STOP CHILD ABUSE!

Salam,

Dalam kehidupan seharian kita, terutamanya bagi kita yang bergenderkan FEMALE/WANITA/PEREMPUAN, isu kecil hati takkan dapat elak punyalah, kan? Saya mengaku saya sendiri juga kadang-kala ada rasa kecil hati dengan kawan-kawan. Tapi saya ambil pendekatan jangan melatah terlalu awal tanpa kaji selidik dulu. Benarkah situasi tu begitu sehingga membenarkan saya berkecil hati? Atau saya yang tersalah faham dengan keadaan?

Hati perempuan memang lembut dan rapuh. Senang sangat tersentuh. Tak kisah la, dalam apa jua keadaan hati perempuan ni memang senang tersentuh. Gembira pun nangis, sedih pun nangis, susah hati pun nangis, tak wish hepi besday pun rasa sedih, kawan tegur benda elok pun kita boleh terguris, kawan tegur benda yang tak elok, lagi la terguris.

Sebab tu saya kurang suka menulis sms sebab saya takut disalah ertikan intonasi saya dalam penulisan sms atau blog dan facebook. Kalau ada yang perasan, saya jarang menyentuh hal lain selain kisah berkisar breastfeeding, kehidupan dan kerjaya saya sepanjang saya menulis blog. Bukan saya tak mahu sentuh semua tu tapi saya takut bila saya menulis mengikut hati saya tanpa berfikir 2 atau 3 kali, ada pulak yang tergores hatinya tanpa saya sedar.

Emmm…ada la sekali saya naik antu sebab nursery sebab saya rasa pengalaman yang anak-anak saya alami di nursery sangat tidak bagus untuk perkembangan psikologi dan pembesarannya. Memang betul pun jangkaan saya tu. Oleh kerana di nursery tu terlalu garang penjaga-penjaganya, pada ketika ini anak saya ada kalanya menunjukkan reaksi terlalu takut sehingga mengigil badannya bila ditegur walaupun secara baik bila ditegur melakukan kesalahan yang sama. Bayangkan kalau anak-anak yang kecil ni yang sedang ligat nak bermain dan explore keadaan persekitaran, disuruh secara paksa untuk duduk diam di satu tempat tanpa bergerak dan tak dibenarkan bercakap sehingga ibubapa datang ambil. Kalau bercakap atau bergerak akan ditengking ” tak reti duduk diam-diam ker? Kan dah suruh diam tadi? Kenapa bercakap?”. Bayangkanlah kalau kanak-kanak tu diambil lewat oleh ibu/ayahnya setiap hari. Berapa lama dia tak boleh bergerak? Tak boleh bercakap?

Bayangkan anak saya dulu masa dia umur 3 tahun, nak kencing pun takut nak beritahu pada penjaga yang menjaganya kerana orang tua tu terlalu garang. Dia sanggup tunggu babysitter yang jaga dia masa dia 1 tahun – 2 tahun keluar daripada tempat baby dan lalu di kawasan budak yang berumur 3 tahun ditempatkan, baru dia berani nak beritahu yang dia nak kencing. Sebab apa dia berani, sebab babysitter tu sangat sukakan kanak-kanak dan bercakap dengan baik. Bayangkan anak saya tahan kencing begitu lama sebab takut! Takut kena marah! Saya tak dera anak saya tapi orang lain pulak yang dera anak saya secara psikologi.Mana saya tak marah!

Ampun maaf saya pinta kepada pengusaha-pengusaha nursery yang marah pada saya disebabkan ’tulisan amarah’saya tu. Banyak komen yang negatif juga saya terima pada posting tersebut. Saya tidak menyebut semua nursery begitu tapi saya spesifik kepada beberapa orang yang bekerja di nursery lama anak saya. Tetapi ada yang melatah bila saya menulis begitu. Agaknya ada sedikit terguris dan terasa pedasnya kot? Kenapa marah kalau tak buat yer?Alamak, ampun sekali lagi sebab ada yang dah marah nampaknya..Raya korban dah dekat ni. Maaf zahir batin la yer. Manalah tahu satu hari nanti kot kot saya akan buka satu nursery yang menyokong penuh breastfeeding ;D.

