Baby Car Seat/Booster (Part 1)

Salam,

Isu keselamatan anak-anak kita memang selalu kita ambil berat, ye tak? Tapi kadang kala saya tengok ramai yang masih belum faham dengan keperluan menggunakan seat belt/Baby Car Seat/Booster untuk baby &  toddler. Ramai yang biar anak berkeliaran dalam kereta tanpa penggunaan seat belt. Saya juga kadangkala termasuk dalam golongan ini bila nak ke kedai berhampiran di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Kadangkala tau atau lebih kepada jarang-jarang la.

Saya memang takut nak memandu kalau anak-anak tak menggunakan seat belt. Takut anak terpelanting dan tergolek bila saya menekan brek, bila lalu bumper atau takut jika berlaku kemalangan (tak kira la kemalangan kecil pun – minta dijauhkan). Bukan tak pernah Qaisara atau Qistina degil dan menangis kerana tak mahu duduk di seat khas mereka. Pernah. Pernah saya turutkan kehendak mereka  tapi dalam kawasan perumahan sajalah.. Kalau kat luar sure suara saya dah macam pakai loud hailer mengarahkan dan berkeras menyuruh anak duduk juga di kerusi khas mereka tu. Qistina cukup paham pasal penggunaan booster untuk dia dan adiknya walaupun kadangkala sifat degil dia  mengatasi sora  hailer saya.  Tapi tu la, bila tak pakai seat belt ni, saya rasa macam tak boleh nak tekan pedal minyak kereta sebab kerisauan melebihi segalanya. Kalau berjalan jauh, bile berhenti, saya lepaskanlah mereka daripada kerusi tu. Bagi mereka bebas sekejap. Boringkan duk dalam tu..tapi bila terlepas bebas tu jadi cam (tgk gambar bawah) ni la pulak.

Bukan main gumbira dapat lepas bebas

Family saya mempunyai 5 booster/baby car seat . 1 hadiah daripada adik saya dan 4 lagi saya beli demi keselamatan anak-anak.  yang 1 tu saya jarang guna dan hanya simpan di dalam stor  dan sayang nak beri pada orang sebab pemberian adik. Tunggu bila adik saya dah kawin dan ada baby, saya hadiahkan semula pada dia. 2 buah lagi diletakkan dalam kereta kecil saya dan 2 buah lagi dalam kereta hubby. Kenapa banyak sangat? Sebabnya sepanjang minggu, adakalanya saya & hubby bergilir-gilir menghantar/mengambil anak di Taska. Perjalanan saya & hubby dekat 40km sehala sahaja kalau pagi dan petang dah hampir 80km. Jauh tu Klang ke KL dan KL ke Klang. Kalau hanya kereta saya sahaja ada car seat ni, cam ner keselamatan anak-anak saya sewaktu berada didalam kereta hubby? Lagipun senang, tak payah angkat-angkat untuk mengalihkannya. Biar saja kat dalam kereta tu.

Yer memang kereta penuh dengan car seat, orang lain memang tak boleh tumpang dah.. Nak buat cam ner, keselamatan melebihi segalanya..

Bagaimana dan apa jenis car seat yang patut kita pilih dan beli untuk keselamatan anak kita? emm..nanti kita sambung di part 2 yer..

Salam Kasih,

9 Responses to “Baby Car Seat/Booster (Part 1)”

  • ibu says:

    aku nk share kt sini, negara jepun sangat2 mementingkan keselamtan. dulu msa kt sana kitaorg slalu sewa kereta & diaorg mmg sediakan car seat untuk kids cuma untuk baby jer takde. bila kitaorg dpt aiman, kitaorg beli car seat untuk baby sbb senang nk travel. kalo kids/baby tak duduk dlm car seat parents blh kena saman tau. bayangkan betapa tegasnya diaorg dlm hal2 keselamatan nie. skrg nie aku tgh nk train arisa, agak mencabar sbb dia dh biasa dok kt pangku tak mcm aiman since dia 3mnth aku dh ajar dok dlm car seat.

