Saya Giler Membaca!

Salam,

Adakah anda suka membaca? Suka beli buku? atau tak membaca itu sesuatu yang boring pada anda?

Saya sangat suka membaca. Dan saya juga adalah orang yang ‘giler’ beli buku..

Saya ada masalah bila lalu atau terserempak dengan kedai buku. Masalahnya ialah bila lalu atau terserempak/ternampak kedai buku, saya akan masuk dalam kedai buku dan mulalah habiskan banyak masa dan juga duit untuk buku..bukan sikit..

saya sangat tamak bila bab buku..kalau boleh semua buku dalam kedai buku tu saya nak beli…

hahahaha..harusnya saya ada cita cita buka kedai buku  cam Dr. Faridah, agar semua buku saya boleh baca bila-bila masa…

Masa saya sekolah dulu dan masih tinggal di Blok A 34 di dalam Naval Base, saya suka baca buku-buku kisah nabi-nabi, kisah hikayat merong wangsa, kisah-kisah hikayat, dongeng, buku-buku lagenda  di beranda umah sambil berbuai di dalam buaian punjut (betul ka nama dia cam tu? Bantai la)..kadang kala sampai tertidur…

Buai ni la..apa nama buai ni? punjut ka?

Bila menginjak habis sekolah, saya suka baca majalah remaja dan novel cintan cintun..hehehe..al maklumlah anak remaja..pas tu bergetah plak lagi masa tu (ehh, sekarang pun masaih ada getah tau :D ). Khayal dan berangan abis la bila baca buku cintan cintun tu..Tapi tu la Novel Lagenda budak Setan, tak plak saya beli dan baca.. Sapa ada buku tu, boleh pinjam tak? :D

Bila sambung belajar saya masih membaca novel cintan cintun. Bila mula bekerja, cintan cintun tetap jadi pujaan hati..Majalah masa tu dah tukar dah kepada majalah mingguan wanita (sebab saya tinggal serumah bersama 2 orang wartawan majalah mingguan wanita pada masa tu- 12 tahun lepas yer), Nona, Majalah Pengantin, Anjung seri, Jelita dan macam macam la..

Bila dah kawen dan ada anak, majalah-majalah tu masih saya baca tapi dah tak beli sebab saya hanya beli Mami & Baby dan juga Pa & Ma.. Mingguan Wanita sekali sekala masih jadi pujaan hati..

Saya sangat sukakan buku.. Bukan setakat novel tapi saya suka juga buku agama, buku  keusahawanan, buku anak-anak,  baby, decoration, buku motivasi, buku memasak, buku DIY , buku cam ner nak jadi kurus (hehehe) dan dah tentunya buku BREASTFEEDING!

Oleh kerana saya sangat giler beli buku, banyak juga buku yang saya beli masih belum dapat dibaca..kena slow and steady baca, baru paham..Yang saya perasan sekarang ni, saya amat kurang minat nak beli novel tapi saya banyak beli dan baca buku yang berunsurkan ilmiah…

Susah juga bila kena penyakit suka membaca ni..Sampai kawan ke US pun saya kirim beli buku..Orang kirim beg COACH tapi saya kirim Buku Breastfeeding..Sabo jer lerrr…

Masa saya buat treatment fisio kat KPJ Specialist Hospital pun, ada yang bertanya pada saya, adakah saya masih study kerana ketika sedang fisio, saya juga akan membaca. Hehehe..Jawapannya ialah ya, saya masih study semua benda yang boleh distudy tapi kalau kat study kat IPT, idak la kan..

Saya juga pernah bercita-cita nak jadi penulis buku..huhuhhu..tak dapat tulis buku, dapat tulis Artikel kat majalah pun dah syukur dah sekarang ni… Buku? Berat sebab setiap kali sedang mencari idea/ dapat idea dan sedang menulis artikel pun saya dah shut down semua benda sekeliling kerana tak boleh ada gangguan. Itu cuma 2-3 jam saja..kalau nak tulis buku setebal 100 m/s? huh..berapa hari saya kena shut down benda sekeliling saya? emmmm…maybe satu hari nanti la kot…(still ada lagi cita-cita tu)

Anda suka baca buku tak? Boleh share apa buku yang anda sedang baca sekarang ni?

eemmm..kita patut buat satu kelab buku, cam omputih tu kan…

Apa pun pandangan anda mengenai sikap suka membaca, pada saya

p/s:1-4 Julai ni MPH ada buat sale untuk ahli, jom pegi nak?

Salam Kasih,

3 Responses to “Saya Giler Membaca!”

  • Maiza Mazzni says:

    Pn. Zatul, saya pun suka membaca. tapi sejak lahirkan baby 3bln lepas, saya dah kurang sempat membaca.. majalah parenthood, women weekly & beberapa buku management yg dibeli bulan januari-mac2010 masih belum habis saya baca.. saya harap baby saya akan ikut perangai saya yg suka membaca ini =)

  • dina awanis says:

    love reading too..tapi suka yang bahasanya ringan dan mudah difahami..not too complicated atau yang gunakan bahasa yang tinggi.=)

  • Bonda Q says:

    Dina Awanis & Maiza Mazzi, membaca memang best..percayalah kalau u suka membaca, insya Allah, anak-anak akan ikut suka membaca. Suka juga membaca buku-buku yang bahasanya mudah dan santai..

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2025
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.