Santai Bersama Pa & Ma
Salam,
Sabtu 2 minggu yang lepas (8 May 2010) kami ke Terengganu. Sempena Santai Bersama majalah Pa & Ma Di Merang Suria Resort, Setiu, Terengganu. Gatal nak joint..huhuhu
Ya Allah, jauhnya nak sampai Terengganu.. Seksa badan aii.. hehehehe… Lama dah tak jalan jauh, tu yang terasa cam lamanya nak sampai..sabo jer ler..Rasanya sesejak Mama & Papa dudukdengan Angah kat Putrajaya..
Lama sangat dalam kete, kesian bebudak..Qaisara tido sepanjang perjalanan. Daripada mula gerak tido – terjaga masa berhenti jap utk ke toilet dan beli buah – pas tu tido sampai la dah sampai kat hotel. nyenyak!
Tapi kami terlepas acara sebelah petang sebab kami sesat barat mencari jalan nak ke Setiu. hahahahaha..lawak giler. plus penat bangat. Hanya sempat ke acara dinner jer..huhuhu..tak per la..janji sampeii.. Rupanya bukan saya saja sesat tapi Eton aka wartawan Mingguan Wanita pun sama sesat cam kami.
Saya bersama Eton
Dan sesungguhnya pakaian kami sekeluarga langsung tak ikut tema Aloha yang ditetapkan oleh Pa & Ma. Tak sporting sungguh, kan?
Terima kasih hubby sebab sudi memandu sepanjang perjalanan 2 hari tu dan sanggup meluang masa ke sana.
kami dapat la door gift dan juga lucky draw. Kasut CROC sampai 5 pasang, roti, minuman tongkat ali & kacip fatimah, macam macam la..
Bersama Puan Liza Ali, Editor Pa & Ma
Esoknya balik semula ke Klang dan bagi menjawab persoalan yang bermain di minda, isu keselamatan tetap menjadi isu keselamatan. Syukur anak-anak saya tetap teguh duduk di Baby Car Seat/booster sepanjang perjalanan daripada Klang ke Terengganu & Terengganu ke Klang. Alhamdulillah.
Antara aktiviti yang kami lakukan untuk menghilangkan boring anak-anak ialah menyanyi bermacam macam lagu nursery rhyme dan juga membaca serta menonton CD Barney
On the way balik, kami beli keropok lekor sebagai buah tangan..
Lepas ni kalau kena gi Terengganu lagi, saya n family confirm ambil flight ke sana..Penat la naik kereta ni..
Salam kasih,

Salam,
Respect dgn anak-anak Kak Zatul boleh dok diam dalam car seatdari Klang ke Terengganu tu. Cammane Kak Zatul buat yea.
Salam Wan,
Hehehe..bebudak bukan tak mengamuk sekali sekala dan especially Qiasara yang sedang mengalami teribble 2 sindrom (tantrum yang teruk pada umur begini). Tapi tu la, bila jadi gitu akak la yang kena duduk di belakang sama dengan derang. Ajak derang nyanyi, bacakan buku, story la apa yang patut, gunakan apa yang ada sekeliling sebagai mengalian perhatian contohnya pemandangan.
Satu lagi, kena biasakan letak anak dalam car seat sejak dari lahir/kecil. So semua masalah akan jadi senang. Mulakan dari awal.
psssttt..besday party anak Wan hari tu, macam mana? Ramai datang? Sori tak dapat hadir sebab adik akak kawin pada waktu dan tarikh yang sama