Masih di DEMC
Salam,
Pepagi buta dah bangun tulis blog yerk.. Bukan, sebenarnya tidur di hospital ni bukan boleh nyenyak sangat pun. Tambahan pada waktu siang, dah bantai tidur banyak kali sebab ubat yang diberi tu menyebabkan saya mengantuk.
Saya masih di DEMC buat masa ni. Operation dibatalkan dan Dr. Loga advise buat masa ni, untuk saya mencuba antibiotik yang lain. Saya juga ada buat fisioterapi (thanks u all, rasa cam kena urut pun ada bila kena tepuk-tepuk utk longgarkan kahak. Teringat masa bawa Qaisara buat fisio dulu kat KPJ Selangor Specialist Hospital).
Pagi ni, terasa macam dah clear sikit hidung saya. Tak la beringus sangat dan batuk juga berkurangan. Semalam 2 kali cuci hidung. waaaaa..terseksa rasanya nak habiskan 200ml ubat pencuci hidung tu. Tapi demi nak baik, kena paksa juga diri utk cuci hidung tu. Hasilnya, a lot better. IV line juga dah di set up semula disebelah kiri tangan utk rawatan antibiotik petang semalam sebab yang lama di sebelah tangan kanan saya tu, dah leaking dan tangan saya dah besar dan gemuk macam belon (ke memang tangan saya dah sedia gemuk ni? kekeke). Sepanjang malam air antibiotik tu duk meleleh keluar cam paip bocor dari tangan saya.
Malam tadi juga, Doktor Jita (physician) kata lungs saya dah bertambah baik dan sinus saya juga dah berkurangan. Sejak rawatan ni, batuk dah bertambah kurang. Dah boleh dah bercakap tanpa diiringi dengan batuk batuk yang bertindak sebagai penyanyi latar dalam conversation saya selama 3 minggu yang lalu. Alhamdulillah. Cuma Doktor kata, saya akan dalam long term antibiotik la utk betul betul baik. Emmm…mungkinkah penyakit ni berulang? Adoi, tak sanggup rasanya kalau jadi sekali lagi.
Petang Jumaat dan semalam juga saya menerima kunjungan yang tak henti-henti sampai habis waktu melawat jam 11 malam. Terubat sikit rasa sunyi duk sorang-sorang kat spital ni.
Oh ya, malam semalam juga hubby temankan saya sepanjang malam. Hubby saya sangat bertanggungjawab tapi Hubby saya memanglah sangat tidak romantik dan dia menunjukkan kasih sayang dia dalam cara yang lain. Atau mungkin dia nak mengalihkan keresahan dia dengan memikirkan perkara lain. Ada ke masa saya kata saya kena operation, dia boleh kata tak pe la, dia nak pi repair kereta masa tu. Hahahaha..bab bab ni kekadang dia failed la beb. Dia selalu rasa saya boleh handle sendirian kalau bab-bab yang memerlukan semangat atau azam yang kuat. Dia kata saya kan super woman. Tapi bab lain, Alhamdulillah, saya bersyukur sangatlah dia adalah pasangan hidup saya. I love u, lah Darling!
Dalam saya masih dirawat dihospital ni, ramai juga yang bertanya mengenai breastfeeding class saya. Emm..saya belum putuskan samada akan adakan atau tidak pada bulan Feb ini memandangkan keadaan saya ni. tengok cam ner la yer..
Psstt… saya suka staff di DEMC ni. Sangat peramah dan nursenya suka senyum. Doktornya juga sangat mesra. Bayarannya? errrkk..nasib baik insurans cover, kalau tak, tercekik gak la rasanya. So u all, advise saya ambil la insurans sebab sgt penting. Bayaran perubatan skang ni sgt la tinggi.
