BESTFRIEND

Salam,

Apa perasaan anda bila anak anda memberitahu semua orang yang anda merupakan Bestfriend dia? Suka, bangga dan terharu, kan? Itu lah perasaan saya.

Malam tadi, Qistina mengumumkan kepada atuk, Wan dan Mak Su yang Ummi adalah bestfriend Qistina. hahaha..dan dia asyik memanggil saya dengan panggilan Bestfriend sampailah dia tidur..

Qistina,
ingat yer, kita akan jadi Bestfriend untuk selamanya. Ummi sayang Qistina! Adik Qaisara, adik pun bestfriend Ummi juga untuk selamanya. Ummi pun sayangggggggg adik!

Qistina & Qaisara

Salam Teramat Sayang buat ‘Bestfriends Ummi’,

Radio KLfm

Salam,

Maaf la sebab dalam 2 – 3 hari ni saya menyepi. Bukan apa saya kurang sihat dan berulang alik ke KPJ Specialist Hospital minggu ini. Sempat juga la saya berdiskusi dengan Sister Norani tentang kerjasama saya dengan pihak hospital kerana sayakan merupakan salah sorang ahli mother to mother support group untuk hospital ni.

Petang semalam juga saya terserempak dengan Ninie DJ KLfm di lobi hospital. Sebelum ni kami pernah terserempak semasa BABY N ME membuka booth di RTM tahun lepas tapi tak pula berkesempatan berbual panjang kerana saya sibuk menjaga booth dan Nini sibuk mengacarakan majlis pada ketika itu. Kami berbual panjang dan sempat juga saya berkongsi cerita tentang breastfeeding pada Ninie (kalau anda terjumpa saya di luar, memang topik breastfeeding je keluar dpd mulut ni. Hahaha..).

Sempat juga la saya bertanya pada Ninie samada bolehkah jika nak promote breastfeeding melalui radio. Utk pengetahuan semua, di pejabat saya memang kami mendengar siaran KLfm sebabnya celoteh para DJ-nya dan juga kerana radio ini menyiarkan banyak info terkini mengenai aktiviti dan info berkaitan Kuala Lumpur dan kadangkala juga ada info berkenaan negeri Selangor kerana sahabat-sahabat KLfm adalah terdiri daripada Kuala Lumpur dan Selangor.

So, warga KL, kalau nak tahu info, nak bertanya soal agama dengan JAWI, nak tanya soal bekalan air dengan SYABAS, nak dapat tips dan bertanya soalan berkaitan kenderaan anda dan urusan JPJ dan banyak lagi, maka dengarlah KLfm yer. Oh ya, Kak Prema (former KLfm DJ) yang glamer satu ketika dulu tu pun sekali sekala ke udara melalui KLfm.

Kepada DJ Julia, tahniah atas kelahiran Baby baru! :D

Salam,

Malunya..Macam mana ni?

Salam,

Kenapa malu? malu la sebab orang di negara ‘sana’ tu tanya soalan yang menunjukkan dia hairan dengan cara kita. Malu la.. saya sedang melihat video yang bertajuk UNICEF : World Breastfeeding Week August 1-7 2009 dan video tu tunjuk mengenai negara negara dunia ke 3. Dan secara tiba tiba saya terpandang soalan itu. Ahh..malunya saya bila membaca soalan dan jawapan yang diberikan.. Walaupun video ini tidak menunjukkan orang atau keadaan negara kita tapi saya tetap malu dengan soalan ini dan bezanya cuma air di negara kita bersih dan selamat untuk diminum.

So, cam ner ni?

Saya Rindu Dia

Salam,

Tika dan saat ini Saya rindu pada Qistina. Walaupun berhubung melalui telefon dan mendengar suara di corong telefon, saya masih rindu. Rindu nak peluk Qistina. Rindu nak cium Qistina. Rindu nak mandikan Qistina. Rindu nak bergaduh dan berebut tv dengan Qistina. Rindu nak nyanyi n dance with Qistina. Rindu nak dengar Qistina nyanyi lagu peberet dia.

