Earth Hour

Salam,

Esok adalah hati BUMI. So selari dengan hari Bumi, satu kempen yang saya rasa setiap tahun ada dijalankan, kita disarankan untuk tutup lampu selama satu jam..Meh la reramai kita sokong kempen ni.

Boleh register kat bawah ni utk sokong kempen ni

Jangan lupa tau, kempen ni akan berlangsung esok (27 Mac 2010). Kita disarankan untuk tutup lampu selama 1 jam daripada 8.30 mlm hingga 9.30 malam sebagai tanda sokongan kita pada kempen ini. Jom!

Salam Kasih,

Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar

Salam,

Sabtu lepas (20 Mac 2010) saya telah menghadiri Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar yang dianjurkan oleh US Embassy di Malaysia. Seminar ini diadakan bertempat di Bilik Seminar NSTP, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Di seminar ni, ada beberapa tajuk yang di bentangkan. Ianya bermula daripada hari Khamis hingga Sabtu. Pada hari Khamis dan Jumaat, tajuk yang dibincangkan adalah tajuk yang sama. Manakala pada hari Sabtu, ada 2 tajuk yang dibincangkan. Emm..saya hanya hadir pada hari Sabtu dan hadir untuk kedua-dua tajuk seminar. Pada seminar ini,  Whitney Keyes daripada US telah sudi berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai strategi untuk mempromosikan dan memperkenalkan perniagaan kita menggunakan media, tak kirala media cetak, media elektronik atau pun melalui internet.

Saya bertemu dengan ramai usahanita yang sangat-sangat bersemangat dalam menjalankan perniagaan mereka. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, hanya saya sahaja yang berkecimpung dalam dunia Breastfeeding.

Bersama Whitney Keyes

Bila saya berikan kad saya kepada Whitney Keyes, beliau begitu teruja kerana melihat perkataan Lactation Counselor di kad saya. Beliau menjelaskan yang breastfeeding sesuatu yang sangat popular di US. Beliau memuji usaha yang ada dalam mempertingkatkan usaha untuk memartabatkan breastfeeding di negara ini.

Pada hari tersebut juga, saya berkesempatan bertemu dengan seorang anak Melayu muda yang bernama Faisal yang telah menjalani program pertukaran pelajar ke US dan kini membuat kerja amal  untuk memberi balik apa yang beliau dapat semasa di US kepada anak-anak muda dan kanak-kanak di Malaysia.

Insya allah, jika tidak ada aral melintang, Baby N Me dan saya akan bekerjasama dengan anak muda ni untuk mengadakan kelas  english secara percuma untuk preschool dan sekolah rendah yang ada dikawasan saya sebagai salah satu lagi projek dan sumbangan saya kepada komuniti Malaysia. Mudah mudahan projek ini akan dapat dilaksanakan dan dipermudahkan olehNYA.

Juga sempat dan berkesempatan memperkenalkan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor  kepada wakil kedutaan US Embassy (entah dia ingat ke tak lagi lepas ni ekk).

Saya juga telah menghabiskan sepanjang hari dengan ramai wanita yang bersemangat waja dan sentiasa positif sepanjang berada di Seminar tersebut. Kagum, memang kagum dengan mereka ini.


Ladies, all  the best!!

Salam Kasih,


Family Gathering

Salam,

Lama tak update yer..Bukan apa, tak sempat dan tak ada cerita serta kekurangan idea nak berceloteh. Tu yang sonyap jer..

Jumaat lepas, Mak cik saya aka MAK OYA telah mengadakan gathering untuk kami yang bergelar adik-beradik, anak-anak sedara dan sepupu sepapat yang berada di Lembah Klang dan Selangor. Diadakan juga sambutan harijadi untuk yang menyambut harijadi daripada Jan 2010 – Mac 2010 (gambo potong kek tak sempat nak ambil la).

Meriah, memang meriah. Tau ajer la, kalau dah ramai-ramai tu, macam nak roboh sebab semuanya asyik nak berebut makan dan tempat nak duduk. Blom lagi yang berebut nak tengok TV dan main games..