Salam Kasih,
Tangguh
Salam,
Semalam saya kata minor operation kan, tapi malam tadi saya dapat tahu sebenarnya major operation. Setelah bincang dengan husband, maka kami buat keputusan untuk tangguh dulu for second opinion.
emmm…batuk ada kurang tapi sakit kepala tetap maintain gitu. Mungkin akan buat juga demi kesihatan. Tengoklah macam mana. May be hari ni, saya discharge..
Salam Kasih,
Minor Operation – Doakan saya selamat…
Salam,
Tadi saya buat check up di klinik Dr. Loga , ENT Specialist. Kamera kecil dimasukkan ke dalam kedua-dua lubang hidung saya dan didapati nanah sangat banyak di rongga sinus saya.
Batuk saya juga tidak berkurangan dan semakin worst. melihat kepada keadaan saya, Dr. Loga membuat keputusan untuk melakukan major operation bagi mengeluarkan puss yang ada.
Tempahan bilik OT juga dibuat di depan saya. Insya Allah, jadual saya masuk Ot esok adalah pada pukul 9.30 pagi.
Doakan saya sembuh dengan sepenuhnya ya. Dr. Loga kata, insya Allah selepas buang nanah yang ada, saya akan rasa lega dan akan sembuh dari sinus ini.
Emm..perasaan saya? Kosong…Doakan saya selamat. Walaupun ianya minor operation, risiko masih tetap ada sebab saya pernah melihat kawan sepejabat saya meninggal sewaktu minor operation buang tyroid sahaja 2 tahun yang lalu. Jadi saya pohon doakan saya selamat dan panjang umur.
Semoga kita akan dapat berjumpa lagi. Insya Allah.
mood: saya blur pada masa ini. Nasib baik ada adik saya Fadz Ramzi menemani saya di wad saat ini. hilang skit boring.
Alamak, Bronkitis dan Kronik Resdung!
Salam,
Salam kasih dari saya yang bersiaran dari Darul Ehsan Medical Centre aka DEMC, Seksyen 14, Shah Alam.
Emmm…admitted la pulak yer..Tak habis habis tak sihatnya. Saya ditahan lagi untuk pemeriksaan lanjut sebab batuk yang berpanjangan dan apa yang saya dengar semalam, saya mengalami bronkitis. Bronkitis yang disebabkan oleh sinus.
Pagi semalam dah buat blood test dan lungs x-ray. lungs ok and clear. darah ada sikit problem. So doktor nak tahan utk start antibiotik. Sakit woo bila ambil antibiotik tu. Tengok dia menitik, masuk tiub, rasa cam nak cabut jer sebab antibiotik tu pekat dan bila nak masuk dalam salur darah, errr..seksa la juga rasanya..
So this morning, saya buat CT scan. Petang masa doktor buat 2nd round, he told me a bad news. There is a pus in my sinus area. So kena rujuk ENT for further investigation. So at 4.30pm tadi, i had another CT scan. Result? Baca kat bawah la yer, Dr. Loga, pakar ENT dah datang explain kat saya ..
Nampak gayanya, lagi lama la saya di DEMC ni. Semalam doktor kata 2 hari, tapi bila ada result lain, so kena berkampung lagi la kat sini… May be ada hikmahnya. Lebih baik buat treatment daripada biarkan saja.
Qistina dah 2 hari tak ke sekolah sebab saya begini. Hubby sibuk menguruskan saya dari pagi semalam. tapi saya risau bila Qistina tak sekolah. Takut dia tertinggal pelajaran. Walaupun pre-school tapi ianya tetap penting pada saya sebab pre-school sekarang bukan macam pre-school zaman saya, datang utk main dan makan. Pre-school sekarang dah belajar macam macam. Macam pre-school Qistina tu diajar Bahasa Arab, Bahasa Melayu, English, science, Maths dan IQRA. IQRA dan bahasa Arab lagi diajar setiap hari sebab target MAIWP ialah by end of this year budak-budak kelas Qistina dah naik Al-Quran. kalau Tina asyik tak datang sekolah cam 2 hari ni, mustahil dapat capai target tu. Itu yang saya risau. Risau kalau dia tertinggal.
