Posts Tagged ‘Breastfeeding/ Event’

Update : Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (14 Mac 2010)

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya selesai tugas saya pada tengahari tadi.
Menyampaikan ilmu yang tiada batasannya untuk ibu-ibu dan ayah-ayah yang sangat prihatin pada kesihatan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh si manja tersayang.

sekitar kelas berlangsung

Seramai 16 peserta telah menghadiri menghadiri kelas ini. Anak-anak kecil juga tidak ketinggalan turut bersama-sama mommies dan daddies di dalam kelas ini. Semangat yang mommies dan daddies tunjukkan dalam nak memahami dan mengenal dunia breastfeeding amat dikagumi. Paling saya suka, ibu dan ayah saudara saya juga hadir ke kelas saya pada kali ini (mereka sangat muda ya).

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana anda memilih penyusuan susu ibu. Semoga breastfeeding akan kembali menjadi budaya masyarakat kita dalam masa terdekat. Amin.

Team Baby N Me yang bertugas pada hari ini

Ini adalah testimonial yang dibuat di Facebook saya oleh salah seorang peserta kelas pada 14 Mac 2010 yang lalu.

Jumpa lagi di kelas yang akan datang!

Salam kasih,

p/s: ramai pulak yang jejak kasih semasa hadir ke kelas ini. Rakan-rakan lama bertemu semula..Tahniah..

BF TALK Di Seminar Keibubapaan ‘Ibu Bapa Bijak, Anak Sihat’

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Emm..Nak ceita mengenai Sabtu lalu dimana saya telah memberi talk  untuk Seminar Keibubapaan di Banting. Tema seminar ini ialah Ibu Bapa Bijak, Anak Sihat. Saya sampai di Sana seawal 8 pagi.  Tajuk yang saya sampaikan ialah Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Audience? Terkejut saya sebab saya ingatkan hanya di dewan kecil & hanya 30 ke 40 peserta sahaja. Tapi bila saya sampai di sebelah TESCO Banting, terkejut saya tengok besarnya dewan dan banyaknya kerusi. Bila di tanya dengan Sister Azizah dari Pusat Kesihatan Banting berapa jumlah peserta, jawab Sister Azizah ’1000 peserta’.. Mak uihh..Ketar juga la saya sebab kali pertama berdepan dengan peserta yang begitu ramai. Selain saya, Dr. Ismail Tambi & seorang ustaz (tak ingat nama) yang agak glamer juga turut memberi talk di Seminar yang sama. Ustaz tu sebenarnya menggantikan Dato’ Ismail Kamus yang tak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut (cam saya juga la, kan). Session saya di awal pagi. Peserta masih fresh dan belum boring sebab saya yang terawalkan. Saya jadi lebih bersemangat bagi talk ni bila nampak ada kaum bapa yang mengangguk-anggukkan kepala  tanda setuju dan begitu kusyuk mendengar bila saya mengeluarkan fakta-fakta mengenai kebaikan susu ibu dan cara-cara mengendalikan ebm. Gambar semasa saya beri talk tak dapat diambil kerana saya datang seorang diri saja ke sana, jadi tak ada orang yang nak ambil gambar semasa saya memberi ceramah. Jadi hanya gambar peserta yang dapat saya ambil.

audience

audience 1

 Oh ya, Dr. Ismail Thambi dalam ceramah beliau juga banyak menyentuh tentang kebaikan-kebaikan dan lebihan penyusuan Susu Ibu. See.. Susu Ibu memang The BEST!!! 

Dr. Noraziani, zatul, Dr. Ismail Thambi, Pegawai JAIS

Dr. Noraziani, Pn. Zatul, Dr. Ismail Thambi, Pegawai Agama JAIS

Saya dapati, kebanyakkan ibu di Banting, memang nak menyusukan baby selepas kembali bekerja tapi ramai yang kurang pengetahuan mengenai cara mengendalikan ebm dalam tempoh waktu keluar bekerja. Semasa saya masuk ke tandas untuk mencuci tangan, ramai ibu yang menegur dan bertanyakan secara berdepan (agaknya mereka malu nak tanya masa saya beri talk sebab ramai sangat orang kot) soalan-soalan mengenai cara pengendalian ebm dan cara nak memerah. Saya sangat teruja dengan pertanyaan mereka ini sebab daripada pertanyaan-pertanyaan mereka ini, saya dapat simpulkan sebenarnya ramai ibu di Malaysia ni nak terus menyusukan baby selepas kembali bekerja tapi akibat daripada kekurangan ilmu, maka niat tersebut terbantut dan mai setakat itu sahaja. Nampak gayanya kerajaan perlu lebihkan usaha dalam mempromosikan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya kalau nak menambah bilangan yang menyusukan bayi secara esklusif. Kami NGO yang menyokong Breastfeeding juga akan bantu sedaya upaya yang kami boleh.

 Di seminar ini saya juga diberi booth untuk memperkenalkan produk-produk berkaitan penyusuan Susu Ibu. Oleh kerana saya datang seorang diri saja, maka booth saya ni dijaga oleh nurse-nurse dari Pusat kesihatan Tanjung Sepat yang baik hati dan cantik-cantik belaka. Terima kasih yer.. Ini la mereka..

nurse cantik tanjung sepat

Sempat juga la saya bergambar dengan mereka di booth Penyusuan Susu Ibu semasa saya sibuk pam susu selepas selesai memberi talk.

dgn nurse tg Sepat

di booth penyusuan susu ibu

 Sampai takat ini dahulu, jumpa lagi di lain kali yer..

Note: Laptop Bonda Q masuk spital sejak Jumaat lalu.. Hard drive kena reformate semula..

Mood : sedih L sebab tak sempat nak transfer gambar anak-anak yang banyak giler kat dalam tu.. 

Salam Breastfeeding buat semua,

Kelas Asas Penyusuan untuk Expecting Parents

Assalamualaikum,

Baby N me akan mengadakan satu kelas Asas penyusuan untuk ibu & ayah yang sedang menanti kelahiran cahayamata mereka dan yang ingin belajar mengenai asas penyusuan. Anda berpeluang untuk bertanya dan berbincang hati ke hati dengan pengasas Baby N Me semasa sessi kelas nanti. Pasangan adalah sangat-sangat digalakkan untuk hadir bersama di dalam kelas ini. Berikut adalah butiran kelas tersebut;

tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi hingga 1 tgh
Tempat : Showroom Kecil Baby N Me, Bandar Putera, Klang (Sebelah KESAS Highway)
Yuran : RM20 seorang

Minuman ringan akan disediakan oleh pihak Baby N Me

Pendaftaran ke kelas ini boleh dibuat dengan menghantar maklumat anda & pasangan ke admin@babynme.com.my. Pembayaran pula boleh dibuat ke akaun yang tersebut dibawah

Maybank Account : 564306-012291
(BONDA Q ENTERPRISE)
CIMB Account : 14200021946529 (ZATUL HIJANAH RAMZI)

Sila emailkan bukti pembayaran anda ke admin@babynme.com.my sebelum 14 Ogos 2009.

Semoga kita akan dapat memanfaatkan dan berkongsi ilmu yang sangat berharga ini.

child

Salam Kasih.

Zatul Hijanah Ramzi
Certified Lactation Counsellor

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2025
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.