Mendidik Anak – Mencabarnya!
Assalamualaikum,
Mendidik anak bukan satu perkara mudah. Mahu memahamkan anak dalam sesuatu perkara juga sangat susah. Kena berulangkali.
Kali ini Qistina terpaksa saya bawa ke pejabat selepas waktu sekolahnya sebabnya saya lambat ambil dan masa tak mencukupi untuk saya memandu ke taska. Kejadian selepas waktu habis pejabat. Kebetulan dalam anak saya sangat suka mengasah pensil yang tumpul di pejabat saya. Habis semua pensil auntie dan uncle yang pendek semua ditajamkan. Nak jadi cerita, ada satu meja yang ada gula-gula coklat. Oleh kerana Qistina ini kanak-kanak dan sangat suka gula-gula, dia sudah ternampak gula-gula tersebut masa nak letakkan pensil yang dah tajam atas meja semula dan oleh kerana tarikan gula-gula sangat kuat bagi seorang kanak-kanak , gula-gula tu tadi diambil tanpa saya perasan. Dia makan dan bila sudah makan baru saya perasan.
Saya tanya ambil gula-gula dari mana? Dia diam. Kemudian, saya tanya lagi, dan dia jawab “kakak, tadi tajamkan pensil auntie, kakak Nampak gula-gula tu. Kakak makan la” jawab jujur seorang anak kecil yang tak mengerti itu adalah perbuatan mencuri. Saya memang agak marah bila dengar jawapan itu. Saya kata perbuatan Qistina itu salah, tak boleh ambil hak orang tanpa izin. Qistina menangis. Takut barangkali atau rasa bersalah. Datang seorang rakan sekerja saya bertanya kenapa Qistina menangis? Saya maklumkan anak saya ini sudah makan gula-gula tanpa izin. Dia berlalu dan kembali semula dengan sebungkus kecil gula-gula Fresh Fruit.Adadalam 3 biji tak silap saya.
Saya nak ajar anak saya mengenai kesan mengambil barang orang, jadi bila dia sudah berhenti menangis, saya terangkan perbuatan dia salah dan Allah marah orang yang mengambil barang orang lain tanpa izin. Nanti Allah potong tangan di akhirat. Bila dia dengar perkataan potong tangan, dia tanya macam macam. Boleh ke nak buka pintu kalau tak de tangan? Boleh pegang pensil tak? Boleh pegang cawan dan minum air, dan banyak lagi soalan. Pertanyaan jujur seorang anak kecil yang berusia 5 tahun. Jawapan saya semua ialah sukar dan saya tunjukkan cara mengambil dan memegang pintu, cawan dan pensil tanpa menggunakan tangan. Kemudian dia kata ‘susahlah Ummi’.
Saya kata lagi “kakak mesti ganti semula gula-gula yang akak dah ambil tadi.” Muka Qistina kelat sebab rasa kecewa satu gula-gula yang diberi oleh uncle perlu diberi sebegai ganti. Saya katakan padanya, ini perlu sebab kakak dah ambil gula-gula auntie tanpa izin. Maka perlu ganti dengan gula-gula yang kakak dapat dari uncle.” Dengan berat hati, dia meletakkan sebiji gula-gula di atas meja auntie. Mata penyesalan kerana mengambil gula-gula tanpa izin terpancar dari sinar mata anak kecil saya yang berusia 5 tahun ini. Rasa sayu sebab dia masih kecil dan tidak tahu perbuatannya salah. Tapi saya perlu ajar anak saya dari sekecil ini yang salah tetap salah. Tiada dikecualikan. “Kakak perlu tulis surat minta maaf pada auntie sebab ambil gula-gula dia tanpa izin” kata saya lagi. “Ha?” Qistina terkejut tapi akur. Saya berikan satu pen dan kertas agar dia boleh tulis sendiri permohonan maaf pada auntie. Satu satu perkataan ditulis. Bila dia tidak tahu bagaimana untuk mengeja, ditanya pada saya. Akhirnya siap. Saya ‘staple’kan gula-gula pada kertas dan suruh Qistina letakkan atas meja auntie.
