Penangguhan Latihan Malaysianbfpc di Sabah/Sarawak
Salam,
Dukacita dimaklumkan bahawa sessi latihan Malaysian Breastfeeding peer Counselor yang dijadualkan pada awal bulan June untuk Sabah/Sarawak telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Penanguhan ini adalah di atas beberapa sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini.
So Sabah/Sarawak, Sabar ya..bukan tak ada tapi lambat sikit jer..
salam breastfeeding
PINK COACH aka GERABAK MERAH JAMBU
Salam,
Sudah 3 hari pink coach memulakan operasi. Saya sangat teruja dengan pengenalan dan usaha pihak KTMB dalam menjaga kebajikan penumpang wanita.
Walaupun saya tidak lagi menaiki komuter KTMB lagi kerana sudah berkereta tapi saya sangat-sangat menghargai usaha pihak KTMB. Manalah tahu, satu hari nanti saya nak naik Komuter ni, dapat gak la merasa duk kat Pink Coach ni.
Pelancaran Pink Coach ini pada hemat saya ternyata tepat pada masanya. Oh ya, saya semasa masih anak dara dulu memang pengguna tegar Komuter. Ke mana saja saya akan gunakan komuter selain daripada Bas & LRT.
Tepatnya pelancaran ini kerana ianya dilancarkan pada ketika isu sosial dan keselamatan wanita yang semakin hari semakin dirasakan kurang selamat ketika berseorangan semasa di dalam perjalanan dan menggunakan kenderaan awam. Tepatnya juga kerana pada ketika ini Malaysianbfpc sedang rancak melatih dan merancang aktiviti mempromosikan penyusuan susu ibu.
Selesalah kini breastfeeding mother. Dapatlah ibu-ibu ini menyusukan bayi mereka dengan selesa semasa dalam perjalanan tanpa ada rasa terganggu dengan kehadiran dan penglihatan sang lelaki. Bila tenang, dapatlah menyusu dengan selesa dan baby pun gumbira. Sebagai wakil kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka, saya rasa bersyukur dan berterima kasih atas usaha KTMB ini.
Terima kasih KTMB!
Salam Merah Jambu,
Terima Kasih
Salam,
Saya sungguh terharu bila menerima kata-kata perangsang dan sokongan daripada follower saya.
Terharu sungguh di atas sokongan yang diberikan.
Walaupun kita tak pernah bersua dan hanya berkomunikasi melalui alam maya ataupun talian telefon, anda tetap menyokong saya.
Anda semua menjadikan saya lebih bersemangat dalam mendalami dan menyemarakkan lagi perasaan saya terhadap breastfeeding dan juga semangat saya untuk terus membantu dan menolong anda dalam breastfeeding.
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang menyokong. Teruskan menyokong kerana tanpa sokongan anda, semangat saya mungkin akan luntur dan padam.
Siapalah saya tanpa anda sebagai penguat semangat saya. Komen banyak banyak kat sini tau..
(psttt…cam artis plak tulih cam ni..perasan habis tapi nak gak tulis utk cakap terima kasih)
Mekasih yer,
Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (June 2010)
Salam,
Kelas asas penyusuan susu ibu untuk bulan June 2010 akan diadakan pada tarikh , waktu dan tempat berikut:
Tarikh : 19 June 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Bandar Putera
Topik yang akan dibicarakan ialah:
1.Apa istimewanya susu ibu?
2. Bagaimana menjayakannya
3. Kemungkinan, Kekangan dan Mitos dalam penyusuan susu ibu
4. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu
Maklumat lengkat tengok posting kat atas mengenai kelas tu yer…
Mommies & daddies, minta tolong war-warkan yer..
Salam Kasih,
Storylah Ummi
Salam,
Setiap hari sebelum tido, apa aktiviti anda dan anak? maksud saya selain daripada baca doa tidur, berus gigi, basuh muka dan kaki, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat?
Kalau saya, saya selalunya akan bercerita dengan anak-anak. Bermula daripada cerita dongeng mat saleh cam Cinderella, Snow White, Ariel, Arora, Beauty N The Beast, Pooh, Mickey sampailah ke cerita kisah Agama dan Nabi-nabi kita. Kadang kala, buku tak ada, so saya mula la mereka cerita teladan untuk didengar oleh anak-anak saya. Kadang-kadang bila saya lupa dan juga malas, sure Qistina akan kata “storylah Ummi” atau Qaisara akan bawakan buku pada saya dan cakap “aca”. hehehe..cute habis..Moment ni akan saya ingat sampai habis nyawa.