Tak sabar rasanya nak ambil Qistina yang kini bersama mama dan papa di rumah Angah. Qistina tidak ikut saya balik ke Klang masa kami bertolak pulang daripada Senawang. Dia nak ikut Atok dan Wan balik umah Mak Ngah kat Presint 18, Putrajaya.

Nak ke sana rasanya tak berkesempatan walaupun jaraknya tak adalah jauh mana sebab saya sedang sibuk menyiapkan projek saya apabila pulang dari pejabat. Weekend sajalah nampaknya dapat ambil dia.

Aduh, rindunya dengan Qistina. Qistina, ummi rindu kakak la..Sara pun rindu kakak..Abah? ntah, biasa je ummi tengok. Lelaki…Control macho la kot, kan?

Saya salute lah pada weekend parents atau monthly parents, sebab boleh tahan perasaan rindu tu. Saya yang baru beberapa hari ni, dah macam orang mabuk kepayang dah. Asyik ingat Qistina jer…

Qistina, Ummi rindu la..

Ziarah semasa cuti

Salam,
Emm..saya baru saja sampai ke rumah setelah mula semula bekerja setelah cuti raya cina ni. Masa bercuti tempoh hari , saya ke Senawang. Melawat keluarga Pak Ngah saya dan juga ke hospital melawat Pak Yang saya yang baru keluar daripada ICU dan berpindah ke Wad 7A.

Hati saya sayu melihat keadaan Pak Yang. Pak Yang yang dulu seorang yang tegap dan segak, kini hanya tinggal kulit yang membaluti tulang dan tubuhnya. Belakang Pak Yang banyak luka kerana terbaring terlalu lama kerana tidak sedarkan diri sewaktu di ICU. Sebak dan air mata rasa macam laju saja nak turun dari kelopak mata saya. Tapi saya tahankan. Saya tahankan demi Mak Yang saya. Saya lihat Mak yang begitu kuat dan tabah. Mampukah saya menjadi setabah Mak Yang? Mak Yang, sabarlah ya… Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban.

Sebenarnya kalau diikutkan keadaan, saya dan hubby mungkin tak dapat melawat tapi agaknya memang rezeki saya dan hubby untuk berjumpa dengan Pak Yang. Kerana pada ketika kami sampai di Hospital Seremban, waktu melawat sudah tamat. Kami salah informasi kerana sebelum kami bertolak ke hospital, ada yang memberitahu waktu melawat semasa cuti umum adalah sepanjang hari. Itu yang datang tak ikut waktu melawat. Mak Yang saya turun menjemput dan memujuk security agar kami dibenarkan naik. Akhirnya setelah 5 minit berbincang, maka hanya saya dibenarkan naik ke wad 7A. En. Hubby perlu tunggu di lobby hospital. Namun, hubby dapat juga jumpa dengan Pak Yang. Sebabnya Pak Yang kebetulan pada ketika itu, perlu dibawa ke pusat dialysis dan di bawa turun ke lobi hospital untuk menaiki ambulans. Alhamdulillah.

Buat Mak Yang dan kazen-kazen tersayang, tabahkan hati kerana ini satu dugaan dan ujian daripada Allah. Bahagian kami, kami belum tahu lagi bagaimana ujiannya. Semoga kita sama-sama akan tabah menghadapi setiap ujian yang diturunkan Allah.

Kepada team di unit ICU dan Wad 7A, Hospital Seremban, terima kasih kerana merawat dan menjaga Pak Yang saya, Ahmad Doman dan juga saya lihat sangat berlemah lembut semasa berbicara dengan Mak Yang saya, Norian Abd Aziz sepanjang mereka disana. Besar jasa anda. Hanya allah yang dapat membalasnya.

Terima kasih,

KOLOSTRUM – MENJAWAB PERSOALAN ISU TIADA SUSU DIAWAL KELAHIRAN

Salam,

Tentunya sekarang anda sedang bersama keluarga dan sedang bersantai ataupun sudah mahu melelapkan mata. Saya pula sedang mengambil kesempatan di masa yang terluang ini, selepas anak-anak dah tidur untuk menulis artikel pendek berkaitan kolostrum. Artikel ini juga saya letakkan di  Ratuhati.com.

