Archive for the ‘Breastfeeding’ Category
Cadangan Topik Daripada Anda
Assalamualaikum,
Korang, ni saya nak minta cadangan sikit. Saya menerima tugasan daripada majalah Mami & Baby untuk menyiapkan 4 artikel (hingga June 2011) sekalugus dan deadline by Mac 2011. So saya sudah ada topik cadangan yang saya ingin tulis, tapi saya juga ingin menulis sesuatu yang ibu atau ayah ingin tahu berkenaan penyusuan ibu.
Jadinya, jika anda ada soalan atau topik khusus yang anda ingin tahu dan mahu saya tulis dan kupas di dalam artikel saya, cadangan anda adalah sangat-sangat dialu-alukan. Jika keberatan nak komen disini, boleh juga email saya di zatul@babynme.com.my.
Thanks in advance ya!
Salam Kasih,
Penyusuan Ibu & Sauna
Salam,
Hari ini saya menerima soalan berkaitan dengan Sauna dan penyusuan ibu daripada salah seorang rakan Facebook saya. Berikut adalah soalan dan jawapan berhubung tajuk diatas sebagai perkongsian ilmu bersama-sama.
Soalan FaraZul Alya Maira:
Salam Kak Zatul,
Nak tanya soalan la..Saya measih BF kan anak saya dah 8 bulan, masih fully BF.. Hmm, boleh tak kalau saya bersauna? Ada apa-apa kesan tak kat susu kita?
Jawapan :
Salam,
Tahniah kerana berjaya menyusukan baby FaraZul. Mengenai soalan diatas, setahu Kak Zatul dan sepanjang pembacaan Kak Zatul mengenai hal berkaitan, tidaklah menjadi masalah jika FaraZul ingin bersauna. Menurut Sally Wendkos Olds, penulis buku THE COMPLETE BOOK OF BREASTFEEDING (Kak Zatul suka buku ni!), ada beberapa perkara perlu diambil berat jika ibu menyusu ingin bersauna. Perkara-perkara tersebut ialah
1. Pastikan suhu tidak terlalu panas agar anda tidak melecur.
2. Jangan terlalu lama kerana bimbang akan menyebabkan pening dan pitam akibat terlalu lama dalam suhu yang panas.
3. Sebaiknya pergilah berteman atas sebab #2.
4. Berhati-hatilah agar tidak menurunkan berat badan terlalu banyak kesan penggunaan Sauna.
Semoga terus menyusukan baby dan semoga dapat mencapai impian yang dihajati!
Salam Kasih,
Study & SGM Mood
Salam,
Apa khabar hujung minggu ni? Saya rasa ramai yang sedang berada di kampung ketika ini. Ialah cuti panjangkan? seronok la orang ada kampung. Saya yang dah jadi orang bandar ni, emm..duk jer la kat sini. tak bergerak ke mana-mana.
Sejak saya keluar dari hospital, saya sibuk menghabiskan lactation online course yang saya enroll. Mencabar betul la bila belajar dan ada anak kecil ni. Kita nak membaca, anak pulak nak perhatian. Penyudahnya saya jawab 9 paper quiz yg ado berpuluh soalan sambil memujuk Qaisara yang mengamuk minta perhatian dan minta di peluk. Nasib baik lulus. Kalau tak emm..kena enroll lagi la nampaknya..
Anak-anak saya pulak, sejak saya keluar spital ni, uiii bukan main lagi manjanya especially Qaisara. Betul betul manja dan sentiasa nak dalam pelukan. Penyudahnya saya babywearing la dia. guna Ergo sepanjang masa. Ha, boleh buat kerja dan memasak. Agaknya rindu la tu sebab dah seminggu Ummi derang ni duk spital. Derang dapat jumpa 2 jam setiap hari setiap malam, ekk..
Saya salute la dengan ibu-ibu yang masih menuntut. Tabah sungguh la kan. Dengan masa dan tanggungjawab yang ada, masih lagi boleh study.
saya? err..study utk IBLCE ni jer dah rasa ketat sangat masa. Maybe tunggu anak besar sikit la kot, saya akan sambung study. insya allah..kalau masa tu rajin ler ekk…
Isnin ni saya dah start kerja semula. So sesiapa yang nak kaunseling dalam breastfeeding, boleh buat appointment semula la ekk..
Ahad ni ada lagi study group kat SI.com di Bangi. So kena la attend kan..
