Archive for the ‘Breastfeeding’ Category

Sebab Susu Ibu Kurang Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan telah pun masuk hari ke 16. Bagaimana dengan ibadah puasa? Masih penuhkah? Saya alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk berpuasa. Bolum cuti lagi. Hehehe.

Lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio. Rindu suasana begini tapi hati sayu sebab Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya.

Bagaimana aktiviti penyusuan di bulan Puasa? Merundumkah? Atau bertambah? Ataupun macam biasa sahaja?

Daripada rungutan rungutan ibu-ibu yang mengatakan susu mereka semakin berkurangan sewaktu bulan puasa ini, Saya dapati ada beberapa sebab yang menjadi penyebab berlakunya kurang susu ini.

Pertamanya, persepsi sejak awal sebelum puasa. Yakni persepsi akan kurangnya susu. Bila ada persepsi begini, secara automatik kebimbangan akan tercetus, kan? Bila bimbang mula la rasa stress yang entah apa sebabnya. Ya la puasa pun belum bimbang yang lebih. Kebimbangan ini berlarutan sehingga masuk Ramadhan dan ibu pun mula berpuasa. Oleh kerana persepsi awal dan kebimbangan yang melampau, maka pada hari pertama puasa kesan dah nampak. Kesannya ialah kurangnya susu. So buang persepsi dan bimbang tu.

Keduanya, bila kita berbuka, kita kurang minum air atau kurang mengambil cecair bagi menggantikan cecair yang dah hilang. Setiap hari kita akan kehilangan 1.0 to 1.8 liters per day melalui urine kita aka ayaq kencing dan dianggarkan kita hilang 3-4 liter sehari melalui aktiviti harian (termasuk buang ayaq keck & besaq tadi la kan).  Pas tu kita juga kehilangan 1-2 liter air sehari melalui pernafasan. So bila kita tak ganti balik cecair yang hilang, badan kita dehydrated. Bila dah kurang air dalam badan, cam ner nak buat susu,kan? So cuba ambil cecair yang mencukupi. Oh ya, boleh baca mengenai berapa banyak badan kita perlukan air kat WaterCure.

Ketiganya, kita dah mula kurangkan aktiviti mengosongkan payudara. Sebabnya kita kononnya nak kumpul susu dalam breast agar bio penuh. Dah penuh (pada anggapan kita) barulah kita nak pump, ye dak? Tapi tahukah kita sebenarnya bila kita ni tunggu breast tu nak penuh, akan menyebabkan production susu kita dah kurang dan menyebabkan susu kita cair?  Ye la macam mana tak merundum production, konsep breastfeeding adalah supply and demand. Kalau dah tak dak demandnya, buat apa nak supply. Membazir la sebab tak dak kegunaan.. so itulah mesej yang disampaikan kepada otak kita bila kita kurangkan aktiviti mengosongkan breast. Dapat tak maksud saya? Ingat ye, lebih 3 jam kita tak mengepam, kita dah mula hantar isyarat yang demand/permintaan dah berkurangan. Saya ada membincangkan hal ini dan disiarkan di dalam suratkhabar KOSMO pada Ramadhan tahun lalu. Boleh baca di sini.

Pas tu yang keempat, makanlah makanan yang memberi tenaga sebab puasa ni memerlukan dan menggunakan tenaga. Menghasilkan susu juga memerlukan tenaga, bila kita kurang ambil makanan yang memberikan tenaga, jadi tenaga yang ada saki baki dalam diri akan kurang sebab nak kena bahagi sana sini utk pelbagai aktiviti harian.

Jadi kaji la balik mana silapnya kita dalam menangani isu puasa dan menyusu. Kita dok la tertanya-tanya, apasal Si Ibu A dapat maintainkan production tapi kita tak boleh. Ha bila dah tahu mana yang silap dan kurang, kita adjust balik. Insya Allah, kalau ada kemahuan dan usaha, kejayaan pasti ada di hujung sana… yang penting sabar dan tidak putus asa.

