Archive for the ‘Event/Acara’ Category
BABY N ME FAIRY TALE CRADLE – BUAI BERENDOI/CUKUR JAMBUL/AKIKAH
Assalamualaikum,
Apa khabar you all? Saya sihat..lama tak update citer-ceriti saya dan anak-anak ekk..Saya lebih aktif di Facebook berbanding blog ni tapi saya sedaya upaya akan update blog ni sekerap yang boleh.
emmm.. just nak war-warkan sikit mengenai bisnes baru Baby N Me ni.. Skang ni Baby N Me dah ada pakej sewa buai berendoi khas untuk you all yang nak buat majlis berendoi+akikah+cukur jambul untuk newborn/baby you all. Kami namakan buai/cradle ni BABY N ME Fairy Tale Cradle. Pakej sewa buai/cradle ni bermula daripada RM350.00. Dibawah ni ada sebahagian gambar yang we all ambil untuk tujuan promosi di majalah Pa & Ma. Kalau nak sewa, email ke admin@babynme.com.my yer… Kami menerima tempahan untuk sekitar Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Putrajaya, Kajang, Bangi, Banting dan luar kawasan juga. Lain negeri kalau nak sewa boleh juga, just email ke admin@babynme.com.my yer..
Kenapa dipanggil Fairy Tale Cradle? Tengok ler rupa paras buai ni kat bawah tu… Macam kereta kuda Cinderella, kan? Sebab tu la saya namakan BABY N ME Fairy Tale Cradle.
Selain tu, kami juga menerima tempahan untuk sediakan goody beg untuk majlis you all. Kalau nak special design for your goody beg, pembalut coklat, pembalut air mineral, etc pun we all boleh designkan. Baby N Me ada inhouse designer tau untuk buat ni..bukan saya yang design tapi our designer la. Kalau harap saya, alamak…apa design la saya nak reka. Kerastangan saya ni…Tempahan kena buat atleast sebulan sebelum majlis yer. Ini supaya kami ada masa untuk menyediakan semua keperluan yang anda minta. Nak suh reka special design untuk air mineral ke, pembalut coklat ker atau apa juga la..sila-sila la contact admin@babynme.com.my dan kami akan cuba designkan secomel yang boleh untuk anda yer.. Nak photographer untuk majlis juga kami sediakan..All in one la pakej ni.. kami juga menerima tempahan untuk design comel bagi majlis harijadi anak anda…Jom Jom tempah dengan Baby N Me..
So sempena pengenalan kepada bisnes baru ni dan sempena Year End Sale until 2 Januari 2012 ni, saya dengan murah hatinya mengumumkan harga promosi tempah sekarang hingga 2 Januari 2011 (tak kisahlah tarikh majlis anda next year atau this year, tempah sekarang akan dapat harga promosi), kami akan bagi full pakage macam dalam gambar di atas dan dibawah ni dengan harga hanya RM550.00 jer (tak termasuk pengangkutan/photographer yer (pengangkutan pun sekali caj jer). Harga asal full pakej ialah RM750.00). Kalau nak sewa pakej basic yang hanya ada sewa buai + tilam+bantal+bantal peluk sahaja dah RM350 (untuk harga pakej yang lain, sila email admin@babynme.com.my). Ini full pakej baru RM550.00 (harga tawaran ini telah tamat. Harap maklum). Puas hati you!!. Buai ni sama designnya dengan buaian yang disewakan oleh Pak Abu , wedding planner yang glam tu..
Cepat booking tarikh majlis anakanda tersayang anda!!
NOTA TERKINI: Untuk melihat pakej terkini yang ditawarkan sila klik sini.
Salam Fairy Tale!
SGM9 : How Breastfeeding Affects Mothering
Assalamualaikum,
Satu Support Group Meeting (SGM) ke-9 2011 yang dianjurkan oleh Susuibu.com juga MBfPC akan diadakan seperti biasa pada:
Tarikh: 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi-10.00 pagi
Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Topik: How Breastfeeding Affects Mothering
Menu: Pot luck
Tema: Maroon
Jika ada kelapangan, harap dapat hadirkan diri. Ianya percuma dan dibuat secara santai dan Mesra…(sambil goyang tangan cam Bob AF). Datang la yer…
Insya Allah, Saya mungkin akan menghadirkan diri sebab dah janji dengan kawan-kawan lama seSGM. Kalau tak datang tak, kena cincang plak..kekeke ..Lama benau hakak tak joint SGM ni..
Ada sesiapa yang nak tumpang saya ka? saya dari Klang dan lalu Shah Alam (area Proton) dan Puchong (dekat-dekat nak sampai Putra Perdana). Kalau ada roger, k.
Salam kasih,
Kamil’s Wedding @ Senawang | 23 September 2011
Assalamualaikum,
Masih dalam mood nak share gambar. Ini gambar-gambar yang saya ambil semasa Wedding cousin saya, Kamil.
Scha & Ain bersama si comey, Sara

Keluarga sebelah pengantin perempuan

Saya dan Zara ( cousin paling latest). Baju kami sama kaler la… – gambar diambil oleh Ibu Tini aka Mummy Zara.