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana terlalu ramai ibu yang mengadu dan terus mengadu mengenai masalah tiada susu di hari-hari pertama kelahiran bayi mereka dan juga bagi menjawab soalan seorang ibu baru yang mengadu susunya tidak keluar di Ratuhati.com. Diharap selepas ini, segala persoalan anda akan terjawab dengan adanya sedikit penerangan pendek daripada saya melalui artikel ini.

Untuk makluman, di awal-awal kelahiran hanya sedikit susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kuning yang juga dikenali sebagai kolostrum yang akan keluar.

Kolostrum ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam 24 jam.

Baby hanya memerlukan 60ml -100ml dalam tempoh 24 jam ini. Purata pengambilan kolostrum dalam tempoh 24 jam adalah hanya 37ml. Sangat sedikit jumlahnya namun ianya merupakan jumlah yang sangat sesuai dengan keadaan saiz perut bayi dan juga ketidakmatangan organ dalaman bayi seperti usus dan buah pinggang. Kandungan susu ibu ini akan bertambah dalam tempoh 36 jam yang berikutnya dan akan terus bertambah seiring dengan keperluan bayi.

Sebagai makluman, perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil dan contoh terdekat yang boleh dijadikan panduan untuk saiz perut bayi baru lahir  ialah ianya hanya sebesar kacang.

Kolostrum ini akan keluar pada hari pertama – ketiga kelahiran dan ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk bayi. Ia juga membantu bayi menghasilkan antibodinya sendiri. Bagaimana pulak boleh hasilkan antibodi? Kerana didalam kolostrum ada protein yang dikenali sebagai SIgA dan SIgA ini berfungsi sebagai antibodi dan hanya terdapat di dalam susu ibu sahaja.

Selain itu, kolostrum mengandungi 67 kalori bagi setiap 90 ml kolostrum. Kandungan kalori ini amat diperlukan oleh bayi bagi membantu pertumbuhan bayi.

Kesimpulannya, kolostrum di ibaratkan sebagai suntikan imunisasi pertama yang diperolehi oleh bayi sebaik sahaja dilahirkan dan mengandungi antibodi dan   sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal. Selain SIgA, ianya juga mengandungi Lactoferin, Lactalbumin, Glycoprotein, Cytokines dll) yang membantu melawan virus, bakteria, jaundis, alergi dan toksin.

Oleh kerana susu ibu ini senang diserap dan senang juga dihadamkan, maka bayi akan cepat merasa lapar semula. Oleh itu susukanlah bayi anda dengan kerap (8 – 12 kali /24 jam) dan pastikan bayi anda mendapat susu awal dan juga susu akhir. Namun begitu, adalah diingatkan bahawa tangisan bayi yang baru lahir adalah tidak membawa makna yang bayi anda lapar. Ianya mungkin kerana lampin basah, sakit perut, mahu tidur ataupun kerana bayi inginkan ibunya memeluk dia kerana bayi yang baru lahir berasa selamat dan sangat tenang bila mendengar degupan jantung ibu. Ini kerana sudah 9 bulan lama bayi anda mendengar degupan jantung anda dan bagi mereka, degupan jantung anda adalah irama yang sangat merdu dan indah.

Stimulasi kepada breast ataupun bahasa mudahnya rangsangan kepada payudara dan penyusuan yang kerap dengan pengosongan susu ibu yang baik, akan membantu pengeluaran susu peralihan dan susu matang serta akan menjamin kejayaan anda dalam usaha untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu secara esklusif (tanpa makanan dan minuman tambahan).

Kolostrum ini juga akan dapat membantu bayi anda mengelurakan mekonium (tahi pertama bayi) yang berwarna hitam dan dapat membantu mengurangkan risiko menghidapi jaundis/penyakit kuning (Sila rujuk artikel saya yang terdahulu berkaitan Jaundis dan Penyusuan Susu Ibu).

