Zatul & Girls Di Ruangan Personaliti Majalah Pa & Ma Isu Jun 2010
Salam,
Tak tahu la ada yang perasan atau tidak, tapi bagi yang dah dapatkan majalah Pa & Ma untuk June 2010, selak-selak la .
Ada cerita saya & anak-anak di ruangan Personaliti.
Boleh baca juga cerita saya melalui online di SINI
Uhmm..Ramai kawan kawan yang tak perasan kerana saya telah di touch up oleh Cik Non, make up artis. Maka ramai la pula yang suggest supaya saya patut berpenampilan begini setiap hari. make up selalu..eeeerrr…aduh..dengan anak 2 orang ni, rasanya hanya sempat nak bubuh bedak jer..Lipstik pun jarang nak di calitkan dibibir.. Dengan terkejar-kejar masa sana sini, aii rasa buat masa skang ni bio la aii ni maintain sederhana jer..tapi akan datang blom pasti aa, kan.:D
Ada juga yang kata, saya banyak puji hubby saya.
Ya, puji ada makna tu tau..Mana tau dapat gelang emas ke, duit beribu ke masa hadiah harijadi saya nanti..hehehehe..
Abang, pepaham la yer..hahaha..
Ala, kan June ni isu hari bapa, so kena la puji skit, ye tak?
Salam Kasih,
Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
Salam,
Untuk dikongsi bersama.
BERITA HARIAN, 24 Jun 2009.
SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.
Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.
Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.
Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.
Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.
Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan “phyto-oestrogens” berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.
Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.
Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit ‘Galactosaemia’ iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ‘Isolated Lactose-intolerance’ iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.
Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.
Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.
Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.
Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.
Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.
Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.
Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.
PROFESSOR DR LEE WAY SEAH,
Presiden Kolej Pediatrik
Akademi Perubatan
Malaysia.
DR SOO THIAN LIAN,
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia
Salam Kasih,
Santai Bersama Pa & Ma
Salam,
Sabtu 2 minggu yang lepas (8 May 2010) kami ke Terengganu. Sempena Santai Bersama majalah Pa & Ma Di Merang Suria Resort, Setiu, Terengganu. Gatal nak joint..huhuhu
Ya Allah, jauhnya nak sampai Terengganu.. Seksa badan aii.. hehehehe… Lama dah tak jalan jauh, tu yang terasa cam lamanya nak sampai..sabo jer ler..Rasanya sesejak Mama & Papa dudukdengan Angah kat Putrajaya..
Lama sangat dalam kete, kesian bebudak..Qaisara tido sepanjang perjalanan. Daripada mula gerak tido – terjaga masa berhenti jap utk ke toilet dan beli buah – pas tu tido sampai la dah sampai kat hotel. nyenyak!
Tapi kami terlepas acara sebelah petang sebab kami sesat barat mencari jalan nak ke Setiu. hahahahaha..lawak giler. plus penat bangat. Hanya sempat ke acara dinner jer..huhuhu..tak per la..janji sampeii.. Rupanya bukan saya saja sesat tapi Eton aka wartawan Mingguan Wanita pun sama sesat cam kami.
Saya bersama Eton
Dan sesungguhnya pakaian kami sekeluarga langsung tak ikut tema Aloha yang ditetapkan oleh Pa & Ma. Tak sporting sungguh, kan?
Terima kasih hubby sebab sudi memandu sepanjang perjalanan 2 hari tu dan sanggup meluang masa ke sana.
kami dapat la door gift dan juga lucky draw. Kasut CROC sampai 5 pasang, roti, minuman tongkat ali & kacip fatimah, macam macam la..


Bersama Puan Liza Ali, Editor Pa & Ma
Esoknya balik semula ke Klang dan bagi menjawab persoalan yang bermain di minda, isu keselamatan tetap menjadi isu keselamatan. Syukur anak-anak saya tetap teguh duduk di Baby Car Seat/booster sepanjang perjalanan daripada Klang ke Terengganu & Terengganu ke Klang. Alhamdulillah.
Antara aktiviti yang kami lakukan untuk menghilangkan boring anak-anak ialah menyanyi bermacam macam lagu nursery rhyme dan juga membaca serta menonton CD Barney
On the way balik, kami beli keropok lekor sebagai buah tangan..
Lepas ni kalau kena gi Terengganu lagi, saya n family confirm ambil flight ke sana..Penat la naik kereta ni..