Oleh itu, kalau anda perasan, di sebelah kiri blog saya ni saya sudah tempekkan banner UNICEF yang sedang berkempen dan memperjuangkan nasib kanak-kanak yang didera. Jika anda prihatin, marilah kita sign sama-sama dan sokonglah kempen ini. Klik la pada banner tersebut dan anda akan dibawa ke laman web kempen tersebut. Lagi ramai bercakap/bersuara, lagi kurang kanak-kanak yang di dera. Dera ni bukan dera fizikal saja yer..dera psikologi juga diambilkira. Penderaan psikologi lagi teruk sebab lambat nak hilang kesannya. Mungkin juga takkan hilang sampai habis nyawa.

Saya ada saudara yang masa kecilnya selalu dipukul. Sehingga kini pada hemat saya psikologinya sedikit terganggu dan selalu berasa dia bukan anak yang baik kerana dia selalu dipukul masa kecil. Tapi hakikatnya dia anak yang baik dan mendengar kata. Sabarlah …….Lupakanlah kenangan pahit tu, sebanyak yang boleh (terasa sama beban perasaan sedih yang ditanggungnya. Sabarnya..)

Andai kata anda tahu ada kanak-kanak yang terdera dan di dera secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, hulurkan bantuan. Hubungilah talian 15999.

Tapi jangan la pula bila orang rotan anak sikit-sikit untuk tujuan mengajar, anda dah call talian tu. Tak pasal-pasal plak kita dah terbuat perkara tak baik – pisahkan anak dengan ibu/bapa.

Dalam ajaran agama Islam, ada disebut boleh rotan anak jika dia tak mo solat. Itupun ada had umurnya. Janganlah budak umur 5 tahun tak mo solat, di rotan. Belum boleh lagi tu…

Dan pepatah orang melayu kita juga ada cakap, ” sayang anak, rotan-rotankan” tapi bukan sampai mendera yer.

Nota: err…naper tak de pepatah cam ni ekk ”sayang suami, ajak shopping selalu”..hehehehe ini supaya adil supaya ada sambungan pada pepatah ”sayang anak – rotan-rotankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan”.

Salam Kasih,

Handphone Bisu Tersayang Saya!

Salam,

 Saya gelak sendiri bila teringatkan diri saya yang betapa la tak mesra IT dan mesra gadjet ni. Tahu kenapa? Sebabnya saya ni dah setahun setengah memiliki handphone bisu saya tu. Daripada dia tak bisu sampai dah bisu sejak pertengahan tahun ni. Saya tak pernah teringan nak ambil  tahu features yang ada dalam tu. Senang cerita tak reti la nak godek godek handphone tu. Yang saya tahu cam ner nak buat call, received call, tgk internet (itu pun tak pandai sangat) dan ambil gambar (tapi tak reti lagi nak transfer ke pc). Benda lain ? Ampunn…. Takut nak godek. Takut rosak. tak godek godek pun rosak gak..dah bisu pun dia..

Kata adik bongsu saya, Scha Ramzi,” Long, ko bagi adik jer la handphone ko ni kalau ko setakat recieved & buat call jer. Handphone ko ni banyak benda boleh buat. Ko pakai yang biasa dah ler..” kekekekeke..tengok ayat dia tu dah cukup menggambarkan kejahilan saya terhadap penggunaan handphone bisu saya tu. Handphone saya bukanlah yang canggih sangat tapi kira ianya menyenangkan saya dalam banyak perkara. Schedule & appointment saya semua saya set dalam tu. Boleh guna microsoft office untuk update kerja tapi features ni haram saya tak tahu nak guna. Ampunnn..saper boleh ajar saya untuk menggunakannya? Meh la ajar..

Malam tadi akhirnya saya belek-belek handphone saya secara tak sengaja dan akhirnya saya berjaya untuk mengekses email saya secara terus menerus melalui hp bisu saya tu..senyum kambing sorang sorang atas katil masa berjaya menggodek tu..kekekeke..betapa la ketinggalan keretapi saya ni..kesian yer tak?

 Tak pe la..better late than never..makanya oleh kerana handphone saya sangat berguna pada hemat saya ketika ini, jadi saya membatalkan niat untuk menukarnya kepada blackberry ataupun iphone 4..guna apa yang ada sampai lunyai la nampak gayanya..

p/s: dah call Samsung dah pasal masalah bisu dia jap tadi..

Salam Kasih,

Kenangan manis di KK, Sabah

Salam,

Maaf la sebab dah lama tak menulis..hampir 3 minggu rasanya.. selain tak sempat, mood yang tak menentu juga salah satu penyebab saya tak menulis.  Kena jangkitan penyakit M…Malas..