Hari ini hubby ada beritahu saya, Qistina menangis pagi tadi, bila tanya mengigau ke? Dia kata” tak la , kakak nak ummi la..” aduhai anak, sedih ummi dengar. Tunggu la ye sayang..Nanti ummi balik. Semalam masa Tina datang tengok Ummi, ummi mamai sebab ubat. Tapi ummi perasan muka Tina sedih tengok Ummi… Ummi tak dapat nak peluk Tina lama-lama sebab Ummi tak sedar lepas tu.
Nasib baik adik baik, tak nangis malam tadi. Cuba nak baring sebelah ummi jer. Ummi peluk sekejap bila adik baring sebelah ummi.
TQ to hubby sebab selama saya batuk tak berhenti, selama 3 minggu ni, dia yang jaga saya setiap malam tanpa jemu. Bila check up di hospital, dia juga menjadi peneman saya sepanjang hari.
Oh ya, saya ada buat carian google tentang penyakit saya ni. boleh baca kat
Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus
Tahap saya ini sudah mencapai kepada kronik sinus. The puss aka nanah dah ada dalam rongga sinus kanan tapi lebih banyak dalam rongga sinus sebelah kiri dan rongga bawah otak (yang menyebabkan saya sakit kepala) Ini yang di beritahu oleh Dr. Loga just now pada saya.
Ok lah, doakan saya sihat dan bertambah baik untuk treatment antibiotik agar saya tak perlu menjalani sebarang pembedahan. Semoga tiada berita yang lebih buruk dari ini. Semoga saya sembuh!!!
Ahh..risaunya saya, saya ada anak-anak yang masih memerlukan saya!
Doakan saya sembuh ya..
p/s: ada suggestion untuk rawatan traditional untuk penyakit ni tak? Saya tak sangka la pulak saya mengalami penyakit sinus aka resdung ni.
Our 7th Anniversary
Salam,
Semalam adalah anniversary perkahwinan saya dan suami yang ke 7. Sekejap jer dah 7 tahun yer.. rasa macam baru jer..Tapi bila pandang balik figure badan saya ni, hehehehe…sah memang dah 7 tahun la sebab isi tambahan bawah kulit dah bertambah banyak dan bila pandang anak-anak, lagi sah la kami dah lama kahwin.
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kami masih bersama dan memerlukan. Apa celebrationnya? Emmm..This year kami tak ada buat family gathering cam last year. Tak sambut apa-apa pun. Sebabnya semalam, kami perlu berkhidmat pada kedua parents in law saya. Perlu menguruskan mereka, meaning membeli keperluan, bekalan makanan dan bawa mereka ke klinik. Lagi pun semalam saya sangatlah tidak sihat. Batuk saya menjadi-jadi sehingga sakit kepala. Berat tak hengat kepala ni semalam.
Jadi kami belum lagi dapat buat apa-apa. Jadi tahun ni lambat sikit la kami sambutnya.
Tapi seperti biasa, hubby saya mesti wish saya dulu setiap kali anniversary kami. Hehehe..Alhamdulillah. Ingatkan dia dah lupa sebab sepanjang minggu reaksi cam tak ingat jer. Ok la tu, dia masih blom lupa.
En. Hubby, Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 7. Semoga kita tetap akan terus bahagia dan saling memerlukan sehingga habis nyawa. Oh ya, Luv U lah!
Ku Bahagia,
APa Yang Penting? Kerjasama!
Salam,
Tadi semasa saya naik lif utk ke pejabat, saya terdengar (bukan curi dengar tau. Lift cramped sangat dan mereka betul betul mengadap saya) perbualan sekumpulan kawan yang bersembang mengenai kekecewaan salah seorang kawan mereka dengan perbuatan dan tindakan pihak nursery yang memberikan susu formula apabila susu ibu perahan (ebm) yang dibekalkan tidak mencukupi. Dan salah seorang daripada mereka yang betul betul mengadap saya, asyik pandang saya sewaktu mereka bercerita.
