Baby dalam perut

Salam,

last week saya melayan anak-anak menonton kartun-kartun dan juga video video kucing yang lucu-lucu di you tube. Sekali sudah keluar la pulak ayat dari mulut si kakak. sudah tanya satu soklan yang membuatkan ummi telan ayaq liur utk jawab..kena pikir panjang ni wehhh…

Dia sudah tanya ini soklan la ” ummi macam mana baby keluar dari perut?”  hua hua hua.

Aii terkedu la bila dengar soklan ni..teringat cerita kengkawan masa anak-anak derang tanya soklan cam ni..Apa nak jawab ni? Otak saya ligat berpikir sebab si kakak ni asyik ulang soalan tu jer..

Akhirnya saya bukakan satu video 3D   bagaimana baby keluar dari perut utk tatapan Qistina yang saya cari dari internet. saya kata baby duduk dalam sarung aka rahim ibu masa kat dalam perut dan bila dia nak keluar, dia keluar dari sarung tu la.

huh! sure dia blom paham tapi saya rasa dah tak releven dah pada zaman sekarang ni nak cakap baby keluar kot awan ka, dari langit mana tah.. So tunjuk video. Saya cakap nanti kalau baby nak keluar, perut sakit.

Walaupun  dia agak blurr dengan apa yang saya terangkan tapi dia tetap angguk kepala dia. Harap satu hari nanti dia akan paham ler..

Pas tu saya selit sikit nasihat agar jangan beri orang pegang atau sentuh ” ehemm” dia sebab nanti boleh keluar baby… Aduyaiii..cepat beno ke Aii beri pendidikan seks ni pada anak Aii? tolong komen skett..

Salam kasih,

Interview lagi

Salam,

Saya diinterview sekali lagi oleh Majalah Pa & Ma sempena isu Ogos 2010.

Saya diinterview kali ini dengan tajuk Breastfeeding & Sex..

emm..jarang kita orang melayu nak bicara pasal ni kan..

Nanti baca la yer..

Baby N Me juga menyumbang kepada kumpul dan menang di majalah Pa & Ma bagi isu  Ogos 2010..

Salam Kasih,

Hand Foot Mouth Deases

Salam,

Keluarga saya diuji lagi. Kali ni anak saya Qaisara pula  yang jatuh sakit. Saya dah perasan dah ada macam bintik bintik pada punggung dan juga celah kelangkang anak saya pada pagi Jumaat (masa saya tak leh nak bangun tu la). saya dah rujuk dan bawa dia periksa pada pagi Jumaat tu bersama-sama ketika saya mendapatkan rawatan migrain saya. Tapi doktor kata itu ruam.

Sabtu walaupun saya masih belum sihat, saya tetap uruskan anak pada pagi tu, mandi dan beri mereka makan. pagi tu semasa saya mandikan dan pakaikan baju, saya dapati biji-biji tu dan jadi blister dan dah makin bertambah..Tapi Qaisara still aktif dan tak demam. menjelang manghrib dan saya dah mula rasa sihat,tapi Qaisara pula dah mula tak senang duduk dan asyik menangis. Mengamuk dan semuanya tak kena pada dia. Badan dah mula panas. Saya call Ida Murni untuk tanya pendapat. Dia kata baik bawa klinik sebab maybe HFMD. Hah?! Oleh kerana anak-anak saya belm pernah kena virus ni, saya jadi blur dan panic.

Lepas maghrib ajer bawa dia ke klinik sekali lagi. Sah memang sah. HFMD! Kesian anak ummi… Call Dr. Ning utk tanya cam ner nak handle HFMD ni. Kak Ning, TQ yer sebab sudi layan zatul walaupun dah tidur masa tu..

Kebetulan hari mama & Papa serta adik adik ada di rumah saya, jadi ramai lah yang tolong tengokkan Qaisara sementara saya keluar handle slot breastfeeding untuk kelas atenatal di Hospital Bersalin Razif, Klang. Hubby pun bercuti kerana hujung minggu. Nasib baik slot tu 1 jam jer…

Hari ini, saya terpaksa tinggalkan Qaisara dengan Mama & Papa untuk ke opis. Tengoklah saya cuba siapkan kerja dengan segera hari ini agar esok saya boleh cuti utk jaga Qaisara.

Kesian Qistina, Ummi dan Abah banyak tertumpu pada adik sejak 2 hari ni. Nasib baik juga dia dah besar dan dah paham yang adik sakit, so tak de la dia nak dekat dengan adik dan merajuk bila tak di beri perhatian 100% . Kakak good girl, kan.. Hari ni pegi school yer..tak boleh dekat dengan adik tau..Adik sakit…kesian adik…

More info pasal penyakit ni boleh tengok kat sini

Adik, cepat sembuh yer..