Pada 28 Oktober 2010 saya dan team ke Kota Kinabalu, Sabah hingga 1 Nov 2010. Emm..apa lagi kami pergi untuk training Malaysian Breastfeeding Peer Counselor peringkat Sabah/ Sarawak.. tetapi pesertanya tiada yang dari Sarawak tapi ada dari Semenanjung.


Kami sewaktu baru tiba di Kota Kinabalu

Selama 5 hari di sana kami hanya sempat bershopping selama 2 jam pada hari pertama sampai di KK dan satu jam (subuh-subuh pi pasar beli udang) sebelum berlepas balik ke Semenanjung.

Suasana di sana dan bahasa serta bangsa (etnik) yang ada tersangatlah lainnya dari Semenanjung. Kami ke sana bukan sahaja menyampaikan ilmu tapi juga mengutip ilmu yang pelbagai dari peserta di sana.

Walaupun waktu jam di sana sama dengan di Semenanjung tapi suasananya sangat berlainan. Di sana Subuh muncul seawal 4. 45 pagi dan maghrib pada pukul 6 petang. Pukul 6 petang dah gelap gelita seperti  pukul 8.30 malam di Semenanjung. Emmm..Pukul 6 pagi dah tegak dah matahari. Nak tido lelebih pun dah tak syok sebab dah cerah.

Sewaktu disana, saya teringat pada anak-anak. Janji untuk membawa anak-anak bersama tak dapat saya tunaikan.. Kering poket acik wehh kalau bawak dua-dua tu… So setiap hari selepas training, dalam pukul 6.30 petang ke pukul 8 malam, saya akan buat video call. Nak tengok muka anak-anak dan takut anak-anak rindu pada saya. Payah plak nanti hubby nak control sorang-sorang pulak bila anak buat hal.

Masa saya berangkat ke KK, Qistina tahu saya akan pergi work ke Sabah nak MAS (hehehe, tak leh beritahu pegi work naik flight, nanti dia melalak nak ikut), tapi Qaisara masih tidur lena dalam baby car seat sebab kami bertolak awal pagi ke KK.

Oleh kerana dia tidur dan tak jumpa saya sejak dari malam Rabu (27 Okt) tu, bila saya balik dia jadi sangat memerap. Saat dia tahu saya dah balik (seronok tengok anak-anak melompat-lompat, peluk erat dan cium satu muka Ummi bila nampak ummi turun tangga – rindu kot?!harus!), dia terus sukar nak berenggang dari saya, tidur juga harus di peluk erat. Memasak pun sangat payah, asyik nak berdukung jer..nasib baik ada ERGO, jadi senang sikit nak buat kerja rumah. Pantang saya duduk atas sofa, pasti dia akan naik duduk diriba saya. Bila saya baring di sofa, Qaisara juga akan baring diatas dada saya.

Qistina kurang sikit..mungkin sebab dah besar Cuma sekarang dia menuntut perhatian saya supaya melayan dia melukis dan mewarna.. Adoii kakak, lukisan ummi dah la buruk. Hahahaha..dia suh lukis tiger, ummi try la lukis..hehehe terus jadi cam kucing…kah kah kah..ummi tak pandai melukis la Sayang..

Kata Mama saya, ”lain kali pergi la lagi jauh-jauh lama-lama.. Anak tu rindu sebab tu bila ko dah balik, derang tak leh berenggang..” kuang..kuang..kuang…

Oh ya, saya nak ucapkan juga Hepi Besday pada Mama saya yang kebetulan harijadinya jatuh pada hari Sabtu yang lalu (6 Nov). I Love U , Mom!

Ok lah, nak balik dah ni… Gambar di KK nanti saya  post bila berkesempatan..Oh ya, di sana, kamera saya rosak dan SD Card saya patah, jadi tak banyak la gambar, hanya mengharap ehsan gambar orang lain la… Dugaaan sungguh..Kebetulan, nak dijadikan cerita, kamera Pushpa pula SD Cardnya corupted jadi memang tak de gambar la..hanya harap gambar dari peserta – peserta di sana.

Apa pun saya enjoy berada di sana dengan PC-PC dari Sabah dan 2 PC dari Semenanjung.  Semoga satu hari nanti, kita akan bersua kembali la ya..

Juga terima kasih atas cenderahati yang korang beri buat kami.. Kami dah pakai dah!