Saya rasa, Qistina kini faham yang perbuatan mengambil barang orang lain tanpa izin tadi adalah salah. Saya harap dia akan ingat apa yang saya dah ajarkan padanya hari ini. Insya Allah. Walaupun akan ada suara yg akan berkata “alah, gula-gula sebiji sahaja, takkan itu pun nak ambil kisah”. Ye itu sekarang, hanya gula-gula sebiji. Bayangkan kalau saya tak menegur dan mengajarnya kesan perbuatan tersebut, apa akan jadi pada akhlak anak saya bila dia besar nanti? Nauzubillah… Minta dijauhkan anak-anak saya daripada perangai yang tidak baik.
“Ya Allah, jadikahlah anak-anak ku orang yang berakhlak baik dan solehah. Jauhkanlah mereka daripada perbuatan dan akhlak/perangai yang tidak baik.” Amin.
~ Anak kecil adalah seperti kain putih dan ibubapa yang akan mencorakkannya. Jika perbuatan salah anak tidak ditegur/diterangkan dan diajar sewaktu dia masih kecil kerana sayang dan merasakan dia terlalu kecil untuk faham, janganlah kita menyesal bila dia dewasa kelak ~
Salam kasih,
Menulis perlu ada Jiwa!
Assalamualaikum,
Apa khabar hari ini? Hari ke 9 dalam tahun baru, ada apa apa yang baru dah diperolehi? Hutang baru ker? Hehehe..Rasanya ramai yang ada hutang baru, isteri baru, anak baru, somi baru, etc la yer tak?
Saja saya merepek di tengahari buta ni. Teringat seorang sahabat yang bergelar editor dan penulis dan juga novelis saya yang kenal, Nora Herni. Diam tak diam dah banyak buku kanak-kanak yang dihasilkan. Lupa plak, dia sememangnya bekerja dalam bidang ini, memang la dah banyak karyanya, kan? Tahniah awak!
Salah satu buku yang dihasilkan oleh Nora Herni
Sebenarnya menjadi penulis ini bukan perkara senang. Idea dan kreativiti diperlukan agar jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan itu menjadi superb dan seterusnya pembaca akan terus membaca sehingga ke noktah terakhir sesuatu naskah/karya.
Selain mencari isi, saya rasa mencari tajuk kepada cerita/artikel/novel atau saya juga katakan karya adalah sangat susah dan mencabar kerana ianya penting untuk dijadikan daya penarik agar dapat menarik minat pembaca. Menulis ni sebenarnya perlu ada JIWA!
Bukan senang yer nak menjadi penulis dan menghasilkan sesuatu karya. Kena ada penyelidikkan fakta, perlu banyak membaca, olahan ayat dan sebagainya la. Jika bergambar, perlu dilihat dari segi hakmilik gambar tersebut. Perlu minta kebenaran dan keizinan daripada yang tuan punya. Secara bertulis ya bukan verbal approval sahaja. Esok-esok kena saman plak.
Kepada yang nak menulis, teruskan usaha. Tak kira la anda seorang penulis buku ilmiah, novel atau artikel mahupun blog sekali pun, anda antara orang yang berimaginasi tinggi dan sangat berbakat. Cuba tengok blog Red Mummy ni, tulis blog tapi dibayar lumayan tau.
Tidak salah rasanya untuk berangan-angan untuk melihat hasil tulisan anda diterbitkan. Saya juga dulu sering berangan-angan semasa zaman sekolah dan sewaktu usia 20an. Saya sering menulis cerpen dan sajak puitis dulu. Berangan je agar satu hari nanti hasil tulisan saya akan diterbitkan samada di dalam majalah ataupun bentuk buku. Daripada angan-angan itu, saya mencari jalan untuk hasil tulisan saya diterbitkan. Alhamdulillah, walaupun belum dalam bentuk buku, sudah hampir 3 tahun menulis dan mempunyai ruangan/kolum di sebuah majalah keibubapaan untuk saya berkarya/menulis di dalam majalah berbentuk ilmiah yang memberi banyak manfaat (saya rasa la) kepada ramai rakyat Malaysia (mudah-mudahan). Semoga satu hari nanti , akan terbit sebuah buku yang tertera nama penulisnya ialah Zatul Hijanah Ramzi. Sapa tahu, kan?