Sekiranya anda memerlukan sokongan dan panduan berkenaan susu ibu, anda boleh menghubungi saya melalui email  di admin@babynme.com.my ataupun di talian 016-3855189. Saya sedia membantu anda.

Dapatkan juga info berkaitan kolostrum melalui artikel saya di Majalah MAMI & BABY isu MAC 2010 nanti.

Saya juga akan menganjurkan satu kelas asas penyusuan susu ibu pada 14 Mac 2010 di Hotel Singgahsana, Petaling jaya.

Salam Kasih,

KELAS ASAS PENYUSUAN SUSU IBU (STICKY POST)

Assalamualaikum & Salam sejahtera (Ini sticky Post. Utk post terkini, sila scroll ke bawah).

Mari mendalami ilmu secara “live”.. bukan setakat melalui bacaan, sebaliknya dr Penceramah muda… bukan mudah nak melaksanakan jika tidak mengusai jiwanya…. Tidak susah untuk menjayakan jika tahu cara mengatasi kekangannya… Percayalah… Kita boleh terus memberi bayi kita dengan susu ibu sepenuhnya walaupun kita telah kembali bekerja! Tiada peti sejuk bukan alasan…. Harga pam yang mahal? Ada jalan penyelesaian… Ayuh! Demi membina modal insan kamil… Berilah makanan yg halalan toyyiba. Anak sihat dan cerdik, Ayah dan Ibu pasti gembira.

Berikut adalah jadual kelas asas penyusuan susu ibu yang akan datang:

MAY 2010

1.  BANDAR PUTERA, KLANG

Tarikh : 16  May 2010 (AHAD)

Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Tengahari

Tempat : Bandar Putera, Klang, Selangor

Bayaran :

A. Penyertaan dan Pembayaran sebelum atau pada 12 Mei 2010

i) RM60/orang atau ii) RM100/pasangan

B. Penyertaan dan pembayaran selepas 12 Mei 2010

i) RM70/orang atau ii) RM110/pasangan (Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 14 Mei 2010)

Bayaran boleh dibuat ke akaun seperti dibawah:

Direct bank deposit / bank in

You can pay through the following methods:

  1. Deposit cash / cheques through ATM or bank counters
  2. Online Transfer / Internet BankingYou can pay through:MayBank
    • Account no: 564306-012291
    • Account Holder: BONDA Q ENTERPRISE

or

  1. CIMB
    • Account no: 14200021946529
    • Account Holder: ZATUL HIJANAH BINTI RAMZI

Refreshment: Disediakan

Penceramah : Puan Zatul Hijanah Ramzi, Kaunselor Laktasi, Kolumnis & Penulis artikel penyusuan susu ibu di Majalah MAMI & BABY dan penulis jemputan di Majalah Pa & Ma (Feb 2010)

Topik yang akan dibicarakan ialah:

1.Apa istimewanya susu ibu?

2. Bagaimana menjayakannya

3. Kemungkinan, Kekangan dan Mitos dalam penyusuan susu ibu

4. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu

Pendaftaran: anda boleh menghubungi info@babynme.com.my atau hubungi 016-3855189 untuk maklumat lanjut.

Peta ke Bandar Putera:

———————————————————————————————————

MAC

Petaling Jaya (klik sini utk cerita selanjutnya)

Tarikh : 14 Mac 2010 (AHAD)

Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Tengahari

Tempat : Tempat : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor

Bayaran :

A. Penyertaan dan Pembayaran sebelum 6 MAC 2010

i) RM70 seorang atau ii) RM120/pasangan

B. Penyertaan dan Pembayaran selepas 6 Mac 2010

i) RM80 seorang atau ii) RM140/pasangan

TESTIMONIAL PESERTA

——————————————————————————————————–

Februari 2010

Bandar Putera, Klang

( Selesai sudah dan tahniah kepada Pn. Nadia kerana selamat melahirkan baby Nor Aishah pada 22 Feb 2010 aka Isnin yang lalu dan juga tahniah kerana berjaya menyusuakan baby Aishah dalam tempoh 1 jam pertama selepas kelahiran.