Apa pun, memang seronok. Lama dah tak jumpa derang ni. Kalau ada acara cam ni, baru la dapat nak bersama, bergelak ketawa dan bertukar cerita-ceriti..

With My Teenage Cousin

To My Kazen, Zetty Suhana Mohd Samsu dan hubby, Mohd Kamal serta anak buah ku yang cute tu, rugi ler, korang tak datang!

Salam Kasih,

Hutang

Salam,

Ya, saya masih berhutang satu article berkaitan car seat. Memang ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh melatih anak saya duduk diam-diam dalam car seat.

Nanti saya cerita, saya masih belum ada kesempatan  utk menulis pasal car seat sebab menulis bukan boleh hentam kromo sahaja tapi memerlukan sedikit penyelidikan dan mendapatkan maklumat terperinci yang sahih sumbernya..

Nanti kita cerita ya.

Salam Kasih,

Hadiah Harijadi :: Basikal

Salam,

Akhirnya semalam saya belikan juga basikal sebagai hadiah harijadi untuk Qistina. Tapi bukan basikal Barbie seperti yang diminta.

Kata hubby saya, jangan ajar anak beri barangan mahal dan berjenama, nanti takut terbiasa sampai besar. So semalam selepas saya selesai dengan tugasan di Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu di PJ, saya  terus lari ke MLO, Sri Kembangan sekejap untuk ambil stok Pam Mamivec yang diorder oleh salah seorang peserta kelas.

Dalam perjalanan pulang, teringat pulak yang My Dear sedang buat warehouse sale dan akan berakhir semalam juga. So saya ke sana dan kebetulan ada la 2 basikal warna pink. Kira ok la tu.. Tayar belakang tambahan yang lebar, kira boleh la..Keselamatan basikal saya rasa dah ok dah.Jadi terus jer beli..

Masa saya sampai di rumah, Qistina, Qaisara dan Hubby sedang tidur petang. Kesian hubby sebab kena jaga anak seharian.

Thank you, Darling!

Agaknya bila saya dan adik saya, Aishah bercakap cakap, Qistina terjaga. Terus Adik saya beritahu Qistina yang Ummi belikan dia basikal baru.

Huh, terus bingkas bangun dan keluar untuk melihat basikal. Terus suruh unwrap basikal yang dibungkus dalam plastik.

Terus cuba kayuh keliling kereta Ummi..hehehe..Senyum jer dia bila dapat basikal. Lebar plak tu..

Senyuman Manis Qistina :: Gambar oleh FeverPictures

Salam Kasih,

Testimonial Mengenai Breastfeeding Consultation – Mekasih

Salam,

Saya sedang menggodek-godek blog Kak Zaiton. Lama tak membaca dan memberi komen di sana.

Tetiba ada satu posting yang Kak Eton tulis yang buat saya ala-ala blushing dan kembang  jiwa sikit.

Huhuhu..Kak Eton, thank you la for the compliment.. Segan aii u.. Kepada ananymous yang beri komen

tu pun mekacih la yer atas pujian yang diberikan.

Saya bukan buat apa pun, just tulun apa yang boleh dan membantu memberi ketenangan jiwa pada ibu-ibu ni jer sebab kita sebagai manusia memang akan selalu memerlukan sokongan dan perlu diberi semangat..

Sejujurnya saya juga adakalanya juga menghubungi rakan-rakan lain untuk dapatkan sokongan &  semangat dalam breastfeeding kerana saya juga seorang manusia. Apa yang anda hadapi saya juga alaminya..

Kak Eton, Tahniah kerana anda mendapat let down kembali!

Salam Kasih,

Update : Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (14 Mac 2010)

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya selesai tugas saya pada tengahari tadi.
Menyampaikan ilmu yang tiada batasannya untuk ibu-ibu dan ayah-ayah yang sangat prihatin pada kesihatan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh si manja tersayang.

sekitar kelas berlangsung

Seramai 16 peserta telah menghadiri menghadiri kelas ini. Anak-anak kecil juga tidak ketinggalan turut bersama-sama mommies dan daddies di dalam kelas ini. Semangat yang mommies dan daddies tunjukkan dalam nak memahami dan mengenal dunia breastfeeding amat dikagumi. Paling saya suka, ibu dan ayah saudara saya juga hadir ke kelas saya pada kali ini (mereka sangat muda ya).

