HUKUM PENYUSUAN IBU & HUBUNGAN IBU/ANAK/KELUARGA SUSUAN

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya dah lama nak tulis mengenai hal ini. Saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat semasa memandu dalam perjalanan pulang ke rumah dalam minggu lalu. Ilmu yang saya dapat dalam rancangan soal jawab agama di Radio Malaysia Negeri yang berbicara mengenai Hukum Hakam Penyusuan Ibu. Saya tidak ingat nama ustaz yang menyampai kuliah dan menjawab segala persoalan mengenai hukum hakam penyusuan ibu dalam Islam.

Daripada yang saya dengar, saya kongsikan sebahagiannya la yer.

1. Hak untuk menyusu adalah hak ibu

Maknanya seseorang ibu itu boleh memilih samada hendak menyusukan bayinya atau pun tidak. Jika dia memilih untuk tidak menyusukan bayinya, walaupun disuruh oleh suaminya untuk menyusukan bayi mereka, tidaklah jatuh hukum derhaka kepada suami.

2.Tanggungjawab suami mencari ibu susuan jika isteri tidak mahu menyusukan bayi

Jika isteri menolak atau tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka, suami bertanggungjawab untuk mencari ibu susuan untuk anak mereka.

3. Syarat wajib menjadi anak susuan

a. Bayi tersebut mestilah berumur 2 tahun ke bawah.

b. 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.

4. Hukum Maram antara anak susuan dan adik beradik susuan

a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin

b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan

c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan

d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan

e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian).

f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

Nota: Yang lain-lain saya tak ingat sangat. Rugi tak rakam masa tu. Kepada yang arif dalam hukum hakam ni, kalau ada kesilapan disini, minta betulkan. Terima kasih.

5. Pembahagian harta dengan anak susuan

Hukum mahram anak susuan dengan adik beradik dan ayah/ibu susuan hanya setakat hubungan nikah kahwin dan tidak termasuk dalam pembahagian harta. Namun begitu, adalah tidak salah jika ayah susuan ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak susuannya. Maknanya di sini ialah anak susuan tidak termasuk dalam hukum farait.

6. Lain-lain

- Adalah haram jika adik-beradik susuan memandang satu sama lain dengan perasaan berahi

- Jika mereka berkahwin tanpa mengetahui mereka adalah adik beradik susuan, mereka perlu dipisahkan (apa istilah dalam Islam ni yer?). Ustaz tersebut ada juga menyebut mengenai tindakan yang perlu diambil jika mereka tidak boleh dipisahkan tetapi saya dah terlupa apa dia. Jika ada yang tahu, minta email saya supaya saya boleh update info untuk pengetahuan bersama.

7. Apa hukumnya kalau suami terminum susu isteri?
Tidak mengapa dan hukumnya harus, dan tidak akan menjadi anak susuan kerana salah satu syarat wajib menjadi anak susuan ialah 2 tahun ke bawah. Suami confirm dah lebih dpd 2 tahun umurnya.

Disclaimer:

1.Saya izinkan untuk anda kongsikan ilmu ini bersama rakan-rakan yang lain. Sila link kan semula ke blog saya supaya jika ada soalan atau percanggahan atau pembaharuan fatwa, saya boleh update.

2.Jika ada percanggahan atau kesilapan dalam penulisan saya mengenai hal ini, saya mohon agar email saya di zatul@babynme.com.my agar saya boleh membetulkan fakta dan hukumnya.

Terima kasih.

 

Nota Terkini (31 Januari 2012) :

Telah ada fatwa terkini yang dikeluarkan hasil daripada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. Boleh baca di artikel terkini BABY N ME (sila klik)   atau laman web e-Fatwa (sila klik).

Harap maklum.

Salam Kasih,

22 Responses to “HUKUM PENYUSUAN IBU & HUBUNGAN IBU/ANAK/KELUARGA SUSUAN”

  • Saeful Ulum says:

    Terimakasih telah, artikel yang sangat bermanfaat. Begitu besarnya kasi sayang seorang ibu

    Thanks for the important suggestions I have learned from the web site.
    Support Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World

  • shahamah md shah says:

    assalaamu’alaikum,
    Hukum penyusuan amat penting, terutama yang mengambil anak angkat supaya tidak menimbulkankan berbagai masalah dalam kehiduapan di dunia dan akhirat kelak.
    Ramai yang tidak tahu hukum anak susuan yang sebenar dan tidak merujuk kepada yang lebih a’rif.

  • Bonda Q says:

    Ya betul Shahamah . Ramai yang kurang arif. Selain daripada hukum, kesihatan si ibu susuan juga perlu kita ambil tahu.