“Hasil datang ke kelas Penyusuan Kak Zatul” – Nadia)

Tarikh : 20 Februari 2010

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : No 30 Jalan Kebun Nenas 2J/KS7, Bandar Putera, 41200 Klang, Selangor

Bayaran : PERCUMA.

Penceramah : Puan Zatul Hijanah Ramzi, Kaunselor laktasi, Kolumnis & Penulis artikel penyusuan susu ibu di Majalah MAMI & BABY dan penulis jemputan di Majalah Pa & Ma (Feb 2010)

Refreshment : Maaf tiada refreshment. Hanya akan disediakan air sahaja. Anda digalakkan membawa makanan untuk dinikmati secara pot luck dengan perserta lain

Tempat adalah terhad. Oleh itu, kepada yang berminat, anda boleh menghubungi info@babynme.com.my untuk mengesahkan kehadiran anda.

Peta ke Bandar Putera:

Salam Kasih,

Baby Car Seat/Booster (Part 1)

Salam,

Isu keselamatan anak-anak kita memang selalu kita ambil berat, ye tak? Tapi kadang kala saya tengok ramai yang masih belum faham dengan keperluan menggunakan seat belt/Baby Car Seat/Booster untuk baby &  toddler. Ramai yang biar anak berkeliaran dalam kereta tanpa penggunaan seat belt. Saya juga kadangkala termasuk dalam golongan ini bila nak ke kedai berhampiran di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Kadangkala tau atau lebih kepada jarang-jarang la.

Saya memang takut nak memandu kalau anak-anak tak menggunakan seat belt. Takut anak terpelanting dan tergolek bila saya menekan brek, bila lalu bumper atau takut jika berlaku kemalangan (tak kira la kemalangan kecil pun – minta dijauhkan). Bukan tak pernah Qaisara atau Qistina degil dan menangis kerana tak mahu duduk di seat khas mereka. Pernah. Pernah saya turutkan kehendak mereka  tapi dalam kawasan perumahan sajalah.. Kalau kat luar sure suara saya dah macam pakai loud hailer mengarahkan dan berkeras menyuruh anak duduk juga di kerusi khas mereka tu. Qistina cukup paham pasal penggunaan booster untuk dia dan adiknya walaupun kadangkala sifat degil dia  mengatasi sora  hailer saya.  Tapi tu la, bila tak pakai seat belt ni, saya rasa macam tak boleh nak tekan pedal minyak kereta sebab kerisauan melebihi segalanya. Kalau berjalan jauh, bile berhenti, saya lepaskanlah mereka daripada kerusi tu. Bagi mereka bebas sekejap. Boringkan duk dalam tu..tapi bila terlepas bebas tu jadi cam (tgk gambar bawah) ni la pulak.

Bukan main gumbira dapat lepas bebas

Family saya mempunyai 5 booster/baby car seat . 1 hadiah daripada adik saya dan 4 lagi saya beli demi keselamatan anak-anak.  yang 1 tu saya jarang guna dan hanya simpan di dalam stor  dan sayang nak beri pada orang sebab pemberian adik. Tunggu bila adik saya dah kawin dan ada baby, saya hadiahkan semula pada dia. 2 buah lagi diletakkan dalam kereta kecil saya dan 2 buah lagi dalam kereta hubby. Kenapa banyak sangat? Sebabnya sepanjang minggu, adakalanya saya & hubby bergilir-gilir menghantar/mengambil anak di Taska. Perjalanan saya & hubby dekat 40km sehala sahaja kalau pagi dan petang dah hampir 80km. Jauh tu Klang ke KL dan KL ke Klang. Kalau hanya kereta saya sahaja ada car seat ni, cam ner keselamatan anak-anak saya sewaktu berada didalam kereta hubby? Lagipun senang, tak payah angkat-angkat untuk mengalihkannya. Biar saja kat dalam kereta tu.

