Archive for the ‘General’ Category
Assalamualaikum, rindu nak berblogging la.
Assalamualaikum,
Lama sungguh saya menyepi daripada update apa apa aktiviti mahupun mengenai buaian berendoi . Saya lebih aktif di twitter dan Facebook juga instagram. Pening juga nak handle banyak media sosial ni.
Antara cerita terkini yang boleh saya kongsikan ialah anak sulung saya, Qistina telah melangkah ke tahun satu tahun ini. Dia dapat tawaran ke Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI) di Shah Alam dan juga Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar. Pada mulanya Kami suami isteri dalam dilema sebab kedua dua sekolah sangat berprestij dgn kelebihan masing masing. Namun akhirnya kami sepakat untuk menghantar Qistina ke SRAI yang menekankan pendidikan agama lebih sikit. Lagipun sesi persekolahnya satu sesi sahaja iaitu dpd pukul 7.30 pagi – 4 ptg. Senang bagi kami ibubapa yg bekerja. Tengahari sekolah
akan beri makan tengahari dan solat disana juga dgn pemantauan guru.
Adik Qaisara masih lagi bersekolah di Tadika MAIWP. Meneruskan legasi kakak Qistina.
Oh ya selaib daripad itu, BABY N Me juga telah memulakan langkah untuk menyewakan bantal nikah untuk mana mana pasangan yang ingin nak sewa. selain itu, kami juga telah menyediakan perkhidmatan candy buffet dan birthday party arrangement.
Kalau berinat nak dapatkan perkhidmatan kami, boleh email admin@babynme.com.my dan jengah jengah la ke FB Fan Page kami di www.facebook.com/BABYnMeMsia. So takat ni dulu. Nanti kita sambung balik lain kali.
Salam Kasih,

Menulis perlu ada Jiwa!
Assalamualaikum,
Apa khabar hari ini? Hari ke 9 dalam tahun baru, ada apa apa yang baru dah diperolehi? Hutang baru ker? Hehehe..Rasanya ramai yang ada hutang baru, isteri baru, anak baru, somi baru, etc la yer tak?
Saja saya merepek di tengahari buta ni. Teringat seorang sahabat yang bergelar editor dan penulis dan juga novelis saya yang kenal, Nora Herni. Diam tak diam dah banyak buku kanak-kanak yang dihasilkan. Lupa plak, dia sememangnya bekerja dalam bidang ini, memang la dah banyak karyanya, kan? Tahniah awak!
Salah satu buku yang dihasilkan oleh Nora Herni
Sebenarnya menjadi penulis ini bukan perkara senang. Idea dan kreativiti diperlukan agar jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan itu menjadi superb dan seterusnya pembaca akan terus membaca sehingga ke noktah terakhir sesuatu naskah/karya.
Selain mencari isi, saya rasa mencari tajuk kepada cerita/artikel/novel atau saya juga katakan karya adalah sangat susah dan mencabar kerana ianya penting untuk dijadikan daya penarik agar dapat menarik minat pembaca. Menulis ni sebenarnya perlu ada JIWA!
Bukan senang yer nak menjadi penulis dan menghasilkan sesuatu karya. Kena ada penyelidikkan fakta, perlu banyak membaca, olahan ayat dan sebagainya la. Jika bergambar, perlu dilihat dari segi hakmilik gambar tersebut. Perlu minta kebenaran dan keizinan daripada yang tuan punya. Secara bertulis ya bukan verbal approval sahaja. Esok-esok kena saman plak.
Kepada yang nak menulis, teruskan usaha. Tak kira la anda seorang penulis buku ilmiah, novel atau artikel mahupun blog sekali pun, anda antara orang yang berimaginasi tinggi dan sangat berbakat. Cuba tengok blog Red Mummy ni, tulis blog tapi dibayar lumayan tau.
