Perjuangan kita mungkin sama
Assalamualaikum,
Anda ada sesuatu yang diperjuang dalam hidup anda? Maksud saya, anda memperjuangkan sesuatu yang hanya sedikit kepentingannya dengan diri dan keluarga anda?maksud saya dari segi menjana pendapatan keluarga
Saya ada. Saya berjuang demi memertabatkan penyusuan ibu atau breastfeeding kata orang putih. Saya mendambakan diri untuk breastfeeding sejak tahun 2005. Sejak saya masih mengandung. Waktu itu saya mengajak kawan-kawan dan sedara-mara yang sama mengandung untuk mengenali apa itu susu ibu. Masa tu saya tidak jumpa forum-forum berkenaan susu ibu. Saya buta forum masa tu. Cuma pada tahun 2006, selepas selesai berpantang, saya mula mengenali forum susuibu.com dan website website lain yang berkaitan.
Sehinggalah saya kini mempunyai 2 anak yang sudah pun melepasi waktu /tempoh penyusuan ibu, saya masih lagi memperjuangkan susu ibu. Ramai yang bertanya pada saya bila tahu passion saya dalam breastfeeding, “aikk, anak dah tak menyusu pun masih lagi berjuang untuk breastfeeding?”
Adakah saya berjuang kerana nama? Sudah tentu tidak. Saya hanya ingin lihat generasi kita yang akan datang mempunyai kesihatan yang baik dan lain-lain benefit yang dapat diperolehi hasil daripada penyusuan ibu.
Hala tuju saya satu, ingin mempromosi susu ibu dan menyampaikan maklumat yang betul mengenai penyusuan ibu serta membantu ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan ibu. Mungkin ada dikalangan anda sama perjuangannya dengan saya. Marilah kita berjuang bersama sebab lebih ramai yang bersuara, maka lebih kukuhlah dan kuatlah sesuatu perkara.
Jika ada ibu diluar sana yang berminat untuk bersama berjuang, nasihat saya carilah ilmu dan dapatkan kepastian dan jawapan bagi setiap persoalan yang ada mengenai susu ibu. Jangan sampaikan ajaran sesat akibat daripada salah fahaman kita.
Juga jagalah tutur kata dan jangan sampai menyentuh dan menyinggung hati ibu yang tidak dapat/tidak berjaya/tidak menyusukan bayi mereka. Etika yang satu ini perlu dijaga.
Doa saya semoga perjuangan kita diberkati Allah SWT. Semoga kita satu arah, satu tujuan dan saling menyokong antara satu sama lain. Jangan ambil peduli dan persoalkan apa yang orang lain sudah buat untuk penyusuan ibu tapi kita perlu ambil berat dan teliti ‘apa yang kita boleh dan sudah sumbangkan dalam memartabatkan penyusuan ibu‘. Jika kita fokus, kita akan lebih berjaya. Insya Allah…
Allah itu maha mengetahui dan Insya Allah, besar ganjarannya buat kita kerana memperjuangkan sesuatu yang diminta oleh agama.
Salam Kasih,

salam kak zatul,
setuju dengan akak – bila baca hentaman mereka risau jika blog zah sama jadi mangsa sedang niat zah mahu sama-sama berjuang dlm dunia susu ibu, zah sendiri lihat keajaiban susu ibu dengan anak pertama,usaha diteruskan pd anak kedua..syukur mmg berbaloi…tp bila kes mcm ni,kemudian ada pula isu kutukan – bukan setakat penulis tersebut yg kena calitan tp semua ibu yg menyusukan…
Assalamualaikum Izzah,
Tahniah dan terima kasih kerana bersama memperjuangkan untuk memartabatkan penyusuan ibu. Dalam apa jua perjuangan, mesti ada halangan dan dugaan. Kalau nak dibandingkan dengan perjuangan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad dengan perjuangan kita, terlalu beza jurangnya dan terlalu jauh perbezaan halangan dan dugaan yang kita hadapi. Halangan yang kita terima ni sikit sangat. Tapi kita jangan cepat putus asa dan jangan cepat melatah.
Ambillah semangat dan iltizam yang Nabi kita dah tunjukkan sebagai pembakar dan penguat hati dan semangat kita untuk terus berjuang. Dalam banyak banyak yang menyokong kita, pasti ada yang membangkang. Dan kadang kala yang membangkang itu adalah orang yang dekat dengan kita. Itu semua dugaan. Kalau kita berjaya tempoh, insya Allah, kejayaan akan jadi milik kita. Aminnnnnn…
Semoga penyusuan ibu akan tetap dan terus menjadi pilihan ibubapa di Malaysia dan dunia.