Adik saya Dah kahwin!
Salam,
Pada 28 Mei yang lalu, keluarga saya menerima ahli baru. Huh teruja rasanya bila buat pertama kalinya salah seorang daripada adik saya, Dilla telahdiijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Walaupun sudah bergelar kakak ipar kepada adik suami saya, inilah kali pertamanya saya bergelar kakak ipar kepada suami adik saya sendiri.
Ini juga kali kedua parents saya menerima menantu. Yang pertama, dah tentu hubby saya ler
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun pengantin lelaki agak lewat tiba kerana banjir di Batu 3, Shah Alam akibat daripada hujan lebat yang turun pada petang tersebut.
Oh, ya. Kami belum buat keduri untuk meraikan pengantin. Dewan sumer penuh la. Hanya dapat tempah galeri Shah Alam pada tengah bulan julai nanti.
Dah bergelar isteri dah adik saya..dah bertambah besar dah tanggungjawab sekarang sekarang.
Tahniah kepada Dilla & Fariz. Semoga bahagia hingga ke syurga. Semoga hidup aman damai, hormat menghormati, sayang menyayangi, kasih mengasihi, jujur antara satu sama lain dan saling tolak ansur dalam melayari bahtera rumahtangga.
Tahniah!
Salam Kasih,