Emmm..dalam hati saya, saya hanya boleh simpati sahaja. Saya tidak mencelah atau memberi komen. Saya hanya senyum sahaja. Takkan saya nak celah ye dak? Saya bukan sebahagian daripada perbualan tu, so sonyap ajolah.
Tapi daripada perbualan tadi, ada kesimpulan yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka ialah jika ketika baby masih kecil dan kalau menyusu secara exclusive sebaiknya diletakkan dibawah jagaan babysitter dan bukannya di nursery.
Betulkah pandangan ini? Sesuaikah? Selesaikah masalah ini nanti? Ada jaminan yang babysitter perseorangan takkan buat begitu? Tak ada jaminan jugak yer… Susah ni..macam mana nak buat ni yer?
Emmm…pandangan peribadi saya la kan, saya rasa cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan sebab saya pernah meletakkan anak dibawah kedua-dua jenis jagaan yang diatas. Kedua-duanya tidak mendatangkan masalah pada saya dan anak-anak saya. Kenapa tidak ada masalah? Sebab saya tegas dan menerangkan dengan jelas tentang pendirian saya mengenai susu ibu dan juga saya terangkan cara bagaimana nak handle ebm yang saya bekalkan untuk anak saya sepanjang waktu saya bekerja. Bukan setakat terang, saya berikan buku untuk mereka baca dan paham bagimana mengendalikan susu ibu.
Kalau dikelas breastfeeding kendalian saya, saya suka tekankan perkataan mudahkan kerja babysitter atau nursery (yang jaga anak kita di nursery tu dipanggil babysitter gak yer tak?) untuk handle. Kita nak minta tolong dia kan untuk bantu kita mencapai gol exclusive breastfeeding? Jadi apa salahnya kita bantu dia orang supaya mereka rasa senang dan mudah untuk handle ebm. Ini tidak, kita serah bulat-bulat pada babysitter bagaimana untuk handle anak kita. Kita beri penerangan begitu begini tapi paham ka dia? Cuba kalau kita sediakan siap-siap ebm dalam botol untuk beberapa kali feeding time. Senang babysitter. Hanya perlu panaskan saja ebm tu bila dah sampai feeding time.
Ini tidak, saya pernah lihat (contoh la ni yer bukan mengata tau. Dosa you kalau mengata orang ni), ada ibu yang hantar ebm yang masih beku kepada nursery. Dah la beku, cooler beg tak dibekalkan atas alasan peti ais ada di dapur nursery. Tapi tak perasan ke yang dapur dengan bilik baby sangat jauh? Dan babysitter tak boleh tinggalkan babies lama-lama sebab bukan anak kita sorang saja yang dijaganya?
Apa salahnya bekalkan cooler beg dan ice pack. Dan cairkan siap-siap ebm tu sebelum hantar ke nursery. Sekurang-kurangnya bekalkan 2 botol ebm yang dah cair sepenuhnya. yang lain mungkin separuh cair. Ini tidak semua ebm beku yang dibekalkan. Berapa lama pulak masa nak diambil untuk cairkan ebm tu? Semua tu menyebabkan babysitter rasa keberatan untuk membantu kita melaksanakan impian exclusive breastfeeding yang kita impikan. Penyudahnya anak kita minum ebm tapi telah kosong sebab tak ada zat. Kenapa tak ada zat? Sebab babysitter nak cepat, anak-anak jagaan dia yang lain dah menangis. Ebm kita yang beku tadi di letakkan aje dalam periuk air panas di atas dapur. Ha, minum air kosong ajer la anak kita hari tu. Jangan nak salahkan babysitter tapi salahkan diri sendiri sebab tak bantu babysitter untuk buat kerja dia.