Salam kasih,
Hepi Teacher’s Day
Salam,
Saya nak ucapkan Selamat hari Guru pada Cikgu-cikgu saya, ibu-ibu saudara, sepupu sepapat, rakan-rakan dan juga kepada semua yang bergelar CIKGU aka GURU. Tak kira la apa jua yang anda ajar dan salurkan ilmu, anda juga adalah seorang CIKGU! Ajar anak-anak pun dikira Cikgu tau..
Selamat Hari Guru!
Ajarlah sedikit ilmu sivik – Jangan Buang Sampah Merata-rata
Salam,
Ilmu sivik? cam zaman dolu solu plak sebut ilmu sivik, kan? Skang ni kalau ilmu sivik dah tukar jadi apa subjek apa ekk? Moral ka? Cikgu, tolong jawab skit. Maaf la aii blur skang ni..terbangun tengah malam dan tak leh tidur. eh tengah malam ker? ini dah pagi dah ni..Dah pukul 3.02 minit pagi. Haru sungguh bila hari cuti terjaga tengah malam ni..esok pagi sure ngantuk masa nak layan anak-anak.
Emm..sebut anak anak dan juga ilmu sivik tadi, saya sebenarnya nak sentuh mengenai tabiat buang sampah. Baru beberapa minggu yang lepas keluar dalam paper, jiran bunuh jiran hanya selepas bergaduh mengenai sampah yang dibuang dihadapan rumah jiran yang menjadi mangsa. Kasihan..hanya kerana sampah, nyawa beliau dah melayang. Kejadian ini, menunjukkan betapa kita perlu didik anak kita bagaimana cara nak handle sampah dengan betul.
Pagi semalam, semasa saya sedang menunggu mee goreng mamak saya dimasak di depan sebuah kedai di kawasan perumahan saya (saya tunggu dalam kereta jer), saya terlihat, seorang budak perempuan yang lebih kurang sama usianya dengan Qistina yang sedang membuka bungkusan roti dan dengan selambanya terus mencampakkan bungkusan plastik roti tadi selepas mengeluarkan roti tu ke atas jalan tar depan kedai tu. Aduhai..mata saya sangat buntang & terbeliak memandang kelakuan that girl. Ayah yang ada bersama, hanya memandang sepi tanpa membuat sebarang teguran kepada kelakuan anak dia tadi tu.
Betapa sedihnya dan geramnya saya melihat adegan tu. Geram la bila sampah dibuang merata-rata dan sedih kerana si Ayah tadi tidak cuba langsung membetulkan perlakuan anak dia.
Tegurlah anak tadi..Ajarlah anak tadi supaya jangan buang sampah merata-rata. Ajaralah cara guna tong sampah. Ajar..
Kalau dalam kereta pun ajarlah cara bagaimana nak buang sampah. Jangan pula ajar buang keluar tingkap. Ajar supaya ambil satu plastik dan beritahu supaya semua sampah letakkan dalam plastik tersebut. Sediakan plastik tersebut.
Sedihlah kalau anak-anak kecil ni tak diajar cara menjaga alam sekitar. Sedih beb! Ajar ilmu agama, ajar ABC dan nak anak pandai tapi bila bab buang sampah dan alam sekitar, main buang ajer.. Macam mana ni?
Takkan la sampai kena letak papan tanda cam ni, baru nak tersedar ker?
So parents, lepas ni ajarlah anak anda dengan betul cara nak handle sampah. saya juga perlu ajar lebih lagi pada anak-anak saya bagaimana nak buang sampah dengan lebih selamat. bukan anak saja perlu diajar sebenarnya tapi diri kita sendiri juga perlu lebih alert dengan tabiat suka membuang sampah merata-rata ni dan tidak terkecuali diri saya..

Jangan pikir begini ” ala tak apa, nanti ada orang yang bersihkan”. Jangan! Kalau semua berfikiran begini, alamatnya habislah bertambah kotor negara kita ni. Dah cukup dah dengan kekotoran yang ada sekarang ni..
Satu lagi pesanan penaja, jangan buang sampah di sungai dan laut, kerana air tu jugalah sumber air yang akan kita guna nanti dalam urusan seharian..
Jangan Buang sampah merata-rata tau!
Nota: Qistina selalu akan tanya saya bila ditangan dia ada sampah,” Ummi, nak buang kat mana?” & Bila saya jawab secara nak menduga “ buang aja kat mana-mana” , sure dia akan menunjukkan muka blur dan keluar “ha?” ayat yang penuh rasa kehairanan sebab Ummi kata cam tu. Nanti kalau buang merata-rata kena marah plak dengan Ummi, pikir dia la agaknya.