Tulisan pertama saya yang diterbitkan
Ruangan Soal Jawab Laktasi kendalian saya
Kepada Nora Herni, tahniah di atas buku-buku hasil tulisan anda. Nak tulis buku kanak-kanak lagi susah sebab nak imagine cam budak-budak padahal kita dah tua bangka dah. Herni, nanti nak pi beli pas ni! Tolong turunkan tandatangan yer!
Salam kasih,
Qaisara dah satu Tadika dengan Qistina!
Assalamualaikum,
Akhirnya sudah sampai tahun baru dan dah anak-anak dah mula sekolah. Qistina punyalah happy bila tahu hari Jumaat (6/1/2012) dah tiba. Sebabnya itu hari pertama dia naik sekolah dan berada dalam kelas 6 tahun. Ketawanya mengekek-ngekek. Gumbira tak terkata.
Saya ambil cuti sempena nak menghantar Qistina ke sekolah. dalam masa yang sama sudah tentu saya bawa sekali Qaisara untuk sama-sama hantar Qistina ke tadika. Tapi Qaisara ni pun sama excitednya dengan kakak macam la dia nak sekolah tadika. Emmm… dengan kasut sekolah, dengan track bottom dan t-shirt.. Jus like her kakaknya.
Masa hantar Qistina masuk kelas, suddenly cikgu Qistina suh adik daftar sekali kat Tadika tu. emmm…Alhamdulillah la sebab sebelum ni kami memang dah mengecek dengan cikgu untuk hantar Qaisara ke Tadika yang sama, tapi diletakkan dibawah KIV. Bila dapat peluang cam ni, emmm, senang la ummi cam ni. Pagi hantar satu sekolah jer. Pas tu tengahari ambil dan hantar 2 orng sekali balik taska.

Tudung Qaisara dah terbang, setengah jam jer ada kat kepala.
Daripada perbualan dengan cikgu, ada la dalam 11 org termasuk Qaisara murid 4 tahun. Alhamdulillah, ada la Qaisara kawan-kawan yang sebaya.
Kalau Isnin aka hari ke 2 ok, maka akan berterusanlah Qaisara bersekolah disana. Kalau tak, balik Taska la. Tahun depan baru mula semula. hehehe…
Oh ya, tahun ni Tadika MAIWP ada uniform baru, so sementara nak tunggu uniform siap, kena la pakai t-shirt n track bottom.
Salam kasih,
Kids Flower Arrangement Workshop + Fun Kids Traffic Zone
Assalamualaikum,
Apa khabar? sekolah dah nak mula semula dah kan? Cepatnya masa berlalu. Dah tentu Qistina orang yang paling menanti nanti masa untuk kembali ke sekolah. “Sekolah kakak ni cuti lama sangat la. Rindu Cikgu and friends” kata Qistina.
Apa aktiviti home school yang dilakukan bersama yer sepanjang cuti sekolah ni? Bercuti dan melancong? Balik kampung? Emmm, semua tu Qistina dan Qaisara ada buat. Balik kampung aka umah nenek/atok derang yang nunnnn jauh depan mata jer..kat Shah alam dan Kepong, KL. Hahahahaha..nak wat cam ner, nenek and atok tinggal dekat sangat.
“Kampung kita ni dalam bandar la, kakak” kata saya pada Qistina. Nak wat cam ner, kampung saya juga dalam bandar. Umah atok nenek sebelah ibu saya kat Johor Bahru tu. Tengah bandar ko…Tak sunyi langsung. Nasib baik la kampung sebelah ayah saya area kampung yang betul betul punya kampung, nun di Jelebu Tengah. Merasa la juga suasana kampung.