Salam kasih,

Aktivit sibuk saya minggu lalu..

Salam,

You all tahu apa yang membuatkan saya suka dengan bidang breastfeeding ni selain benefit yang ada? Saya suka bila dapat pegang, cium dan dakap baby-baby ni..best! Terasa cam nak ada satu lagi baby plak..hehehehe…

Minggu lalu, saya tempuh dengan kesibukan siang malam daripada Isnin hingga Ahad. Pada hari Isnin dan Sabtu saya ditugaskan ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Penat tapi bila tukar angin pegi kawasan orang ni, best. 

Pada Selasa dah masuk opis tapi setiap malam pada minggu lepas, rumah saya dikunjungi oleh mummy dan daddy yang datang untuk breastfeeding consultation..emmm..kerja siang malam yer kak? Bila nak rehat? rehat la bila tidur :D … Bila nak ajar anak? Masa orang  belum sampai, ajar la apa yang patut. Makan ka dulu, kan..

Oh ya, pada 19 Oktober 2010, sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu pejabat dan dah hampir waktu Maghrib, saya menerima satu sms daripada salah seorang sahabat seperjuangan dalam breastfeeding, Farah dari Sarakids , memaklumkan yang dia telah selamat melahirkan anak ketiga. Baby boy! yeay!!  Tahniah yer Farah dan hubby. Sori sebab masih belum sempat nak ziarah awak dan baby.

Oh ya Jumaat sebelum tu, saya sempat juga ziarah jiran saya yang baru keluar hospital selepas melahirkan baby ke 4. Baby boy juga. Tahniah Nani dan hubby.

alamak….boleh tak nak buat wish? nak baby boy, nak baby boy.. nak baby boy…

Sabtu lalu, tiba-tiba saya di minta ke Kuala Selangor untuk kerja amal bagi mewakili tempat saya bekerja. Saya di minta untuk menyertai mangrove planting aka tanam pokok bakau daaa… huh, sangat mencabar untuk sampai ke tempat menanam bakau ni. dah la jauh, kena pakai plak boot Pua Chu Kang tu (berat tau kasut tu..sakit badan dan kaki 2 hari). Saya sampai dah tenggelam dalam lumpur dan kena rescue 911 sebab tak boleh keluar dari lumpur..


Lawa tak kasut Pua Chu Kang kami?

Posing sebelum masuk lumpur

dah tenggelam dalam lumpur. Nampak tak orang sekeliling sedang sibuk keluarkan saya dari dalam lumpur?


En. Zaini ( baju Kuning ), wartawan dari Berita Harian pun turut serta dalam group kami utk liputan acara ni


tengok saya dah comot dengan mud

Pada Ahad lalu ada SGM di Bangi tapi saya tak dapat joint sebab saya sudah ada appointment dengan seorang ibu yang ingin menyusukan adopted babynya. Comey baby tu..putih..wangi!  Kawan-kawan apa cerita SGM tu?

Oh ya, Khamis ni saya akan ke Sabah utk Peer Counselor Training peringkat Sabah/Sarawak.  Saya akan pergi bersama Kak Kamariah, Kak Ning (Dr.), Shida dan Pushpa (rakyat Malaysia yang menertap dan giat mempromosi dan memperjuangkan breastfeeding di Paraguay).

Oh ya, dah baca Pa & Ma bulan November 2010? Baca la ekk… Saya ada sekali lagi kat dalam tu..err..macam dah tak heran ye? hehehe..tak pe la..janji baca isi kandungan yang ditulis tu yer..Janji ilmu dapat dikongsi bersama…Itu yang paling utama..

chow dulu..

p/s: kepada yang menelefon saya dan sekiranya saya tidak dapat intertain atau menjawab panggilan  atau tidak dapat bercakap anda pada ketika itu, saya mohon maaf banyak-banyak. Bukan niat untuk tidak melayan anda tetapi kadang kala ada masa saya terlalu sibuk dan ada urgent task dan tiada kesempatan untuk bercakap pada ketika itu.  Juga yang menelefon pada hari ini dan juga semalam, maaf sebab tak jawab sebab ada addendum pada tender dan juga ada registration yang perlu saya dan rakan-rakan  handle. Admin assistant kami mc hari ni. tu yang kelam kabut tu sebab dah kurang satu tenaga kerja..

