Archive for March, 2015
Sakitnya tuh Di Sini Versi Rock Kapak!
Assalamualaikum,
Sekarang ini sedang viral sangat sangat lagu ni..tapi dalam banyak banyak video klip cover version, saya amat suka yg versi ayaq mata ni…versi rock kapak!!!
Sakitnya Tuh Disini Versi Air mata
Best tak suara dia? Bestkan….

3 Rahsia Memekatkan Susu Ibu!
Assalamualaikum,
Lama rasanya tak menulis di blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi 3 rahsia susu ibu yang pekat
A. kepekatan warna susu ibu berkaitan dengan cuaca.
1. cuaca panas
susu ibu akan keliharan cair kerana ianya mengandungi banyak air supaya menghilangkan dahaga bayi.
2. Cuaca sejuk
Susu ibu akan kelihatan lebih pekat kerana ia akan mengandungi lebih lemak. Keadaan ini membolehkan lemak-lemak tersebut memanaskan badan bayi.
B . Selain itu kepekatan susu ibu juga bergantung kepada kekerapan kita memerah/mengepam. Jika payudara dibiarkan terlalu lama melebihi 3 jam dan susu ibu tidak diperah keluar, susu ibu akan kelihatan lebih cair kerana kandungan air telah banyak dalam susu ibu.
Oleh itu pam la sekerap mungkin supaya susu ibu dapat kelihatan lebih pekat.
C. Susu ibu juga akan lebih pekat pada waktu tengah malam kerana pada waktu ini kandungan lemak dalam susu ibu lebih banyak berbanding waktu lain.
Harap info ini dapat membantu ibubapa, atuk nenek dan saudara mara lebih memahami mengenai susu ibu.
Terima kasih.
Salam kasih sayang daripada Kaunselor Laktasi anda.