Jadi senang kerja dia untuk susukan anak kita. Tak payah dia berlari ke dapur yang memerlukan banyak langkah kaki untuk sampai ke sana. Kalau babysitter tak keberatan untuk guna food warmer untuk panaskan ebm, ha, sediakan food warmer. Kalau dia berkira dengan kos electric, maka kita ajarkan cara konvensional untuk panaskan ebm tadi.
Jangan kita sombong sangat dengan mengatakan yang kita bayar dia untuk buat semua tu. Ya memang kita bayar tapi kita perlu ada courtesy dan tolak ansur. Kita nak bagi yang terbaik pada anak kita tapi kita tak pulak berusaha menyenangkan kerja orang yang menjaga dan memberikan ebm kita pada baby kita. Kalau kita ni manusia, mereka juga adalah manusia. Kat rumah kita hanya jaga baby kita sahaja tapi di nursery, ramai lagi baby yang nak di jaga oleh seorang babysitter. Tak silap saya, satu babysitter selalunya akan jaga 3 orang baby.
Lagi satu kadang-kadang kita ni terlebih feeding anak-anak kita. Contohnya, baby baru umur 2 bulan tapi kita bekalkan dalam 4 oz dalam satu botol untuk 6 kali feeding time. Ha dah terlebih dah tu.. Banyak sanyat 4 oz untuk baby umur 2 bulan dan banyak sangat 6 kali feeding time kalau untuk 8 atau 9 jam kita keluar dan berjauhan daripada baby. Penyudahnya bila production susu kita merundum, kita hanya dapat bekalkan 3 botol berisi 4 oz/botol utk sehari untuk cover 6 kali minum. Bila tak cukup? Macam mana pulak?
Babysitter tu bukanlah kejam atau nak menginaya kita dan baby. Tapi sebenarnya derang tu kesian dengan baby kita sebab tak cukup susu yang nak diminum sebab selalunya kita bekalkan 6 botol utk sepanjang hari. Jadi alternatifnya dan atas dasar kemanusiaan dan rasa kasih pada baby tu, maka dia ambil keputusan sendiri dan top upkan dengan susu formula tanpa izin kita. Dia tak mahu, baby kita lapar..Dia sayang baby kita tau…
Jadi pikirkan lah apa yang saya cuba terangkan. Kalau rasa tak puas hati atau tak paham dengan cara atau alternatif yang saya terangkan kat atas tadi, sila la call saya. Saya boleh terangkan dengan lebih jelas.
Kepada yang terasa, saya minta maaf. Saya bukan menyalahkan sesiapa. Situasi anda mungkin sama dengan apa yang saya terangkan diatas tapi saya bukan bercakap mengenai anda. Saya menulis secara general dan itu adalah fact serta keadaan sebenar yang sesetengah ibu alami dan buat. Saya jadikan contoh untuk panduan kepada ibu-ibu lain. Tiada langsung niat untuk mengguris hati anda.
Saya juga bukan sebelahkan babysitter atau nursery yang melangkau dan kurang menghormati anda sebagai ibubapa dengan berbuat keputusan sendiri dengan top up formula tanpa kebenaran parents. Tidak! saya juga langsung tidak setuju dengan tidakan mereka.
Tapi apa yang saya cuba katakan disini ialah tak kiralah kita ini sebagai ibubapa yang nak berikan yang terbaik pada anak-anak kita ataupun pihak nursery yang cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik, cubalah bekerjasama. Berbincanglah dari hati ke hati agar kesilapan dalam mengendalikan ebm tidak berlaku. Kalau kita kurang ilmu dalam cara nak handle ebm ni, carilah ilmu tersebut.
FYI, saya dan rakan-rakan pada tahun ini akan melaksanakan program untuk mendidik sebanyak yang boleh taska/nursery di negeri Selangor dan Kuala Lumpur cara-cara pengendalian ebm ini. Jadi kalau anda mahu taska anda tersenari dalam program ini, sila email saya dan saya akan forward kepada AJK yang akan mengendalikan jadual program.
Salam Kasih,
Komen-Komen saya dalam akhbar KOSMO!
