Reminder : 1 million signature campaign by NUBE
Salam,
I just found out that the 1 million signature campaign by NUBE only gathered 500,000 signature to date. it was mentioned in the star online dated 12/07/10 in the article ‘demands of motherhood’.
sape yg blom sign lagi ni? Jom la sign.
Whoever appreciate the 24hrs job as a mother, PLEASE SUPPORT THE CAMPAIGN FOR 90 DAYS MATERNITY LEAVE.
Click kat banner bawah ni untuk participate yer…
If not for ourself, please sign for our little ones future. Let them be with the baby longer and this also will be able to assist mothers in exclusive breastfeeding successfully.
Sign now. Please….
Salam Kasih,
Breast Anatomi
Salam,
Anda pernah melihat dan tahu apa yang ada dalam breast anda? Pernah google tak? Pernah terasa nak tahu tak bagaimana dan apa yang ada dalam breast anda?
Kalau anda nak tahu, inilah rupa breast anatomi anda.
Dah tahu.. Didalam nya ada lemak. Lemak ni yang menentukan besar atau comelnya breast anda dan tidak mempengaruhi pengeluaran dan penghasilan susu badan anda.
Selagi anda paham dan ikut konsep supply & demand, insya Allah susu anda akan ada dan bukannya kerana breast anda kecil, maka susu sedikit dan breast anda besar maka susu anda banyak. Teori itu yang tak boleh digunapakai, tau.
Ingat “supply & demand”!
Salam Kasih,
Breastfeeding Adalah Perjuangan Saya
Salam Kasih,
Mengapa memperjuangkan breastfeeding menjadi pilihan saya? Mengapa bukan kecantikan dan lain-lain? Kecantikan? Kalau ikutkan saya sudah ada salon pada awal tahun 2008 setelah menerima tawaran pembiayaan kewangan daripada MARA tetapi jiwa saya dan semangat saya bukan di dalam bidang kecantikan. Kalau ikut, saya sebenarnya sudah boleh jaga anak saya sendiri sejak dari itu. Tapi setelah saya bertanya dan memohon petunjung daripadaNYA, ternyata ALLAH ada perancangan lain untuk saya. Alhamdulillah, ALLAH pilih saya untuk bersama-sama mereka yang sejiwa dan seperasaan dengan saya untuk terus berdiri teguh memperjuangkan breastfeeding.
Juga kalau diikutkan pada penghujung tahun lalu (malah sehingga kini ), saya juga ditawarkan dengan tawaran untuk mengambilalih satu kedai baby di Setia Alam, Klang sebagai cawangan francais mereka. Saya sangat suka dengan tawaran ini kerana ianya berkaitan dengan baby. Tetapi saya masih menolak kerana jiwa breastfeeding saya.
Saya kini juga sedang dalam dilema. Saya sangat suka dengan jenama ini. Sangat sangat suka kerana ianya sesuai dengan jiwa breastfeeding saya dan saya sangat-sangat boleh bekerjasama dengan orang-orang disekelilingnya. Namun bak kata tuan punya jenama, tanyalah kepadaNYA. Mintalah petunjuk daripadaNYA.
Biar apa pun keputusanNYA, doa saya semoga saya masih dan akan terus berada di dalam dunia breastfeeding agar saya boleh terus memjuangkan dan mempertahankan breastfeeding. Saya berada di dalam dunia breastfeeding ini kerana niat yang ikhlas dan kerana ALLAH SWT. Saya berada di dunia breastfeeding ini bukan kerana untuk kepentingan peribadi saya tetapi kerana kepentingan masyarakat sekeliling dan jika boleh, saya ingin katakan untuk ibubapa dan anak-anak di Malaysia. Ikhlas!
SAYA CINTAKAN DUNIA PENYUSUAN SUSU IBU!