Salam Kasih,

90 Hari Cuti Bersalin

Salam,

Apa khabar hari ini? Letih? Emmm saya juga letih..Baru masuk opis hari ni, menimbun kerja atas tray. Almaklumlah dah hampir seminggu tak masuk opis. Malam ni ada meeting dengan Persatuan Alumni PSA pulak.

Minggu lalu juga saya kehilangan kad pengenalan. Sesiapa yang jumpa kad pengenalan saya tu, minta tolong pulangkan pada saya boleh? Menggelabah saya bila hilang tu..

Dalam pukul 11.30 pagi tu saya buat report kat Balai Polis Jalan pantai Baru, KL dan saya terserempak dengan Datin Paduka Marina Tun Mahathir yang turut sama berada di dalam balai untuk membuat repot (repot apa aii tak tau  yer). Well oleh kerana saya memang muka seposen sikit, maka saya menegur dan sempat ler bergambar dengan beliau..hahahaha..Polis-polis dalam balai tu sumer tengok kami bergambar melalui handphone bisu saya..

Maka oleh itu juga masa pembentangan budget 2011 berlangsung, saya berada di Jabatan pendaftaran Negara cawangan Shah Alam di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam untuk buat IC baru. Maka tak dapek la acik dengar sangat sebab on the road lupa buka radio.

Tau-tau Puan Ifa aka sahabat saya menelefon semasa saya sedang memandu pulang dan memberitahu khabar gumbira buat kaum wanita yang bekerja dengan gomen. Apa lagi cuti bersalin 90 hari la..tapi cam biasa la ada syarat tambahan pulak..tak boleh lebih 300 hari..tak pe la buat permulaan ni dah cukup bagus dah…

Tapi cam biasa la..kalau kerja swasta, not applicable la yer dan tak ada keriangan bagi menyambut khabar berita tu sebab ianya hanya untuk kakitangan gomen tapi bagi kakitangan bank, saya tumpang gumbira buat anda semua sebab anda dah lama dapat keistimewaan cuti bersalin selama 90 hari tu..Jeles aii uuu..

So sesiapa yang ada perancangan untuk projek 2011, sila la berusaha sehabis baik ;D..Maka anda mungkin dapat cuti 90 hari tu..

Company saya? errrr…cuti pada hari Sabtu pun tak dapat, inikan pula nak dapat cuti bersalin tambahan lagi sebulan..tapi entah la..semoga terbuka hati pihak atasan untuk turut mengaplikasikan cuti bersalin 90 hari ni..

Boss, bagi la chance kami nak susukan anak dan bersama dengan anak lebih lama skit.

Tak apa la, kalau tak dapat nak wat cam ner, kan? Kami bekerja berkhidmat untuk rakyat, untuk orang ramai, maka semua segi dan sudut perlu dipertimbangkan sebelum cuti tambahan boleh direalisasikan, yer tak gitu bos? Tapi kalau dapat uiiii bestnyaaaaaaa…

Tahniah la yer siapa yang dapat merasa cuti 90 hari tu..

Salam Kasih,

Salam

Salam,

Saya ada banyak cerita nak celoteh tapi masa terhad la.

Pagi ni saya nak ke Sabak Bernam dan petang pula kat Kuala Selangor.

Esok baru masuk opis.

Chow jumpa nanti ekk. nanti saya update apa yang boleh.

Takziah

Salam,

Saya ingin mengucapkan takziah saya kepada keluarga semua mangsa kemalangan ngeri di Simpang Ampat, Kilometer 223 Rembau yang berlaku pada 10 Oktober 2010 yang lalu.

Ngeri saya tengok gambar-gambar kemalangan di blog mak ngoh selamoh.

Semoga roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmatNYA.

Pandu Cermat jiwa selamat. Tapi kadang kala kita memandu dah cermat dan hati hati tapi orang lain pulak yang memang tak berhati-hati langsung. Teringat pada arwah sahabat saya, Noraishah Nordin yang juga menjadi korban kepada kecuaian orang lain pada beberapa hari sebelum Ramadhan yang lalu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Biar lambat, asalkan selamat.

