Biar Ada Strategi!
Assalamualaikum,
Bila susu kurang, saya tidak salahkan ibu-ibu bila saya dapat tahu yang mereka kurang memahami konsep supple and demand. Ini kerana bukan semua orang dapat ilmu breastfeeding ni.Adayang dah silap langkah atau susu dah tak ada, baru ilmu sampai pada mereka.Adayang dah nak masuk anak 5, baru terbuka hati untuk mengenali penyusuan ibu.Kan? Betul tak? Jangan pandang serong pada mereka yang menyusukan bayi mereka dengan susu gantian. Mereka juga ibu, pastinya mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Cuma harapan saya dan kawan-kawan yang sama-sama berjuang demi penyusuan ibu, bila kita tahu ada ibu yang hamil, especially yang pertama kali hamil,cubakita dekat dan perkenalkan susu ibu. Tapi perkenalkan tu bukanlah bermaksud sampai memaksa, Maksud memperkenalkan susu ibu ialah dengan ayat-ayat seperti, “dah ada orang cerita mengenai penyusuan ibu?” atau “ nanti dah tahu dah susu apa nak beri pada baby?”. Ini supaya kita dapat cetuskan idea dan memperkenalkan susu ibu dengan secara halus dan tidak mengguris hati dan tidak kelihatan sebagai memaksa. Bila kita buka soalan, maka satu keinginan untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai penyusuan ibu akan bercambah dalam hati ibu dan pasangan yang baru pertama kali menghadapi kehamilan.
Ingat ya, memaksa dan berceramah panjang tanpa ada strategi, memungkinkan kita kehilangan ibubapa yang berpotensi untuk menyusukan bayi mereka. Ingat yer…
Salam kasih,