Tidak salah rasanya untuk berangan-angan untuk melihat hasil tulisan anda diterbitkan. Saya juga dulu sering berangan-angan semasa zaman sekolah dan sewaktu usia 20an. Saya sering menulis cerpen dan sajak puitis dulu. Berangan je agar satu hari nanti hasil tulisan saya akan diterbitkan samada di dalam majalah ataupun bentuk buku. Daripada angan-angan itu, saya mencari jalan untuk hasil tulisan saya diterbitkan. Alhamdulillah, walaupun belum dalam bentuk buku, sudah hampir 3 tahun menulis dan mempunyai ruangan/kolum di sebuah majalah keibubapaan untuk saya berkarya/menulis di dalam majalah berbentuk ilmiah yang memberi banyak manfaat (saya rasa la) kepada ramai rakyat Malaysia (mudah-mudahan). Semoga satu hari nanti , akan terbit sebuah buku yang tertera nama penulisnya ialah Zatul Hijanah Ramzi. Sapa tahu, kan?
Tulisan pertama saya yang diterbitkan
Ruangan Soal Jawab Laktasi kendalian saya
Kepada Nora Herni, tahniah di atas buku-buku hasil tulisan anda. Nak tulis buku kanak-kanak lagi susah sebab nak imagine cam budak-budak padahal kita dah tua bangka dah. Herni, nanti nak pi beli pas ni! Tolong turunkan tandatangan yer!
Salam kasih,

Jangan Asyik Prasangka. Tanyalah!
Assalamualaikum,
Kehidupan kita ni adakalanya turun naik. Adamasa macam menurun dan merundum, ada masanya menaik. Masa tengah naik jangan sombong dan meninggi hidung. Nanti bila masa kehidupan kita di tahap menurun suhunya, tak ada pulak orang nak tolong..
Kadangkala dalam kehidupan kita ni, especially orang melayu kita ni lebih banyak suka buat tanggapan dan anggapan sendiri. Nak Tanya takut. Kononya tak nak kecikkan hati orang yang kita tengah salah anggap tu. Tapi kalau kita tanya samada betul atau tidak perkara yang kita anggap betul tu pada si Polan yang kita duk syak wasangka tu,kan senang. Terjawab semua persoalan. Macam mana kalau kita dok anggap jer da pas tu jatuh hukuman sendiri, Tup tup anggapan kita pada si polan tu sebenarnya salah. Huh dosa korang…
Hidup di muka bumi ALLAH ni, kita tak boleh nak berseorangan. Asyik fikir diri sendiri sahaja. Hidup ini juga tidak akan gembira selalu.Ada masa suka, ada masa duka. Tapi ingat, setiap ujian kegembiraan atau kedukaan yang Allah beri itu, adalah petanda Allah masih sayang pada kita. Samada kita sedar dengan tidak sahaja.
Semoga kita akan dapat beroleh keberkatan dari Allah sepanjang kehidupan pinjaman kita di muka bumi Allah ini.
Mood: Sunyi!
Salam kasih,

Hubungi Saya Di…..
Assalamualaikum,
Jika ada yang ingin menghubungi saya selain daripada talian telefon, saya boleh dihubungi melalui
- Skype : zatul.hijanah
- Yahoo! : Hijanah
- Facebook : Zatul Hijanah Ramzi
Saya selalunya akan online 24/7. Namun begitu, jika saya tidak menjawab, saya mohon maaf. Mungkin pada ketika itu, saya sedang sibuk menguruskan sesuatu ataupun sedang bermesyuarat. Harap maklum.
Salam kasih,

Ceramah Kerjaya
Assalamualaikum,
Apa khabar? Bersawang blog ni,kan… terasa kemalasan nak menulis perkara teknikal. Saya masih ada tugasan untuk dihantar pada pihak majalah, jawapan untuk ruangan soal jawab dan artikel saya masih dalam proses.
Aktiviti saya pagi ini ialah saya ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk ceramah kerjaya sempena Hari Kerjaya disana.
Biasa la kalau dealing dengan budak-budak remaja ni, kita kena sabar banyak. Session yang sepatutnya start 8.30 pagi jadi tertangguh sehingga 9.30 pagi. Sebabnya lambat sampai semuanya. Kita ni nak bagi ilmu pada mereka bagaimana menghadapi dunia pekerjaan, tapi emmm….
Apa pun ini pengalaman berharga buat saya bagaimana nak singkatkan apa yang saya dah prepare untuk 1 jam kepada ½ jam.
