Archive for the ‘MalaysianBFPC’ Category

SGM9 : How Breastfeeding Affects Mothering

Assalamualaikum,

Satu Support Group Meeting (SGM) ke-9 2011 yang dianjurkan oleh Susuibu.com juga MBfPC akan diadakan seperti biasa pada:

Tarikh: 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi-10.00 pagi
Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Topik: How Breastfeeding Affects Mothering
Menu: Pot luck
Tema: Maroon

Jika ada kelapangan, harap dapat hadirkan diri. Ianya percuma dan dibuat secara santai dan Mesra…(sambil goyang tangan cam Bob AF). Datang la yer…

Insya Allah, Saya mungkin akan menghadirkan diri sebab dah janji dengan kawan-kawan lama seSGM. Kalau tak datang tak, kena cincang plak..kekeke ..Lama benau hakak tak joint SGM ni..

Ada sesiapa yang nak tumpang saya ka? saya dari Klang dan lalu Shah Alam (area Proton) dan Puchong (dekat-dekat nak sampai Putra Perdana). Kalau ada roger, k.

Salam kasih,

Bengkel Latihan MBfPC Wilayah Selatan di UTM, Skudai

Assalamualaikum,

saya nak share gambar-gambar sepanjang berlangsungnya Bengkel MBfPC pada 16 hingga 18 September 2011 yang lalu. Tengok gambar yer…

 

 

 

 

Salam Kasih,

 

Permohonan Mengikuti Latihan Bengkel Pembimbing Ibu Ke Ibu oleh MBfPC 2011

Assalamualaikum,

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan mengadakan bengkel latihan terakhir untuk tahun ini pada penghujung November 2011 di Sarawak. Kepada yang berminat bolehlah menghantar permohonan ke admin@malaysianbfpc.org.

Dikhabarkan juga, bengkel seumpamanya tidak akan diadakan pada tahun hadapan. Maknanya akan dihold dahulu latihan melatih pembimbing ibu ke ibu ni. Jadi, apply la..nanti geget jari…terlepas peluang yang sangat baik ni.

PCPAs, PCs & Peserta-peserta (dah jadi PC la ni) serta anak-anak comel yang mengikuti Bengkel Latihan Pembimbing Ibu Ke ibu Wilayah Selatan di UTM Skudai pada 16-18 September 2011.

Salam kasih,

 

Kenangan manis di KK, Sabah

Salam,

Maaf la sebab dah lama tak menulis..hampir 3 minggu rasanya.. selain tak sempat, mood yang tak menentu juga salah satu penyebab saya tak menulis.  Kena jangkitan penyakit M…Malas..

Pada 28 Oktober 2010 saya dan team ke Kota Kinabalu, Sabah hingga 1 Nov 2010. Emm..apa lagi kami pergi untuk training Malaysian Breastfeeding Peer Counselor peringkat Sabah/ Sarawak.. tetapi pesertanya tiada yang dari Sarawak tapi ada dari Semenanjung.


Kami sewaktu baru tiba di Kota Kinabalu

Selama 5 hari di sana kami hanya sempat bershopping selama 2 jam pada hari pertama sampai di KK dan satu jam (subuh-subuh pi pasar beli udang) sebelum berlepas balik ke Semenanjung.

Suasana di sana dan bahasa serta bangsa (etnik) yang ada tersangatlah lainnya dari Semenanjung. Kami ke sana bukan sahaja menyampaikan ilmu tapi juga mengutip ilmu yang pelbagai dari peserta di sana.

Walaupun waktu jam di sana sama dengan di Semenanjung tapi suasananya sangat berlainan. Di sana Subuh muncul seawal 4. 45 pagi dan maghrib pada pukul 6 petang. Pukul 6 petang dah gelap gelita seperti  pukul 8.30 malam di Semenanjung. Emmm..Pukul 6 pagi dah tegak dah matahari. Nak tido lelebih pun dah tak syok sebab dah cerah.