Ayah-ayah saudara saya dan kazen-kazen

Ibu-ibu saudara dan Ayah saudara saya. Senang cerita, ini adalah sebahagian daripada Adik-adik ayah saya.
Ibu saudara saya, Ida Abd Aziz bersama Adik saya, Scha dan kazen-kazen saya, Ain dan Farhana

Abah dan Ibu Pengantin Lelaki bersama pengantin. senang cerita, Mak dan Ayah saudara saya
Ini Kazen saya, Khairul dan anaknya, Damia
Sebahagian daripada family saya dari sebelah Papa saya. Ramai lagi yang tak masuk dalam gambar ni.
Kepada Kamil dan pasangan, “TAHNIAH! Semoga bahagia hingga ke syurgaNYA.”
Salam kasih,
Happy 5th & 3rd Birthday, Qistina & Qaisara!
Assalamualaikum,
Pada 20 September 2011 yang lalu, kami menyambut ulang tahun ke 5 Tahun & 3 tahun anak-anak kami. Kali ini kami , suami isteri tunaikan permintaan anak-anak untuk adakan majlis di Nursery mereka dan sediakan party beg untuk kawan-kawan mereka. Oh ya, party beg kami tidak mengandungi jajan dan makanan ringan tetapi alat tuli seperti pemadam, pensil, pengasah pensil, pembaris dan belon.
Tengok gambar yer…
birthday Girl, Qistina bersama kakak dan abang di Nursery NurinAina
Birthday Girl, Qaisara
Tq Teachers yang bantu menyediakan makanan dan hiasan yg cute
Happy birthday Sayang! Ummi dan Abah sayang kamu berdua. Jadi anak yang baik dan solehah. Semoga hidup kamu berdua diberkati, bahagia dan murah rezeki selalu.
Salam Kasih,
Ceramah Kerjaya
Assalamualaikum,
Apa khabar? Bersawang blog ni,kan… terasa kemalasan nak menulis perkara teknikal. Saya masih ada tugasan untuk dihantar pada pihak majalah, jawapan untuk ruangan soal jawab dan artikel saya masih dalam proses.
Aktiviti saya pagi ini ialah saya ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk ceramah kerjaya sempena Hari Kerjaya disana.
Biasa la kalau dealing dengan budak-budak remaja ni, kita kena sabar banyak. Session yang sepatutnya start 8.30 pagi jadi tertangguh sehingga 9.30 pagi. Sebabnya lambat sampai semuanya. Kita ni nak bagi ilmu pada mereka bagaimana menghadapi dunia pekerjaan, tapi emmm….
Apa pun ini pengalaman berharga buat saya bagaimana nak singkatkan apa yang saya dah prepare untuk 1 jam kepada ½ jam.
Terima kasih pada En. Khairani, pensyarah dan juga Pegawai Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang sudi menjemput saya untuk sesi kali ini. Jangan serik untuk panggil lagi yer…
Salam Kasih,
Bertambah lagi usia. Alhamdulillah.
Hari ini hari lahir saya. Alhamdulillah, Syukur pada Allah kerana saya masih bernafas dan mencapai umur ini. Syukur kerana saya masih diberi peluang untuk menuju ke arah yang lebih baik untuk membaiki kesilapan yang lalu.
Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Lahir daripada semua yang wish pada saya. Pagi-pagi dah dapat wish dpd hubby & nyanyian Happy Birthday song daripada anak-anak.
Walaupun hari ni hari lahir, kerja kena buat juga, kan..so nak wat kerja la ni.
Doa saya dengan hadirnya umur ini, Semoga saya akan menjadi orang yang lebih bersyukur, lebih baik dari sebelum ini dan lebih ikhlas dalam membantu orang lain. Juga agar saya dan keluarga akan terus bahagia. Amin.
Oh ya, saya juga berkongsi hari lahir dengan Mak Usu saya, Cik Waznah Abd Aziz aka JD daerah Jempol, Negeri Sembilan dan cousin cilik saya, Aiman Harith aka anak Ibu yang sebaya dengan Qistina. Hepi Besday to both of you too!
Salam kasih,
Jangan Risau. Belum Bersara Lagii…
Assalamualaikum,
Ada orang tanya saya, saya dah bersara kah dari dunia penyusuan ibu sebab blog saya tidak ber-update? hahaha..tidak..takk..belum bersara lagi tapi cuma sejak Mei 2011 saya agak sibuk dengan aktiviti keluarga dan Syarikat. Antaranya kenduri kendara keluarga sebelah saya & kenduri sebelah suami, mengikuti aktiviti syarikat seperti family walkaton (waaa..hitam kulit dan penat kaki jalan 3 km. Qistina laju jer jalan, ummi tertinggal kat belakang), bowling dan jugak pergi bercuti bersama jiran-jiran saya. Saya juga menghadiri kelas bagi memantapkan skill saya terhadap hobi baru saya. Apa hobinya? Biarlah rahsia jerk ekkk…
Saya dan neighbours [Nani, Ella dan Ina (behind the camera)] sewaktu bercuti awal bulan Mei 2011 yang lalu (err.. ayik asyik baju biru tu jer ekk..Nak wat cam ner baju faberet buat masa ni)
Family saya dan Family Nani
Huzaimi (kazen saya) & pasangannya, Fifa yang bernikah pada 4 Jun. Gambar diambil pada persandingan di rumah keluarga lelaki pada 12 Jun 2011. Both of them are Public Bank’s Staff in JB but different branch.
Tahniah Jai & Fifa!
So agak sibuk la sikit. Minggu ni pun saya joint aktiviti syarikat. Pertandingan memancing tapi saya tidak la memancing tapi Qistina masuk pertandingan mewarna.
sejujurnya, saya masih meneruskan kaunseling dan cinta pada breastfeeding masih menyala dan membara. Semangat masih utuh! Buktinya Isnin lalu, saya kaunseling seoarang bapa yang sangat menyokong usaha wifenya untuk breastfeed baby derang, semalam tengahari pulak , saya kaunseling mummy yang nak breastfeed anak angkatnya yang berusia 2 bulan dan pagi tadi saya juga memberikan kaunseling kepada ibu yang baru 5 hari melahirkan baby pertama. Kalau pertanyaan melalui sms, telefon, email dan Facebook pun masih saya layan dan bantu. Jadi bila masanya saya bersara, kan?
Ok la jumpa lagi.
Salam kasih,




























