Balik semula ke tujuan asal dan tajuk entry ni…Melalut dah jauh dah ni…Iklan…
Sebenarnya kadang-kadang nak melakukan aktiviti home school bersama dengan anak-anak, kita tak perlu berbelanja besar. Adakalanya percuma atau belanjanya tak lebih daripada RM20. Cuma kena pandai cari aktiviti la..contohnya main layang-layang ke, swimming ka (public pool kat Putrajaya hanya bayar RM3 kalau tak silap saya).
Saya dan suami juga sentiasa mencari aktiviti berfaedah dan masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak. Atas sebab itu, Saya daftarkan nama kedua-dua anak saya untuk joint Kids Flower Arrangement Workshop, di Mid Valley. Workshop ni free tau! So pada 24 disember 2011 yang lalu, selepas habis waktu kerja separuh hari pada hari sabtu, kami bawa la anak-anak untuk joint aktiviti percuma ni. Kenapa saya pilih Kids Flower Arrangement Workshop ini berbanding dengan aktiviti lain yang ada dalam senarai Mid Valley? Sebabnya parents are allow to accompany their kids. Seronok tak terkata. Anak-anak excited dengan hasil kerja tangan mereka. Boleh bawak balik dan makan plak lepas tu.
Jom tengok gambar jom!
Ready to start the activity. Dah ambil pot masing masing.
Qistina & Qaisara kena interview dulu. Saya rasa mereka dipilih untuk diinterview because they’re the only Malay kids yang participated in this workshop kot?

Qistina tekun menghias pot dia sampai tak nampak Abah nak ambil gambar
Abah plak melayan dan guide anak-anak menghias pot derang.

Together-gether Ummi dan Abah menolong anak-anak buat flower arrangement.
Yeay! Kakak dapat sijil! tengok , cantik tak Kakak buat?
Yeay! Adik dapat sijil too!cantik tak flower pot Adik?
Jom Gambar ramai ramai!
Dah penat jalan kat Mid Valley, kami ke Carrefour Bukit rimau, Shah Alam pulak. Kami nak naik motor kat Kid Traffic Fun Zone (tak ingat dah apa nama sebenar tempat ni). Satu motor hanya RM7.00/15 minit.
Seronok, kan? Nak cuba? Boleh, gi je Carrefour Bukit Rimau.
What a memorable moments dengan anak-anak dan hubby on that day. Teringat masa zaman membesar, Papa & Mama pun selalu bawa kami melakukan aktiviti begini. Seronok!
Jumpa lagi!
Salam Kasih,
Home School – Bahan Mengajar Percuma
Assalamualaikum,
Apa khabar pada hari cuti ni? Emm, lagi seminggu jer nak tahun baru kan? Apa cerita azam tahun ni? Tercapaikah? Harap-harap tercapailah.
Saya saja nak share satu cara paling mudah dan jimat untuk ajar anak kita dirumah mengenai barangan. Tak perlu beli buku mahal-mahal atau kena keluar duit untuk electricity atau paper. sebab cara ini percuma. Yang perlu ialah masa dan masa dan kasih sayang.
Pernah terima tak sebarang leaflet aka iklan (saya panggil surat jemputan untuk shopping) daripada mana-mana pasaraya besar atau mana-mana kedai? Cam gambar kat bawah ni
Ha nampak tak dalam tu ada ikan, bawang, sayur… Ha kita boleh guna leaflet ini sebagai bahan mengajar kita untuk anak mengenal rupa barang atau nama barang. Kalau yang ala-ala tahu little-little dalam bahasa inggeris tapi nak ajar dalam english pun boleh. sebabnya description dalam bahasa inggeris ada tertulis kat gambar.
selain gambar tu,
Ha, ada gambar meja, almari buku,etc la yang boleh juga kita guna dalam mengajar anak kat rumah secara 0 cost.
Kami suami isteri memang suka dengan leaflet begini. Selain teruja nak kira cost perbelanjaan mingguan melalui offer yang dibuat, kami juga teruja untuk bermain dan mengajar anak. Kami akan main game “siapa tahu mana satu….” menggunakan leaflet ini. Anak-anak pun suka juga.