Emmm..pasal tak datang SGM kan… Ini kata-kata pujukan khas kepada kawan-kawan seperjuangan yang joint SGM setiap bulan : Bukanlah ‘Akak’ ni tak mau joint SGM, nakkkkkkkkk sangat tapi tu la, ‘akak’ kena buat pilihan bila masa yang sesuai la utk joint SGM yang dibuat pada hari Ahad… So tahun ni, kalau ada masa dan kesempatan, bolehlah ler ‘Akak’ ni joint SGM, Kalau tak lepas abis exam IBLCE la yer, aii baru joint, boleh? hehehe…
Tapi utk SGM lain yang dibuat pada hari Jumaat or Sabtu, akak boleh jer nak joint. Contohnya cam SGM di MLO PJ pada tengahari (1 ptg – 2 ptg) 11 Februari 2010 ni, ha ‘akak’ akan jadi moderator la ekk. Insya allah, aii sokong la tuan punya kedai tu, Pn. Aishah Mariam. Jemput datang la korang ke SGM ni. Kita bincang pasal…. Alamak Chah, apa topik Chah next week? Weh, aku lupa weh…Ampunnnnnnnn!
Eh! Wanorashi, bila next MPSJ SGM? Lamo tak dengar cerita ler..
Salam Kasih,
APa Yang Penting? Kerjasama!
Salam,
Tadi semasa saya naik lif utk ke pejabat, saya terdengar (bukan curi dengar tau. Lift cramped sangat dan mereka betul betul mengadap saya) perbualan sekumpulan kawan yang bersembang mengenai kekecewaan salah seorang kawan mereka dengan perbuatan dan tindakan pihak nursery yang memberikan susu formula apabila susu ibu perahan (ebm) yang dibekalkan tidak mencukupi. Dan salah seorang daripada mereka yang betul betul mengadap saya, asyik pandang saya sewaktu mereka bercerita.
Emmm..dalam hati saya, saya hanya boleh simpati sahaja. Saya tidak mencelah atau memberi komen. Saya hanya senyum sahaja. Takkan saya nak celah ye dak? Saya bukan sebahagian daripada perbualan tu, so sonyap ajolah.
Tapi daripada perbualan tadi, ada kesimpulan yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka ialah jika ketika baby masih kecil dan kalau menyusu secara exclusive sebaiknya diletakkan dibawah jagaan babysitter dan bukannya di nursery.
Betulkah pandangan ini? Sesuaikah? Selesaikah masalah ini nanti? Ada jaminan yang babysitter perseorangan takkan buat begitu? Tak ada jaminan jugak yer… Susah ni..macam mana nak buat ni yer?
Emmm…pandangan peribadi saya la kan, saya rasa cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan sebab saya pernah meletakkan anak dibawah kedua-dua jenis jagaan yang diatas. Kedua-duanya tidak mendatangkan masalah pada saya dan anak-anak saya. Kenapa tidak ada masalah? Sebab saya tegas dan menerangkan dengan jelas tentang pendirian saya mengenai susu ibu dan juga saya terangkan cara bagaimana nak handle ebm yang saya bekalkan untuk anak saya sepanjang waktu saya bekerja. Bukan setakat terang, saya berikan buku untuk mereka baca dan paham bagimana mengendalikan susu ibu.
Kalau dikelas breastfeeding kendalian saya, saya suka tekankan perkataan mudahkan kerja babysitter atau nursery (yang jaga anak kita di nursery tu dipanggil babysitter gak yer tak?) untuk handle. Kita nak minta tolong dia kan untuk bantu kita mencapai gol exclusive breastfeeding? Jadi apa salahnya kita bantu dia orang supaya mereka rasa senang dan mudah untuk handle ebm. Ini tidak, kita serah bulat-bulat pada babysitter bagaimana untuk handle anak kita. Kita beri penerangan begitu begini tapi paham ka dia? Cuba kalau kita sediakan siap-siap ebm dalam botol untuk beberapa kali feeding time. Senang babysitter. Hanya perlu panaskan saja ebm tu bila dah sampai feeding time.
Ini tidak, saya pernah lihat (contoh la ni yer bukan mengata tau. Dosa you kalau mengata orang ni), ada ibu yang hantar ebm yang masih beku kepada nursery. Dah la beku, cooler beg tak dibekalkan atas alasan peti ais ada di dapur nursery. Tapi tak perasan ke yang dapur dengan bilik baby sangat jauh? Dan babysitter tak boleh tinggalkan babies lama-lama sebab bukan anak kita sorang saja yang dijaganya?
