Breastfeeding Myth Seminar di Port Dickson
Assalamualaikum,
Berita dah basi tapi saja nak letak disini supaya saya dapat mengingatkan diri saya sendiri tentang seminar/kursus berkaitan penyusuan ibu yang pernah saya hadiri.
Pada 26 Mac 2011 yang lalu which is dah hampir 1 bulan dah, saya telah menghadiri seminar yang bertajuk Breastfeeding myth. Kehadiran saya ke majlis ini adalah kerana dijemput/diajak oleh Dr. Hairin Anisa, IBCLC yang juga merupakan Timbalan Kepada Persatuan Laktasi Malaysia. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ilmu begini kerana ianya dapat menyegarkan kembali ilmu-ilmu yang ada dan juga di majlis begini, saya dapat menambahkan lagi ilmu yang ado.
Thanks to Dr. Hairin Anisa kerana mengajak saya untuk participate in this seminar.
Kak Yati (Lactation Counselor from PPUM) & Me
Kalau diikutkan seminar ini hampir 99% adalah dihadiri oleh kakitangan hospital kerajaan & swasta. Hanya 2 kaunselor laktasi bebas yang bukan kakitangan hospital yang hadir diseminar ini. Emmm, lucky us, kan?
Salam Kasih,
