Posts Tagged ‘Agama’

Senangnya Perempuan Nak Masuk Syurga

Assalamualaikum,

Walaupun dah lama tapi saya nak juga kongsi ilmu yang saya dapat.

Pada awal bulan Mac 2011 yang lalu, Ustazah Asni yang mengajar mengaji di TV9 dan yang juga telah dilantik menjadi Pegawai Penasihat Agama Peribadi Pengerusi Eksekutif syarikat saya bekerja telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah kepada kakitangan perempuan.

Tajuk pada hari tersebut ialah Perempuan, Isteri dan …

Ceramah beliau lebih berkisar bagaimana senangnya perempuan ini untuk masuk syurga. Juga disebut mengenai penyusuan ibu yang mana pahalanya sangatlah besar.

Di dalam ceramah beliau ini, ada juga dipesan agar tidak menderhaka kepada suami. Juga dipesan agar kita sebagai isteri menjaga syurga suami yakni Ibunya. Jangan jadikan suami kita anak yang derhaka. Ustazah ada menyebut

Syurga isteri terletak pada suami, manakala syurga suami terletak pada Ibunya’.

Jadi kata Ustazah Asni, janganlah kita (isteri) marah bila suami asyik nak balik umah ibunya kerana ianya merupakan tanggungjawab suami. Pesan Ustazah Asni lagi, perempuan jika nak masuk syurga sangat senang :

1. Jaga Solat
2. Jaga Puasa
3. Jaga Maruah (syurga ada di 4 penjuru rumah)
4. Bacalah Al-Quran

Juga kalau boleh baca & khatam Quran sebanyak 2 kali dalam 1 tahun ( emm..kalau tak biasa ni, berat juga nak buat yer).

Juga jika kita mengalami masalah dan rasa sangat terbeban, maka solatlah 2 rakaat.

Ditekankan juga mengenai adab masuk tandas.

1. tutup kepala
2. Baca doa
3. Langkah masuk kaki kiri
4. Langkah keluar kaki kanan

Jangan dilupa kerana syaitan sangat suka berada di dalam tandas. Jika kita tak jaga adab dan baca doa masuk tandas, itu yang menyebabkan ramai perempuan susah nak mengandung disebabkan syaitan tu dah banyak duduk di rahim kita.

Sewaktu kami duduk makan beramai-ramai, saya dikenalkan oleh Pengurus Kanan Puan Yasmin sebagai Wanita yang berkerjaya di dalam bidang teknikal yang sangat well known dalam breastfeeding dan menulis dalam majalah. Waaa, habis bocor rahsia ‘akak’. Selama ni, ‘akak’ sangat low profile semasa di pejabat. Kawan-kawan sepejabat ada yang kurang tahu mengenai penglibatan saya dalam menulis ni. Malas nak beritahu kawan-kawan yang ‘akak’ menulis dalam majalah. Derang cuma tahu pasal penglibatan saya dalam breastfeeding jer. Habis lepas tu, kawan-kawan dok bertanya macam mana boleh menjadi kolumni majalah Mami & Baby tu dan bagaimana boleh menulis dalam Pa & Ma.

Di kesempatan tersebut sempat saya kenalkan kepada hadirin yang ada mengenai produk Baby Khalifah learning Series. Alhamdulillah, dapat sambutan. Ustazah Asni pun beli juga satu pakej Baby Khalifah Learning Series tu. Siap dia sponsor RM10 (duit balance dia) pada sesiapa yang nak beli pada hari itu.


Ini kali kedua saya berjumpa semula dengan Ustazah Asni. Kali pertama semasa Hari Susu Ibu di Kajang tahun lepas. Baby Khalifah Learning Series yang kat belakang tu, Ustazah Asni yang punya..

Ini serba sedikit yang dapat saya sampaikan kembali ilmu yang saya dapat pada hari itu. Banyak lagi sebenarnya. Nanti bila ada ceramah Ustazah Asni lagi, saya akan kongsikan lagi ilmu yang saya dapat. Insya Allah.

Salam kasih,

Solat Dalam Kenderaan

 

Salam,

Sebagai salah seoarang wargakota yang sering terperangkap dalam kenderaan berjam-jam lamanya sewaktu pulang dari kerja, saya amat suka nak berkongsi apa yang saya baca dalam Utusan Malaysia pada hari ini. Semoga kita-sama-sama dapat manfaat.

SOALAN:

Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan. Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.

JAWAPAN

Solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan (ditauqitkan).
Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa’: 103).
Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya, meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun dan tatacaranya, dia tetap diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dengan beberapa kelonggaran. Dalam erti kata lain, syariat Islam memberikan beberapa kelonggaran hukum kepada orang yang dibebani dengan keuzuran atau hambatan akan tetapi syariat Islam tidak mengangkat kewajipan solat dari setiap umatnya sama ada lelaki atau wanita.
Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi.
Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu.
Aku berkata kepada diriku, “Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku”.
Lantas baginda menjawab: “Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat”. Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari, hadis 639, jil. II] l Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari, hadis 567, Jil. II) l Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). (riwayat al-Bukhari, hadis 569, jil.2) Tatacara solat

Terdapat pelbagai tatacara atau kaedah yang telah digariskan oleh Islam termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan. Ia sama ada kenderaan tersebut bersifat terbang di udara seperti pesawat kapal terbang atau jet mahupun kenderaan daratan seperti kereta, lori atau kenderaan lautan seperti kapal, bot dan perahu.
Baginda SAW dan juga para sahabatnya pernah menunaikan solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat. Dalam satu riwayat Ya’la ibn Murrah menerangkan bahawa para sahabat pernah bersama-sama baginda SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang baginda berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.
Tatkala masuknya waktu solat baginda memanggil muazinnya lalu muazinnya melaungkan azan dan iqamat. Baginda lantas maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Baginda memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya. Hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran.
Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi. Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: “Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam”. Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak. Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi. Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain. Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.

Berdasarkan pernyataan saudara, dalam situasi yang terdesak adalah lebih baik jika saudara menunaikan solat sebelum keluar dari pejabat. Ini kerana masuknya waktu solat asar sekarang pada jam 4.27 petang. Kebanyakan waktu kerja tamat adalah pada jam 5 petang. Sememangnya tidak menjadi halangan kepada saudara/saudari untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum balik. Tambahan pula keadaan jalan raya ketika itu agak sibuk, sesak dan barangkali ditambah pula dengan kemalangan-kemalangan yang tidak diduga berlaku di jalan raya.

Pendek kata, sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta, saudara/saudari seharusnya berikhtiar mencari tempat atau lokasi yang bersesuaian untuk menunaikan solat. Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk.
Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.

Wallahu a’laam

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
September 2017
M T W T F S S
« Mar    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.