Bila kami pergi shopping barang keperluan harian di pasaraya, kami akan tanya semula anak-anak “siapa tahu barang ni namanya apa?”
So Selamat mencuba!
Salam Kasih,
BABY N ME di Bandar Putera
Assalamualaikum,
Baby N Me akan ada kedai fizikal dan Insya Allah akan beroperasi pada awal tahun 2012 ini. Sudi sudi la singgah yer. Untuk warga Bandar Putera, Bukit Kemuning, Kampung Jawa, Jalan Kebun, Taman Sentosa, Bukit Naga, Bukit Rimau, Bandar Puteri, Bukit Tinggi, Bandar Botanic dan Kota Kemuning dan kawasan-kawasan yang berhampiran, nanti boleh lah singgah yer ke Breastfeeding store ni. Dah tak yah gi jejauh dah.
Kalau yang jauh nak datang pun sangat digalakkan. Kedai kami kecil sekecil tuan punya.
Ini peta ke Bandar Putera
Salam kasih,
Qistina & Qaisara – Modeling For NONA TV3
Assalamualaikum,
Ini sebenarnya entry yang asyik-asyik tertangguh. Nak cerita sedikit sebagai kenang-kenangan anak-anak nanti. Pada 1 November 2011 yang lalu, Tina & Sara telah terpilih untuk menjadi model fesyen kanak-kanak untuk slot fesyen rancangan NONA, TV3 yang disiarkan pada setiap Ahad jam 2 petang.
Jom tengok gelagat derang masa shooting dengan krew NONA, TV3.
Thanks to Mama & Scha Ramsey kerana menguruskan anak-anak semasa shooting. Saya kena bekerja masa tu.
jom tengok Video masa shooting plak :
Qistina & Qaisara Modeling For NONA TV3
Ini pulak selepas disiarkan di rancangan NONA episod 48 year 2011 pada 27 november 2011. Shootingnya 2 jam, keluarnya tak dan seminit..hahaha..biasa la tu ekk.. tengok yer sebab derang keluar di awal-awal rancangan.
Emm, ini sebagai memberi pengalaman kepada anak-anak saya agar lebih berkeyakinan. Saya ingin anak-anak saya cuba pelbagai perkara bagi menaikkan self esteem mereka. Sudah tentu sebelum melibatkan anak saya dengan shooting ini, saya tanya pendapat mereka dahulu. Saya hanya bersetuju selepas anak-anak saya juga bersetuju.
Salam kasih,
KELAS ASAS PENYUSUAN IBU/ BREASTFEEDING PREPARATION CLASS
Assalamualaikum,
Lama dah tak adakan kelas penyusuan ibu. So Baby N Me akan adakan satu kelas Asas Penyusuan Ibu pada masa, tarikh dan tempat berikut:
Kelas Asas penyusuan akan diadakan di Bandar Putera, Klang. Butiran Kelas adalah seperti berikut berikut:
Tarikh : 17 Disember 2011 (SABTU)
Masa : 9.30 Pagi – 12-30 Tengahari
Bayaran : RM50 seorang atau RM90.00/pasangan (suami/ibu/ibu mertua atau sesiapa saja)
Mengapa anda harus ke kelas ini? Kerana breastfeeding adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan bukannya datang secara semulajadi. Fahami dan pelajari salah satu naluri keibuan yang ada pada wanita. Ilmu yang anda dapati bukan hanya untuk sehari dua tetapi akan anda gunakan selama 6 bulan, 1 tahun malahan 2 tahun atau lebih.
Berminat? Sila email nama anda, bilangan peserta dan no. telefon yang boleh dihubungi ke admin@babynme.com.my sebelum 18 Disember 2011. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 016-3855189.
JUMPA ANDA DISANA!
Kelas dan testimoni terdahulu klik sini dan sini







