Apa salahnya bekalkan cooler beg dan ice pack. Dan cairkan siap-siap ebm tu sebelum hantar ke nursery. Sekurang-kurangnya bekalkan 2 botol ebm yang dah cair sepenuhnya. yang lain mungkin separuh cair. Ini tidak semua ebm beku yang dibekalkan. Berapa lama pulak masa nak diambil untuk cairkan ebm tu? Semua tu menyebabkan babysitter rasa keberatan untuk membantu kita melaksanakan impian exclusive breastfeeding yang kita impikan. Penyudahnya anak kita minum ebm tapi telah kosong sebab tak ada zat. Kenapa tak ada zat? Sebab babysitter nak cepat, anak-anak jagaan dia yang lain dah menangis. Ebm kita yang beku tadi di letakkan aje dalam periuk air panas di atas dapur. Ha, minum air kosong ajer la anak kita hari tu. Jangan nak salahkan babysitter tapi salahkan diri sendiri sebab tak bantu babysitter untuk buat kerja dia.

Jadi senang kerja dia untuk susukan anak kita. Tak payah dia berlari ke dapur yang memerlukan banyak langkah kaki untuk sampai ke sana. Kalau babysitter tak keberatan untuk guna food warmer untuk panaskan ebm, ha, sediakan food warmer. Kalau dia berkira dengan kos electric, maka kita ajarkan cara konvensional untuk panaskan ebm tadi.
Jangan kita sombong sangat dengan mengatakan yang kita bayar dia untuk buat semua tu. Ya memang kita bayar tapi kita perlu ada courtesy dan tolak ansur. Kita nak bagi yang terbaik pada anak kita tapi kita tak pulak berusaha menyenangkan kerja orang yang menjaga dan memberikan ebm kita pada baby kita. Kalau kita ni manusia, mereka juga adalah manusia. Kat rumah kita hanya jaga baby kita sahaja tapi di nursery, ramai lagi baby yang nak di jaga oleh seorang babysitter. Tak silap saya, satu babysitter selalunya akan jaga 3 orang baby.
Lagi satu kadang-kadang kita ni terlebih feeding anak-anak kita. Contohnya, baby baru umur 2 bulan tapi kita bekalkan dalam 4 oz dalam satu botol untuk 6 kali feeding time. Ha dah terlebih dah tu.. Banyak sanyat 4 oz untuk baby umur 2 bulan dan banyak sangat 6 kali feeding time kalau untuk 8 atau 9 jam kita keluar dan berjauhan daripada baby. Penyudahnya bila production susu kita merundum, kita hanya dapat bekalkan 3 botol berisi 4 oz/botol utk sehari untuk cover 6 kali minum. Bila tak cukup? Macam mana pulak?
Babysitter tu bukanlah kejam atau nak menginaya kita dan baby. Tapi sebenarnya derang tu kesian dengan baby kita sebab tak cukup susu yang nak diminum sebab selalunya kita bekalkan 6 botol utk sepanjang hari. Jadi alternatifnya dan atas dasar kemanusiaan dan rasa kasih pada baby tu, maka dia ambil keputusan sendiri dan top upkan dengan susu formula tanpa izin kita. Dia tak mahu, baby kita lapar..Dia sayang baby kita tau…
Jadi pikirkan lah apa yang saya cuba terangkan. Kalau rasa tak puas hati atau tak paham dengan cara atau alternatif yang saya terangkan kat atas tadi, sila la call saya. Saya boleh terangkan dengan lebih jelas.
Kepada yang terasa, saya minta maaf. Saya bukan menyalahkan sesiapa. Situasi anda mungkin sama dengan apa yang saya terangkan diatas tapi saya bukan bercakap mengenai anda. Saya menulis secara general dan itu adalah fact serta keadaan sebenar yang sesetengah ibu alami dan buat. Saya jadikan contoh untuk panduan kepada ibu-ibu lain. Tiada langsung niat untuk mengguris hati anda.
Saya juga bukan sebelahkan babysitter atau nursery yang melangkau dan kurang menghormati anda sebagai ibubapa dengan berbuat keputusan sendiri dengan top up formula tanpa kebenaran parents. Tidak! saya juga langsung tidak setuju dengan tidakan mereka.
