Posts Tagged ‘Infant Solid Food Intake’
Anak saya tidak mahu minum susu?
Assalamualaikum,
Saya menerima komen daripada post saya Bagaimana Jika anak saya tidak mahu minum susu? Soalannya berbentuk begini :
Soalan
Anak saya sudah masuk 1 thn pd waktu siang tidak mahu minum susu direct by botol, harapkan malam sahaja bf full.saya bekerja. risau juga sbb tidak mahu susu yg saya bekalkan dan susu formula lain. makan dia o.k berselera. macamana yer..saya sudah tukar poteng, botol dll..
Jawapan
Assalamualaikum Puan. Tahniah kerana masih menyusukan dan masih bersemangat untuk menyusukan bayi Puan.
Mengenai soalan Puan, anak Puan kini telah berusia 1 tahun dan daripada penerangan Puan, saya kira selera makan anak Puan adalah sangat bagus. Teruskan pengambilan makanan yang seimbang dalam diet anak Puan.
Oleh itu, Puan tidak perlu bimbang mengenai kurangnya pengambilan susu oleh anak Puan pada siang hari kerana anak Puan akan mendapat khasiat yang mencukupi jika dia mengambil makanan seimbang. Oleh kerana anak Puan tidak mengambil susu pada siang hari, saya sarankan agar Puan membekalkan makanan pepejal sebagai ganti susu tadi . Teruskan menyusu pada sebelah malam dan selagi bayi Puan masih mahu menyusu (juga selagi Puan masih mahu menyusukan bayi Puan).
Bersama-sama ini saya sertakan gambarajah pengambilan makanan pepejal yang diambil daripada http://infantfeeding.blogspot.com/.
Salam Kasih,