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana anda memilih penyusuan susu ibu. Semoga breastfeeding akan kembali menjadi budaya masyarakat kita dalam masa terdekat. Amin.

Team Baby N Me yang bertugas pada hari ini

Ini adalah testimonial yang dibuat di Facebook saya oleh salah seorang peserta kelas pada 14 Mac 2010 yang lalu.

Jumpa lagi di kelas yang akan datang!

Salam kasih,

p/s: ramai pulak yang jejak kasih semasa hadir ke kelas ini. Rakan-rakan lama bertemu semula..Tahniah..

British Council Storytelling

Salam,

Just want to share a good and free activity for your children and you at MPH Book Store.

Teachers from the British Council will be conducting free storytelling sessions for children aged between 4 and 8 at MPH Megastore 1 Utama and MPH Mid Valley.

I already booked my daughter’s place for next week. Only 7 place left at MPH Mid Valley after i registered my daughter just now.

Cepat gi register.. Butiran and contact no adalah seperti berikut:

Date : 21/03/2010
Time : 14:00 – 15:00
Venue: MPH Megastore 1 Utama and MPH Mid Valley

MPH Megastore 1 Utama
F319 & S319, 1st and 2nd Floor
1 Utama Shopping Centre
No. 1, Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama
47800, Petaling Jaya
Selangor

MPH Mid Valley
Unit JA1, Ground Floor
Mid Valley Megamall
Mid Valley City
58000
Kuala Lumpur

Admission
Admission is free.

Places are very limited so book a place for you and your child today by contacting the respective outlets by phone or email.

MPH Megastore 1 Utama
03 7726 9003
csoneutama@mph.com.my

MPH Mid Valley
03 2938 3818
customerservice@mph.com.my

See you there!

Salam Kasih,

Itinerari Program Untuk Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Pada 14 Mac 2010 (Ahad)

Salam,

Kepada para peserta kelas, berikut adalah itinerari program pada hari tersebut. Email berkenaan juga akan diemail kepada peserta.

KELAS ASAS PENYUSUAN SUSU IBU
14 MAC 2010
9.00 Pagi – 12:30 Tengahari
Bilik Tiara Zamrud, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
*Flat rate parking @ RM4.50

Itinerari Program :

8: 45 – 9.00 : Pendaftaran Peserta & Sarapan Ringan

9.00 – 9.05 : Kata-kata Aluan

9.05 – 9.45 : Istimewanya Susu Ibu

9.45 – 10:30 : Bagaimana Menjayakannya

10:30 – 10.45 : Jamuan Ringan & Tayangan Video

10.45 – 11.30 : Kemungkinan, Kekangan & Mitos Dalam Penyusuan

11.30 – 12.15 : Penyimpanan dan Pengendalian Susu Ibu

112.15 – 12.30 : Soal Jawab

12:30 : Bersurai

Sebarang pertanyaan, boleh telefon 016-3855189

Jumpa Di Sana!

Salam Kasih,

Support Group Meeting 2 (Susuibu.com)

Salam,

Berikut adalah butir-butir SGM2 susibu.com seperti dibawah :

Topic: Managing Myths in Breastfeeding
Tarikh: 28 March 2010
Waktu: 9am-10am
Tempat: Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.
Konsep: Pot Luck
Tema: Purple

Selepas SGM seperti biasa ada demo BW daripada wakil MBM. 

Dan juga playgroup Session for kids, 2-6 years old (with guardian, father or etc)
Fees: RM17 per head
(limit for 15 kids only)
Conducted by Teacher Farah

Insyallah 

Sila daftar kehadiran untuk SGM2 disini

Jika ada anak2 yang nak menyertai playgroup sila daftar disini:
DAFTAR PLAYGROUP

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
February 2026
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.