Saja nak share cerita ni. Ahad lalu, dalam ruangan JURNAL akhbar KOSMO!, saya ada memberi komen sedikit berkenaan susu ibu untuk artikel yang ditulis oleh seorang wartawan lelaki , En. Ikhwan Ideris .
Boleh baca di SUSU IBU TAHAN 2 MINGGU.
Semasa bulan Ramadhan tahun lalu juga, saya ada juga menyediakan sedikit komen untuk artikel SUSU IBU TIDAK AKAN KERING yang disediakan oleh wartawan KOSMO!, Nurul Izza Rosly untuk ruangan PESONA.
Juga seminggu sebelum itu, ada gambar saya didalam akhbar KOSMO yang bercerita mengenai aktiviti Penyusuan Ibu oleh MalaysianBfPC.
(terima kasih kepada Puan Fid atas ihsan gambar ini)
Terima kasih kepada suratkhabar KOSMO kerana sudi mewawancara saya dan juga mempromosikan susu ibu.
Terima kasih juga kepada media cetak-media cetak yang lain yang sudi mempromosikan penyusuan ibu.
p/s: Malam tadi saya ada menonton 90210 di chanel 711. Salah satu dialog dalam adegan perbualan 3 orang wanita ialah berkenaan breastfeeding. Dialog yang diucapkan ialah “Breastfeeding is the most civilized thing in the current age” atau dalam bahasa melayunya ” Penyusuan ibu adalah perkara yang paling bertamadun pada masa kini”. So apa lagi, meh breastfeed our baby.
Salam Kasih,
Saya dan kisah LRT Monorail
Salam,
Sabtu lalu saya ke Berjaya Times Square utk satu fotografi Workshop. Training sangat menyeronokkan. Rasanya 5 jam berada di sana memang tak cukup sebab bila balik saya jadi blur balik..hahaha..ambil masa la nak mahir yer tak?
Tapi bukan itu yang saya nak cerita disini. Saya nak cerita pasal pengangkutan yang saya gunakan. Oleh disebabkan saya kurang sikit arif pasal jalan arah Bukit Bintang dan sekawasan dengannya, saya memutuskan utk menaiki pengangkutan awam. Huh lama sungguh tak naik pengangkutan awam ni. Kalau teksi tu memang selalu juga.
Pergi ke sana pada waktu pagi, saya naik teksi. Ok la. Perkara biasa. Tambang mahal tu sudah adat la. Petang, masa nak balik tu, jalan jam la pulak. Nak keluar tu pun emmm..kereta dah berderet-deret. Biasa la tu. Tambah-tambah lagi ada pulak 8TV Anniversary Party diadakan di perkarangan Time Square, lagi banyak la pemandu yang perlahankan kenderaan nak tengok apa yang berlaku. Err..sesak sungguh la. Jadi saya memutuskan untuk menaiki monorail utk balik ke KL Sentral. Saya parked kereta di sana pagi tadi.
Ya Allah, saya rasa inilah pengalaman yang mengerikan untuk naik monorail di sana. Punya la ramai orang, itu ok lagi. Tapi bab berebut-rebut nak naik train tu saya tak sanggup nak hadapi. Mengerikan. Bayangkan, saya punya la beratur dan berdisplin. Tetapi orang yang dibelakang, sangat tidak berdisplin. Main tolak dan meluru saja ke depan tanpa memikirkan keselamatan orang yang berdiri paling hadapan di landasan. Mengerikan sebab bila mereka yang dibelakang mula tolak-menolak, mereka yang didepan terdorong ke depan dan boleh tersepit. Dah la pintu lrt tu cepat sangat nak ditutup.
