Posts Tagged ‘Potty training’
Akhirnya diaperless
Salam,
Syukur alhamdulillah. Akhirnya Qistina dengan rela hatinya tidak mahu pakai diaper lagi. Sebelum ni memang dah tak pakai dah..Cuma time nak poo poo jer, dia mintak diaper..Time tido tu memang lama dah kami tak pakaikan. Memula tu memang terbabas gak sekali dua tapi lama-lama ok jer tido tanpa diaper sebabnya kami (saya n hubby)selalu terlupa nak pakaikan dia diaper time tido.Bila bangun pagi, tengok tak basah pun tilam so dah jimat la…
Sejak kemarin, kami belikan dia diaper yang termurah dipasaran sebab hanya nak pakai time poo poo. So petang semalam, bila dia minta diaper sebab nak poo poo, saya beri la diaper murah tu. Lepas tengok jer diaper tu, terus tak jadi nak poo poo. Bila dah jadi cam tu saya saja psyko Qistina, saya suruh dia poo poo kat toilet dia (beli lama dah..sejak blum ada Qaisara lagi), macam bila dia nak pee pee (pee pee boleh dalam toilet tapi poo poo tak leh sebab dia geli). Disebabkan dah tak tahan nak poo poo kot, dia terus setuju utk poo poo dalam toilet dia.
Yeayyy..akhirnya..dah tak perlulah kami beli lagi diaper untuk Qistina..Berjaya diaperless sebelum 4 tahun.. hehehe..beberapa hari jer lagi dia nak 4 tahun pun..Walaupun lambat,Tahniah tahniah ummi…Tahniah Qistina..
Sebagai reward kepada Qistina yang dah pandai guna toliet sepenuhnya, maka saya beri dia aiskrim strawberi dan juga mandi pink pool kecil kat depan umah.. Adik, apa lagi, tumpang sekaki la…
