Archive for the ‘Pemakanan Bayi & Kanak-kanak’ Category

Dapat cukup susu diawal kelahiran?

Assalamualaikum,

Apa khabar? Lama tak ada mood nak tulis pasal breastfeeding. Ai kecewa dik. tu yang sedikit merajuk nak tulis pasal breastfeeding.

Tak pe la, kan. Itu dulu…Ni nak sambung cerita pasal breastfeeding. Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana nak tahu baby dapat cukup susu diawal kelahiran. Ramai yang beri alasan ‘Susu macam tak ada bila dipicit puting payudara’. Ya, memang susu semacam tak ada tetapi percayalah, bahawa bila bayi anda kerap stimulate, Insya Allah susu itu ada.

Lagi satu ingatlah yang purata jumlah susu ibu/penyusuan ialah 5 ml sahaja. Itu dah cukup untuk baby anda. Yang perlakuan baby suka melekap jer tu adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru dilahirkan. Menangis? Itu pun biasa sebab baby belum rasa selamat dan masih dalam suasana yang baru. Dah biasa 9 bulan berada di dalam perut, kan? Jadi bila pindah umah yang lebih luas, rasa canggung pulak la, kan? dah la blom kenal sesiapa kecuali mummy. Jadi  bila berenggang sedikit dengan mummy maka baby dah gabra. Disebabkan baby blom tahu bercakap yang dia perlu pelukkan, belaian dan perlu berdekatan maka, tangisan saja la sebagai isyarat yang dapat dibuat oleh baby. Kalau dia boleh bercakap, kang mummy dan daddy plak suspen, kan?

Tanda dapat cukup susu

Salah satu cara yang perlu di ambil kira ialah melihat samada bayi kelihatan puas selepas menyusu dan tidak meragam selepas disusukan. Tetapi perlu diingatkan bahawa itu bukanlah satu satunya petanda bayi mendapat cukup susu. Yang paling penting semasa menetukan cukup atau tidak susu ialah dengan melihat kepada lampin basah baby. Berapa kali dia pee pee dan berapa kali dia poo poo plak.

Ok ini table untuk anda jadikan panduan untuk tahu samada anak anda mendapat cukup susu atau tidak.

Oh ya, cuba lihat gambar dan warna poo poo baby dalam gambarajah dibawah  untuk tahu dia cukup susu atau tidak.

Err, kaler untuk day 1 tu sebenarnya lebih gelap dan hitam macam kat bawah ni

 Gambar kredit to http://idanas.blogspot.com/

So happy breastfeeding dan dont think to much because stress will always inhibit in your milk production.

Love you all and my heart always with you & breastfeeding!

Kenangan semasa gathering Susuibu.com yang pertama untuk tahun 2009.

Salam kasih,

Biar Ada Strategi!

Assalamualaikum,

Bila susu kurang, saya tidak salahkan ibu-ibu bila saya dapat tahu yang mereka kurang memahami konsep supple and demand. Ini kerana bukan semua orang dapat ilmu  breastfeeding ni.Adayang dah silap langkah atau susu dah tak ada, baru ilmu sampai pada mereka.Adayang dah nak masuk anak 5, baru terbuka hati untuk mengenali penyusuan ibu.Kan? Betul tak? Jangan pandang serong pada mereka yang menyusukan bayi mereka dengan susu gantian. Mereka juga ibu, pastinya mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Cuma harapan saya dan kawan-kawan yang sama-sama berjuang demi penyusuan ibu, bila kita tahu ada ibu yang hamil, especially yang pertama kali hamil,cubakita dekat dan perkenalkan susu ibu. Tapi perkenalkan tu bukanlah bermaksud sampai memaksa, Maksud memperkenalkan susu ibu ialah dengan ayat-ayat seperti, “dah ada orang cerita mengenai penyusuan ibu?” atau “ nanti dah tahu dah susu apa nak beri pada baby?”. Ini supaya kita dapat cetuskan idea dan memperkenalkan susu ibu dengan secara halus dan tidak mengguris hati dan tidak kelihatan sebagai memaksa. Bila kita buka soalan, maka satu keinginan untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai penyusuan ibu akan bercambah dalam hati ibu dan pasangan yang baru pertama kali menghadapi kehamilan.