Juga boleh baca post saya yang terdahulu yang saya tulis pada tahun lepas  mengenai Breastfeeding & Ramadhan. Berikut adalah jadual dan cadangan menu untuk berbuka dan bersahur yang disumbangkan oleh Puan Jess, Pakar Nutrisi yang juga merupakan PCPA bagi MBfPC. Ianya juga ada dalam post saya yang terdahulu.

Salam kasih,

Nak Membanyakkan dan Pekatkan Susu?

Assalamualaikum,

Sekarang ini macam trend ya. berlumba-lumpa  nak makan milk booster. Ramai yg tanya, bagaimana untuk banyakkan susu dan pekatkan susu?

Jawapannya ialah dengan kerap menyusukan bayi anda. Bila kerap susukan bayi, kita dapat create demand dan hantar signal pada otak supaya buat susu lebih banyak. Juga bila kerap menyusu, susu yang terhasil akan lebih banyak lemak dan bayi kita akan kenyang.

 

Susu Ummi untuk Qaisara satu masa dulu.

Jika menjarakkan waktu penyusuan, susu akan mempunyai lebih banyak air dpd lemak, jadi susu kita akan cair. So kerapkan penyusuan. Jika anda buat ini semua, anda tak perlu pun milk booster pun.

Insya Allah.

Salam kasih,

 

Tidak obesiti!

Assalamualaikum,

Apa khabar? Selamat berhujung minggu ya. hari ini saya ada terbaca mengenai seorang baby yang berumur 6 bulan yang berat badannya 12kg dan dah muat pakai pakaian abangnya yang berumur 4 tahun. emmm..Yang bestnya baby ni hanya minum susu ibu atau kata omputeh, breastfed baby. Dia juga disahkan tidak mengalami obesiti walaupun berat badannya melangkaui kebiasaan bagi bayi seusianya. Ini kerana dia hanya minum susu ibu dan bukan makan makanan pejal. Cayalah.

Anda boleh baca cerita penuh kat sini. Happy reading.

Comelkan?

Salam Kasih,

Satu Lagi Hikmah Penyusuan Ibu

Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi sedikit ilmu daripada kawan-kawan di Facebook

Salam kasih,

Please, No Promotion of Artificial Milk Here. TQ.

Assalamualaikum,

Saya sangat menghormati anda semua sebagai pembaca blog saya dan juga sebagai ibubapa anak-anak Malaysia yang bakal menjadi peneraju negara Malaysia satu hari nanti.

Saya sokong apa jua perniagaan yang anda mahu buat atau telah usahakan.

Namun satu saya minta daripada anda. Saya hanya minta hormatilah saya sebagai seorang pejuang yang sedang berjuang untuk memartabatkan susu ibu.

Jadi pinta saya, janganlah anda menggunakan blog saya ini sebagai medium untuk anda mempromosikan atau mencadangkan sebarang susu gantian kepada susu ibu kepada ibubapa yang membaca blog saya.

Saya faham, anda ingin berniaga tetapi dengan rasa rendah diri dan hormatnya, saya pohon agar tiada lagi yang memberi komen di blog saya yang mencadangkan artificial milk. Jangan kecil hati jika saya tidak approvekan komen anda kerana komen anda ternyata terlalu jauh menyimpang daripada apa yang saya perjuangkan.

Terima kasih.

Salam Kasih,

Breastfeeding Myth Seminar di Port Dickson

Assalamualaikum,

Berita dah basi tapi saja nak letak disini supaya saya dapat mengingatkan diri saya sendiri tentang seminar/kursus berkaitan penyusuan ibu yang pernah saya hadiri.

Pada 26 Mac 2011 yang lalu which is dah hampir 1 bulan dah, saya telah menghadiri seminar yang bertajuk Breastfeeding myth. Kehadiran saya ke majlis ini adalah kerana dijemput/diajak oleh Dr. Hairin Anisa, IBCLC yang juga merupakan Timbalan Kepada Persatuan Laktasi Malaysia.  Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ilmu begini kerana ianya dapat menyegarkan kembali ilmu-ilmu yang ada dan juga di majlis begini, saya dapat menambahkan lagi ilmu yang ado.