Terima kasih pada En. Khairani, pensyarah dan juga Pegawai Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang sudi menjemput saya untuk sesi kali ini. Jangan serik untuk panggil lagi yer…
Salam Kasih,

Orang Hilang – Tolong Bantu Pn. Salwa mencari En. Ithnin
Assalamulaikum,
Salah seorang sahabat saya , Salwa aka Ibu Kauthar telah ditimba musibah. Suami beliau yag keluar sekejap sahaja ke kereta di depan rumah, telah hilang sejak 2 Ogos 2011 yang lalu. Ini saya muatkan berita yang diwar-warkan melalui website Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).
Jika ada yang nampak atau tahu mengenai En. Ithnin, harap dapat hubungi nombor yang tertera di atas. Bantuan anda amat dihargai.
Kepada Salwa, tabahlah hadapi ujian Allah ini.
Salam Kasih,

Belajarlah daripada pengalaman….
Assalamualaikum,
Rindu rasanya nak menulis. Tapi tu la kan, menulis ni bila jiwa tak datang, mood tak mari, kosong idea la jawabnya. Walaupun menulis sesuatu yang jelas faktanya. Saya kagum dengan penulis novel sebab mereka ada jiwa dan ada rasa yang menyebabkan idea untuk menulis tetap ada. Dannnn tambahkan dengan minat, kan? Pernah satu ketika waktu saya sekolah menengah dan zaman usia masih 20an dulu, anak dara dan kedut pun tak do masa tu, saya bercita-cita untuk menjadi novelis. Bercita-cita nak menulis sebuah cerita yang nak dibukukan menjadi sebuah novel. Ha dah tontu cerita cinta ler..tapi tu la passion tak de. Menulis 1 muka surat jer, pas tu give up. hahahaha…Sekarang ni di awal 30an ni alhamdulillah, dapat juga saya menulis dan diterbitkan di majalah dan dapat menuis diblog (thank you internet). Dibaca oleh ibubapa/nenek/atok/mak sedara/kawan/adik/etc la dan yang penting apa yang saya tulis itu dapat membantu beribu rakyat Malaysia dan juga dunia yang memahami bahasa melayu ke arah kesihatan yang baik. Kira-kira mission accomplish la yerk.
Kita tinggalkan cerita berangan nak jadi novelis tu, apa yang saya nak sampaikan pada ialah mengenai masyarakat kita yang kadang kala masih lagi alpa dan mungkin terlupa untuk mengambil pengajaran daripada kisah lepas yang ada. Tak kira la kisah itu adalah kisah kita, kisah keluarga mahupun kisah masyarakat.
Sepanjang minggu lepas, kita asyik dihidangkan dengan kekejaman pembunuhan dan pembuangan bayi. Saya tak mahu sentuh isu moral sebab seram. Takut-takut berceramah pasal isu moral, tetiba kena batang hidung sendiri. Naya.
Sayu pilu hati saya bila tengok gambar bayi yang dicampak daripada tingkat 5 kat Sentul tu . Saya tinggal kat situ dulu tau masa zaman anak dara. Kalau tak mahu, kenapa tak diberi sahaja kepada orang lain? Ramai yang inginkan anak tapi Allah belum beri rezeki, maka carilah orang yang begini, berikan anak itu pada mereka.
Mungkin kerana takut dan malu, maka kita bunuh baby yang suci sebab kononya nak padam kesalahan, nak tutup jejak salah itu tapi tahukah anda sebenarnya bila kita buat sesuatu kesalahan yang besar, kesalahan itu takkan padam dalam ingatan kita dan kita akan bawa beban rasa bersalah dan rasa menyesal kerana kesalahan itu sampai mati?
Mungkin kita tak dapat nak tinggalkan dan tak dapat nak padam dari ingatan kita mengenai kesalahan yang ada tapi yang boleh kita buat adalah cuba memperbaiki diri dan keadaan supaya kesalahan yang sama tak berulang dan kesalahan lain tak dimulakan…
Satu lagi perkara yang dilaporkan dalam minggu lepas ialah kematian akibat tersedak susu. Saya bukan menyalahkan sesiapa malah saya rasa sangat-sangat simpati pada kedua ibubapa yang kehilangan anak tersayang. Saya juga seorang ummi, maka saya dapat rasakan kepedihan hati setiap ibu bila sesuatu berlaku pada anak mereka.