Mood: arhh rindu pulak pada arwah Kak Aishah.. Saya masih simpan text sms kata-kata semangat & perangsang yang dikirimkan kepada saya 2 bulan sebelum dia pergi. Al- Fatihah buat arwah dan semua mangsa kemalangan lalu.

p/s: Doakan perjalanan saya sepanjang 4 hari ni sentiasa selamat yer. Amin

Salam Kasih,

Islamic School

Salam,

Hari ini saya diserang migrain. Actually saya diserang migrain sejak malam tadi. Dah tidur pun tak boleh ok gak. Pagi tadi saya bangun seawal 4.15 pagi. Kononnya nak buat sedikit tugasan berkaitan dengan artikel tapi huh, tak dapek ler..akhirnya saya hanya terbaring di sofa hingga pukul 5.30 pagi. Mata tak pulak pejam-pejam.

Penyudahnya dalam rasa sakit kepala tu, saya mengemas rumah, membasuh dan menggosok baju. Selesai je Subuh, Qistina bangun temankan saya. Huh Kakak! Biar betul, 6.30 am in the morning awak bangun? Nanti megantuk kat school.

Sebut pasal school ni, saya rasa saya dah jumpa school yang saya rasa sesuai dengan masa saya dan suami. Kami ada ternampak satu banner mengenai pendaftaran sekolah tadika di Masjid UM (err yang sebelah pintu pagar UM tu. Apa nama masjid tu ekk? lupa la)

Saya dah call dah school tu. Cikgu yang menjawab tu kata sekolah tu Islamic school. So boleh la. Masa pembelajaran pun sesuai dengan jadual kerja saya. Masuk pukul 8 pagi dan habis pada 1 tgh. So dia masuk sekolah sebelum saya masuk kerja dan habis sekolah masa luch hour saya. Cuma, kalau waktu lunch saya masih dalam meeting ataupun masa tu saya berada diluar pejabat, tu yang agak pening skit nak adjust..tapi rasa ok kot.

Ingat nak survey macam mana keadaan tadika tu.. Ada yang nak joint hantar anak ke sana?

Salam Kasih,

Giler kerja

Salam,

Saya baru perasan satu perkara..This year, tahun 2010 ni saya sebenarnya workaholic. Oh, masa banyak di luar dan pejabat. Nasib baik bila saya buat kerja luar, saya boleh bawa anak-anak bersama.

Suami saya juga workaholic.. Pulangnya selalu bila hari dah gelap dan Kerja pejabat selalu dibawa pulang ke rumah dan dia tekun menyelesaikannya sehingga ke pagi..

Nasib baik ada Mama & Papa saya, maka perhatian dan kasih sayang mereka pada anak-anak saya dapat menutup ruang-ruang kosong yang ada semasa kesibukan saya dan hubby.. (saya masih kesal saya tidak dapat banyak meluangkan masa dengan anak-anak. Bila la ummi boleh berhenti kerja ni, ekk?) Ok. azam tahun depan ialah memperbanyakkan lagi masa yang berkualiti bersama anak-anak..

Ummi & Comel

Ummi & Cantik

Sebab itu setiap masa terluang yang saya ada dan dapat untuk bersama anak-anak, saya akan rebut sepenuhnya.

Tina & Sara, Ummi Luv u 2,3,4,5,6,7,8,9,10!

p/s: masih di office di kala ini..maghrib dah ni..

Chow!

Salam kasih,

Jalan-jalan Buat Kerja

Salam,

Mulai Rabu ni hingga Isnin minggu hadapan saya akan ke site sekitar Selangor.

Kalau ada sebarang soalan mengenai breastfeeding, boleh call juga. Kalau saya tak jawab tu, please text me ya..

Takut masa you all call tu, saya tengah bagi briefing.

So text me supaya saya boleh miss call anda semula..hehehehe..miss call jer la..tak larat nak call sebab ramai sangat yang termiss call saya..bengkok bill aii u kalau nak call semua orang..harap faham la yer situasi saya..Mekasih ;D

Kalau sempat, saya akan update blog..Kalau tak, emmm….tunggu minggu depan jer la ekk..

pssttt..saya akan ke Kuala Kubu Baru & Gombak pada hari Rabu ni, ada yang nak jumpa ke? atau belanja makan ker? hehehehe…

Masa Dinner SILC. Dari Kiri : Dr. Hairin, Zatul, Izzah, Dr. Nadrah & Shida

Khas Untuk Ibu:

“Ibu, pagi aku ke KKB pas tu aku singgah umah ko, boleh? Nak makan tengahari? pas makan aku chow ke Gombak plak . 2.30 petang ada briefing kat Gombak plak. aci tak? aci la ekk…hehehehe  sayang ko, Ibu!”

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
February 2026
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.