Salam Kasih Breastfeeding,
Majlis Persandingan Adik Saya
Salam,
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana majlis persandingan adik saya, Dilla & suaminya , Fariz telah selamat diadakan dengan lancar pada Sabtu (10 Julai 2010) di Laman budaya, Galeri Shah Alam, Shah Alam, Selangor.
walaupun penat kerana saya kehulu dan ke hilir membantu untuk majlis, tidur hanya 4 jam sehari sejak khamis lepas, tapi saya sangat puas hati bila memandang senyuman Mama, Papa dan pengantin yang berdua tu serta sedara mara yang hadir serta tetamu-tetamu yang dijemput khas untuk meraikan majlis bersejarah ini.

Tetamu yang duduk di meja VIP – sedara mara dari Jelebu, Negeri Sembilan
Pengantin berarak menuju ke pelamin
Mama & Papa Saya selepas selesai merenjis anak & menantu
Terima kasih kepada saudara mara yang banyak membantu sepanjang persiapan majlis dan juga kepada katerer – Fatimah Katerer yang juga merangkap Wedding Planner majlis ini, mak andam, photographer – AdiNang, kawan-kawan baik pengantin lelaki & perempuan, penari-penari, kumpulan caklempung dan mereka-mereka yang terlibat.
Muzik Caklempung dimainkan sepanjang majlis
persembahan tarian tradisional untuk pengantin
Saya merenjis pengantin
Saya dan Qistina seawal 8.30 pagi dah terpacak di Galeri Shah Alam untuk meninjau persiapan majlis yang berlangsung pada tengahari Sabtu itu.
Meja makan beradap untuk Pengantin
Saya dan ibu- ibu saudara saya sebelah Johor Bahru
Ibu saudara dan Ayah saudara saya dari sebelah Jelebu, Negeri Sembilan
Penat tapi sangat puas hati dengan majlis ini.
Saya melayan anak-anak saya
Hubby ikut dari belakang – bz – cuti pun kena kerja – meeting through telefon
Tahniah Dilla & Fariz! Semoga kekal hingga ke Syurga!
note: terima kasih kepada Jemari Lensa dan Ibu diatas ihsan gambar-gambar yang ado. Gambar kami masih belum dapat dari photoghraper yang dilantik
Salam Kasih,
LHDN Kg Attap’s Support Group Meeting No 2
Salam,
Tajuk bahasa inggeris yer? isi? alah tulis jer dalam bahasa melayu.
Jumaat lepas saya memenuhi undangan Pn. Zarina sekali lagi untuk menjadi moderator SGM di LHDN Kg. Attap. Alhamdulillah, kali ini ramai yang hadir. 13 orang peserta yang datang untuk berkongsi rasa.
Tahniah Puan Zarina, semoga akan terus mengendalikan majlis ilmu ini untuk manfaat bersama.
Kepada yang hadir, tahniah kerana anda memilih untuk mendapat dan memberikan yang terbaik buat anda, bayi anda dan keluarga. Semogasedikit ilmu yang anda dapat akan dapat digunakan untuk anda dan juga orang yang berada disekeliling anda.
Salam Kasih,
MalaysianBFPC training – Melaka (2 Julai 2010 – 4 July 2010)
Salam,
Last day di Melaka, waktu sangat mencemburui kami semua. Session terlalu padat dengan penyampaian ilmu dari PCPA. Saya dan Ida Murni, juga ada conduct satu sesi pada hari ini.

Sekejap saja kan masa berlalu. Belum sempat nak kenal mesra dengan PC, training dah habis. Semoga ilmu yang anda dapat, akan sama kita guna untuk sebarkan pada masyarakat.

PCs tekun melaksanakan tugasan
Pada PCs, tahniah!

Para PCPA yang bertugas kali ini (psstt..apasal aii pendek sangat ni)
Pertama kali saya berjauhan dengan buah hati saya yang berdua tu.. meleleh air mata bila bercakap ditelefon dan bila si kakak tanya,” Ummi, bila Ummi nak balik ni?” 3 hari terlalu lama bagi mereka dan saya. Confirm ke Sabah, saya akan angkut semua, insya allah.