Yer memang kereta penuh dengan car seat, orang lain memang tak boleh tumpang dah.. Nak buat cam ner, keselamatan melebihi segalanya..

Bagaimana dan apa jenis car seat yang patut kita pilih dan beli untuk keselamatan anak kita? emm..nanti kita sambung di part 2 yer..

Salam Kasih,

Feel The Experience

Salam,

Sihat? emm..Saya 2, 3 hari ni kurang sihat. Anak-anak diserang selsema, maka saya juga terus berjangkit tanpa berlengah. Terus selsema + demam. Nasib baik anak-anak hanya selsema. Semalam, saya dihantar ke Customer Service Department tempat saya bekerja untuk program ‘Feel The Experience’. Rasa bagaimana menjawab telefon cam Customer Service kat CELCOM, TELEKOM, TNB , DIGI, SYABAS, etc la yang ada berkait rapat dengan customer/consumer. Seronok juga. Nasib baik tak ada yang maki hamun petang semalam.

Oleh kerana pengalaman itu, sekarang saya sangat tabik kepada mereka yang sanggup bekerja di Customer Service sebab memang mencabar dan perlu terlekat di kerusi selama 8 jam dan menjawab berpuluh panggilan daripada orang ramai dan juga bersedia untuk dimaki pada bila-bila masa. Lepas ni bila saya call CELCOM/DIGI call centre, sure saya akan cakap lebih lembut. Selama ni memang dah lembut dah tapi nak lebih gemalai jer lagi lepas ni.. Kadang-kadang kalau marah dengan service lembab tu, adat la tapi lepas ni, saya paham sangat dah la. Mana nak jawab call, mana nak update rekod, nak masukkan data baru. ishkk..memang terror dan kuat semangat + berdisplin la dia orang ni.. KPI derang dikira daripada kecekapan dan kepantasan serta cara handle call daripada customer..

Huhuhu..Memang sah saya tak leh bekerja di bidang ini.. Takuttt..Takut tak leh kawal perasaan bila kena maki hamun..

Salam,

Rumah Siap Pahat Berbunyi

Salam,

Apa aktiviti hujung minggu ni? Bawak anak-anak ke mana? Saya pada hari Sabtu ini hanya berada dirumah melayan kerenah anak-anak. Kelas yang dirancang utk jiran-jiran saya telah saya postpone ke Sabtu minggu ketiga atas sebab-sebab peribadi. Perancangan kami nak ke Seremban, kalau jadi la. kami nak melawat abang ipar saya dan juga bapa saudara saya yang kini berada di Hospital Seremban (kebetulan yer).. Doakan sama yer mereka cepat sembuh. Kemudian saya sekeluarga juga akan balik ke rumah ibu mertua di Kampung Melayu Kepong. Hampir sebulan saya tidak dapat ikut hubby yang hampir setiap hujung minggu berulang ke sana. Ayah dan ibu mertua saya sudah uzur, maka perlu diziarah dengan kerap. Namun kesibukan membataskan masa saya untuk ke sana.

Mengapa rumah siap pahat berbunyi? Ini kerana ada yang bertanya kepada beberapa peserta Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator (PCPA) bagaimana mereka terpilih menyertai program tersebut. Saya tidak tahu bagaimana pemilihan dibuat oleh pihak Nurturing Concept S/B tapi apa yang saya tahu mereka yang dipilih ini adalah mereka yang dilihat sangat bersunguh-sungguh untuk membantu ibu-ibu diluar sana. Mengapa dan bagaimana pemilihan itu dibuat, jawapannya bukan ada pada saya.

Tak apalah..biasalah tu.. Sepatutnya kepada yang bertanya ‘bagaimana’  para PCPA  boleh terpilih, perlu bertanya semula kepada diri sendiri soalan ini, ‘ mengapa aku tidak terpilih?’ Kenapa kena tanya soalan ni pada diri sendiri? kerana kita kena buat post mortem kenapa kita tak terpilih. Apa silapnya. Pas tu baru la tanya soalan bagaimana nak buat aku terpilih pada masa akan datang?

