada. Ada ke masa Ummi nak teman Qistina pi class ni? eemmm…. tengok ler…

Salam Kasih

Akhirnya diaperless

Salam,

Syukur alhamdulillah. Akhirnya Qistina dengan rela hatinya tidak mahu pakai diaper lagi. Sebelum ni memang dah tak pakai dah..Cuma time nak poo poo jer, dia mintak diaper..Time tido tu memang lama dah kami tak pakaikan. Memula tu memang terbabas gak sekali dua tapi lama-lama ok jer tido tanpa diaper sebabnya kami (saya n hubby)selalu terlupa nak pakaikan dia diaper time tido.Bila bangun pagi, tengok tak basah pun tilam so dah jimat la…

Sejak kemarin, kami belikan dia diaper yang termurah dipasaran sebab hanya nak pakai time poo poo. So petang semalam, bila dia minta diaper sebab nak poo poo, saya beri la diaper murah tu. Lepas tengok jer diaper tu, terus tak jadi nak poo poo. Bila dah jadi cam tu saya saja psyko Qistina, saya suruh dia poo poo kat toilet dia (beli lama dah..sejak blum ada Qaisara lagi), macam bila dia nak pee pee (pee pee boleh dalam toilet tapi poo poo tak leh sebab dia geli). Disebabkan dah tak tahan nak poo poo kot, dia terus setuju utk poo poo dalam toilet dia.
Yeayyy..akhirnya..dah tak perlulah kami beli lagi diaper untuk Qistina..Berjaya diaperless sebelum 4 tahun.. hehehe..beberapa hari jer lagi dia nak 4 tahun pun..Walaupun lambat,Tahniah tahniah ummi…Tahniah Qistina..

Sebagai reward kepada Qistina yang dah pandai guna toliet sepenuhnya, maka saya beri dia aiskrim strawberi dan juga mandi pink pool kecil kat depan umah.. Adik, apa lagi, tumpang sekaki la…

Hepi Besday Hubby! Surprise yang tak menjadi.

 

Salam,

Semalam besday hubby.
Kononnya saya nak wat suprise pada hubby dengan belikan kek dan masak masakan yang direquest untuk dimasak pada hujung minggu ni.
Kek dah beli dan disimpan dalam peti fridge. Tunggu hubby balik dan tunggu nak wat suprise jer masa dia tengok berita jam 8.
Tetiba masa maghrib tu, bila hubby balik, Qistina kecoh. Puas saya suruh dia diam dan kata ini suprise untuk Abah. Dia kata, ok, surprise ya ummi..

Lalu dia pi depan duduk depan tv. Senyap jer dia. Jam 8 lepas solat Maghrib, Hubby duduk tengok tv. Nak tengok berita.

Tiba-tiba ‘”Abah, ada surprise. ada kek dalam fridge. Abah, come and let see the cake, please.”

“Hahahahaha, pecah lubang” kata hubby..
Hampeh, terus amik kek, dan nyala lilin. kami (saya dan Qistina) nyanyi hepi besday utk hubby sambil bawak kek ke  hubby.                                     

Sampai jer depan hubby, Qistina jerit, “ABAH, SURPRISE!!!
hahaha..gelak saya dan hubby..nak surprise mende kalau hubby dah tau…

emmm..memang sah la Qistina belum tau apa makna surprise..Sabo jer la dengan Surprise yang tak menjadi tu..

kek abang

HEPI BESDAY, HUBBY! Luv u always.

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
November 2024
M T W T F S S
« Mar    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.