  • Maktok says:

    bukan jer kat nippon jer gitu semasa saya dan fimily di Milan, Italy dan juga beberapa negara di benua eropah perkara poko masa berkenderaan memang dititik berat hal-hal keselamatn penumpang didalam kenderaan itu. Yang dewasa dengan ciri=ciri keselamatan yang patut dipatuhi dan untuk sikecil bertambah lebih lagilah ciri-ciri keselamatannya.

    cuma dinegara malaysia ini kesedaran keselamatan masih kurang berleluasa sebab kebanyakan kita menganggapnya perkara remeh temeh dan renyah.

    mencegah serta bersedia dari berlaku kecelakaan adalah lebih utama dan sesalan akan dapat dihindar.

    harapan semoga penjagaan keselamatan ini menjadi dokongan masyarakat kita secara meluas dan harap peer laktation counselor dalam selinhan ceramah mereka meyelitkan kaedah menjaga keselamatan terutama buat anak-anak semsa kita berkenderaan.

  • Bonda Q says:

    Ibu & Maktokketayap, yer la kat malaysia ni belum banyak yang ambil berat pasal keselamatan semasa dalam kenderaan. Kadangkala bila kita beritahu item-item yang wajib ada termasuk baby car seat ni pada new parents, jawapannya ialah baby jarang naik kereta atau budget blom ada..emmm..ntah la..

    FYI, car seats tu sumer bukannya i beli sekaligus semuanya. Beli one by one. pas tu hanya satu jer beli yang memang mahal, halford seat tu jer.. itu pun beli time sale. Yang lain i beli kat warehouse sale jer. Murah dan sesuai dengan budget aii.. See, kalau nak seribu daya, kalau tak nak tu, lebih daripada seribu alasannya, kan..

    Semoga rakyat Malaysia akan lebih buka mata pasal isu keselamatan dan penggunaan seat belt.

  • Azra says:

    betulll..klu tgk kat M’sia ni, jarang org kita guna car seat, tp klu tgk mat saleh & cina, anak mereka mmg duduk dlm car seat…

    Zatul,
    bila part 2 ni……dah lamo tggu…

  • tini007 says:

    salam zatul,

    1st time masuk blog u…very informative.

    btw, ada q, my 2nd son ali suka guna alasan nak nenen bila masuk car seat…ni pun sejak akhir2 ni je. dia dah train duduk dlm tu sejak 1 mth lagi…cam ni ek?..nangis tak ingat punya…he’s now 9 mth…

    kasi ebm pun tak jalan…abangnya ok je.

  • Bonda Q says:

    Tini,
    time kasih kerana sudi berkunjung. Lama tak dengar cerita kan.. Saja nak share ilmu yang ado..

  • Bonda Q says:

    Tini007, may be boleh bagi toy utk lekakan dia. pas tu cuba ajak dia dan abang dia nyanyi ke, baca doa sama sama ke.. bagi finger food ke..Itu jer yang selalu zatul buat kalau anak meragam masa dalam kereta. atau boleh berhenti kat petrol pam utk rest sekejap dan bawak anak-anak masuk dalam kedai..

  • mama hanif says:

    Salam,

    Anak saya sejak 7 month dah guna baby car seat. Masalahnya sekarang dia dah setahun lebih, dan dah pandai xnak duduk atas car seat.Bila letak je, x sempat nak lock dia dah terjun turun bwh. Habis wiper, aircond, tingkap dan radio dibuat main. Jadi masalah bila saya nak drive balik kampung yg mengambil masa 2jam setengah perjalanan. Terpaksa stop byk kali.dah try bagi mainan pun jap je baik pastu hbs dicampaknya. Mcm mana nak bt ye. Ada cadangan x?

  • Bonda Q says:

    Anak saya juga macam tu, tapi saya bertegas supaya dia tetap duduk dalam kerusi keselamatan baby tu. Menangis memang akan menangis tapi, nanti dia berhenti menangis dan akan paham juga yang dia memang kena juga duduk dalam seat tu. So mummy n daddy, kena tahan telinga dengar anak nangis la kalau nak berjaya ajar anak duduk dalam baby car seat. Demi keselamatan dia juga, kan?

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2014
M T W T F S S
« Dec    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.