Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan
Salam,
Sepanjang bulan Ramadhan ni, saya telah mengambil keputusan untuk berehat dari sebarang aktiviti luaran. Saya ambil peluang ini untuk berehat dan menghabiskan masa saya dengan keluarga especially anak-anak saya. Tetapi saya masih menerima dan menghadiri beberapa jemputan berbuka puasa di luar. Antaranya ialah majlis anjuran LHDN Jalan Bandar, KG Attap, majlis berbuka anjuran Nurturing Concept Sdn. Bhd. dan beberapa majlis berbuka anjuran keluarga & sahabat saya dan suami.
kelakar gambar ni
Insya Allah, selepas Ramadhan, jadual saya akan kembali sibuk.
Kemaafan Dendam Yang Terindah
Salam,
Pernah terfikir tak untuk terus memaafkan seseorang sejurus selepas hati anda rasa lega (cool down) bila anda marah atau sakit hati dengan seseorang? Cuba la.. Saya selalu lakukan begitu. Memaafkan seseorang atau keadaan dapat membuatkan saya dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia.
Saya lihat ada sesetangah individu bila marah, suka simpan lama-lama dalam hati. Lepas tu nak pandang orang yang dimarahi tu atau tempat kejadian yang membuatkan anda marah pun anda tak mahu. Ishk..lebih teruk lagi bila dengar nama pun tak mahu. Bukankah bila berbuat begitu akan menyebabkan hati kita lambat sembuh dan jiwa kita jadi sakit?
Cuba memaafkan adalah perkara yang patut kita buat supaya hati tenang dan dapat meneruskan dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Saya just nak share ayat kat bawah ni buat perangsang dan motivasi hari ini untuk kita semua:
Semoga kita semua hidup bahagia dengan apa jua cara yang kita pilih.
Salam Kasih,
Apa terapi anda?
Salam,
Apa yang anda pilih sebagai terapi bila anda agak kusut aka tension. Maksud saya selain dari solat dan mengaji banyak banyak, apa yang anda buat yer untuk hilangkan rasa kusut tu?
Kalau saya, saya memang memilih Shopping sebagai terapi saya. Tak semestinya saya membeli barang ataupun beli barang untuk diri saya tetapi kalau dapat window shopping pun dah kira ok. Belikan barang untuk kawan-kawan atau pun untuk syarikat pun dah kira cukup baik dah untuk legakan rasa sesak dalam kepala saya. Ahh, shopping memang terapi buat saya sejak dari dulu.
Boleh ke ekk shopping ni dijadikan terapi? sesuai ke ekk? entah la tapi ianya menjadi untuk saya.. anda cam ner?
psstt..dah shopping raya? saya minggu lepas dah shopping kasut raya anak-anak kat JUSCO Bukit Tinggi, Klang. Weekend ni pula, mungkin nak cari baju kurung anak-anak pulak. Saya dan suami? Ala kami dah cukup dewasa, jadi tak perlu la tiap kali raya nak baju baru, kan.. Pakai jer apa yang ado..tak gitu dek Non?
Salam Kasih,
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
Salam,
Pernah dengar mengenai SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)? Mari kita lihat apa itu SBS ini.
Apa itu SBS?
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi..
Bagaimana ianya terjadi
Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.
Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis.
Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kpd orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, adalah sangat diharapkan agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang hal ini. Walaupun di Malaysia jarang kita dengar kes sebegini dilaporkan namun ianya mungkin ada banyak diluar sana tetapi kita tak tahu. Kalau nak tahu di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Baby Shaken Syndrome ini bukanlah kes terpencil jadi sentiasalah berwaspada. Untuk maklumat lanjut boleh tengok www.dontshake.org atau klik gambar ini 
P/s : Secara peribadi, saya langsung tidak menyokong penggunaan buaian dalam penjagaan bayi .
Salam Kasih Ramadhan,
Breastfeeding & Ramadhan
Salam,
Ramai yang bimbang susu kurangkan pada bulan Ramadhan ni? Apa yang perlu anda lakukan?
- Susukan atau perah susu dengan kerap pada sebelah malam. Minumlah segelas air suam sebelum mengepam. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gelisah ibu.
- Perah susu sebelum tidur atau perah payudara sebelah lagi semasa menyusukan bayi
- Pump sebelah pagi sebelum bersahur (jika breast penuh. Jika tidak susukan bayi dan pump sebelah lagi)
- Jangan tinggal amalan bersahur
- Selawat satu kali setiap kali makan satu biji kurma (jika makan 5 biji, maka 5 kali selawat)
- Jangan tinggal atau kurangkan aktiviti mengepam di tempat kerja
- Mohonlah pada ALLAH agar susu tetap cukup untuk bayi anda dan anda berupaya untuk melakukan kedua-dua ibadah ini, menyusu dan berpuasa.
Jenis makanan bagaimana yang dapat mengekalkan production? Makanlah seperti biasa. Cuma kebiasaan makan pada waktu siang bertukar kepada malam.
Contohnya:
Jadual adalah sumbangan daripada Pakar Nutrisi,
Cik JESS (Melaka) yang juga PCPA bagi MBfPC. TQ very much Jess! Luv U!!
Dapatkan suratkhabar KOSMO dalam ruangan PESONA pada hari Jumaat yang akan datang ini untuk dapatkan artikel penuh dan info selanjutnya mengenai Ramadahan dan breastfeeding . Insya Allah.
p/s: rugi tau saper tak dapatkan KOSMO Jumaat akan datang ni (20 Ogos 2010). Mana tau muka anda terpilih menghiasi ruangan PESONA.
nota: terima kasih juga kepada Puan Rita Rahayu, Cik Jess serta ibu-ibu yang menyusu yang turut menyumbangkan tips berdasarkan pengalaman & fakta.