Ingat ya, memaksa dan berceramah panjang tanpa ada strategi, memungkinkan kita kehilangan ibubapa yang berpotensi untuk menyusukan bayi mereka. Ingat yer…

Salam kasih,

 

 

Nak Membanyakkan dan Pekatkan Susu?

Assalamualaikum,

Sekarang ini macam trend ya. berlumba-lumpa  nak makan milk booster. Ramai yg tanya, bagaimana untuk banyakkan susu dan pekatkan susu?

Jawapannya ialah dengan kerap menyusukan bayi anda. Bila kerap susukan bayi, kita dapat create demand dan hantar signal pada otak supaya buat susu lebih banyak. Juga bila kerap menyusu, susu yang terhasil akan lebih banyak lemak dan bayi kita akan kenyang.

 

Susu Ummi untuk Qaisara satu masa dulu.

Jika menjarakkan waktu penyusuan, susu akan mempunyai lebih banyak air dpd lemak, jadi susu kita akan cair. So kerapkan penyusuan. Jika anda buat ini semua, anda tak perlu pun milk booster pun.

Insya Allah.

Salam kasih,

 

Tidak obesiti!

Assalamualaikum,

Apa khabar? Selamat berhujung minggu ya. hari ini saya ada terbaca mengenai seorang baby yang berumur 6 bulan yang berat badannya 12kg dan dah muat pakai pakaian abangnya yang berumur 4 tahun. emmm..Yang bestnya baby ni hanya minum susu ibu atau kata omputeh, breastfed baby. Dia juga disahkan tidak mengalami obesiti walaupun berat badannya melangkaui kebiasaan bagi bayi seusianya. Ini kerana dia hanya minum susu ibu dan bukan makan makanan pejal. Cayalah.

Anda boleh baca cerita penuh kat sini. Happy reading.

Comelkan?

Salam Kasih,

Belajarlah daripada pengalaman….

Assalamualaikum,

Rindu rasanya nak menulis. Tapi tu la kan, menulis ni bila jiwa tak datang, mood tak mari, kosong idea la jawabnya. Walaupun menulis sesuatu yang jelas faktanya. Saya kagum dengan penulis novel sebab mereka ada jiwa dan ada rasa yang menyebabkan idea untuk menulis tetap ada. Dannnn tambahkan dengan minat, kan? Pernah satu ketika waktu saya sekolah menengah dan zaman usia masih 20an dulu, anak dara dan kedut pun tak do masa tu, saya bercita-cita untuk menjadi novelis. Bercita-cita nak menulis sebuah cerita yang nak dibukukan menjadi sebuah novel. Ha dah tontu cerita cinta ler..tapi tu la passion tak de. Menulis 1 muka surat jer, pas tu give up. hahahaha…Sekarang ni di awal 30an ni alhamdulillah, dapat juga saya menulis dan diterbitkan di majalah dan dapat menuis diblog (thank you internet). Dibaca oleh ibubapa/nenek/atok/mak sedara/kawan/adik/etc la dan yang penting apa yang saya tulis itu dapat membantu beribu rakyat Malaysia dan juga dunia yang memahami bahasa melayu ke arah kesihatan yang baik. Kira-kira mission accomplish la yerk.

Kita tinggalkan cerita berangan nak jadi novelis tu, apa yang saya nak sampaikan pada ialah mengenai masyarakat kita yang kadang kala masih lagi alpa dan mungkin terlupa untuk mengambil pengajaran daripada kisah lepas yang ada. Tak kira la kisah itu adalah kisah kita, kisah keluarga mahupun kisah masyarakat.