Nota: saya sendiri masih belum recover dari demam..Check up kali kedua pada hari Sabtu yang lalu, Dr. kata  tekanan darah saya rendah sedikit, itu sebab saya tak boleh bangun 2 hari tu…

Salam Kasih,

2 hari tak boleh bangun

Salam,

Saya masih demam dan pening kepala dengan teruk sehingga ke hari ini. tak boleh bangun langsung sejak semalam pagi.

Petang ini semasa mama & papa saya datang menziarah, saya baru saja boleh duduk. Kepada yang menelefon, maaf la yer sebab saya tak dapat nak jawab..
Insya Allah, harapan semoga pagi esok ni, boleh dah kot berdiri dengan gagahnya.. :)

Salam Kasih,

SGM kali ke 4

Salam,

Pada 30 Mei 2010 yang lalu dah diadakan SGM susuibu.com kali yang ke 4. dan kali ni berlangsung di Tasik Shah Alam. Tajuk perbincangan kali ini ialah  ”Managing 24-hours while Breastfeeding”. Tak berapa ramai mungkin disebabkan hujan pada pagi tersebut. Tema kali ni ialah Hitam Putih.

Pada kali ini, saya dan Yati menjadi moderator kepada 2 kumpulan. Yati menjadi moderator kepada kumpulan ibu-ibu  dan dibantu oleh Hanidah. Manakala saya pula menjadi moderator untuk kumpulan bapa.

Sangat interesting bila dapat peluang berdiskusi dan mendengar pengalaman dan  pandangan kaum bapa mengenai tajuk kali ini. Especially bila ada yang berjaya handle ebm sendirian selama 6 bulan kerana wife berkursus.

Sowi, gambar tak de la.. kalau nak tengok gambar boleh tengok kat sini

Lagenda Budak Setan

Salam,

Dah tengok cerita Lagenda budak Setan? Cerita ni di adaptasikan daripada novel yang very the popular masa zaman remaja dan juga masa zaman vouge (hehehe..blom kawen daaa)..

Saya dah tengok dah.. hahahaha..malu plak sebab cam bebudak tengok kisah cinta. Semalam petang lepas balik  kerja. Ceritanya best tak? Sukar saya nak jawab sebab saya ni sekarang sudah kategori wanita matang yang sudah berada di dunia nyata. Dunia nyata maksud saya, saya telah berumahtangga. Jadi bila saya tonton wayang ini, hati memang susah nak feeling feeling ni.

Saya memang peminat dan pembaca novel yang tegar dari zaman belasan tahun sehingga sebelum saya dapat anak. Beratus-ratus novel saya dah baca tapi ntah kenapa novel yang satu ini tidak ada terlintas dalam benak fikiran saya untuk saya beli dan baca. Tapi saya tahu, ramai yang kata plot ceritanya best. Jadi untuk singkatkan masa dan movie dah keluar, saya ke panggung la untuk tahu best benar ke cerita ini.

Kesimpulannya, ok la..hahaha..jahat aku, cuma bagi ok la jer.

Saya rasa macam ada missing piece pada cerita ini. Mungkin saya kena beli juga novel ini dan baca, baru paham dengan lebih jelas kot. Kisah cinta orang remaja dan juga ada diselitkan kisah alam rumahtangga.

Mana nak beli ekk? kat kedai buku ada lagi ker? Semalam dah pi kedai buku tapi tak jumpa ler…

Mood: nak baca buku pagi ni..psttt..anak anak saya dah bangun dan keluar dari bilik tidur secara berpimpinan tangan. Cute!

Salam Kasih,

Aktiviti Pagi Ini

Salam,

Saya bangun pagi ini macam biasa la, 5pm. Golek-golek sekejap atas katil, solat subuh, kemas apa yang patut dan mula on laptop untuk buat sedikit preparation untuk kerja saya di Banting pada pukul 10 pagi ini.

Sedang asyik menaip datang Qistina dan duduk diriba saya. Jam baru menunjukkan pukul 6:40 pagi. emm anak-anak saya memang selalunya akan bangun pagi-pagi dan mereka tidak susah untuk dikejutkan.

Mouse beralih arah la nampaknya. Qistina sudah pegang. Saya beri dia melukis menggunakan Paint. Kemudian datang adik. Layan saja la anak-anak ni. Ok cukup. Bagi ummi plak sambung kerja.

Saya beri pensil kaler & Magic kaler + kertas kosong untuk alih perhatian mereka agar saya dapat menyiapkan kerja saya.