Namun suka saya kata, ambillah kisah ini sebagai pengajaran dan sebagai peringatan bahawa bayi bukan seperti kita, pandai mengunyah dan pandai menelan atau pandai meluah semula. Jadi sepanjang bayi kita menyusu, make sure kita ada bersama supaya jika bayi kita tersedak ataupun termuntah, maka kita ada disisi untuk membantu. Lagi satu,jangan beri makanan pejal pada
1. bayi yang masih belum boleh duduk,
2. yang masih belum boleh menelan dengan baik,
3. masih belum boleh tegakkan kepalanya
4. dan ada macam macam lagi petanda yang baby belum sedia untuk makan makanan pejal.
Yang paling penting, tolonglah janganlah campurkan susu dengan nestum dalam botol, kemudian dibesarkan lubang pada puting dan beri pulak pada baby. konon baby lapar, susu dah tak cukup. Dan kemudian beri pulak botol berisi SUTUM (susu+nestum) tu pada baby sambil baby baring. Allahhhhhh…Tolonglah. Saya mohon tolonglah jangan buat begitu. Ada sebab kenapa perkataan “JANGAN” dan “TAK BOLEH” itu dikeluarkan.
satu – kemungkinan tersedak sangat besar,
kedua – susah payah la baby tu nak menelan dan bernafas. bayangkan kita baring dan diberi minuman yang keluar daripada puting tu yang mengalir tanpa henti. Lemas tak? LEMASKAN?
Ketiga – perut baby tu bukanlah sebesar perut kita ni yang boleh besar macam belon. Back to basic la, apa baby perlukan bila menangis? lapar sahajakah? atau lampin basah? atau perut sakit? Ataupun mahukan dakapan sebagai jaminan rasa selamat dan rasa disayangi?
Pesan pada babysitter, jangan buat begitu dan beri tunjuk ajar perkara yang betul. Kalau babysitter/nursery banyak songeh, tukar saja yang lain. Lagi satu, saya ada sebab mengapa saya lebih suka nursery daripada babysitter perseorangan. Sebabnya ialah
1. nursery ada ramai penjaga (walaupun ramai baby/budak), jadi bila yang seorang babysitter pergi toilet atau basuh bottle, ada lagi yang lain boleh tolong tengokkan anak kita.
2. nursery ada cctv (saya kurang pasti nursery orang lain tapi nursery anak saya ada CCTV dan bayaran tidak mahal)
3. babysitter di nursery selalunya dihantar menghadiri kursus
4. di nursery, ada play group. Anak-anak seawal 1 tahun dah diajar dalam bentuk bermain (betul ka ayat ni?) macam menyanyi, baca doa, art, cara bergaul, menulis dan lain-lain
5. Mereka juga mendapat kasih sayang walaupun ramai kanak-kanak yang dijaga. Saya ambil contoh anak-anak saya la, mereka sangat suka cikgu-cikgu di nursery mereka sebab cikgunya sangat baik dan penyanyang.
6. kalau satu cikgu bercuti ada cikgu lain ganti, so kita tak perlu bercuti jadi prestasi tak hancur dek kerana asyik kena ambil cuti.
7. Kalau dinursery anak-anak saya, mereka akan hantar dan ambil anak-anak kita balik sekolah tak kira la sekolah tadika ka, sekolah rendah ke, sekolah menengah ka. Jadi ibubapa yang bekerja macam saya ni kurang sikitlah kerjanya sebab perkhidmatan begini disediakan oleh nursery. Bimbang pun kurang sebab yang ambil hantar tu memang dah jaga anak kita daripada kecil, kan.
8. Oh ya yang paling penting, di nursery tak pakai buai. Semua tidur atas tilam. Tak ada rungutan kata baby susah tido kalau tak de buai.