Saya telah ke MPH mencari lebih banyak buku-buku cerita berkaitan Islam yang boleh saya baca dan kemudian ceritakan mengikut versi dan gaya saya kepada anak-anak. Ye la kalau ikut ayat buku, skema la dan tak menarik perhatian kanak-kanak, so saya buat gaya story telling by Zatul ler .. 8D . Baru anak-anak pay attention, kan.. Oh ya, berbalik kepada buku di MPH, saya dah terjumpa buku ini
Sejak seminggu yang lalu, saya dah mula baca kan pada anak anak. Satu hari satu tajuk. Sekarang ni dah sampai tajuk Bahtera dan Banjir Besar , cerita pasal Nabi Nuh.
So, saper tercari-cari buku untuk dibacakan untuk anak mereka bolehlah cuba carik buku ni. ada juga dijual kat online store.
Perlu diingatkan bahawa ayat-ayat di dalam buku ni agak skema, so anda kenalah olah ayat-ayat tersebut menjadi ayat anda yang akan menarik perhatian anak-anak anda untuk mendengar dengan lebih lanjut lagi..
Mommies & Daddies,Selamat mencuba!
Oh ya, Mommies & Daddies, kalau ada buku cerita menarik yang boleh dikongsi bersama, beritahu la yer..kita share apa yang boleh. errr..ada ke daddy Malaysia yang bacakan buku atau story morry pada anak-anak sebelum tidur atau pada bila-bila masa? Kalau ada share la that moment. Cute bila daddy melayan anak-anak cam gambar ni
pssttt: Yang Suhaini, balik ni cuba tau! Nanti cerita progress ko kat sini yer..
Salam Kasih,
Calling for Pro Breastfeeding Mommies
Salam,
Calling for mommies yg berminat & mempunyai passion dalam breastfeeding, dan bersemangat utk menjayakan penyusuan ini di kalangan ibu2 yg lain.
Training akan diadakan di
1. East coast
Kuantan pada, 30 April – 2 Mei 2010.
2. SABAH/SARAWAK
Tarikh : 2,3,4 June 2010
Venue : Sembulan, Sabah
3. South Cost
Tarikh : hujung Minggu pertama
Venue : Melaka
Yang berminat utk menjadi breastfeeding peer counselor, sila emailkan butiran anda ke admin@malaysianbfpc.org.
Meh jadi sebahagian daripada kami yang mempromosikan penyusuan susu ibu..Jom Jom Jom!
Salam Breastfeeding,
Perasaan Seorang Ibu Yang Bekerja
Salam,
Bekerjaya dan berkeluarga memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan daripada segi emosi bagi seorang ibu.
Saya masih teringat bagaimana pada hari pertama saya memulakan tugas semula selepas cuti bersalin selama 60 hari aka 2 bulan yang juga merupakan hari pertama saya meninggalkan anak pertama saya , Qistina dibawah jagaan babysitter di seksyen 18 Shah Alam.
Sepanjang perjalanan daripada Klang ke Shah Alam, perasaan saya sudah libang libu. Sudah sebak..
Bagaimana anak saya hari ini? akan menangiskah dia. Tercari-carikah nenen? Tercari-carikah dia akan saya? Macam mana kalau bila saya balik daripada pejabat nanti dan dia tak mahu dengan saya? Seribu satu perasaan rasanya..
Bila sampai rumah babysitter dan dah meletakkan anak di sana, berat kaki nak melangkah pergi ke kereta. Saya gagahkan juga..
Masuk sahaja dalam kereta, air mata dah mula berjurai-jurai. Sudah mula teresak-esak dan sudah mula merayu pada suami untuk berhenti kerja kerana tak sanggup nak berpisah dan meletakkan anak di bawah jagaan orang lain.
Tapi suami saya memujuk, kata dia ‘ Tak pe Yang, kita bukan tinggalkan terus. Petang nanti, kita ambil la. Tinggal kejap jer. Jangan la nangis’.