Sepanjang minggu lepas, kita asyik dihidangkan dengan kekejaman pembunuhan dan pembuangan bayi. Saya tak mahu sentuh isu moral sebab seram. Takut-takut berceramah pasal isu moral, tetiba kena batang hidung sendiri. Naya.

Sayu pilu hati saya bila tengok gambar bayi yang dicampak daripada tingkat 5 kat Sentul tu . Saya tinggal kat situ dulu tau masa zaman anak dara. Kalau tak mahu, kenapa tak diberi sahaja kepada orang lain? Ramai yang inginkan anak tapi Allah belum beri rezeki, maka carilah orang yang begini, berikan anak itu pada mereka.

Mungkin kerana takut dan malu, maka kita bunuh baby yang suci sebab kononya nak padam kesalahan, nak tutup jejak salah itu tapi tahukah anda sebenarnya bila kita buat sesuatu kesalahan yang besar, kesalahan itu takkan padam dalam ingatan kita dan kita akan bawa beban rasa bersalah dan rasa menyesal kerana kesalahan itu sampai mati?

Mungkin kita tak dapat nak tinggalkan dan tak dapat nak padam dari ingatan kita mengenai kesalahan yang ada tapi yang boleh kita buat adalah cuba memperbaiki diri dan keadaan supaya kesalahan yang sama tak berulang dan kesalahan lain tak dimulakan…

Satu lagi perkara yang dilaporkan dalam minggu lepas ialah kematian akibat tersedak susu. Saya bukan menyalahkan sesiapa malah saya rasa sangat-sangat simpati pada kedua ibubapa yang kehilangan anak tersayang. Saya juga seorang ummi, maka saya dapat rasakan kepedihan hati setiap ibu bila sesuatu berlaku pada anak mereka.

Namun suka saya kata, ambillah kisah ini sebagai pengajaran dan sebagai peringatan bahawa bayi bukan seperti kita, pandai mengunyah dan pandai menelan atau pandai meluah semula. Jadi sepanjang bayi kita menyusu, make sure kita ada bersama supaya jika bayi kita tersedak ataupun termuntah, maka kita ada disisi untuk membantu. Lagi satu,jangan beri makanan pejal pada

1. bayi yang masih belum boleh duduk,
2. yang masih belum boleh menelan dengan baik,
3. masih belum boleh tegakkan kepalanya
4. dan ada macam macam lagi petanda yang baby belum sedia untuk makan makanan pejal.

Yang paling penting, tolonglah janganlah campurkan susu dengan nestum dalam botol, kemudian dibesarkan lubang pada puting dan beri pulak pada baby. konon baby lapar, susu dah tak cukup. Dan kemudian beri pulak botol berisi SUTUM (susu+nestum) tu pada baby sambil baby baring. Allahhhhhh…Tolonglah. Saya mohon tolonglah jangan buat begitu. Ada sebab kenapa perkataan “JANGAN” dan “TAK BOLEH” itu dikeluarkan.

satu – kemungkinan tersedak sangat besar,
kedua – susah payah la baby tu nak menelan dan bernafas. bayangkan kita baring dan diberi minuman yang keluar daripada puting tu yang mengalir tanpa henti. Lemas tak? LEMASKAN?

Ketiga – perut baby tu bukanlah sebesar perut kita ni yang boleh besar macam belon. Back to basic la, apa baby perlukan bila menangis? lapar sahajakah? atau lampin basah? atau perut sakit? Ataupun mahukan dakapan sebagai jaminan rasa selamat dan rasa disayangi?

