Posts Tagged ‘panduan cukup susu’
3 Rahsia Memekatkan Susu Ibu!
Assalamualaikum,
Lama rasanya tak menulis di blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi 3 rahsia susu ibu yang pekat
A. kepekatan warna susu ibu berkaitan dengan cuaca.
1. cuaca panas
susu ibu akan keliharan cair kerana ianya mengandungi banyak air supaya menghilangkan dahaga bayi.
2. Cuaca sejuk
Susu ibu akan kelihatan lebih pekat kerana ia akan mengandungi lebih lemak. Keadaan ini membolehkan lemak-lemak tersebut memanaskan badan bayi.
B . Selain itu kepekatan susu ibu juga bergantung kepada kekerapan kita memerah/mengepam. Jika payudara dibiarkan terlalu lama melebihi 3 jam dan susu ibu tidak diperah keluar, susu ibu akan kelihatan lebih cair kerana kandungan air telah banyak dalam susu ibu.
Oleh itu pam la sekerap mungkin supaya susu ibu dapat kelihatan lebih pekat.
C. Susu ibu juga akan lebih pekat pada waktu tengah malam kerana pada waktu ini kandungan lemak dalam susu ibu lebih banyak berbanding waktu lain.
Harap info ini dapat membantu ibubapa, atuk nenek dan saudara mara lebih memahami mengenai susu ibu.
Terima kasih.
Salam kasih sayang daripada Kaunselor Laktasi anda.

Dapat cukup susu diawal kelahiran?
Assalamualaikum,
Apa khabar? Lama tak ada mood nak tulis pasal breastfeeding. Ai kecewa dik. tu yang sedikit merajuk nak tulis pasal breastfeeding.
Tak pe la, kan. Itu dulu…Ni nak sambung cerita pasal breastfeeding. Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana nak tahu baby dapat cukup susu diawal kelahiran. Ramai yang beri alasan ‘Susu macam tak ada bila dipicit puting payudara’. Ya, memang susu semacam tak ada tetapi percayalah, bahawa bila bayi anda kerap stimulate, Insya Allah susu itu ada.
Lagi satu ingatlah yang purata jumlah susu ibu/penyusuan ialah 5 ml sahaja. Itu dah cukup untuk baby anda. Yang perlakuan baby suka melekap jer tu adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru dilahirkan. Menangis? Itu pun biasa sebab baby belum rasa selamat dan masih dalam suasana yang baru. Dah biasa 9 bulan berada di dalam perut, kan? Jadi bila pindah umah yang lebih luas, rasa canggung pulak la, kan? dah la blom kenal sesiapa kecuali mummy. Jadi bila berenggang sedikit dengan mummy maka baby dah gabra. Disebabkan baby blom tahu bercakap yang dia perlu pelukkan, belaian dan perlu berdekatan maka, tangisan saja la sebagai isyarat yang dapat dibuat oleh baby. Kalau dia boleh bercakap, kang mummy dan daddy plak suspen, kan?
Tanda dapat cukup susu
Salah satu cara yang perlu di ambil kira ialah melihat samada bayi kelihatan puas selepas menyusu dan tidak meragam selepas disusukan. Tetapi perlu diingatkan bahawa itu bukanlah satu satunya petanda bayi mendapat cukup susu. Yang paling penting semasa menetukan cukup atau tidak susu ialah dengan melihat kepada lampin basah baby. Berapa kali dia pee pee dan berapa kali dia poo poo plak.
Ok ini table untuk anda jadikan panduan untuk tahu samada anak anda mendapat cukup susu atau tidak.
Oh ya, cuba lihat gambar dan warna poo poo baby dalam gambarajah dibawah untuk tahu dia cukup susu atau tidak.
Err, kaler untuk day 1 tu sebenarnya lebih gelap dan hitam macam kat bawah ni
Gambar kredit to http://idanas.blogspot.com/
So happy breastfeeding dan dont think to much because stress will always inhibit in your milk production.
Love you all and my heart always with you & breastfeeding!
Kenangan semasa gathering Susuibu.com yang pertama untuk tahun 2009.
Salam kasih,