Thanks to Dr. Hairin Anisa kerana mengajak saya untuk participate in this seminar.

 

Kak Yati (Lactation Counselor from PPUM) & Me

Kalau diikutkan seminar ini hampir 99% adalah dihadiri oleh kakitangan hospital kerajaan & swasta. Hanya 2 kaunselor laktasi bebas yang bukan kakitangan hospital yang hadir diseminar ini. Emmm, lucky us, kan?

Salam Kasih,

 

HUKUM PENYUSUAN IBU & HUBUNGAN IBU/ANAK/KELUARGA SUSUAN

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya dah lama nak tulis mengenai hal ini. Saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat semasa memandu dalam perjalanan pulang ke rumah dalam minggu lalu. Ilmu yang saya dapat dalam rancangan soal jawab agama di Radio Malaysia Negeri yang berbicara mengenai Hukum Hakam Penyusuan Ibu. Saya tidak ingat nama ustaz yang menyampai kuliah dan menjawab segala persoalan mengenai hukum hakam penyusuan ibu dalam Islam.

Daripada yang saya dengar, saya kongsikan sebahagiannya la yer.

1. Hak untuk menyusu adalah hak ibu

Maknanya seseorang ibu itu boleh memilih samada hendak menyusukan bayinya atau pun tidak. Jika dia memilih untuk tidak menyusukan bayinya, walaupun disuruh oleh suaminya untuk menyusukan bayi mereka, tidaklah jatuh hukum derhaka kepada suami.

2.Tanggungjawab suami mencari ibu susuan jika isteri tidak mahu menyusukan bayi

Jika isteri menolak atau tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka, suami bertanggungjawab untuk mencari ibu susuan untuk anak mereka.

3. Syarat wajib menjadi anak susuan

a. Bayi tersebut mestilah berumur 2 tahun ke bawah.

b. 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.

4. Hukum Maram antara anak susuan dan adik beradik susuan

a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin

b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan

c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan

d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan

e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian).

f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

Nota: Yang lain-lain saya tak ingat sangat. Rugi tak rakam masa tu. Kepada yang arif dalam hukum hakam ni, kalau ada kesilapan disini, minta betulkan. Terima kasih.

5. Pembahagian harta dengan anak susuan

Hukum mahram anak susuan dengan adik beradik dan ayah/ibu susuan hanya setakat hubungan nikah kahwin dan tidak termasuk dalam pembahagian harta. Namun begitu, adalah tidak salah jika ayah susuan ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak susuannya. Maknanya di sini ialah anak susuan tidak termasuk dalam hukum farait.

6. Lain-lain

- Adalah haram jika adik-beradik susuan memandang satu sama lain dengan perasaan berahi

- Jika mereka berkahwin tanpa mengetahui mereka adalah adik beradik susuan, mereka perlu dipisahkan (apa istilah dalam Islam ni yer?). Ustaz tersebut ada juga menyebut mengenai tindakan yang perlu diambil jika mereka tidak boleh dipisahkan tetapi saya dah terlupa apa dia. Jika ada yang tahu, minta email saya supaya saya boleh update info untuk pengetahuan bersama.

7. Apa hukumnya kalau suami terminum susu isteri?
Tidak mengapa dan hukumnya harus, dan tidak akan menjadi anak susuan kerana salah satu syarat wajib menjadi anak susuan ialah 2 tahun ke bawah. Suami confirm dah lebih dpd 2 tahun umurnya.

Disclaimer:

1.Saya izinkan untuk anda kongsikan ilmu ini bersama rakan-rakan yang lain. Sila link kan semula ke blog saya supaya jika ada soalan atau percanggahan atau pembaharuan fatwa, saya boleh update.

2.Jika ada percanggahan atau kesilapan dalam penulisan saya mengenai hal ini, saya mohon agar email saya di zatul@babynme.com.my agar saya boleh membetulkan fakta dan hukumnya.

Terima kasih.