Tapi apa yang saya cuba katakan disini ialah tak kiralah kita ini sebagai ibubapa yang nak berikan yang terbaik pada anak-anak kita ataupun pihak nursery yang cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik, cubalah bekerjasama. Berbincanglah dari hati ke hati agar kesilapan dalam mengendalikan ebm tidak berlaku. Kalau kita kurang ilmu dalam cara nak handle ebm ni, carilah ilmu tersebut.
FYI, saya dan rakan-rakan pada tahun ini akan melaksanakan program untuk mendidik sebanyak yang boleh taska/nursery di negeri Selangor dan Kuala Lumpur cara-cara pengendalian ebm ini. Jadi kalau anda mahu taska anda tersenari dalam program ini, sila email saya dan saya akan forward kepada AJK yang akan mengendalikan jadual program.
Salam Kasih,
Komen-Komen saya dalam akhbar KOSMO!
Saja nak share cerita ni. Ahad lalu, dalam ruangan JURNAL akhbar KOSMO!, saya ada memberi komen sedikit berkenaan susu ibu untuk artikel yang ditulis oleh seorang wartawan lelaki , En. Ikhwan Ideris .
Boleh baca di SUSU IBU TAHAN 2 MINGGU.
Semasa bulan Ramadhan tahun lalu juga, saya ada juga menyediakan sedikit komen untuk artikel SUSU IBU TIDAK AKAN KERING yang disediakan oleh wartawan KOSMO!, Nurul Izza Rosly untuk ruangan PESONA.
Juga seminggu sebelum itu, ada gambar saya didalam akhbar KOSMO yang bercerita mengenai aktiviti Penyusuan Ibu oleh MalaysianBfPC.
(terima kasih kepada Puan Fid atas ihsan gambar ini)
Terima kasih kepada suratkhabar KOSMO kerana sudi mewawancara saya dan juga mempromosikan susu ibu.
Terima kasih juga kepada media cetak-media cetak yang lain yang sudi mempromosikan penyusuan ibu.
p/s: Malam tadi saya ada menonton 90210 di chanel 711. Salah satu dialog dalam adegan perbualan 3 orang wanita ialah berkenaan breastfeeding. Dialog yang diucapkan ialah “Breastfeeding is the most civilized thing in the current age” atau dalam bahasa melayunya ” Penyusuan ibu adalah perkara yang paling bertamadun pada masa kini”. So apa lagi, meh breastfeed our baby.
Salam Kasih,
Tounge Tie yang menghantui
Salam,
Last week, saya ada menerima panggilan telefon dari seorang ibu. Oleh kerana konsultasi/kaunseling menerusi telefon sebenarnya sangat sukar untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang ibu dan baby alami, saya meminta Ibu datang dengan baby. Akhirnya pada Ahad, setelah beberapa kali menunda temujanji (salah saya, asyik ada hal jer), kami bertemu lapan mata..hehehe..saya, ibu, baby dan ayah. Sewaktu kaunseling, saya meminta izin untuk memegang baby. Sekali pandang dan asses, saya terus dapat menangkap apa punca masalah yang ada dan mengapa production susu ibu tadi sangat rendah dan mengapa berat baby naik dengan sangat sedikit.
Saya ceritakan masalah tersebut kepada ibu dan ayah. Saya terangkan mengapa dan apa kesannya bila masalah itu timbul. Menangis ibu kerana memikirkan keadaan bersusah payah babynya untuk mendapatkan susu. Pada ketika ibu menangis, saya rasa serba salah dan rasa bersalah kerana menyebabkan ibu menangis walaupun saya menyatakan hal yang benar. Ibu tu menangis kerana perasaan keibuannya yang sangat dalam terhadap baby. Sejujurnya, ramai ibu yang menangis depan saya bila menelefon/bertemu untuk sesi kaunseling penyusuan ibu. Saya serba salah bila ada ibu menangis tetapi tugas saya pada ketika itu ialah menenangkan ibu dan menerangkan option yang ada. Saya sekali-kali tidak akan memberikan solution kepada ibu dan ayah. Ini kerana, keputusan adalah di tangan ibu dan ayah, dan bukan tugas saya untukmembuat keputusan bagi pihak mereka. Mereka adalah ibu dan ayah kepada baby mereka dan bukannya saya.