Tidak sepatutnya anda memandang sebelah mata dan hairan mengapa mereka boleh terpilih. Bukan soalan siapa sebenarnya mereka ini tapi yang patut kita tanya  dan ambil berat  dan perlu kita sama-sama renungkan ialah  apa sumbangan kita dan bagaimana untuk mempromosikan breastfeeding dengan lebih dasyhat lagi di Malaysia.

Ya betul, memang bukan senang utk terpilih menjadi 19 wanita Malaysia yang pertama dapat menjalani latihan dengan La Leche League dan Program yang diterajui oleh SusuIbu.com di bawah pengurusan Nurturing Concepts Sdn Bhd, dan sebahagian besar dari projek ini disumbang oleh UNICEF dan disokong oleh WABA. Memang bukan senang tapi dah tertulis di azali yang 19 orang ini yang akan terpilih. Saya sendiri tidak sangka saya akan terpilih menjadi salah seorang daripada 19 wanita ini. Syukur Alhamdulillah. Tapi ketahuilah Kami bukan wanita  yang inginkan glamour atau nama tapi kami ingin memperjuangkan ‘Breastfeeding’ di Malaysia.

Tak apa lah dan mari lupakan hal ini, tapi mari saya kenalkan kawan-kawan PCPA saya dan diri saya. Yang doktor doktor dan nutristionist tu tak perlulah sebab sudah terang lagi bersuluh mereka memang doktor. Yang lain lain ni..

Saya – Seorang Kaunselor Laktasi (anda taukan.. ;D). Penulis tetap artikel di ruangan berkaitan breastfeeding & bertanggungjawab untuk menjawab ruangan soal Jawab Laktasi di majalah Mami & Baby. Saya juga bekerjasama dengan majalah Pa & Ma untuk artikel berkaitan breastfeeding (lihat PA & MA bulan Februari 2010). Juga sering beri talk berkenaan breastfeeding dan sekali sekala mengadakan kelas  penyusuan susu ibu. Juga merupakan ahli kumpulan sokongan ibu ke ibu di beberapa hospital kerajaan & swasta di Kuala Lumpur dan Selangor. Di susuibu.com saya menggunakan nickname zatul77. Hahaha..sebenarnya saya tak suka guna nickname sebab saya rasa nama yang mama & papa saya beri adalah sangat cantik dan indah. Tak caya? YM saya juga guna nama betul saya – hijanah. Boleh lihat di Ratuhati.com juga saya menggunakan nama betul saya -Zatul

Pn. Idamurni – Beliau merupakan salah seorang kaunselor laktasi (sama gradnya dengan saya, Pn. Farah & Pn. Suraya). beliau low profile tapi sangat aktif dalam mempromosikan breastfeeding untuk orang-orang di Melaka/Johor. kalau di Susuibu.com – nickname beliau ialah pumping mom

Pn. Norashida –  Walaupun beliau bukan seorang Kaunselor Laktasi, beliau adalah seorang wanita yang sangat aktif mempromosikan breastfeeding dan juga babywearing di Malaysia. saya rasa ramai yang kenal Puan Shida ni..Beliau sangat aktif mempromosikan Breastfeeding  & Babywearing di Pulau Pinang

Pn. Farah & Pn. Suraya – Rasanya ramai dah kenal mereka. Mereka ialah Kaunselor Laktasi dan ahli perniagaan dalam bidang breastfeeding, cloth diaper dan parenting (sarakids & Lunatots).  Mereka ni saya gelarkan celebrity Moms kerana mereka selalu keluar masuk TV dan juga majalah. Mereka juga sering bekerjasama dengan Pa & Ma untuk artikel berkaitan breastfeeding. -

Pn. Hayatie – Seorang kaunselor Laktasi dan banyak mebantu ibu-ibu di luar sana. Kalau anda ahli Susuibu.com pasti anda kenal Pn. Hayatie ini kerana dia sangat aktif membantu disana. Beliau juga seorang ahli kumpulan sokongan ibu ke ibu di Hospital Serdang. Beliau juga adalah seorang pengepam tegar susu ibu

Pn. Aishah – Juga seorang kaunselor Laktasi dan juga bakal menjadi seorang penulis tetap untuk artikel berkaitan Breastfeeding dan ruang soal jawab Laktasi di majalah keibubapaan berbahasa Inggeris – Parenthood.

