Posts Tagged ‘Family’
TERLEBIH SUDAH
Salam,
Memang la tak boleh bagi my hubby pergi pasar sorang diri. Habis satu pasar dia borong. Kata dia, dia geram tengok ikan + ketam segar-segar dan baru baru..
Dia beli lebih 30 ekor ikan + ayam + ketam..Bang, saper nak makan ikan yang banyak sangat tu? Seminggu pun tak habis kita sekeluarga nak makan.
Hantar Putrajaya & Kepong la jawabnya..
Mabuk siang ikan,
Hepi Besday Hubby! Surprise yang tak menjadi.
Salam,
Semalam besday hubby.
Kononnya saya nak wat suprise pada hubby dengan belikan kek dan masak masakan yang direquest untuk dimasak pada hujung minggu ni.
Kek dah beli dan disimpan dalam peti fridge. Tunggu hubby balik dan tunggu nak wat suprise jer masa dia tengok berita jam 8.
Tetiba masa maghrib tu, bila hubby balik, Qistina kecoh. Puas saya suruh dia diam dan kata ini suprise untuk Abah. Dia kata, ok, surprise ya ummi..
Lalu dia pi depan duduk depan tv. Senyap jer dia. Jam 8 lepas solat Maghrib, Hubby duduk tengok tv. Nak tengok berita.
Tiba-tiba ‘”Abah, ada surprise. ada kek dalam fridge. Abah, come and let see the cake, please.”
“Hahahahaha, pecah lubang” kata hubby..
Hampeh, terus amik kek, dan nyala lilin. kami (saya dan Qistina) nyanyi hepi besday utk hubby sambil bawak kek ke hubby.
Sampai jer depan hubby, Qistina jerit, “ABAH, SURPRISE!!!
hahaha..gelak saya dan hubby..nak surprise mende kalau hubby dah tau…
emmm..memang sah la Qistina belum tau apa makna surprise..Sabo jer la dengan Surprise yang tak menjadi tu..
HEPI BESDAY, HUBBY! Luv u always.