Berbalik kepada kisah ibu dan ayah serta baby tadi. Sebenarnya baby tersebut mempunyai masalah tounge tie atau orang melayu kita kata ‘lidah pendek’.
Gambar hiasan - tounge tie
Jadi, itu antara penyebab berat baby tidak naik dan baby tetap mengamuk dan menangis walaupun sudah disusukan selama setengah jam. Sebelum saya merujuk kes kepada yang pakar, saya bagi ibu dan ayah buat keputusan samada setuju atau tidak untuk melakukan frenotomy bagi mengatasi masalah toung tie tadi. Akhirnya atas persetujuan ibu & ayah, pada hari Selasa, saya rujuk kes ini kepada Dr. Koe Swee Lee.
Pada waktu yang sama, saya mengambil kesempatan untuk mengajar bagaimana mengaplikasikan teknik marmet (perah susu ibu menggunakan tangan) kerana ibu menyatakan breast pump beliau tidak berkesan. Alhamdulillah, pada keesokan hari ibu ada sms saya dan menyatakan yang dia dapat 4 oz pada satu sesi perahan berbanding 1 oz sebelum ini.
Pada minggu lalu juga, pada hari Rabu, Dr, Koe Swee Lee ada update saya dan menyatakan yang mereka telah selesai melakukan prosedur tersebut dan akhirnya baby dapat menyusu dengan sangat baik. Pada hari khamis, ibu pula menghubungi saya dan memberitahu yang mereka dah melaksanakan prosedur frenotomy. Syukur. Selesai sudah.
Pada hari Isnin lalu, saya ada menghubungi ibu sekali lagi untuk bertanya khabar ibu dan baby. Alhamdulillah berat baby naik 200g dalam 5 hari selepas prosedur dilakukan. Saya sangat gembira dengan perkembangan ibu dan baby. Jika saya yang bertindak sebagai orang luar, org asing rasa gembira dengan perkembangan ini, sudah tentu, ibu dan ayah tersebut lagi berganda gembiranya.
Tahniah buat ibu dan ayah. Semoga terus breastfeed sehingga grad. Tahniah juga kerana buat keputusan yang sangat bijak, mencari jalan menyelesaian dan berani membuat keputusan untuk melakukan frenotomy ke atas baby. Saya cakap tahniah, kerana ada ibubapa yang tak mahu baby mereka melakukan prosedur ini atas alasan ”kesian kat baby, nanti sakit”. Emmm..ia sakit tu memang akan ada tapi sekejap dan rasa sakit tu ditahap yang baby boleh tahan sebenarnya. Tapi jika tak buat, masalah tounge tie bukan hanya setakat berakhir tidak dapat menyusu dengan baik tetapi lebih dari itu.
Walaubagaimana pun, anda adalah ibubapa yang baik, biar apa jua keputusan yang anda buat untuk anak anda sebabnya keputusan yang anda buat pada ketika dan saat itu adalah keputusan yang terbaik buat anak anda dan keluarga.
Pesan saya, dapatkan bantuan jika anda menghadapi masalah penyusuan ibu aka breastfeeding
Salam Kasih,
BREASTFEEDING CLASS
This is sticky post. Please scroll down for another new posting and sweet story from
ZATUL & BABY N ME.
Salam,
Akhirnya setelah sekian lama menyepi, kelas Asas Penyusuan kini kembali menemui anda. Butirannya anda boleh dapati di BREASTFEEDING CLASSES yang terdapat diatas. klik saja dan anda akan dibawa ke maklumat kelas yang akan diadakan.
Kelas terkini adalah pada 18 Disember 2010. Jumpa anda di sana!
Salam Kasih,
Kenangan manis di KK, Sabah
Salam,
Maaf la sebab dah lama tak menulis..hampir 3 minggu rasanya.. selain tak sempat, mood yang tak menentu juga salah satu penyebab saya tak menulis. Kena jangkitan penyakit M…Malas..
Pada 28 Oktober 2010 saya dan team ke Kota Kinabalu, Sabah hingga 1 Nov 2010. Emm..apa lagi kami pergi untuk training Malaysian Breastfeeding Peer Counselor peringkat Sabah/ Sarawak.. tetapi pesertanya tiada yang dari Sarawak tapi ada dari Semenanjung.

Kami sewaktu baru tiba di Kota Kinabalu
Selama 5 hari di sana kami hanya sempat bershopping selama 2 jam pada hari pertama sampai di KK dan satu jam (subuh-subuh pi pasar beli udang) sebelum berlepas balik ke Semenanjung.