 

Nota Terkini (31 Januari 2012) :

Telah ada fatwa terkini yang dikeluarkan hasil daripada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. Boleh baca di artikel terkini BABY N ME (sila klik)   atau laman web e-Fatwa (sila klik).

Harap maklum.

Salam Kasih,

Perjuangan kita mungkin sama

Assalamualaikum,

Anda ada sesuatu yang diperjuang dalam hidup anda? Maksud saya, anda memperjuangkan sesuatu yang hanya sedikit kepentingannya dengan diri dan keluarga anda?maksud saya dari segi menjana pendapatan keluarga

Saya ada. Saya berjuang demi memertabatkan penyusuan ibu atau breastfeeding kata orang putih. Saya mendambakan diri untuk breastfeeding sejak tahun 2005. Sejak saya masih mengandung. Waktu itu saya mengajak kawan-kawan dan sedara-mara yang sama mengandung untuk mengenali apa itu susu ibu. Masa tu saya tidak jumpa forum-forum berkenaan susu ibu. Saya buta forum masa tu. Cuma pada tahun 2006, selepas selesai berpantang, saya mula mengenali forum susuibu.com dan website website lain yang berkaitan.

Sehinggalah saya kini mempunyai 2 anak yang sudah pun melepasi waktu /tempoh penyusuan ibu, saya masih lagi memperjuangkan susu ibu. Ramai yang bertanya pada saya bila tahu passion saya dalam breastfeeding, “aikk, anak dah tak menyusu pun masih lagi berjuang untuk breastfeeding?”

Adakah saya berjuang kerana nama? Sudah tentu tidak. Saya hanya ingin lihat generasi kita yang akan datang mempunyai kesihatan yang baik dan lain-lain benefit yang dapat diperolehi hasil daripada penyusuan ibu.

Hala tuju saya satu, ingin mempromosi susu ibu dan menyampaikan maklumat yang betul mengenai penyusuan ibu serta membantu ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan ibu. Mungkin ada dikalangan anda sama perjuangannya dengan saya. Marilah kita berjuang bersama sebab lebih ramai yang bersuara, maka lebih kukuhlah dan kuatlah sesuatu perkara.

Jika ada ibu diluar sana yang berminat untuk bersama berjuang, nasihat saya carilah ilmu dan dapatkan kepastian dan jawapan bagi setiap persoalan yang ada mengenai susu ibu. Jangan sampaikan ajaran sesat akibat daripada salah fahaman kita.

Juga jagalah tutur kata dan jangan sampai menyentuh dan menyinggung hati ibu yang tidak dapat/tidak berjaya/tidak menyusukan bayi mereka.  Etika yang satu ini perlu dijaga.

Doa saya semoga perjuangan kita diberkati Allah SWT. Semoga kita satu arah, satu tujuan dan saling menyokong antara satu sama lain. Jangan ambil peduli dan persoalkan apa yang orang lain sudah buat untuk penyusuan ibu tapi kita perlu ambil berat dan teliti  ‘apa yang kita boleh dan sudah sumbangkan dalam memartabatkan penyusuan ibu‘. Jika kita fokus, kita akan lebih berjaya.  Insya Allah…

Allah itu maha mengetahui dan Insya Allah, besar ganjarannya buat kita  kerana memperjuangkan sesuatu yang diminta oleh agama.

Salam Kasih,

Anak saya tidak mahu minum susu?

Assalamualaikum,

Saya menerima komen daripada post saya Bagaimana Jika anak saya tidak mahu minum susu? Soalannya berbentuk begini :

Soalan

Anak saya sudah masuk 1 thn pd waktu siang tidak mahu minum susu direct by botol, harapkan malam sahaja bf full.saya bekerja. risau juga sbb tidak mahu susu yg saya bekalkan dan susu formula lain. makan dia o.k berselera. macamana yer..saya sudah tukar poteng, botol dll..

Jawapan

Assalamualaikum Puan. Tahniah kerana masih menyusukan dan masih bersemangat  untuk menyusukan bayi Puan.

