Posts Tagged ‘Personal’
Birthday Girl!
Salam,
Tarikh hari ni yang bersamaa 20 Julai adalah merupakan hari saya dilahirkan oleh Mama bertahun tahun yang lalu.
Bertambah dah usia saya, kan?
Semoga bertambah matanglah juga akal fikiran, perasaan, kelakuan saya dan juga keimanan saya terhadap ALLAH.
Terima kasih Allah kerana memanjangkan usia hamba mu yang hina ini. Semoga keberkatan darimu sentiasa mengiringi diri hamba mu ini.
Dengan bertambah usia ni, bermakna tambahlah juga kedut kat muka, kaki, tangan, leher dan sebagainya. huhuhuuhu..
Selalunya, orang sambut besday ni especially pompuan, takut dengan angka, tapi apa ada pada angka? hehehe typical statement la ekk..
Selamat hari lahir buat diri saya!
Juga terima kasih kepada yang wish saya tak henti henti sejak malam tadi. TQ, TQ & TQ!
Oh ya, saya juga berkongsi harijadi dengan Ibu saudara saya, Waznah Abdul Aziz & Sepupu saya, Aiman Harith (anak IBU) yang sebaya dengan Qistina (4 tahun). Hepi besday to both of you too!
p/s: hubby cam biasa, jadi orang pertama yang wish happy birthday. Thanks Dear!
Birthday Girl (girl ka?hehehe),
TERLEBIH SUDAH
Salam,
Memang la tak boleh bagi my hubby pergi pasar sorang diri. Habis satu pasar dia borong. Kata dia, dia geram tengok ikan + ketam segar-segar dan baru baru..
Dia beli lebih 30 ekor ikan + ayam + ketam..Bang, saper nak makan ikan yang banyak sangat tu? Seminggu pun tak habis kita sekeluarga nak makan.
Hantar Putrajaya & Kepong la jawabnya..
Mabuk siang ikan,
Doakan Saya
Salam,
Petang ini saya ada meeting penting.
Doakan saya supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Doa anda sangat-sangat saya hargai.
ehemmm..baru lepas jumpa Ida Murni di KL Sentral kejap tadi ;D.
Saya, Ida & Zarina semasa hari susuibu tahun 2009.
Mereka berdua adalah tempat mengadu saya dan
berkongsi rasa & minat yang sama
Salam Kasih,