Pesan pada babysitter, jangan buat begitu dan beri tunjuk ajar perkara yang betul. Kalau babysitter/nursery banyak songeh, tukar saja yang lain. Lagi satu, saya ada sebab mengapa saya lebih suka nursery daripada babysitter perseorangan. Sebabnya ialah

1. nursery ada ramai penjaga (walaupun ramai baby/budak), jadi bila yang seorang babysitter pergi toilet atau basuh bottle, ada lagi yang lain boleh tolong tengokkan anak kita.
2. nursery ada cctv (saya kurang pasti nursery orang lain tapi nursery anak saya ada CCTV dan bayaran tidak mahal)
3. babysitter di nursery selalunya dihantar menghadiri kursus
4. di nursery, ada play group. Anak-anak seawal 1 tahun dah diajar dalam bentuk bermain (betul ka ayat ni?) macam menyanyi, baca doa, art, cara bergaul, menulis dan lain-lain
5. Mereka juga mendapat kasih sayang walaupun ramai kanak-kanak yang dijaga. Saya ambil contoh anak-anak saya la, mereka sangat suka cikgu-cikgu di nursery mereka sebab cikgunya sangat baik dan penyanyang.
6. kalau satu cikgu bercuti ada cikgu lain ganti, so kita tak perlu bercuti jadi prestasi tak hancur dek kerana asyik kena ambil cuti.
7. Kalau dinursery anak-anak saya, mereka akan hantar dan ambil anak-anak kita balik sekolah tak kira la sekolah tadika ka, sekolah rendah ke, sekolah menengah ka. Jadi ibubapa yang bekerja macam saya ni kurang sikitlah kerjanya sebab perkhidmatan begini disediakan oleh nursery. Bimbang pun kurang sebab yang ambil hantar tu memang dah jaga anak kita daripada kecil, kan.
8. Oh ya yang paling penting, di nursery tak pakai buai. Semua tidur atas tilam. Tak ada rungutan kata baby susah tido kalau tak de buai.

Saya mohon maaf, jika tulisan saya ini mungkin terkena pada situasi anda tapi itulah hakikatnya.Bukan saya nak kodem tapi sekadar tolong mengingatkan. Kadangkala kita ni nak kena ada yang menegur baru kita beringat. Serupa la dengan saya. Kadang kala saya terlupa, kawan-kawan tolong ingatkan. Manusiakan mudah lupa..Saya juga manusia dan melakukan kesilapan.

Salam Kasih,

Please, No Promotion of Artificial Milk Here. TQ.

Assalamualaikum,

Saya sangat menghormati anda semua sebagai pembaca blog saya dan juga sebagai ibubapa anak-anak Malaysia yang bakal menjadi peneraju negara Malaysia satu hari nanti.

Saya sokong apa jua perniagaan yang anda mahu buat atau telah usahakan.

Namun satu saya minta daripada anda. Saya hanya minta hormatilah saya sebagai seorang pejuang yang sedang berjuang untuk memartabatkan susu ibu.

Jadi pinta saya, janganlah anda menggunakan blog saya ini sebagai medium untuk anda mempromosikan atau mencadangkan sebarang susu gantian kepada susu ibu kepada ibubapa yang membaca blog saya.

Saya faham, anda ingin berniaga tetapi dengan rasa rendah diri dan hormatnya, saya pohon agar tiada lagi yang memberi komen di blog saya yang mencadangkan artificial milk. Jangan kecil hati jika saya tidak approvekan komen anda kerana komen anda ternyata terlalu jauh menyimpang daripada apa yang saya perjuangkan.

Terima kasih.

Salam Kasih,

HUKUM PENYUSUAN IBU & HUBUNGAN IBU/ANAK/KELUARGA SUSUAN

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya dah lama nak tulis mengenai hal ini. Saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat semasa memandu dalam perjalanan pulang ke rumah dalam minggu lalu. Ilmu yang saya dapat dalam rancangan soal jawab agama di Radio Malaysia Negeri yang berbicara mengenai Hukum Hakam Penyusuan Ibu. Saya tidak ingat nama ustaz yang menyampai kuliah dan menjawab segala persoalan mengenai hukum hakam penyusuan ibu dalam Islam.