Mengenai soalan Puan, anak Puan kini telah berusia 1 tahun dan daripada penerangan Puan, saya kira selera makan anak Puan adalah sangat bagus. Teruskan pengambilan makanan yang seimbang  dalam diet anak Puan.

Oleh itu, Puan tidak perlu bimbang mengenai kurangnya pengambilan susu oleh anak Puan  pada siang hari kerana anak Puan akan mendapat khasiat yang mencukupi jika dia mengambil makanan seimbang. Oleh kerana anak Puan tidak mengambil susu pada siang hari, saya sarankan agar Puan membekalkan makanan pepejal sebagai ganti susu tadi . Teruskan menyusu pada sebelah malam dan selagi bayi Puan masih mahu menyusu (juga  selagi Puan masih mahu menyusukan bayi Puan).

Bersama-sama ini saya sertakan gambarajah pengambilan makanan pepejal yang diambil daripada http://infantfeeding.blogspot.com/.

Salam Kasih,

Benarkah Milk Booster/Supplement Menjadi Penyelesaian Masalah Kurang Susu?

As Salam,

Kebelakangan ini, ibu-ibu yang berjumpa dengan saya sering mengadu mengenai masalah kurang susu. Di kalangan mereka, ramai yang bertanya bagaimana boleh diatasi masalah kurang susu ini. Bila di soal selidik, ramai dikalangan mereka yang terlalu bergantung harap kepada supplement/ milk booster dan kurang mengambil berat mengenai kekerapan penyusuan dan kekerapan pengosongan payudara yang betul. Bukan mereka sahaja tetapi mungkin ramai lagi di luar sana yang culas dan terlalu mengharapkan keajaiban daripada milk booster dan supplement yang sering digembar gemburkan dapat menambah penghasilan susu dan memekatkan susu ibu.

Pada pandangan saya, bukanlah menjadi satu kesalahan kalau inginkan susu badan yang banyak.Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Juga bukan menjadi kesalahan jika ingin mencuba pelbagai supplement/milk booster yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Tetapi pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?

Secara logiknya la sebagai contoh, kalau hari ini kita memasak, dan kemudian anak dan hubby makan hanya sedikit aje. Kemudian kita masak lagi, masak sikit jer sebab lauk semalam ada lagi. Kemudian hal ni berlarutan selama seminggu,.Hubby dan anak hanya makan sikit setiap kali kita masak dan panaskan balance lauk semalam. Kemudian cukup seminggu kita pun dah malas nak masak lagi sebab lauk semalam banyak lagi. Kita hanya panaskan lauk balance semalam dan hubby/anak dah tak nak makan-makan lagi dah sebab kita hanya hidangkan lauk yang dipanaskan tu. Akhirnya kita dah completely malas nak masak dan hanya beli la makanan kat restoran makanan segera sebagai ganti.Buat apa nak masak ek kalau dah tak de orang nak makan? Nampak tak kesannya?

Ha, cam tu la badan kita berfungsi, kalau susu tu dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak. Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?

Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pengepaman), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang saja, kalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi.

Jadi kosongkan breast dengan betul, kerapkan penyusuan/pengepaman dan jika nak ambil supplement/milk booster, kaji dulu samada ianya sesuai atau tidak dengan condition/tahap kesihatan diri kita dan bukannya sekadar menjadi pengikut kepada amalan orang lain. Ini kerana bukan semua milk booster sesuai dengan semua orang.

Daripada sudut lain iaitu dari segi perniagaan, saya lihat sikap kebergantungan ibu-ibu kepada milk booster dan supplement ini, adalah ”KEJAYAAN DAN KEBERKESANANNYA PEMASARAN/MARKETING” oleh agen-agen pemasaran syarikat yg menjual produk ini. di dalam perniagaan, kejayaan ini diiringi dengan kata EXCELENT tetapi dari sudut penyusuan ibu, ianya dilihat menjurus kepada satu MASALAH kerana jalan penyelesaian kepada masalah kurangnya penghasilan susu ibu telah DITENGGELAMI oleh populariti milk bosster/supplement tadi.

Akhirnya kata, tepuklah dada dan tanyalah BREAST! 8D

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2019
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.