Masa tu, tuhan sahaja yang tahu bagaimana dan apa yang saya rasa. Rasa nak patah balik dan ambil keputusan nekad untuk berhenti kerja 24 hours. Apatah lagi pada ketika itu, saya tiada hutang yang perlu saya fikir. Hutang belajar? tidak ada kerana saya menggunakan wang sendiri semasa study. Hutang kereta? Masa tu memandu kereta pun takut walupun dah ada lesen bertahun-tahun, apa lagi nak beli kereta. Hutang rumah? Hubby dah beli rumah sebelum kami berkahwin lagi.
Seminggu lamanya keadaan ini berterusan. Pagi hantar anak, saya akan menangis. Bila ambil anak pada waktu petang, saya juga akan menangis kerana rasa bersalah meninggalkan anak dalam jagaan orang lain.
Sehingga kini, perasaan bersalah saya tetap ada kerana perlu meninggalkan anak-anak dalam jagaan orang lain.
Saya masih berharap yang saya dapat bekerja dari rumah dan dapat menjaga dan menguruskan anak-anak dan rumahtangga sepenuh masa.
Anda bagaimana? Apa pengalaman anda pada saat kali pertama anda terpaksa berpisah dengan anak? Macam saya ker? Atau anda dah pun menjadi suri rumahtangga sepenuh masa (Kerjaya idaman saya).
psttt..saya jeles dengan anda yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa. Sungguh! saya jeles! Ibu, aku jeles dengan ko! 8P
Salam Kasih,
1st PERAK BREASTFEEDING SUPPORT GROUP MEETING
Salam,
Akhirnya! dengan bangganya saya nak war-warkan pada semua warga negeri Perak. satu SGM akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:
TARIKH : 2 MAY 2010
TEMPAT : PADANG POLO, IPOH
MASA : 9.00 PAGI
KONSEP : SANTAI AND BAWA POT LUCK. SESIAPA YG ADA TIKAR LIPAT KAT RUMAH LEH BAWA JUGAK.
SGM TOPIC : AKAN DI VOTE PADA HARI ITU.
BOLEH BAWA FAMILY.
SESIAPA YG TAK PASTI DI MANA PADANG POLO, LEH CALL
CONTACT NUMBER : 0192121088 (if tak dapat call, pls sms so that Dr. Nadrah will return ur calls)
Tahniah pada Dr. Nadrah atas usaha menyatukan breastfeeding momms kat Perak. insya Allah, bila ada kesempatan, next SGM saya teringin nak joint juga kat Perak ni. kalau setakat buat kat Ipoh, saya sanggup lagi turun ke sana sebagai tanda sokongan saya.
Orang Perak, jangan lepaskan peluang tau! joint jangan tak joint!
P/S: Tiba tiba rindu nak balik Taman Melati, Lumut. Apa khabar orang sana? Hujung tahun lepas balik sekejap jer, wahh, dah lain benar dah Taman Melati, Sri Manjung, Sitiawan dan Lumut..Rindunya pada sana…
Salam breastfeeding,
Islamic Pre School
Salam,
Saya dan suami sedang tercari-cari islamic pre-school yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa inggeris dengan bayaran yang berpatutan. Sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Qistina going to be 5 next year, kan.
Bukan tak mau hantar ke taska yang bahasa pengantarnya bahasa melayu tapi zaman sekarang ni, kalau duduk di Lembah klang, bahasa inggeris dah jadi macam satu bahasa utama. Yelah among kami Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Administrator (PCPA) yang 99% adalah melayu yang berkomunikasi melalui email pun menggunakan english sebagai bahasa perantaraan [hehehe ini kerana our Mentor, Kathy Baker from La Leche League International (LLLI) tak paham bahasa melayu lo].
So kalau hantar ke pre-school yang menggunakan english sebagai bahasa pengantar, harapannya agar anak-anak kami tak akan bersusah payah seperti kami yang terkejar-kejar nak memahami dan menggunakan english language setelah bekerja. Tau jer lah persaingan di lembah klang ni sangat sengit.
Kami dah bertanya kepada beberapa pre-school yang menggunakan english sebagai bahasa pengantar, contohnya seperti Smart Reader kids. Saya suka dengan pre-school ini dan pernah bercita-cita nak masukkan anak ke situ tapi suami saya (see my hubby balance my life) lebih suka jika pre school ini juga menitik beratkan kehidupan keislaman dalam silibusnya. Maka kami cari punya la cari, ada jumpa seperti Children Islamic Centre (CIC) tapi jauh sangat la pulak daripada rumah ataupun pejabat. Maka terpaksa cancel niat yang ado. Ada ke yang dekat? kalau ada meh beritahu saya yer..
