Jangan Risau. Belum Bersara Lagii…
Assalamualaikum,
Ada orang tanya saya, saya dah bersara kah dari dunia penyusuan ibu sebab blog saya tidak ber-update? hahaha..tidak..takk..belum bersara lagi tapi cuma sejak Mei 2011 saya agak sibuk dengan aktiviti keluarga dan Syarikat. Antaranya kenduri kendara keluarga sebelah saya & kenduri sebelah suami, mengikuti aktiviti syarikat seperti family walkaton (waaa..hitam kulit dan penat kaki jalan 3 km. Qistina laju jer jalan, ummi tertinggal kat belakang), bowling dan jugak pergi bercuti bersama jiran-jiran saya. Saya juga menghadiri kelas bagi memantapkan skill saya terhadap hobi baru saya. Apa hobinya? Biarlah rahsia jerk ekkk…
Saya dan neighbours [Nani, Ella dan Ina (behind the camera)] sewaktu bercuti awal bulan Mei 2011 yang lalu (err.. ayik asyik baju biru tu jer ekk..Nak wat cam ner baju faberet buat masa ni)
Family saya dan Family Nani
Huzaimi (kazen saya) & pasangannya, Fifa yang bernikah pada 4 Jun. Gambar diambil pada persandingan di rumah keluarga lelaki pada 12 Jun 2011. Both of them are Public Bank’s Staff in JB but different branch.
Tahniah Jai & Fifa!
So agak sibuk la sikit. Minggu ni pun saya joint aktiviti syarikat. Pertandingan memancing tapi saya tidak la memancing tapi Qistina masuk pertandingan mewarna.
sejujurnya, saya masih meneruskan kaunseling dan cinta pada breastfeeding masih menyala dan membara. Semangat masih utuh! Buktinya Isnin lalu, saya kaunseling seoarang bapa yang sangat menyokong usaha wifenya untuk breastfeed baby derang, semalam tengahari pulak , saya kaunseling mummy yang nak breastfeed anak angkatnya yang berusia 2 bulan dan pagi tadi saya juga memberikan kaunseling kepada ibu yang baru 5 hari melahirkan baby pertama. Kalau pertanyaan melalui sms, telefon, email dan Facebook pun masih saya layan dan bantu. Jadi bila masanya saya bersara, kan?
Ok la jumpa lagi.
Salam kasih,