Saya mohon maaf, jika tulisan saya ini mungkin terkena pada situasi anda tapi itulah hakikatnya.Bukan saya nak kodem tapi sekadar tolong mengingatkan. Kadangkala kita ni nak kena ada yang menegur baru kita beringat. Serupa la dengan saya. Kadang kala saya terlupa, kawan-kawan tolong ingatkan. Manusiakan mudah lupa..Saya juga manusia dan melakukan kesilapan.
Salam Kasih,

Jawatan kosong – Procurement Assistant
Assalamualaikum,
Kepada semua yang sedang mencari pekerjaan, ada jawatan kosong sebagai Procurement Assistant di pejabat saya bekerja. Sebagai makluman, anda bermungkin akan bekerja dibawah selian saya (saya garang tau! ) untuk membantu dalam kerja-kerja perolehan.
Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh email resume kepada saya supaya saya boleh forward kepada bos besau saya. Kriteria adalah seperti berikut:
1. Diploma in Engineering/account/business/QS/banking
2. Mempunyai pengalaman dalam procurement 2 tahun
3. Berumur 30 tahun ke atas (Bos saya tidak mahu yang terlalu muda atas alasan tertentu)
4. Keutamaan adalah kepada lelaki. Namun begitu wanita adalah digalakkan untuk memohon.
5. Mesti boleh dan sanggup bekerja lebih masa termasuk Sabtu dan Ahad (hingga tengah malam/pagi) dan sanggup menerima tugasan mengejut/segera
6. Tidak banyak songeh (kalau kuat melawan, sila jangan apply ya. Terus terang saya kata, saya tak mahu orang yang boleh menyusahkan kerja saya dan Jabatan dan saya tidak mahu nama saya jadi buruk kerana mencadangkan anda kepada syarikat & SGM saya. Senang cerita, tolong jangan malukan dan burukkan nama saya dengan sikap dan attitude anda).
7. Jujur
8. Berfikiran positif
9. Tabah (anda tahukan kenapa mesti tabah. Sebab kerja dengan syarikat besar anda kena tahan dimarahi dan sanggup menerima sebarang tugasan walaupun masa anda dengan keluarga sangat terhad).
10. Mempunyai lesen memandu B & D dan mempunyai kenderaan sendiri.
Benefit yang akan anda dapat di syarikat ini ialah
1. Medical insurans (anda, pasangan & anak-anak)
2. Perubatan pergigian (anda, pasangan & anak-anak)
3. 5 + 1 hari bekerja (termasuk alternate Saturday)
4. Persatuan pekerja
5. cuti tahunan (saya kurang pasti gred ini mendapat berapa hari cuti/tahun)
6. lain-lain (tak ingat dah apa lagi).
7. Bonus tahunan mengikut performance.
Sebagai makluman tambahan, Procurement Assistant adalah dalam kategori kerjaya pengkeranian yang sama seperti Admin Assistant aka Kerani.
Sila email resume anda kepada saya di zatul.hijanah@gmail.com beserta gambar terkini sebelum atau pada 18 MEI 2011.
Salam kasih,

Please, No Promotion of Artificial Milk Here. TQ.
Assalamualaikum,
Saya sangat menghormati anda semua sebagai pembaca blog saya dan juga sebagai ibubapa anak-anak Malaysia yang bakal menjadi peneraju negara Malaysia satu hari nanti.
Saya sokong apa jua perniagaan yang anda mahu buat atau telah usahakan.
Namun satu saya minta daripada anda. Saya hanya minta hormatilah saya sebagai seorang pejuang yang sedang berjuang untuk memartabatkan susu ibu.
Jadi pinta saya, janganlah anda menggunakan blog saya ini sebagai medium untuk anda mempromosikan atau mencadangkan sebarang susu gantian kepada susu ibu kepada ibubapa yang membaca blog saya.
Saya faham, anda ingin berniaga tetapi dengan rasa rendah diri dan hormatnya, saya pohon agar tiada lagi yang memberi komen di blog saya yang mencadangkan artificial milk. Jangan kecil hati jika saya tidak approvekan komen anda kerana komen anda ternyata terlalu jauh menyimpang daripada apa yang saya perjuangkan.
Terima kasih.
Salam Kasih,