Suasana di sana dan bahasa serta bangsa (etnik) yang ada tersangatlah lainnya dari Semenanjung. Kami ke sana bukan sahaja menyampaikan ilmu tapi juga mengutip ilmu yang pelbagai dari peserta di sana.
Walaupun waktu jam di sana sama dengan di Semenanjung tapi suasananya sangat berlainan. Di sana Subuh muncul seawal 4. 45 pagi dan maghrib pada pukul 6 petang. Pukul 6 petang dah gelap gelita seperti pukul 8.30 malam di Semenanjung. Emmm..Pukul 6 pagi dah tegak dah matahari. Nak tido lelebih pun dah tak syok sebab dah cerah.
Sewaktu disana, saya teringat pada anak-anak. Janji untuk membawa anak-anak bersama tak dapat saya tunaikan.. Kering poket acik wehh kalau bawak dua-dua tu… So setiap hari selepas training, dalam pukul 6.30 petang ke pukul 8 malam, saya akan buat video call. Nak tengok muka anak-anak dan takut anak-anak rindu pada saya. Payah plak nanti hubby nak control sorang-sorang pulak bila anak buat hal.
Masa saya berangkat ke KK, Qistina tahu saya akan pergi work ke Sabah nak MAS (hehehe, tak leh beritahu pegi work naik flight, nanti dia melalak nak ikut), tapi Qaisara masih tidur lena dalam baby car seat sebab kami bertolak awal pagi ke KK.
Oleh kerana dia tidur dan tak jumpa saya sejak dari malam Rabu (27 Okt) tu, bila saya balik dia jadi sangat memerap. Saat dia tahu saya dah balik (seronok tengok anak-anak melompat-lompat, peluk erat dan cium satu muka Ummi bila nampak ummi turun tangga – rindu kot?!harus!), dia terus sukar nak berenggang dari saya, tidur juga harus di peluk erat. Memasak pun sangat payah, asyik nak berdukung jer..nasib baik ada ERGO, jadi senang sikit nak buat kerja rumah. Pantang saya duduk atas sofa, pasti dia akan naik duduk diriba saya. Bila saya baring di sofa, Qaisara juga akan baring diatas dada saya.
Qistina kurang sikit..mungkin sebab dah besar Cuma sekarang dia menuntut perhatian saya supaya melayan dia melukis dan mewarna.. Adoii kakak, lukisan ummi dah la buruk. Hahahaha..dia suh lukis tiger, ummi try la lukis..hehehe terus jadi cam kucing…kah kah kah..ummi tak pandai melukis la Sayang..
Kata Mama saya, ”lain kali pergi la lagi jauh-jauh lama-lama.. Anak tu rindu sebab tu bila ko dah balik, derang tak leh berenggang..” kuang..kuang..kuang…
Oh ya, saya nak ucapkan juga Hepi Besday pada Mama saya yang kebetulan harijadinya jatuh pada hari Sabtu yang lalu (6 Nov). I Love U , Mom!
Ok lah, nak balik dah ni… Gambar di KK nanti saya post bila berkesempatan..Oh ya, di sana, kamera saya rosak dan SD Card saya patah, jadi tak banyak la gambar, hanya mengharap ehsan gambar orang lain la… Dugaaan sungguh..Kebetulan, nak dijadikan cerita, kamera Pushpa pula SD Cardnya corupted jadi memang tak de gambar la..hanya harap gambar dari peserta – peserta di sana.
Apa pun saya enjoy berada di sana dengan PC-PC dari Sabah dan 2 PC dari Semenanjung. Semoga satu hari nanti, kita akan bersua kembali la ya..
Juga terima kasih atas cenderahati yang korang beri buat kami.. Kami dah pakai dah!
Salam kasih,
Istimewanya tarikh 10.10.10
Salam,
Semalam tarikh istimewa bagi sesetangah orang..yer la dikatakan seratus tahun sekali jer datang tarikh cantik cam tu, 10.10.10. Ramai betul yang memilih tarikh tersebut untuk naik pelamin, untuk bertunang dan pelbagai acara dirancang pada hari semalam. Tak terkecuali yang menimang anak.