Tiba-tiba sejak berulang-alik ke KPJ Selangor Specialis Hospital di Seksyen 20, Shah Alam melalui highway LKSA dan Alam Impian untuk sesi fisioterapi saya, saya terperasan ada satu pusat perkembangan kanak-kanak aka Pre-school yang berada di Seksyen 23, Shah Alam. Genius Aulad yang menggunakan motto Islamic Enrichment centre ada di sana. Terus singgah untuk melihat suasana pre-school ini.
Emm..seperti Smart reader kids, GA ini ada sessi pagi dan petang serta menggunakan English sebagai bahasa pengantar dan ianya adalah children Islamic education centre. So mak abah boleh la pilih nak hantar anak pagi ke petang. Emm..dah terjumpa dah yang senang nak handle.
Sebenarnya GA ini ada di Kota Kemuning yang hanya beberapa KM daripada rumah kami tapi saper ler yang nak ke sana. Laluan kami tak menghala ke sana. Kalau Shah Alam, ok lagi sebab hubby saya memang hari-hari sure berada di shah Alam. So saya tengok yuran tahunannya tidaklah membebankan. Tak mencecah ribuan ringgit pun. Hanya tus tus jer . Tapi biasa la yuran bulanan tetap ada n bunyinya pun tus tus juga la. Silibus yang diterangkan juga ada Math, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Islam. Silibusnya pula adalah untuk kanak-kanak daripad umur 3 tahun hingga 6 tahun.
Emm..boleh la..Cuma kami terpaksa arrange pulak, transport dan piker mana nak letak Qistina lepas school sebab pre-school ni cam biasa la, hanya 3 jam saja dalam sehari. Emm..cabaran sungguh la bila menjadi ibubapa yang bekerjaya ni..duit masuk dan duit keluar sama jer…Apa pun syukur sebab bergaji dan diberi rezeki dan kesihatan yang baik…Jadi ke tidak hantar anak ke GA ini bloom dapat diputuskan lagi..Tunggu la hujung tahun ni..
Oh ya, bagi warga Klang, Tahun depan GA akan buka di Bandar Botanic..
Psttt: Fid, tahun depan hang dah boleh hantar anak kat situ la kot? dan..errr..saper tau mana lagi Islamic pre-school yang ada berdekatan area Bangsar, Jalan Pantai Baru atau pantai Dalam? Boleh share tak?
Salam kasih,
Dah BERALIH ARAH :: MUKTAMAD
Salam,
Saya rasa dah dekat sebulan saya kurang buat post untuk blog ni. Bukannya malas dan tiada idea tapi internet connection aka CELCOM Broadband saya , walaupun di bayar RM98/month utk speed yang paling terlaju di dalam perkhidmatannya, ianya masih terlalu teruk dan sangat perlahan walaupun ketika itu saya berada di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Penyudahnya saya bertukar kepada DIGI broadband.
Walaupun kawasan rumah saya ala-ala tak berapa best connectionnya tapi DIGI Broadband masih laju daripada CELCOM Broadband tapi bila berada di kawasan ala-ala kategori bandar, mak aiii, laju bangat servisenya. Maaf orang CELCOM tapi itulah kenyataannya. You all kena baiki servis yang ado supaya pelanggan tak beralih arah cam saya ni ha..
Maka dengan rasminya kini saya adalah pengguna DIGI Broadband & juga talian telefon saya juga daripada DIGI..
Ada orang tanya mengapa suka pakai DIGI? DIGI murahkah?
Jawapan saya, ya DIGI murah dan saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan DIGI sepanjang saya menggunakannya sejak 7 tahun yang lalu dan saya juga sangat berpuashati dengan layanan customer service DIGI sejak 7 tahun yang lalu.
DIGI, cam ner you all train you all punya staff ya? Very polite n helpful walaupun ada ketikanya saya menelefon dalam keadaan yang agak emosi…
CELCOM, may be lain kali kita bersama lagi yer..I sayang you, tapi u lem sangat..nanti kita bersama lagi yer.. Apa pun terima kasih kerana bersama I sepanjang setahun lebih ni yer
Salam kasih,





