Daripada yang saya dengar, saya kongsikan sebahagiannya la yer.

1. Hak untuk menyusu adalah hak ibu

Maknanya seseorang ibu itu boleh memilih samada hendak menyusukan bayinya atau pun tidak. Jika dia memilih untuk tidak menyusukan bayinya, walaupun disuruh oleh suaminya untuk menyusukan bayi mereka, tidaklah jatuh hukum derhaka kepada suami.

2.Tanggungjawab suami mencari ibu susuan jika isteri tidak mahu menyusukan bayi

Jika isteri menolak atau tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka, suami bertanggungjawab untuk mencari ibu susuan untuk anak mereka.

3. Syarat wajib menjadi anak susuan

a. Bayi tersebut mestilah berumur 2 tahun ke bawah.

b. 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.

4. Hukum Maram antara anak susuan dan adik beradik susuan

a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin

b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan

c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan

d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan

e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian).

f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

Nota: Yang lain-lain saya tak ingat sangat. Rugi tak rakam masa tu. Kepada yang arif dalam hukum hakam ni, kalau ada kesilapan disini, minta betulkan. Terima kasih.

5. Pembahagian harta dengan anak susuan

Hukum mahram anak susuan dengan adik beradik dan ayah/ibu susuan hanya setakat hubungan nikah kahwin dan tidak termasuk dalam pembahagian harta. Namun begitu, adalah tidak salah jika ayah susuan ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak susuannya. Maknanya di sini ialah anak susuan tidak termasuk dalam hukum farait.

6. Lain-lain

- Adalah haram jika adik-beradik susuan memandang satu sama lain dengan perasaan berahi

- Jika mereka berkahwin tanpa mengetahui mereka adalah adik beradik susuan, mereka perlu dipisahkan (apa istilah dalam Islam ni yer?). Ustaz tersebut ada juga menyebut mengenai tindakan yang perlu diambil jika mereka tidak boleh dipisahkan tetapi saya dah terlupa apa dia. Jika ada yang tahu, minta email saya supaya saya boleh update info untuk pengetahuan bersama.

7. Apa hukumnya kalau suami terminum susu isteri?
Tidak mengapa dan hukumnya harus, dan tidak akan menjadi anak susuan kerana salah satu syarat wajib menjadi anak susuan ialah 2 tahun ke bawah. Suami confirm dah lebih dpd 2 tahun umurnya.

Disclaimer:

1.Saya izinkan untuk anda kongsikan ilmu ini bersama rakan-rakan yang lain. Sila link kan semula ke blog saya supaya jika ada soalan atau percanggahan atau pembaharuan fatwa, saya boleh update.

2.Jika ada percanggahan atau kesilapan dalam penulisan saya mengenai hal ini, saya mohon agar email saya di zatul@babynme.com.my agar saya boleh membetulkan fakta dan hukumnya.

Terima kasih.

 

Nota Terkini (31 Januari 2012) :

Telah ada fatwa terkini yang dikeluarkan hasil daripada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. Boleh baca di artikel terkini BABY N ME (sila klik)   atau laman web e-Fatwa (sila klik).

Harap maklum.

Salam Kasih,

Anak saya tidak mahu minum susu?

Assalamualaikum,

Saya menerima komen daripada post saya Bagaimana Jika anak saya tidak mahu minum susu? Soalannya berbentuk begini :

Soalan

Anak saya sudah masuk 1 thn pd waktu siang tidak mahu minum susu direct by botol, harapkan malam sahaja bf full.saya bekerja. risau juga sbb tidak mahu susu yg saya bekalkan dan susu formula lain. makan dia o.k berselera. macamana yer..saya sudah tukar poteng, botol dll..

Jawapan

Assalamualaikum Puan. Tahniah kerana masih menyusukan dan masih bersemangat  untuk menyusukan bayi Puan.

