Bertambah lagi usia. Alhamdulillah.
Hari ini hari lahir saya. Alhamdulillah, Syukur pada Allah kerana saya masih bernafas dan mencapai umur ini. Syukur kerana saya masih diberi peluang untuk menuju ke arah yang lebih baik untuk membaiki kesilapan yang lalu.
Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Lahir daripada semua yang wish pada saya. Pagi-pagi dah dapat wish dpd hubby & nyanyian Happy Birthday song daripada anak-anak.
Walaupun hari ni hari lahir, kerja kena buat juga, kan..so nak wat kerja la ni.
Doa saya dengan hadirnya umur ini, Semoga saya akan menjadi orang yang lebih bersyukur, lebih baik dari sebelum ini dan lebih ikhlas dalam membantu orang lain. Juga agar saya dan keluarga akan terus bahagia. Amin.
Oh ya, saya juga berkongsi hari lahir dengan Mak Usu saya, Cik Waznah Abd Aziz aka JD daerah Jempol, Negeri Sembilan dan cousin cilik saya, Aiman Harith aka anak Ibu yang sebaya dengan Qistina. Hepi Besday to both of you too!
Salam kasih,