Siap kerja saya, saya pula yang turut sama melukis dengan mereka.hehehehe..lukisan ummi buruk la..
kemudian saya google untuk cari colouring sheet untuk anak-anak saya warnakan. Antara laman web yang saya jumpa ialah www.coloring-pages-kids.com dan banyak lagi. (sekadar menyebut satu laman web sahaja sebab banyak sangat).

Oh ya, lama dah kami tak mewarna menggunakan water colour. Bila ekk boleh buat aktiviti tu? Weekend ni, Sabtu saya ada kenduri di Balakong dan Seri Kembangan. Ahad pulak ada aktiviti di Hospital Bersalin Razif.  Mungkin petang Ahad tu agaknya…hopefully la ekk..

p/s: handphone saya rosak dan tidak mengeluarkan nada dering bila ada panggilan masuk atau sms masuk. Kalau saya tidak jawab tu, saya tidak perasan la agaknya dan jika penting, sila tinggalkan pesanan secara bertulis aka sms supaya saya boleh call atau alert anda semula untuk call saya semula. Harap maklum.

Salam Kasih,

Ujian Allah

Salam,

Hari ini saya demam.

Semalam saya kerja di luar dan berpanas di sekitar Kajang. Bangun saja pagi ni, saya telah diserang sakit tekak dan selema dah makin worst.

Menjelang pukul 10 pagi badan telah panas.
Hari ini juga perlu bekerja di tengah panas.
Esok dan lusa juga. Esok di sekitar Kuala Langat dan lusa pula di sekitar Klang/Shah Alam.

Aduh..memang tak baik la demam saya ni..

Doakan saya supaya cepat sembuh ya kerana Ahad ini,  saya akan beri talk di Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas, Klang. Insya Allah. Kalau tak sihat cam ner nak berdiri dan bercakap selama 1 jam. Insya Allah, sembuh la dengan cepat hendaknya. Aminnn

Salam Kasih,

Adik saya Dah kahwin!

Salam,

Pada 28 Mei yang lalu, keluarga saya menerima ahli baru. Huh teruja rasanya bila buat pertama kalinya salah seorang daripada adik saya, Dilla telahdiijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Walaupun sudah bergelar kakak ipar kepada adik suami saya, inilah kali pertamanya saya  bergelar kakak ipar kepada suami adik saya sendiri.

Ini juga kali kedua parents saya menerima menantu. Yang pertama, dah tentu hubby saya ler :D

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun pengantin lelaki agak lewat tiba kerana banjir di Batu 3, Shah Alam akibat daripada hujan lebat yang turun pada petang tersebut.

Oh, ya. Kami belum buat keduri untuk meraikan pengantin. Dewan sumer penuh la. Hanya dapat tempah galeri Shah Alam pada tengah bulan julai nanti.

Dah bergelar isteri dah adik saya..dah bertambah besar dah tanggungjawab sekarang sekarang.

Tahniah kepada Dilla &  Fariz. Semoga bahagia hingga ke syurga. Semoga hidup aman damai, hormat menghormati, sayang menyayangi, kasih mengasihi, jujur antara satu sama lain dan saling tolak ansur dalam melayari bahtera rumahtangga.

Tahniah!

Salam Kasih,

Kathy M. Baker Dalam Kenangan

Salam,

Dalam kesibukan saya, saya dikejutkan dengan berita sedih pada 2 minggu lepas. Our mentor daripada La Leche League International (LLLI) telah meninggal dunia dalam tidurnya pada pada 27 Mei 2010 yang lalu, di rumah beliau di Lombard, Illinois, Amerika Syarikat. Kathy meninggal dunia ketika umur beliau menjangkau 61 tahun.

Teringat kenangan saya bersama dengan Kathy sewaktu menjalani program Train The Trainers bagi PCPA untuk ‘Malaysian Breastfeeding Peer Counselor’ pada awal Januari yang lalu.

Jasa beliau tetap dalam ingatan kami. Walaupun beliau telah pergi untuk selamanya, insya Allah, semangat kami dalam memperjuangkan breastfeeding akan tetap utuh dan semarak hingga ke penghujung.

Cerita sewaktu beliau datang ke Malaysia untuk melatih kami, PCPA bagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor boleh anda baca di laman ini

Saya ada menjenguk  wall di laman Facebook beliau dan begitu ramai yang sangat menyanjungi dan menyayangi beliau di atas keperibadian beliau dan juga atas dasar perjuangan beliau di dalam breastfeeding. Oleh yang baik memang akan sentiasa di kenang sampai bila bila. Semoga kebaikan dan semangat yang beliau tinggalkan bersama kita, akan sentiasa menjadi pendorong bagi kita semua dalam memperjuangkan Breastfeeding. Insya Allah.

Kathy M. Baker Dalam Kenangan.

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
February 2026
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.