Mengenai soalan Puan, anak Puan kini telah berusia 1 tahun dan daripada penerangan Puan, saya kira selera makan anak Puan adalah sangat bagus. Teruskan pengambilan makanan yang seimbang  dalam diet anak Puan.

Oleh itu, Puan tidak perlu bimbang mengenai kurangnya pengambilan susu oleh anak Puan  pada siang hari kerana anak Puan akan mendapat khasiat yang mencukupi jika dia mengambil makanan seimbang. Oleh kerana anak Puan tidak mengambil susu pada siang hari, saya sarankan agar Puan membekalkan makanan pepejal sebagai ganti susu tadi . Teruskan menyusu pada sebelah malam dan selagi bayi Puan masih mahu menyusu (juga  selagi Puan masih mahu menyusukan bayi Puan).

Bersama-sama ini saya sertakan gambarajah pengambilan makanan pepejal yang diambil daripada http://infantfeeding.blogspot.com/.

Salam Kasih,

Menyusukan Anak Angkat

Salam,

Semalam saya dan Dr. Ning ada melawat seorang ibu baru yang baru mengambil anak angkat. Comey babynya..geram saya tengok baby tu..cam nak bawak balik jer..hehehehe

Tapi yang saya nak cerita disini ialah mengenai azam ibu tersebut untuk susu kan babynya..Semangat ibu tu sangat kuat dan dia yakin dengan apa yang dia buat..

Menyusukan anak angkat ni sebenarnya kalau kita tengok skop yang lebih luas, ianya bukan setakat untuk menghalalkan hubungan sahaja tetapi perlu dilihat sebagai salah satu cara untuk mengikat kasih sayang dan merapatkan connection perasaan antara ibu dan anak. Juga sebagai memenuhi tuntutan dan keperluan bayi tadi dan juga sebagai cara untuk membantu ibu berasa lebih yakin dengan dirinya sendiri dan juga kepuasan bagi naluri seorang ibu.

Apa yang patut kita buat kalau kita ambil anak angkat dan kita nak susukan anak tu?

Pertama sekali kalau kita telah bersedia dan tahu yang kita akan menerima atau mengambil baby, ialah persediaan dari segi emosi dan kemahuan untuk menyusukan baby. Kemudian mungkin kita boleh mengambil pil hormon untuk menyediakan breast kita seperti dalam keadaan breast wanita yang mengandung untuk persediaan penghasilan susu. Untuk pengambilan pil hormon ini, adalah dicadangkan anda mendapat nasihat dan rujuklah kepada mereka yang pakar iaitu doktor agar tiada sebarang masalah dan komplikasi yang berlaku kerana bukan semua ibu sesuai untuk mengambil pil hormon ini. Ditegaskan sekali lagi bahawa bukan semua ibu sesuai untuk mengambil pil hormon ini. Jangan ambil keputusan terburu-buru yang boleh menyebabkan masalah lain pula yang hadir dalam diri dan kehidupan kita, ok?

Kemudian bila baby sudah ada dengan kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah cuba untuk meletakkan di dada kita ( both mama & baby must topless ya. This is to encourage skin to skin method) dan cuba melekapkan (menyusukan) mulut bayi pada breast ibu. Ini untuk membiasakan dan mengajar baby dan ibu dengan lekapan yang betul dan bukan setakat baby menghisap puting payudara ibu sahaja. Ianya juga bertujuan sebagai stimulasi kepada breast ibu untuk proses pengeluaran susu badan tadi. Seperti biasa hormon prolaktin akan melakukan tugas semasa proses ini berlangsung..

Pastikan posisi bayi/ ibu dan pegangan betul dan selesa agar proses penyusuan berlangsung dengan lancar.

Bila baby sudah melekap, cuba masukkan tiub alat SNS untuk bekalkan susu. Susu formula digunakan buat sementara waktu sebelum susu ibu mula terhasil.