Pn. Suria – Seorang wanita bekerjaya yang berjaya dan  juga sangat aktif dalam mempromosikan penyusuan susuibu di kawasan Seremban.

Pn. Linda –  Pernah dengar cloth diaper jenama ‘Babytots’? Beliau juga aktif mempromosikan breastfeeding dan bergandingan dengan pihak hospital di Kuantan, Pahang dalam mempromosikan breastfeeding.

Pn. Yusrina – Beliau ialah seorang kakitangan di Hospital Serdang dan orang yang bertangungjawab dalam penubuhan Kumpulan Sokongan ibu ke Ibu di hospital tersebut. Juga sangat aktif membantu ibu-ibu di susibu.com.

Pn. Jasmeen – Sorang wanita hebat dan selalu memberi talk berkaitan penyusuan susu ibu. Beliau sangat aktif mempromosikan breastfeeding dan juga merupakan Pengarah di NCSB.

Oh ya, tidak lupa juga, Kami semua ini juga adalah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak kami.

Barisan Belakang dari Kiri : Dr. Faridah, Pn. Yusrina, Pn. Zatul Hijanah, Madam Kathy Baker (LLLCI), Pn. Hayatie,                                              Pn. Norashida, Pn Pushpa (LLLCI), Dr. Ning, Pn. Farah, Ms. Jess, Pn. Suria

Barisan Bawah : Pn Suraya, Dr. Ashikin, Pn. Aishah, Dr. Ezzura, Pn. Idamurni, Pn. Linda, Pn. Rita Rahayu, Pn. Jasmeen

Duduk dibawah : Pn. Kamariah                          Tiada Dalam Gambar : Dr. Shiha

PCPA yang lain-lain tu ialah IBCLC, doktor dan nutritionist. Tak perlu la saya kenalkan. So saya harap anda sudah kenal siapa nama-nama yang tersenarai diatas sana.

Jangan risau. Kami tak akan simpan ilmu yang kami ada ni among kami sahaja tapi kami akan melatih anda-anda yang berada diluar sana untuk sama-sama bekerjasama dengan kami 19 PCPA ini. Anda akan kami latih untuk jadi Peer Counselor. Jadual latihan juga telah ditentukandan  akan bermula seawal bulan 3 ini di seluruh Malaysia mengikut giliran.

So kepada yang telah berdaftar di Susuibu.com untuk program kumpulan sokongan ibu ke ibu, tunggulah kerana kami di Malaysian Breastfeeding Peer Counselor akan hantar surat tawaran kepada anda.

Kami juga sedang  mencari ibu-ibu yang berada di Sabah & Sarawak  yang sanggup meluangkan masa dan tenaga serta wang ringgit (ini kerja amal, besar  kemungkinan perbelanjaan untuk kerja-kerja amal ini akan  datang dari poket anda sendiri), maka sila lah membuat pendaftaran dengan menghantar email ke admin@malaysianbfpc.org dengan subject ‘Peer counselor application’.  Penyertaan ibu-ibu di kawasan sana sangat sedikit, maka kami buka untuk anda disana. Saya, Dr. Ezzura dan juga Pn. Suria akan ke sana untuk mengajar bagi program latihan ini.  Daftarnya..

Semoga bila program selanjutnya berlangsung, tiada lagi kedengaran pepatah ini ‘ Rumah Siap Pahat Berbunyi’. Sedih hati saya  bila dapat tahu ada yang bersikap begini.

P/S : Tulisan saya ini tiada kena mengena dengan pendirian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor dan juga NCSB (kecuali bab mencari ibu yang nak jadi peserta di Sabah & Sarawak). Ianya adalah pandangan dan pendapat saya sahaja.

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
February 2026
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.