Then saya akan jawab “Buang dalam tong sampah la” dan dia akan balas balik ” ooo, dalam tong sampah yer Ummi?“. So Saya jawab semula, “iya la sayang”.
Sayang Bumi,
Selamat Hari Ibu
salam,
Kepada semua Ibu, Ummi, Mama, Mummy, Emak, Bonda dan apa juga panggilan untuk anda, saya ucapkan selamat Hari Ibu. Semoga hari ini membawa bahagia kepada anda.
Bagi saya, akhirnya setelah empat tahun bergelar ibu, inilah tahun pertama saya menerima ucapan Selamat Hari Ibu daripada anak saya, Qistina. Tahun-tahun dulu, dia blom pandai cakap dan tak tahu apa itu, mother’s day.
Buat Mama, Selamat hari Ibu. Terima kasih kerana menjadi ibu dan kawan baik yang sentiasa berada disamping saya bila saya memerlukan atau pun tidak. MAMA, I LOVE YOU!!
Buat Mak, selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana menerima Zatul seadanya sebagai menantu Mak. I LOVE YOU TOO, MAK!
Pada Ibu-Ibu Saudara, Sepupu-sepapat dan kawan-kawan, Selamat hari ibu!
Video ini khas untuk anda.
Salam Kasih,
Pencegahan Kepada Masalah Bengkak susu
Salam,
Selain daripada masalah kurang susu, masalah bengkak susu juga selalu menjadi penyebab ibu berputus asa dalam penyusuan. Ini kerana kesakitan yang dialami akibat daripada bengkak susu tadi boleh menyebabkan ibu trauma. oleh itu, amat penting bagi ibu untuk tahu dan ambil tahu bagaimana cara untuk mengelak berlakunya bengkak susu ini.
Bengkak susu ini berlaku apabila susu peralihan telah mengambil tempat di dalam payudara yang mana keadaan ini selalunya ibu-ibu akan kata susu dah datang atau susu dah ada.
Mengapa berlakunya bengkak susu?
Ianya berlaku kerana pengurusan penyusuan susu ibu yang tidak di urus dengan baik. Antara contoh pengurusan penyusuan yang kurang efektif adalah termasuk kurangnya penyusuan secara terus bayi ke payudara ibu, pengosongan payudara yang tidak sepenuhnya, pelekapan yang tidak betul, pemberian puting kosong/air masak/susu formula, dan etc.
Bagaimana mencegah?
Perlu diingatkan bahawa penyusuan yang melebihi 8 kali/hari adalah diperlukan dan tempoh sesuatu penyusuan jangan terlalu singkat. Mengapa tidak boleh terlalu singkat? Ini kerana susu ibu mempunyai 2 kategori. Susu Awal dan juga susu akhir. Susu Awal mempunyai lebih air dan cari, manakala susu akhir mempunyai lemak dan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam tumbesaran bayi.
Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi dan juga mengikut kehendak ibu juga. Maksud saya ialah lihat pada cue yang baby telah beri. Jangan tunggu baby sudah menangis baru mahu di offer susu. Sudah tentu huru hara keadaaan pada ketika itu. Nanti ibu dan baby sama-sama tension. Penyudahnya susu tidak keluar walaupun payudara sudah bengkak. Juga jika payudara ibu masih terasa pebuh walaupun sudah menyusu cuba express susu badan anda supaya tiada yang tertinggal di dalam payudara dan payudara terasa kosong dan ringan.
Jika bayi anda tidur dan sudah tiba waktu untuk menyusu, contohnya 2 jam yang lepas baby sudah menyusu dan masih tidur selepas 2 jam, kejutkanlah bayi anda untuk sesi penyusuan yang seterusnya. Jangan pula anda biar bayi anda tidur dan tidak menyusukan bayi hanya kerana kasihan untuk mengejutkan bayi anda daripada tidur. (ada paham ka ayat aii ni? rasa macam tunggang terbalik plak)
Hanya susu ibu
Pastikan tiada gangguan dalam penyusuan susu ibu. Ini termasuklah lebih mengutamakan breastpump daripada baby. Sehebat mana dan semahal mana pun breastpump anda, ianya masih belum dapat menandingi keberkesanan hisapan bayi anda. senang cerita performance pump masih jauh ketinggalan berbanding hisapan bayi. Jadi pastikan anda susukan bayi anda dengan sekerap yang mungkin. Jika bayi sudah tidak mahu meneruskan penyusuan, baru express bagi tujuan pengosongan payudara tadi.