Proses ini dapat merangsang (stimulate) breast ibu dan dalam masa yang sama baby tetap dapat susu aka makanannya. Bila susu ibu mula terhasil nanti, alat sns ini sudah tidak diperlukan lagi.

oh ya, sekiranya baby sudah biasa menggunakan botol sejak lahir, maka kita perlu juga mengajar baby untuk menggunakan puting botol dengan cara seperti baby yang menyusu susu ibu secara terus. Lidah baby perlu dipastikan berada dihadapan (mimik bayi yang menyusu badan) dan bukan di belakang. Atau ibu boleh menggunakan cara menyusukan baby menggunakan kaedah cawan.

Proses untuk menyusukan anak angkat ini bukanlah satu proses yang mudah dan perlu dilakukan dengan penuh sabar dan ibu perlu mempunyai semangat yang kuat untuk melaksanakannya. Sokongan padu dan kata-kata perangsang daripada ayah pula sangat diperlukan sepanjang proses ini dijalankan..

Perlu saya ingatkan bahawa proses ini mungkin akan memakan masa yang lama. Jadi ibu perlu banyak bersabar. Berdoalah pada ALLAH agar usaha ibu dan ayah akan berhasil dan baby dapat disusukan.

Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan kerana anda sememangnya sangat-sangat memerlukannya.

Bila anda berjaya, satu kepuasan akan terpancar. Bukan sahaja ianya menjadi satu kepuasan pada ibu, tetapi ayah, keluarga, kumpulan sokongan yang membantu anda serta sesiapa sahaja yang menyokong usaha anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak meneruskan usaha ini, ianya terpulang kepada anda dan pasangan. Tiada paksaaan dan tiada siapa yang akan marah dengan keputusan yang anda buat. Apa yang penting ialah anda mendapat maklumat yang betul dan melakukkannya dengan cara yang betul.

Yakin, tawakal dan banyakkan berdoa supaya ianya berjaya dilaksanakan.

Insya Allah.

Salam Kasih,

Breastfeeding & Ramadhan

Salam,

Ramai yang bimbang susu kurangkan pada bulan Ramadhan ni? Apa yang perlu anda lakukan?

  • Susukan atau perah susu dengan kerap pada sebelah malam. Minumlah segelas air suam  sebelum mengepam. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gelisah ibu.
  • Perah susu sebelum tidur atau perah payudara sebelah lagi semasa menyusukan bayi
  • Pump sebelah pagi sebelum bersahur (jika breast penuh. Jika tidak susukan bayi dan pump sebelah lagi)
  • Jangan tinggal amalan bersahur
  • Selawat satu kali setiap kali makan satu biji kurma (jika makan 5 biji, maka 5 kali selawat)
  • Jangan tinggal atau kurangkan aktiviti mengepam di tempat kerja
  • Mohonlah pada ALLAH agar susu tetap cukup untuk bayi anda dan anda berupaya untuk melakukan kedua-dua ibadah ini, menyusu dan berpuasa.

Jenis makanan bagaimana yang dapat mengekalkan production? Makanlah seperti biasa. Cuma kebiasaan makan pada waktu siang bertukar kepada malam.

Contohnya:

  Jadual adalah sumbangan daripada Pakar Nutrisi,
Cik JESS (Melaka) yang juga PCPA bagi MBfPC. TQ very much Jess! Luv U!!

Dapatkan suratkhabar KOSMO dalam ruangan PESONA pada hari Jumaat yang akan datang ini untuk dapatkan artikel penuh dan info selanjutnya mengenai Ramadahan dan breastfeeding . Insya Allah.

p/s: rugi tau saper tak dapatkan KOSMO Jumaat akan datang ni (20 Ogos 2010). Mana tau muka anda terpilih menghiasi ruangan PESONA.

nota: terima kasih juga kepada Puan Rita Rahayu, Cik Jess serta ibu-ibu yang menyusu yang turut menyumbangkan tips berdasarkan pengalaman & fakta.

Salam Kasih Ramadhan,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2025
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.