Salam Kasih Ramadhan,
Selamat Menyambut Ramadhan 1431H
Salam,
Rasanya belum terlambat saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan pada semua pembaca setia blog saya (hehehe…perasan tak habih).
Hari ini juga bermulanya rutin saya memasak pada seawal 4 pagi dan terkejar-kejar dengan perkara lain. Tapi saya sangat suka dengan Ramadhan. satu perasaan syahdu setiap kali Ramadhan tiba. Kalau boleh saya nak Ramadhan sepanjang masa. Serius! Sebab saya menjadi better person setiap kali Ramadhan.
Qistina juga akan mula berpuasa setengah hari hari ini di Nursery. Kalau tak tahan, alamatnya sebelum sempat tgh dia dah berbuka la tu kot.
Oh ya, pasal topik puasa dan Ramadhan, sebenarnya saya ada menulis mengenai topik ini untuk majalah Mami & Baby serta untuk suratkhabar KOSMO (untuk Jumaat ini . Tips yang diberi adalah daripada hasil sumbangan saya, kawan-kawan dan juga IBCLCs.
untuk blog, insya Allah, saya akan cuba postkan sedikit nanti. Buat masa ni, saya ada banyak deadline artikel untuk saya buat. Bagi saya bernafas sekejap yer.
Ok lah, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan maafkan saya andai ada tulisan saya atau kata-kata dan perbuatan saya yang megguris perasaan anda, maafkan saya. Semoga ibadah kita mendapat keberkatannya. Insya Allah.
Nota: Saya baru kehilangan seorang rakan baik yang bekerja di CIDB, Noraishah Nordin kerana kemalangan jalan raya pada Sabtu (7 Ogos 2010) yang lalu di Serdang. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
Salam Kasih,
Telekom’s 1st SGM – Membanggakan!
Salam,
Alhamdulillah, walaupun short notice yang diberikan untuk mengadakan SGM di Telekom (lepas lunch semalam) one of the Telekom’s staff, Puan Aida decided to have a support group meeting during lunch hour hari ni, peserta yang hadir sangat memberansangkan. Seramai 14 orang ibu yang juga kakitangan Telekom telah hadir pada perjumpaan pertama ini. So termasuk saya sebagai moderator, jadi 15 orang la.
Pada permulaan, suasana agak sunyi. Hanya saya yang bercakap, agaknya derang malu-malu la kot untuk mula berbicara dan berkongsi. Tetapi bila lama-kelamaan tu, suasana jadi sangat mesra dan sangat santai. Banyak yang dikongsi bersama dalam sessi pertama ini.
Tahniah pada yang hadir dan pada yang tak sempat hadir, lepas raya kita ada lagi SGM di Telekom. So jumpa lepas raya la yer..
Seramai 10 peserta daripada 15 peserta yang sempat bergambar sebelum balik. Yang lain dah lari dulu dah..tak sempat panggil. Next time la kita bergambar lagi..
Kepada kakitangan Telekom, You all memang best lah!
Salam Kasih,
1st SGM Di Bangunan TM ANNEXE 2
Salam,
Saya suka nak war-warkan di atas permintaan warga TM esok 10 Ogos 2010 satu SGM or Support Group Meeting atau dengan nama istilah yang lebih mesra (saya beri nama ni supaya tak nampak cam formal meeting) iaitu Sharing Group Moment akan diadakan di masa & tempat berikut:
Tarikh : 10 Ogos 2010 (SELASA)
Waktu : 1 ptg hingga 2 Ptg (Lunch Hour)
Tempat: Tingkat 29, TM Annexe 2, Jalan Pantai Baru, KL
Topik : Penyusuan Susu Ibu di bulan Ramadhan
Ini Gambar Hiasan Sahaja
Kepada warga kerja TM samada di TM Annexe atau Menara Telekom aka Rebung yang ingin turut serta adalah di alu-alukan kehadiran anda dalam perjumpaan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Aida (staff TM) di talian 013-3405998.
Salam Kasih,
World Breastfeeding Week 2010 Celebration
Salam,
huhuhu..saya sangat sibuk sampai nak update blog pun tak sempat sejak 2 minggu yang lepas. minggu yang pertama, saya sibuk dengan mesyuarat yang tak putus-putus di pejabat. Sampai naik muak la. Kemudian minggu ni, saya sibuk dengan sambutan Minggu Penyusuan Sedunia dari 1 Ogos 2010 – 7 Ogos 2010.
Alhamdulillah, sambutan WBW tahun ni saya banyak terlibat secara langsung dalam beberapa acara. Antaranya Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang (Kajang), Sambutan WBW peringkat KPJ Selangor Specialist Hospital (Shah Alam) dan sambutan WBW peringkat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR, Klang).
Di Hari Susu Ibu, saya menguruskan press.
Hari Susu Ibu 2010
Saya menjadi ahli panel bagi Forum WBW di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam.

Saya & geng MBfPC bersama kakitangan HTAR semasa sambutan WBW di sana
Kenangan manis sambutan WBW tahun ini kerana saya terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti sepanjang satu minggu sambutan WBW. Alhamdulillah. Rakan-rakan saya yang lain juga sangat sibuk sepanjang minggu ini.
Selamat tinggal minggu breastfeeding tahun ini. Semoga panjang umur dan berjumpa semula tahun hadapan.
Salam Kasih,




