Pemberian air masak, puting kosong dan susu formula juga merupakan gangguan yang terbesar dalam penyusuan susu ibu. Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa berlakunya bengkak susu dan juga akan menyebabkan pengeluaran susu anda mula terganggu dan menjadi kurang. Perlu ingat, perut baby sangat kecil. Bayi baru lahir tidak perlu 2 oz atau lebih teruk lagi jika diberi 4 oz pada setiap feeding session. Bayi baru lahir perut mereka hanya sebesar kacang hazel. Mana mungkin akan dapat mengisi 2 oz tersebut. Keperluan baby akan meningkat seiring dengan tumbesarannya.
Susukanlah bayi anda dengan SUSU IBU SAHAJA.
Jika pengurusan penyusuan ini aka breastfeeding management dapat dilakukan dengan baik, insya allah, tidak akan terjadinya bengkak susu yang menyebabkan anda trauma. Pengurusan penyusuan yang tidak cekap pula akan menyebabkan masalah lain seperti demam, mastitis dan sebagainya.
oh ya, saya juga telah konsult dan membantu seorang ibu baru yang juga jiran saya dan melawat serta membantu ibu ini selama 3 hari dalam menguruskan masalah bengkak susu. Alhamdulillah, setelah seminggu, saya lihat ibu ini telah berjaya menyusukan bayi beliau dengan baik dan masalah payudara bengkak yang dihadapinya telah hilang. Alhamdulillah.
Qistina & Qaisara (meraung sebab tak boleh duduk sebelah baby Asfar) bersama baby Asfar & Auntie Ella
Kepada Ella Sahar, tahniah kerana memilih breastfeeding untuk Baby Muazham Asfar dan awak sekeluarga. Awak & Mus dah buat keputusan yang bijak. Tahniah juga pada Mus kerana menjadi suami dan ayah yang sangat supportive dan sangat positif mengenai breastfeeding. Akak percaya, suami yang seperti awak lah menyemarakkan lagi semangat dan kemahuan isteri untuk meneruskan breastfeeding.
Salam Kasih,
Breastfeeding Position untuk preterm Baby
Salam,
Sejak seminggu yang lalu, saya telah dihubungi oleh seorang ibu yang melahirkan anak yang ke empat dan juga merupakan bayi pramatang. Saya mengikuti sejak seminggu yang lalu mengenai perkembangan bayi ini melalui ibunya, Pn. Madina.
Pn. Madina sangat bersemangat untuk menyusukan bayi beliau walaupun menghadapi sedikit kesukaran. Semangat beliau sangat saya kagumi. Akhirnya saya telah ke rumah mereka yang terletak di Kg. Jawa, Klang malam ini untuk melawat baby dan ibu. Sempat juga saya mengajar macam mana nak breastfeed cara baring.
Bayi pramatang seperti yang kita tahu, segalanya tentang mereka memang belum fully develop. So mereka sangat kecil dan pragile. Bayi pramatang juga selalunya tidak mempunyai daya suction yang sekuat bayi cukup bulan. Tempoh satu-satu penyusuan juga akan memakan masa yang agak lama kerana mereka akan berhenti beberapa kali kerana kepenatan. Oleh itu, kesabaran ibu sangat penting semasa menyusukan bayi pramatang.
Posisi penyusuan juga memainkan peranan dalam menyusukan bayi pramatang. Antara posisi berkesan yang boleh dicuba untuk bayi pramatang oleh ibu ialah posisi dukung buai ataupun “football hold”.

Anda boleh menggunakan bantal sebagai support semasa anda menggunakan posisi “football hold” ini.
penggunaan ‘kanggaroo care’ juga dapat membantu bayi pramatang dalam perkembangan mereka dan juga sebagai dorongan dan galakan mereka untuk menyusu secara terus daripada ibu apabila mereka telah sesuai dan mampu untuk berbuat demikian.

Penjagaan secara “kanggaroo care ini juga bukan hanya boleh dilakukan oleh ibu tetapi Ayah juga boleh membantu dalam proses penjagaan ini.
Kepada Pn. Madina, jangan putus asa. Semangat anda sangat kuat dan Tahniah kerana telah memilih Breastfeeding untuk yang tersayang walaupun menempuh sedikit kesukaran. Insya ALLH, you akan berjaya. I doakan.
Salam Kasih,




























