Posts Tagged ‘anak angkat’
Menyusukan Anak Angkat
Salam,
Semalam saya dan Dr. Ning ada melawat seorang ibu baru yang baru mengambil anak angkat. Comey babynya..geram saya tengok baby tu..cam nak bawak balik jer..hehehehe
Tapi yang saya nak cerita disini ialah mengenai azam ibu tersebut untuk susu kan babynya..Semangat ibu tu sangat kuat dan dia yakin dengan apa yang dia buat..
Menyusukan anak angkat ni sebenarnya kalau kita tengok skop yang lebih luas, ianya bukan setakat untuk menghalalkan hubungan sahaja tetapi perlu dilihat sebagai salah satu cara untuk mengikat kasih sayang dan merapatkan connection perasaan antara ibu dan anak. Juga sebagai memenuhi tuntutan dan keperluan bayi tadi dan juga sebagai cara untuk membantu ibu berasa lebih yakin dengan dirinya sendiri dan juga kepuasan bagi naluri seorang ibu.
Apa yang patut kita buat kalau kita ambil anak angkat dan kita nak susukan anak tu?
Pertama sekali kalau kita telah bersedia dan tahu yang kita akan menerima atau mengambil baby, ialah persediaan dari segi emosi dan kemahuan untuk menyusukan baby. Kemudian mungkin kita boleh mengambil pil hormon untuk menyediakan breast kita seperti dalam keadaan breast wanita yang mengandung untuk persediaan penghasilan susu. Untuk pengambilan pil hormon ini, adalah dicadangkan anda mendapat nasihat dan rujuklah kepada mereka yang pakar iaitu doktor agar tiada sebarang masalah dan komplikasi yang berlaku kerana bukan semua ibu sesuai untuk mengambil pil hormon ini. Ditegaskan sekali lagi bahawa bukan semua ibu sesuai untuk mengambil pil hormon ini. Jangan ambil keputusan terburu-buru yang boleh menyebabkan masalah lain pula yang hadir dalam diri dan kehidupan kita, ok?
Kemudian bila baby sudah ada dengan kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah cuba untuk meletakkan di dada kita ( both mama & baby must topless ya. This is to encourage skin to skin method) dan cuba melekapkan (menyusukan) mulut bayi pada breast ibu. Ini untuk membiasakan dan mengajar baby dan ibu dengan lekapan yang betul dan bukan setakat baby menghisap puting payudara ibu sahaja. Ianya juga bertujuan sebagai stimulasi kepada breast ibu untuk proses pengeluaran susu badan tadi. Seperti biasa hormon prolaktin akan melakukan tugas semasa proses ini berlangsung..
Pastikan posisi bayi/ ibu dan pegangan betul dan selesa agar proses penyusuan berlangsung dengan lancar.
Bila baby sudah melekap, cuba masukkan tiub alat SNS untuk bekalkan susu. Susu formula digunakan buat sementara waktu sebelum susu ibu mula terhasil.
Proses ini dapat merangsang (stimulate) breast ibu dan dalam masa yang sama baby tetap dapat susu aka makanannya. Bila susu ibu mula terhasil nanti, alat sns ini sudah tidak diperlukan lagi.
oh ya, sekiranya baby sudah biasa menggunakan botol sejak lahir, maka kita perlu juga mengajar baby untuk menggunakan puting botol dengan cara seperti baby yang menyusu susu ibu secara terus. Lidah baby perlu dipastikan berada dihadapan (mimik bayi yang menyusu badan) dan bukan di belakang. Atau ibu boleh menggunakan cara menyusukan baby menggunakan kaedah cawan.
Proses untuk menyusukan anak angkat ini bukanlah satu proses yang mudah dan perlu dilakukan dengan penuh sabar dan ibu perlu mempunyai semangat yang kuat untuk melaksanakannya. Sokongan padu dan kata-kata perangsang daripada ayah pula sangat diperlukan sepanjang proses ini dijalankan..
Perlu saya ingatkan bahawa proses ini mungkin akan memakan masa yang lama. Jadi ibu perlu banyak bersabar. Berdoalah pada ALLAH agar usaha ibu dan ayah akan berhasil dan baby dapat disusukan.
Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan kerana anda sememangnya sangat-sangat memerlukannya.
Bila anda berjaya, satu kepuasan akan terpancar. Bukan sahaja ianya menjadi satu kepuasan pada ibu, tetapi ayah, keluarga, kumpulan sokongan yang membantu anda serta sesiapa sahaja yang menyokong usaha anda.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak meneruskan usaha ini, ianya terpulang kepada anda dan pasangan. Tiada paksaaan dan tiada siapa yang akan marah dengan keputusan yang anda buat. Apa yang penting ialah anda mendapat maklumat yang betul dan melakukkannya dengan cara yang betul.
Yakin, tawakal dan banyakkan berdoa supaya ianya berjaya dilaksanakan.
Insya Allah.
Salam Kasih,