Malam pula sebelum berangkat pulang ke Klang, saya, Kak Rita Rahayu, Kak Kamariah sekeluarga & Kak (Dr.) Faridah makan di RFC, Maiden Melaka. Lepas makan, saya dan Kak Rita, balik berdua..celoteh sepanjang jalan sebab Kak Rita takut saya mengantuk semasa memandu..hehehe..sangat berkesan cara itu. Next time boleh training lagi..
Salam Kasih,
Training MalaysianBFPC di Melaka – Hari pertama
Salam,
Hari ini saya bertolak ke Melaka selepas drop anak-anak di Putrajaya untuk ditinggalkan dengan Mama & Papa.
Memandu sendirian di waktu tengah panas memang mencabar kengantukan saya..Makin panas, makin mata nak terlelap tapi Alhamdulillah, sampai juga di Alai, Melaka setelah sesat barat selama hampir 1 jam. Thanks to Ida Murni dan Dr. Ashikin atas direction by phone yang diberikan..
Saya dan Jess sedang menanda kertas soalan Pre-test
Training kali ni ada seorang bapa yang joint sama..
Malam pula kami (PCPA) makan bersama sambil berdiskusi mengenai silibus training untuk hari esok.
Sambil tunggu order, kami bincang apa yang patut
Letih ni, tido dulu la yer
Salam Kasih,
Saya Giler Membaca!
Salam,
Adakah anda suka membaca? Suka beli buku? atau tak membaca itu sesuatu yang boring pada anda?
Saya sangat suka membaca. Dan saya juga adalah orang yang ‘giler’ beli buku..
Saya ada masalah bila lalu atau terserempak dengan kedai buku. Masalahnya ialah bila lalu atau terserempak/ternampak kedai buku, saya akan masuk dalam kedai buku dan mulalah habiskan banyak masa dan juga duit untuk buku..bukan sikit..
saya sangat tamak bila bab buku..kalau boleh semua buku dalam kedai buku tu saya nak beli…
hahahaha..harusnya saya ada cita cita buka kedai buku cam Dr. Faridah, agar semua buku saya boleh baca bila-bila masa…
Masa saya sekolah dulu dan masih tinggal di Blok A 34 di dalam Naval Base, saya suka baca buku-buku kisah nabi-nabi, kisah hikayat merong wangsa, kisah-kisah hikayat, dongeng, buku-buku lagenda di beranda umah sambil berbuai di dalam buaian punjut (betul ka nama dia cam tu? Bantai la)..kadang kala sampai tertidur…
Buai ni la..apa nama buai ni? punjut ka?
Bila menginjak habis sekolah, saya suka baca majalah remaja dan novel cintan cintun..hehehe..al maklumlah anak remaja..pas tu bergetah plak lagi masa tu (ehh, sekarang pun masaih ada getah tau
). Khayal dan berangan abis la bila baca buku cintan cintun tu..Tapi tu la Novel Lagenda budak Setan, tak plak saya beli dan baca.. Sapa ada buku tu, boleh pinjam tak?
Bila sambung belajar saya masih membaca novel cintan cintun. Bila mula bekerja, cintan cintun tetap jadi pujaan hati..Majalah masa tu dah tukar dah kepada majalah mingguan wanita (sebab saya tinggal serumah bersama 2 orang wartawan majalah mingguan wanita pada masa tu- 12 tahun lepas yer), Nona, Majalah Pengantin, Anjung seri, Jelita dan macam macam la..
Bila dah kawen dan ada anak, majalah-majalah tu masih saya baca tapi dah tak beli sebab saya hanya beli Mami & Baby dan juga Pa & Ma.. Mingguan Wanita sekali sekala masih jadi pujaan hati..
