Mendidik Anak – Mencabarnya!

Assalamualaikum,

Mendidik anak bukan satu perkara mudah. Mahu memahamkan anak dalam sesuatu perkara juga sangat susah. Kena berulangkali.

Kali ini Qistina terpaksa saya bawa ke pejabat selepas waktu sekolahnya sebabnya saya lambat ambil dan masa tak mencukupi untuk saya memandu ke taska. Kejadian selepas waktu habis pejabat. Kebetulan dalam anak saya sangat suka mengasah pensil yang tumpul di pejabat saya. Habis semua pensil auntie dan uncle yang pendek semua ditajamkan. Nak jadi cerita, ada satu meja yang ada gula-gula coklat. Oleh kerana Qistina ini kanak-kanak dan sangat suka gula-gula, dia sudah ternampak gula-gula tersebut masa nak letakkan pensil yang dah tajam atas meja semula dan oleh kerana tarikan gula-gula sangat kuat bagi seorang kanak-kanak , gula-gula tu tadi diambil tanpa saya perasan. Dia makan dan bila sudah makan baru saya perasan.

Saya tanya ambil gula-gula dari mana? Dia diam. Kemudian, saya tanya lagi, dan dia jawab “kakak, tadi tajamkan pensil auntie, kakak Nampak gula-gula tu. Kakak makan la” jawab jujur seorang anak kecil yang tak mengerti itu adalah perbuatan mencuri. Saya memang agak marah bila dengar jawapan itu. Saya kata perbuatan Qistina itu salah, tak boleh ambil hak orang tanpa izin. Qistina menangis. Takut barangkali atau rasa bersalah. Datang seorang rakan sekerja saya bertanya kenapa Qistina menangis? Saya maklumkan anak saya ini sudah makan gula-gula tanpa izin. Dia berlalu dan kembali semula dengan sebungkus kecil gula-gula Fresh Fruit.Adadalam 3 biji tak silap saya.

Saya nak ajar anak saya mengenai kesan mengambil barang orang, jadi bila dia sudah berhenti menangis, saya terangkan perbuatan dia salah dan Allah marah orang yang mengambil barang orang lain tanpa izin. Nanti Allah potong tangan di akhirat. Bila dia dengar perkataan potong tangan, dia tanya macam macam. Boleh ke nak buka pintu kalau tak de tangan? Boleh pegang pensil tak? Boleh pegang cawan dan minum air, dan banyak lagi soalan.  Pertanyaan jujur seorang anak kecil yang berusia 5 tahun. Jawapan saya semua ialah sukar dan saya tunjukkan cara mengambil dan memegang pintu, cawan dan pensil tanpa menggunakan tangan. Kemudian dia kata ‘susahlah Ummi’.

Saya kata lagi “kakak mesti ganti semula gula-gula yang akak dah ambil tadi.” Muka Qistina kelat sebab rasa kecewa satu gula-gula yang diberi oleh uncle perlu diberi sebegai ganti. Saya katakan padanya, ini perlu sebab kakak dah ambil gula-gula  auntie tanpa izin. Maka perlu ganti dengan gula-gula yang kakak dapat dari uncle.” Dengan berat hati, dia meletakkan sebiji gula-gula di atas meja auntie. Mata penyesalan kerana mengambil gula-gula tanpa izin terpancar dari sinar mata anak kecil saya yang berusia 5 tahun ini. Rasa sayu sebab dia masih kecil dan tidak tahu perbuatannya salah. Tapi saya perlu ajar anak saya dari sekecil ini yang salah tetap salah. Tiada dikecualikan. “Kakak perlu tulis surat minta maaf pada auntie sebab ambil gula-gula dia tanpa izin” kata saya lagi. “Ha?” Qistina terkejut tapi akur. Saya berikan satu pen dan kertas agar dia boleh tulis sendiri permohonan maaf pada auntie. Satu satu perkataan ditulis. Bila dia tidak tahu bagaimana untuk mengeja, ditanya pada saya. Akhirnya siap. Saya ‘staple’kan gula-gula pada kertas dan suruh Qistina letakkan atas meja auntie.

 

Saya rasa, Qistina kini faham yang perbuatan mengambil barang orang lain tanpa izin tadi adalah salah. Saya harap dia akan ingat apa yang saya dah ajarkan padanya hari ini. Insya Allah. Walaupun akan ada suara yg akan berkata “alah, gula-gula sebiji sahaja, takkan itu pun nak ambil kisah”. Ye itu sekarang, hanya gula-gula sebiji. Bayangkan kalau saya tak menegur dan mengajarnya kesan perbuatan tersebut, apa akan jadi pada akhlak anak saya bila dia besar nanti? Nauzubillah… Minta dijauhkan anak-anak saya daripada perangai yang tidak baik.

“Ya Allah, jadikahlah anak-anak ku orang yang berakhlak baik dan solehah. Jauhkanlah mereka daripada perbuatan dan akhlak/perangai yang tidak baik.” Amin.

~ Anak kecil adalah seperti kain putih dan ibubapa yang akan mencorakkannya. Jika perbuatan salah anak tidak ditegur/diterangkan dan diajar sewaktu dia masih kecil kerana sayang dan merasakan dia terlalu kecil untuk faham, janganlah kita menyesal bila dia dewasa kelak ~

Salam kasih,

4 Responses to “Mendidik Anak – Mencabarnya!”

  • Lyna says:

    Saya sendiri kalau anak orang, saya jadi “Takpelah, bukan apa2 pun..” (bila dia buat salah) sedangkan saya sendiri tak suka orang buat macam tu kat anak saya. tapi jadi auto bila anak orang, kita banyak diskaun walaupun tahu mak dia kuat disiplin. hehe. autopilot jadinya

  • riena says:

    Salam kak zatul,,

    Betul cara akak tu,,ina sokong sgt2..memang mencabar rasanya mendidik anak2 pada zaman ini, dan akak nk tau,,,ina masih simpan gula2 yg qistina bg tu bersama2 dengan nota yg ditulis dlm drawer ina,,rasa syg sgt nk mkn sbb bila terpandang jer nota tu n gula2 tu,,ina mesti ingat qistina,,hehe,,akak,,,selalu2 la bawak dia dtg opis,,heheh,,,,

  • Bonda Q says:

    Ina, awak le idola dia skang ni. kekekeke..kena dapatkan baby girl la pas ni.

  • Bonda Q says:

    tu la, kan Lyna. Anak orang selalu kita bagi diskaun sebabnya anak orang lain. Tapi akak memang kuat displinnya sebab masa kecil, ayah akak besarkan kami dengan penuh displin ketenteraan. Cara makan, berpakaian, bercakap, hormat dan sebagainya ler…Displin perlu ada, agar tak tersasar dpd landasan, pendapat akak ler…

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
December 2014
M T W T F S S
« Dec    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.