Posts Tagged ‘General’
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Sempena Bulan Baik, Hari Baik ini, Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai & pelanggan-pelanggan saya. Semoga bergumbira di Hari yang Mulia ini. Serta hati-hati di jalan raya..
Beraya dimana yer tahun ni? Saya? cam biasa la..Tahun ni turn umah hubby saya so saya beraya di KL dulu. Kemudian saya akan ke JB, umah nenek sebelah mama saya untuk meraikan sepupu saya yang dah hampir-hampir nak kertu , Mohd Huzaimi B. Samsu yang akan bertunang dengan wanita pilihan hatinya. Selamat bertunang ye, Ujai!!!
Oh ya, lupa plak.. Dikesempatan ini, saya juga ingin menyusun jari memohon maaf kepada semua andai ada kata-kata, perbuatan, tulisan atau apa jua bentuk kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan anda tersinggung atau kecil hati dengan saya. Maafkanlah saya kerana saya juga seorang manusia biasa seperti anda, tak lepas daripada kesilapan (ayat klise kan?)..
Selamat Hari Raya!!!!
My Loving Hubby & Me

Selamat Hari jadi Angah
salam,
Khas untuk adik saya, Norzee Shuhailla binti Ramzi yang bekerja di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.
‘SELAMAT HARI JADI KE 31 TAHUN..SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI, DIPANJANGKAN UMUR DAN SEMOGA BERTEMU JODOH DENGAN LELAKI YANG BAIK, BERIMAN DAN PENYAYANG. AMIN’
…
Adik, Along dah teringin nak timang anak sedara plak ni..cecepat sikit cari bopren..
P/S: ada sesiapa yang ada kawan yang bujang lagi & ada kerjaya dan kehidupan yang ok? Boleh kenenkan dengan adik saya?hehehehe..kalau ada boleh la kita matchkan
Salam kasih,

Lagi di Fitnah
Salam Kasih,
Hari ni saya sedikit emosi kerana pagi saya dimulakan dengan perasaan geram sebab Qistina buat perangai semasa hendak ke nursery. Saya pergi ke pejabat dengan rasa kesal dan macam nak cuti la. Sebabnya bila Qistina buat perangai pagi tadi, saya dah marah dia. Saya kesal kerana saya gagal mengawal emosi dan mangsanya anak. Kena marah. Saya sebenarnya kalau boleh mengelak untuk memarahi anak tapi yerlah dalam kelam kabut hendak ke pejabat (hahaha, ini alasan jer ni), ter emo plak. Kesian Qistina. Rasa macam nak bawa balik Qistina dan duduk peluk dia seharian pulak..Terbayang-bayang muka dia sedih bila kena marah..teringat-ngatkan air matanya yang jatuh kat pipi tu..Kesian dia..
Kita tinggalkan la dulu cerita tu ekk. Ni saya nak buat penjelasan sedikit. Malam tadi saya menerima panggilan telefon bertanyakan soalan samada benar atau tidak saya memberikan susu formula kepada anak saya (thanks dear coz you bertanya terus pada I. Appriciate sangat).
Disini saya ingin menjelaskan kepada semua, yang saya mempunyai 2 anak permpuan. Yang sulung 3 tahun ++ dan yang kedua masih 9 bulan n going to be 10 months dalam masa terdekat. Ya, Anak sulung saya, Qistina memang sekarang ini minum susu formula kerana dia sudah 3 tahun ++. Sebelum ini saya menyusukan dia dengan SUSU SAYA selama 1 1/2 tahun. Anak kedua saya, Qaisara, sehingga kini masih lagi saya susukan dengan SUSU BADAN SAYA yakni SUSU IBU dan ditambah dengan solid food. Belum pernah saya dan suami cuba atau ingin memberi susu lain selain susu ibu. Walaupun saya sibuk dan sentiasa berada diluar rumah tanpa anak saya disisi, saya masih berpegang kepada penyusuan susu ibu. Suami, ibu saya, ayah saya, malah adik beradik saya serta keluarga mertua dan juga sedara mara saya juga faham dengan prinsip saya dalam penyusuan susu ibu dan tidak pernah ragu-ragu membantu saya dalam memberikan susu ibu kepada Qaisara.
Entah dimana silapnya, ada pula timbul cerita saya memberikan susu formula kepada anak saya. Adakah ini sebagai salah satu serangan peribadi untuk menjatuhkan nama baik saya dan juga BABY N ME? Ntah lah. Hairan.
Kalau masih tak percaya, boleh bertanya kepada pengasuh di Nursery anak saya . Boleh bertanya kepada mereka, samada saya memberikan susu ibu atau susu formula kepada Qaisara. Juga boleh tanya kepada kawan-kawan sepejabat saya, adakah saya masih memerah susu ibu dalam waktu pejabat. Cubalah tanya.. Ketika saya menjalani kursus dimana juga dan juga sewaktu bekerja diluar pejabat, saya juga masih memerah susu saya di mana juga yang sesuai untuk saya bekalkan kepada Qaisara. Kalau tak percaya cuba tanya pada kakitangan PUNB yang sesurau dengan saya masa saya memerah susu ibu untuk Qaisara(kalau saper ingat tarikhnya 7 & 8 Julai 2009). Stok susu juga masih ada dalam freezer..Ntah la kan, manusia ni..segala macam perangai dan niat..
Kepada yang ingin bersaing tetapi menggunakan taktik kotor, saya harap anda muhasabah diri kerana ingatlah yang Allah dah agih-agihkan rezeki tu sama rata. jadi tak perlu risau dengan persaingan.. Bersainglah dengan sihat..
Bila difikirkan kembali, saya rasa kelakar kerana siapalah saya ni.. Glamer idak, lawa idak, comey pun idak, banyak duit pun tidak apatah kaya, lagi idak..tapi masih ada yang rasa saya ni satu ancaman. Bagus jugakan sebab sekurang-kurangnya saya tahu, ada juga yang mengikuti perkembangan saya dalam diam dan saya dapat tahu kewujudan saya juga disedari oleh orang lain..hehehehe..
Bubye.. Breastfeeding is Bestfeed!!

Kursus Health, Safety & Enviroment Serta PUNB
Assalamualaikum ,
Hari ni Saya telah memulakan hari seawal 4.30 pagi. Rutin biasa la tu kan.. Handle apa yang patut sebelum berangkat ke melaksanakan tuntutan kerjaya. Dalam tempoh 3 hari ni saya agak sibuk sikit. Saya akan berkursus selama 3 hari. 1 hari utk HSE di Wisma Goshen, Plaza Pantai di Jalan Pantai Baharu dan 2 hari dengan PUNB di KL Sentral. Jadual padat beb.
Saya juga masih belum hantar aritkel dan jawapan kepada ruangan soal jawab untuk bulan September 2009 ni ke majalah. Artikelnya dah siap cuma jawapan kepada ruangan soal jawabnya juga masih belum berjawab.. Slide untuk presentatation bagi Breastfeeding talk juga masih dalam pembikinan..hahaha..rasa macam nak pecah kepala bila banyak kerja ni.. tapi tak per..Orang kata busy is good. Memang good..tapi letihnya Allah saja yang tahu. Kesian kat my dearest husband sebab kena look after our babies. Bang, mekasih yer kerana memahami..
Ok la, saya nak solat Subuh dulu. Insya Allah, walaupun sibuk, saya akan cuba update blog ni sekerap yang mungkin. Insya Allah..