Saya sangat sukakan buku.. Bukan setakat novel tapi saya suka juga buku agama, buku keusahawanan, buku anak-anak, baby, decoration, buku motivasi, buku memasak, buku DIY , buku cam ner nak jadi kurus (hehehe) dan dah tentunya buku BREASTFEEDING!

Oleh kerana saya sangat giler beli buku, banyak juga buku yang saya beli masih belum dapat dibaca..kena slow and steady baca, baru paham..Yang saya perasan sekarang ni, saya amat kurang minat nak beli novel tapi saya banyak beli dan baca buku yang berunsurkan ilmiah…
Susah juga bila kena penyakit suka membaca ni..Sampai kawan ke US pun saya kirim beli buku..Orang kirim beg COACH tapi saya kirim Buku Breastfeeding..Sabo jer lerrr…
Masa saya buat treatment fisio kat KPJ Specialist Hospital pun, ada yang bertanya pada saya, adakah saya masih study kerana ketika sedang fisio, saya juga akan membaca. Hehehe..Jawapannya ialah ya, saya masih study semua benda yang boleh distudy tapi kalau kat study kat IPT, idak la kan..
Saya juga pernah bercita-cita nak jadi penulis buku..huhuhhu..tak dapat tulis buku, dapat tulis Artikel kat majalah pun dah syukur dah sekarang ni… Buku? Berat sebab setiap kali sedang mencari idea/ dapat idea dan sedang menulis artikel pun saya dah shut down semua benda sekeliling kerana tak boleh ada gangguan. Itu cuma 2-3 jam saja..kalau nak tulis buku setebal 100 m/s? huh..berapa hari saya kena shut down benda sekeliling saya? emmmm…maybe satu hari nanti la kot…(still ada lagi cita-cita tu)
Anda suka baca buku tak? Boleh share apa buku yang anda sedang baca sekarang ni?
eemmm..kita patut buat satu kelab buku, cam omputih tu kan…
Apa pun pandangan anda mengenai sikap suka membaca, pada saya
p/s:1-4 Julai ni MPH ada buat sale untuk ahli, jom pegi nak?
Salam Kasih,
Bagaimana Jika Anak Saya Tidak Mahu Minum Susu?
Salam,
Ini adalah jawapan daripada Pn. Kamariah Alwi,IBCLC , Konsultan Laktasi kepada soalan seorang ibu yang risau tentang anaknya yang berusia 2 tahun yang tidak mahu minum sebarang susu lagi (susu badan, susu tepung dan fresh milk):
Baca yer…
”
Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ‘sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!”
Semoga kita mendapat manfaat daripada tulisan beliau ini.
Salam Kasih,
SGM kali 1 LHDN Jalan Kg Attap
Salam,
Jumaat lepas Saya ke LHDN. Memenuhi undangan sahabat saya Zarina aka Mamidamia. Zarina ni saya kenal melalui susuibu.com dan kami jadi rapat semasa menjalani Kursus Laktasi 18 Jam (skang ni 20 Jam) di PPUM pada awal tahun 2008 (masa tu saya tengah peknenkan Qaisara).
Selain saya, ada hayatie aka THA yang hadir. SGM kali pertama ini tak begitu ramai dan dan hanya 4 orang yang hadir selain kami bertiga. Tak pe lagi kecil group, lagi senang nak handle dan juga semakin rapat.

Kalau dah jumpa Zarina dan Yatie THA, hummm..memang la banyak citer..akak sampai terbabas la sebab syok sembang..
kepada Zarina, Tahniah kerana berjaya organised SGM kali ni. Semoga selepas ini, akan ramai lagi yang akan hadir SGM di LHDN.
mood: terasa cam nak buat SGM dengan warga TM Annexe jer..ada ke yang nak datang ni? nanti Aii tampal la iklan SGM kat papan notis kesayangan Aii kat lobby bawah tu…
Salam kasih,