Akhirnya saya mengalah. Saya lepaskan train kedua yang saya tunggu. Train ke dua yer. Dan saya adalah orang yang paling hadapan dalam barisan. Kenapa saya masih tidak naik walaupun dah 2 trip train berhenti depan saya? Sebabnya, saya dahulukan orang yang membawa kanak-kanak. Saya sangat risau, kanak-kanak tersebut terpisah daripada ibubapa mereka. Anak orang tapi saya yang risau lebih. Tak boleh saya bayangkan jika saya bawa anak-anak saya pada ketika itu. Creepy.
Jadi bila train ke 3 datang, akhirnya saya berjaya meloloskan diri memasuki train monorail tersebut. Kenapa saya kata meloloskan diri? Sebab semuanya berebut-rebut. Menolak-nolak. Tak sempat orang dalam keluar, yang dibelakang saya dah menolak-nolak nak masuk train. Jadi untuk mengelakkan saya tersepit atau bakal jatuh dilandasan, saya terpaksa mengecilkan diri saya yang memang susah nak di kecilkan ni utk masuk ke dalam train. Keadaan dalam train?! Huh, tak payah cakap la sebab memang sesak dan macam dalam tin sardin.
Arrghhh..pengalaman yang mahal dan saya terpaksa kata menakutkan. Macam ada rusuhan. Macam orang tak bertamadun. Ah, warga KL. Betapa susahnya anda yang menaiki pengangkutan awam ni. Letih la kalau begini setiap hari. Kalau naik kereta , letih kerana jam. Kalau naik kenderaan awam, letih kerana terpaksa bersesak, berebut-rebut dan tolak-menolak..
Serik ke saya utk naik kenderaan awam lagi? Err..tidak la kot sebab untuk ke KL Sentral daripada pejabat saya, saya masih memilih untuk menaiki LRT Putra. Utk ke Sogo juga, saya masih memilih untuk menaiki LRT Star. Untuk balik ke Seremban/Klang/Shah Alam, saya masih juga akan memilih untuk menaiki Komuter . Tapi saya hanya akan naik jika kereta saya bermasalah la yer.
Kepada anda yang menaiki kenderaan awam setiap hari, tabahkan hati. Kuatkan semangat. Semoga keadaan akan berubah satu hari nanti dan kita akan selesa sepanjang perjalanan.
Salam Kasih,
Hari pertama Qistina di Tadika
Salam,
Seperti yang saya pernah ceritakan, kami suami isteri akhirnya memilih untuk menghantar Qistika ke Tadika Islam MAIWP dan hari ini merupakan hari pertama Qistina bersekolah di sana.
Oleh kerana ini kali pertama dan pengalaman pertama kami menghantar anak ke sekolah, maka persiapan tu agak kelam kabut. Hujung minggu yang lalu baru nak cari kasut sekolah, stokin dan baju sekolah. Kelam kabut saya dan hubby. Hahaha..dan petang semalam baru teringat nak carikan dia pencil box.
Pagi ni, dia saya kejutkan seawal 6.15 pagi. Mula-mula meragam juga tapi bila disebut kakak kena sekolah, terus bangun dan nak mandi dan siap pakai baju sekolah.
Lepas saya daftarkan dia, saya terus masuk office dan tinggalkan sekejap di sekolah. Bila saya datang ambil, tinggal dia seorang jer dalam kelas. yang lain dah balik dah. Mak ayah dah ambil bawak balik.
Saya terus tanya pada Qistina,” Kakak, Kakak nangis tak bila Ummi pergi work?”
Jawab Qistina dengan penuh confidentnya, ” Tak la. Kakak tak nangis pun. Kakak tak takut dengan cikgu pun” Ceh, sombong la plak jawapan dia. kekekeke..
Apa pun saya dah berjaya mengurangkan debaran dihati sejak semalam yang bimbang bagaimana dengan keadaan Qistina ke sekolah baru. Lega bila tengok dia pandai berdikari. Alhamdulillah.
Esok hari baru lagi. Ada lagi nak ditempuh. Semoga semakin cerah hari esok untuk saya, suami dan anak-anak.. Aminnn
Salam Kasih,


