  • sue says:

    panduan yg amat baik. tetapi sekiranya, bayi angkat tersebut enggan menyusu walaupun dipaksa, mcm mane plak???..huhuhu

  • Bonda Q says:

    Menyusu anak angkat bukan semudah yang disangka. Ianya memerlukan usaha, komitmen dan pengorbanan yang bukan sedikit. Perkara asas yang perlu dibuat sekira bayi tidak mahu menyusu dgn ibu angkatnya ialah dengan memperkenalkan semula payudara kepada bayi. Susu keluar atau tidak, itu perkara kedua. sekiranya memerlukan bantuan, bolehlah berjumpa saya untuk mendapatkan kaunseling

  • tiutkiut says:

    ilmu yang bermanfaat

  • wan says:

    kalau bayi susuan itu lelaki.sama tak hukumnya dengan bayi perempuan.maksudnya persaudaraan dengan saudara perempuan dalam keluarga tersebut.sebab mak saya pernah menyusukan anak saudara ayah(sepupu belah ayah).waktu tu kakak saya pun sebaya dengan sepupu saya.apakah hukumnya ek.

  • Bonda Q says:

    Sefahaman saya hukum yang ada adalah sama samada bayi lelaki atau perempuan. Tapi jika masih kurang pasti, mohon Puan merujuk semula kepada yang lebih arif dalam bidang hukum hakam agama.

  • abdul hadi says:

    bolehkah saya ambil anak angkat kemudian disusui oleh perempun saya seibu sebapa untuk jadi anak saudara susuan?

  • abdul hadi says:

    bolekah saya ambil anak angkat kemudian disusui oleh adik perempun sayaseibu sebapa supaya saya jadi ayah saudara susuannya

  • Bonda Q says:

    Sepengetahuan saya boleh. Cuba lihat semula hukum anak susuan.

  • Ummutasnem says:

    Saya ada ditanya ttg jumlah oz susu yg diberi kepada anak susuan..istilah kenyang tu agak subjektif. Situasi ini berlaku dlm sekumpulan ibu2 yg memerah susu..ibu A setiap hari akan mensedekahkan 1 oz kepada ibu B untuk diberikan kepada anaknya. Adakah anak ibu B jatuh hukum anak susuan ibu A? Ini kerana istilah kenyang sgt subjektif. Kdg2 dgn 1 oz pun seorg bby krcil blh krnyang…

  • Ikram says:

    Saya ada 1 persoalan yang perlu diteliti
    Ali dan Leha adalah adik beradik susuan ( Leha di susukan oleh ibu Ali).
    Ali mengambil Siti sebagai anak angkat dan Leha menjadi ibu susuan Siti.
    Apakah hukum mahram antara Ali dan Siti?

  • Bonda Q says:

    Assalamualaikum En. Ikram,

    Terima kasih kerana mengutarakan soalan ini dan membuka lagi ruang diskusi mengenai perkara ini.
    Saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan soalan ini kerana saya bukan orang bijak pandai dalam agama. Mungkin soalan Encik ini boleh diutarakan kepada JAKIM dan kemudian Encik boleh kongsikan disini untuk pengetahuan bersama.

    Terima kasih sekali lagi atas soalan yang baik.

  • Lo, Really Nice Post… Keep up the hard work Thx

  • azimah says:

    salam ..saye perlukan maklumat tentang nie tuk membantu jayakan tesis saye..pezzz

  • Mira says:

    saya mohon utk share di blog saya, saya juga ada menyusukan anak saudara saya

  • Shila says:

    Salam. satu lg perkara yg perlu di titik beratkan yg sy tgk jarang org katakan. Jika kita ambil anak susuan perempuan, jatuh tanggungjawab suami kita pada aurat anak susuan itu ya. Seorang suami bertanggungjawab pada aurat isteri, anak perempuan, saudara perempuan dan anak saudara perempuan. Jadi anak susuan perempuan juga suami kita bertanggungjawab. Jadi jgn ambil remeh hal ni. Kadang seorang suami bergitu menjaga aurat isteri,anak,adik dan anak saudara dia. Tapi sebab anak susuan tggl jauh, xrapat dgn kluarga anak susuan, dah besar akil baligh, lupa tanggungjawab ni. Saya sudah tanya kpd beberapa org ustazah mmg dia sahkan hal ni. Anak susuan hukum seperti anak sendiri melainkan pembahagian harta ja.

  • puzi says:

    anak angkat (lelaki) saya telag disusui oleh adik perempuan saya yabg seibu dan sebapa. apa hukumnye pada saya dan hukum kepada anak perempuan saya?

  • Salam Puan Zatul, saya memohon keizinan puan untuk saya mencetak tulisan ini bagi menambah pengetahuan kami sekeluarga. Moga2 kita sama-sama mendapat manafaat dari bacaan ini. Semoga mendapat keizinan puan

  • Bonda Q says:

    Assalamualaikum Puan Hajah Nur Faridah, kalau untuk mencetak, silakan. kalau untuk copy n paste untuk sharing sila bagi kredit kepada blog dan website Baby N Me

  • Bonda Q says:

    setahu saya dengan Puan Mahram tapi dengan anak Puan, saya kurang pasti. Lebih baik bertanya pada yang lebih arif mengenai hukum agama.

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
July 2014
M T W T F S S
« Dec    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.