Sewaktu disana, saya teringat pada anak-anak. Janji untuk membawa anak-anak bersama tak dapat saya tunaikan.. Kering poket acik wehh kalau bawak dua-dua tu… So setiap hari selepas training, dalam pukul 6.30 petang ke pukul 8 malam, saya akan buat video call. Nak tengok muka anak-anak dan takut anak-anak rindu pada saya. Payah plak nanti hubby nak control sorang-sorang pulak bila anak buat hal.

Masa saya berangkat ke KK, Qistina tahu saya akan pergi work ke Sabah nak MAS (hehehe, tak leh beritahu pegi work naik flight, nanti dia melalak nak ikut), tapi Qaisara masih tidur lena dalam baby car seat sebab kami bertolak awal pagi ke KK.

Oleh kerana dia tidur dan tak jumpa saya sejak dari malam Rabu (27 Okt) tu, bila saya balik dia jadi sangat memerap. Saat dia tahu saya dah balik (seronok tengok anak-anak melompat-lompat, peluk erat dan cium satu muka Ummi bila nampak ummi turun tangga – rindu kot?!harus!), dia terus sukar nak berenggang dari saya, tidur juga harus di peluk erat. Memasak pun sangat payah, asyik nak berdukung jer..nasib baik ada ERGO, jadi senang sikit nak buat kerja rumah. Pantang saya duduk atas sofa, pasti dia akan naik duduk diriba saya. Bila saya baring di sofa, Qaisara juga akan baring diatas dada saya.

Qistina kurang sikit..mungkin sebab dah besar Cuma sekarang dia menuntut perhatian saya supaya melayan dia melukis dan mewarna.. Adoii kakak, lukisan ummi dah la buruk. Hahahaha..dia suh lukis tiger, ummi try la lukis..hehehe terus jadi cam kucing…kah kah kah..ummi tak pandai melukis la Sayang..

Kata Mama saya, ”lain kali pergi la lagi jauh-jauh lama-lama.. Anak tu rindu sebab tu bila ko dah balik, derang tak leh berenggang..” kuang..kuang..kuang…

Oh ya, saya nak ucapkan juga Hepi Besday pada Mama saya yang kebetulan harijadinya jatuh pada hari Sabtu yang lalu (6 Nov). I Love U , Mom!

Ok lah, nak balik dah ni… Gambar di KK nanti saya  post bila berkesempatan..Oh ya, di sana, kamera saya rosak dan SD Card saya patah, jadi tak banyak la gambar, hanya mengharap ehsan gambar orang lain la… Dugaaan sungguh..Kebetulan, nak dijadikan cerita, kamera Pushpa pula SD Cardnya corupted jadi memang tak de gambar la..hanya harap gambar dari peserta – peserta di sana.

Apa pun saya enjoy berada di sana dengan PC-PC dari Sabah dan 2 PC dari Semenanjung.  Semoga satu hari nanti, kita akan bersua kembali la ya..

Juga terima kasih atas cenderahati yang korang beri buat kami.. Kami dah pakai dah!

Salam kasih,

Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang

Salam,

Hari susu ibu anjuran bersama Susuibu.com & Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MalaysianBFPC) serta Majlis Perbandaran Kajang  akan diadakan di tempat dan masa berikut:

Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :

Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way

Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web World Breasfeeding Week (click kat banner sebelah kanan blog ini).

Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ.

Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :

- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers

Jemput datang ya. Saya hanya akan bertugas pada hari tersebut (handle press, insya Allah kalau PM tak ubah task saya la). Kita jumpa di sana ya!

p/s:FIESTA KAJANG 2010 akan bermula pada 30 Julai 2010 – 1 Ogos dan gerai MalaysianBFPC akan mula beroperasi sejak 30 Julai 2010. Para Peer Counselors atau dalam bahasa melayunya Pembimbing Ibu ke Ibu akan bergilir-gilir bertugas pada setiap hari mulai 30 julai 2010 tersebut. Anda dijemput untuk singgah ke gerai kami. Ada kuiz dan juga hadiah menanti anda!

JOM RAMAI-RAMAI!!

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
March 2024
M T W T F S S
« Mar    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.