KOLOSTRUM – MENJAWAB PERSOALAN ISU TIADA SUSU DIAWAL KELAHIRAN
Salam,
Tentunya sekarang anda sedang bersama keluarga dan sedang bersantai ataupun sudah mahu melelapkan mata. Saya pula sedang mengambil kesempatan di masa yang terluang ini, selepas anak-anak dah tidur untuk menulis artikel pendek berkaitan kolostrum. Artikel ini juga saya letakkan di Ratuhati.com.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana terlalu ramai ibu yang mengadu dan terus mengadu mengenai masalah tiada susu di hari-hari pertama kelahiran bayi mereka dan juga bagi menjawab soalan seorang ibu baru yang mengadu susunya tidak keluar di Ratuhati.com. Diharap selepas ini, segala persoalan anda akan terjawab dengan adanya sedikit penerangan pendek daripada saya melalui artikel ini.
Untuk makluman, di awal-awal kelahiran hanya sedikit susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kuning yang juga dikenali sebagai kolostrum yang akan keluar.
Kolostrum ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam 24 jam.
Baby hanya memerlukan 60ml -100ml dalam tempoh 24 jam ini. Purata pengambilan kolostrum dalam tempoh 24 jam adalah hanya 37ml. Sangat sedikit jumlahnya namun ianya merupakan jumlah yang sangat sesuai dengan keadaan saiz perut bayi dan juga ketidakmatangan organ dalaman bayi seperti usus dan buah pinggang. Kandungan susu ibu ini akan bertambah dalam tempoh 36 jam yang berikutnya dan akan terus bertambah seiring dengan keperluan bayi.
Sebagai makluman, perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil dan contoh terdekat yang boleh dijadikan panduan untuk saiz perut bayi baru lahir ialah ianya hanya sebesar kacang.
Kolostrum ini akan keluar pada hari pertama – ketiga kelahiran dan ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk bayi. Ia juga membantu bayi menghasilkan antibodinya sendiri. Bagaimana pulak boleh hasilkan antibodi? Kerana didalam kolostrum ada protein yang dikenali sebagai SIgA dan SIgA ini berfungsi sebagai antibodi dan hanya terdapat di dalam susu ibu sahaja.
Selain itu, kolostrum mengandungi 67 kalori bagi setiap 90 ml kolostrum. Kandungan kalori ini amat diperlukan oleh bayi bagi membantu pertumbuhan bayi.
Kesimpulannya, kolostrum di ibaratkan sebagai suntikan imunisasi pertama yang diperolehi oleh bayi sebaik sahaja dilahirkan dan mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal. Selain SIgA, ianya juga mengandungi Lactoferin, Lactalbumin, Glycoprotein, Cytokines dll) yang membantu melawan virus, bakteria, jaundis, alergi dan toksin.
Oleh kerana susu ibu ini senang diserap dan senang juga dihadamkan, maka bayi akan cepat merasa lapar semula. Oleh itu susukanlah bayi anda dengan kerap (8 – 12 kali /24 jam) dan pastikan bayi anda mendapat susu awal dan juga susu akhir. Namun begitu, adalah diingatkan bahawa tangisan bayi yang baru lahir adalah tidak membawa makna yang bayi anda lapar. Ianya mungkin kerana lampin basah, sakit perut, mahu tidur ataupun kerana bayi inginkan ibunya memeluk dia kerana bayi yang baru lahir berasa selamat dan sangat tenang bila mendengar degupan jantung ibu. Ini kerana sudah 9 bulan lama bayi anda mendengar degupan jantung anda dan bagi mereka, degupan jantung anda adalah irama yang sangat merdu dan indah.
Stimulasi kepada breast ataupun bahasa mudahnya rangsangan kepada payudara dan penyusuan yang kerap dengan pengosongan susu ibu yang baik, akan membantu pengeluaran susu peralihan dan susu matang serta akan menjamin kejayaan anda dalam usaha untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu secara esklusif (tanpa makanan dan minuman tambahan).
Kolostrum ini juga akan dapat membantu bayi anda mengelurakan mekonium (tahi pertama bayi) yang berwarna hitam dan dapat membantu mengurangkan risiko menghidapi jaundis/penyakit kuning (Sila rujuk artikel saya yang terdahulu berkaitan Jaundis dan Penyusuan Susu Ibu).
Sekiranya anda memerlukan sokongan dan panduan berkenaan susu ibu, anda boleh menghubungi saya melalui email di admin@babynme.com.my ataupun di talian 016-3855189. Saya sedia membantu anda.
Dapatkan juga info berkaitan kolostrum melalui artikel saya di Majalah MAMI & BABY isu MAC 2010 nanti.
Saya juga akan menganjurkan satu kelas asas penyusuan susu ibu pada 14 Mac 2010 di Hotel Singgahsana, Petaling jaya.
Salam Kasih,

salam zatul,
sya nak tnya lah, klu hari pertama-ketiga yg kluar adalah kolustrum yg berbentuk cecair likat berwarna kuning kan. Masa awal kelahiran saya perasan, bila anak sya lama mnyusu sehingga tertidur, sya persan mcm ada gumapal gel mcm agar2 dlm jumlah yg sedikit melekat di nipple slps anak sya lpskan kerana tertidur. Yang itu apa pula yer… itu juga adalah kolustrum ker..sbb musykil coz mcm tak cair..
Kolostrum la tu rasanya. Saya tak tengok maka sukar nak jawab soalan tu
salam, nak tanya sikit, adik ipar saya baru bersalin, hari ni dah hari ke6 tetapi blm ada susu lagi, dari hari pertama dah bagi susu ibu..jadi apa nasihat puan ye..anak nya kerap menangis je..
salam, saya siti.. nak tanya sikit, adik ipar saya baru bersalin, hari ni dah hari ke6 tetapi masih blm ada susu lagi, dari hari pertama dah bagi susu ibu..jadi apa nasihat puan ye..ape yg perlu dibuat..anak nya kerap menangis je..