Bagi diri saya, tarikh tersebut juga tarikh istimewa dalam kerjaya saya sebagai Kaunselor Laktasi sebab semalam rumah saya dikunjungi oleh satu keluarga yang sangat ramah tamah yang memerlukan sedikit bantuan dan dorongan dalam penyusuan ibu. Izah dan suami serta baby Iman datang untuk merialisasikan impian dalam penyusuan ibu.
Semangat macam ni la yang kita mahu, kalau rasa perlu bantuan, ada yang tak kena atau rasa tak confident dengan cara kita, cepat-cepat dapatkan bantuan.
Temu janji telah dibuat seawal Selasa awal minggu lalu. Alhamdulillah, pertemuan itu telah diizinkan Allah. Dapat saya membantu seorang lagi ibu dalam merealisasikan impiannya. Jalan telah saya tolong tunjukkan, maka semoga Izah & Baby Iman akan berjaya mengharungi cabarannya.
Sepanjang 2 jam berada di rumah saya, Izah sangat mesra. Terasa macam dah bertahun mengenali Izah dan keluarganya. Seronok saya..Anak-anak saya pun teruja dengan baby Iman.
Emmm..mungkin kah boleh dilaksanakan projek untuk 2011 ni? Patutkah saya joint kawan-kawan yang telahpun tergolong dalam golongan 2011? Eeemmm, boleh dipertimbangkan, mungkin? Anak-anak pun macam dah ready untuk terima adik lagi…
p/s: pssttt..Izah, mekasih sebab beri duit raya pada anak-anak Akak walaupun raya dah habis dah…
Juga kepada yang memerlukan bantuan dalam pemyusuan ibu, jangan malu dan segan, call saya untuk temujanji. Saya bersedia membantu anda. Samada anda ke rumah saya atau saya ke rumah anda. Sama-samalah kita, memartabatkan penyusuan ibu. Kalau anda bernasib baik, Dr. Ning akan ada bersama saya semasa pertemuan kita, kan Kak Ning? ;D
Salam Kasih,
SILC DINNER
Salam,
Alhamdulillah, walaupun bukan rezeki saya untuk hadir ke Susuibu.com International Lactation Conference (SILC) yang berlangsung dari 5 Oktober 2010 hingga hari ini 7 Oktober 2010, saya masih diizinkan oleh Allah untuk bertemu dengan international lactation mentor/world class mentor pada malam tadi.
Alhamdulillah, Allah beri saya peluang sekali lagi. Walaupun singkat pertemuan kami, tapi banyak yang saya dapat dalam masa 2 ½ jam bersama dengan mereka sewaktu majlis makan malam SILC, malam tadi. Saya dapat melihat secara live dan betul-betul di depan mata saya, cara Dr. Jack Newman memeriksa lidah tounge tie seorang bayi yang kebetulan dibawa bersama oleh ibunya pada dinner malam tadi (baby tu ada tounge tie tahap 3).
Juga saya dapat tip-tip dan dapat belajar daripada Madam. Sue Cox secara berdepan bagaimana cara untuk menunjuk ajar ibu agar selesa dalam posisi menyusu dan dalam masa yang sama sedang melakukan perkara lain. Model ada tau, hehehe saper lagi Dr. Hairin dan baby dia la..
Dan tidak ketinggalan Madam Diana West yang sangat ramah dan baik hati.
Ketiga-tiga mereka juga sempat menurunkan tandatangan pada buku tulisan mereka yang telah lama saya beli dan baca. Thank you!
Tidak ketinggalan dapat juga bertemu dengan mentor dan salah satu idola yang menjadi tempat saya merujuk dalam hal breastfeeding, Dr. Hairin Anisa, Pakar Kanak-kanak & Pakar Laktasi dari PPUM. Dr. Hairin ni, kan walaupun umurnya lebih tua sedikit dari saya dan dah anak 3 (tahniah Doktor atas kelahiran baby baru), rupa paras dia sangatlah cute dan baby face. Macam awal 20an jer..Kalaulah saya pun cam tu…eemmmm
Juga dapat bertemu dengan kawan-kawan yang satu kepala dan satu matlamat seperti Dr. Nadrah, Shida, Iza, Kak Rita Rahayu & Kak Kamariah serta staff susuibu.com & MLO yang baik-baik hati belaka tu…
Terubat juga la hati saya yang agak kuciwa kerana tak dapat hadir ke SILC dengan kenangan manis yang saya dapat malam tadi.
Janji Allah itu pasti!
Thank you ALLAH!


















