Lawatan ke Zoo
Assalamualaikum,
Last 2 week saya pulang ke rumah Mertua..Actually, saya plan nak ke JB 2 minggu lepas untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu saya tetapi Allah maha besar dan maha mengetahui. Jadi perancangan saya ke JB tidak menjadi tetapi saya pulang ke rumah mertua untuk menghadiri kenduri kesyukuran sempena kepulangan satu-satunya adik ipar saya, Betty dan keluarga dari England. Merah-merah pipi anak-anak Betty kena cuaca panas Malaysia..dan yang paling kalut ialah anak-anak Betty dah jadi kurang fasih berbahasa melayu..hehehe..normal la tu kan..haru biru bila semua orang dalam rumah mertua tu cuba speaking london..hehehe bagus sebab melatih lidah untuk speaking english.
So hari ahad tu hubby dan saya bawa anak-anak ke Zoo Negara sebagai sesi pembelajaran. Bagi anak-anak tengok live cam ner rupa rimau, zirafah, orang utan, bat, buaya, ular, etc la..Seronok dan penat serta sakit kaki sebab jalan keliling zoo.
Kepada Betty, Pian n anak-anak, selamat pulang. Mak dan Ayah dah tak rindu lagi dah lepas ni…
Salam Kasih,

aku suka bawak anak2 g tmpt camni..
cumanya yg tak tahan panas jer lah..