Posts Tagged ‘Puasa’

SALAM RAMADHAN DARIPADA ZHR & BABY N ME

Assalamualaikum,

Ramadhan dah tiba. Esok kita mula berpuasa. Secara kebetulan pada hari ini saya menyambut harijadi yang ke …Sweet 16. Hahaha. Every year sweet 16 tau.

Malam ni kami sekeluarga planning nak Tarawikh di Masjid negeri, Shah Alam. Jauh sikit tak pe tapi terasa sambutan Ramadhan tu sangat meriah.

 

Oklah semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih membawa saya dan keluarga ke arah yang lebih diredhai. Almaklumlah umur dah bertambah dah..

Juga selamat menjalani ibadah puasa dan membuat amalan yang lebih di bulan Ramadhan ini. Antara fadilat dan ganjaran di bulan Ramadhan ialah

Selamat menjalani ibadah dan Salam Ramadhan yang penuh kasih sayang daripada saya dan team BABY N ME.

 

Salam Kasih Ramadhan,

 

Sebab Susu Ibu Kurang Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan telah pun masuk hari ke 16. Bagaimana dengan ibadah puasa? Masih penuhkah? Saya alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk berpuasa. Bolum cuti lagi. Hehehe.

Lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio. Rindu suasana begini tapi hati sayu sebab Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya.

Bagaimana aktiviti penyusuan di bulan Puasa? Merundumkah? Atau bertambah? Ataupun macam biasa sahaja?

Daripada rungutan rungutan ibu-ibu yang mengatakan susu mereka semakin berkurangan sewaktu bulan puasa ini, Saya dapati ada beberapa sebab yang menjadi penyebab berlakunya kurang susu ini.

Pertamanya, persepsi sejak awal sebelum puasa. Yakni persepsi akan kurangnya susu. Bila ada persepsi begini, secara automatik kebimbangan akan tercetus, kan? Bila bimbang mula la rasa stress yang entah apa sebabnya. Ya la puasa pun belum bimbang yang lebih. Kebimbangan ini berlarutan sehingga masuk Ramadhan dan ibu pun mula berpuasa. Oleh kerana persepsi awal dan kebimbangan yang melampau, maka pada hari pertama puasa kesan dah nampak. Kesannya ialah kurangnya susu. So buang persepsi dan bimbang tu.

Keduanya, bila kita berbuka, kita kurang minum air atau kurang mengambil cecair bagi menggantikan cecair yang dah hilang. Setiap hari kita akan kehilangan 1.0 to 1.8 liters per day melalui urine kita aka ayaq kencing dan dianggarkan kita hilang 3-4 liter sehari melalui aktiviti harian (termasuk buang ayaq keck & besaq tadi la kan).  Pas tu kita juga kehilangan 1-2 liter air sehari melalui pernafasan. So bila kita tak ganti balik cecair yang hilang, badan kita dehydrated. Bila dah kurang air dalam badan, cam ner nak buat susu,kan? So cuba ambil cecair yang mencukupi. Oh ya, boleh baca mengenai berapa banyak badan kita perlukan air kat WaterCure.

Ketiganya, kita dah mula kurangkan aktiviti mengosongkan payudara. Sebabnya kita kononnya nak kumpul susu dalam breast agar bio penuh. Dah penuh (pada anggapan kita) barulah kita nak pump, ye dak? Tapi tahukah kita sebenarnya bila kita ni tunggu breast tu nak penuh, akan menyebabkan production susu kita dah kurang dan menyebabkan susu kita cair?  Ye la macam mana tak merundum production, konsep breastfeeding adalah supply and demand. Kalau dah tak dak demandnya, buat apa nak supply. Membazir la sebab tak dak kegunaan.. so itulah mesej yang disampaikan kepada otak kita bila kita kurangkan aktiviti mengosongkan breast. Dapat tak maksud saya? Ingat ye, lebih 3 jam kita tak mengepam, kita dah mula hantar isyarat yang demand/permintaan dah berkurangan. Saya ada membincangkan hal ini dan disiarkan di dalam suratkhabar KOSMO pada Ramadhan tahun lalu. Boleh baca di sini.

Pas tu yang keempat, makanlah makanan yang memberi tenaga sebab puasa ni memerlukan dan menggunakan tenaga. Menghasilkan susu juga memerlukan tenaga, bila kita kurang ambil makanan yang memberikan tenaga, jadi tenaga yang ada saki baki dalam diri akan kurang sebab nak kena bahagi sana sini utk pelbagai aktiviti harian.

Jadi kaji la balik mana silapnya kita dalam menangani isu puasa dan menyusu. Kita dok la tertanya-tanya, apasal Si Ibu A dapat maintainkan production tapi kita tak boleh. Ha bila dah tahu mana yang silap dan kurang, kita adjust balik. Insya Allah, kalau ada kemahuan dan usaha, kejayaan pasti ada di hujung sana… yang penting sabar dan tidak putus asa.

Juga boleh baca post saya yang terdahulu yang saya tulis pada tahun lepas  mengenai Breastfeeding & Ramadhan. Berikut adalah jadual dan cadangan menu untuk berbuka dan bersahur yang disumbangkan oleh Puan Jess, Pakar Nutrisi yang juga merupakan PCPA bagi MBfPC. Ianya juga ada dalam post saya yang terdahulu.

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
December 2024
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.