Archive for the ‘Breastfeeding’ Category
Video Perjalanan 9 bulan
Hari ini, ibu saudara saya telah menunjukkan satu video yang sangat menyentuh hati, naluri dan perasaan saya sebagai seorang ibu. Tatkala melihat video ini, saya terkenangkan kedua anak saya yang berada di taska..Ahh..Rindunya..Rasa nak cepat-cepat peluk mereka.. Video ini adalah video asal. Yang saya lihat sebelum ini telah diedit dan lebih pendek. So ibu-ibu mahupun ayah-ayah diluar sana, lihatlah perjalanan kita sebelum dilahirkan ke dunia ini…SAYA SANGAT SANGAT SUKA VIDEO INI. Terima kasih kepada yang membuatnya…
ini pulak versi yg telah diedit:
Touching sangat kan? Meleleh air mata bila menonton video ini…To my mama, “MAMA, I Love U So Much!” & To both of my Girls, “Ummi Loves You Both Too..Loves U so Much!!”

Qistina di hari pertamanya

Qaisara di hari pertamanya di Dunia
Salam Kasih,
Jangan abai Anak yang lebih tua
Majlis Berbuka Puasa
Salam,
Tahun ni rasanya minggu lepas baru ni baru la saya ada feel nak berbuka di luar. Itu pun kerana memenuhi undangan rakan dan mentor-mentor saya.
Jumaat lepas saya telah ke majlis berbuka puasa di Bangi kerana memenuhi undangan daripada pemilik-pemilik Nuturing Concept Sdn. Bhd. yang juga pengasas SUSUIBU.COM & MOMS LITTLE ONES (MLO) di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Jumpa la ramai rakan seperjuangan. Sedap juadahnya.. Namun begitu hanya dapat meluangkan masa seketika sahaja di sana kerana mengejar masa untuk pulang kerana jarak Bangi & Klang bukannya dekat..Anak-anak pula dah mengantuk especially Qaisara. Dalam perjalanan pulang akhirnya kedua buah hati saya lelap dan terus lena hingga ke pagi




Kepad Tuan Rumah yang berdua tu, Terima Kasih daun keladi kerana menjemput saya sekeluarga..Tahun depan jemput lagi yer…
Pada hari Sabtu pula, saya berbuka puasa dengan rakan-rakan sepejabat di Hotel Concorde, Shah Alam.. Kami masing-masing datang bawa keluarga demi untuk mengeratkan siraturrahim antara kami..
Wahhh..makananannya memang sedap-sedap belaka..ada persembahan nyanyian yang membuat Qistina terpegun dan melihat dengan penuh minat…






Errr..apa pun saya tetap voted PJ Hilton kerana memang tiada yang dapat menandingi kesedapan makanan-makanan yang ada di sana…waaa..saper nak belanja makan kat PJ Hilton ni?
Produk terkini Baby N ME. JUBAH MENYUSU UNTUK HARI RAYA.
Hari raya kian tiba tentu ramai ibu2 yg menyusukan BB mereka tercari2 jubah yg menarik dan memudahkan untuk Menyusu….di butik Baby N Me. Stok terhad dapatkan dgn secepatnya. Harga offer hanya sehingga 12 September 2009 sahaja.
Material: sutera cina Mempunyai zip ditengah hingga paras pusat Memudahkan untuk menyusu hanya menyelak ditengah2 dan selak dikiri dan kanan Andai tidak menyusu lagie jubah ini juga sesuai digayakan kemana sahaja Mempunyai corak yg menarik Berlengan panjang Mempunyai hanya 4 size sahaja..
Nota : Jubah ini mempunyai sedikit masalah di mana bahagian dalamnya telah dijahit terbalik. Oeh itu, jubah ini telah didiskaunkan sebanyak 30% disebabkan oleh masalah tersebut.
Keterangan lanjut sila lihat di online store BABY N ME kat www.babynme.com.my



Ukuran: S Bahu: 37.5cm / 14.6′ Ukur lilit dada: 86.5cm / 33.9′ Ukur lilit punggung: 101.5cm / 39.8′ Labuh tangan: 53.5cm / 21′ Labuh baju: 129cm / 50.5′
Ukuran: M Bahu: 40.5cm / 15.8 Ukur lilit dada: 93.5cm / 36.6′ Ukur lilit punggung: 104.5cm / 41′ Labuh tangan: 55.5cm / 21.7′ Labuh baju: 130cm / 51′
Ukuran: L Bahu: 42.5cm / 16.6′ Ukur lilit dada: 99.5cm / 39′ Ukur lilit punggung: 107.5cm / 42.1′ Labuh tangan: 57cm / 22.2′ Labuh baju: 131.5cm / 51.6′
Ukuran: XL Bahu: 45.5cm / 17.8′ Ukur lilit dada: 102.5cm / 40.2′ Ukur lilit punggung: 111cm / 43.5′ Labuh tangan: 58cm / 22.6′ Labuh baju: 132.5cm / 52′
Salam Kasih,
Hari Susu Ibu, Bowling Tournament, BF Talk Di TESCO Banting & Alumni Politeknik 1 Malaysia
Assalamualaikum & Salam Mesra,
Minggu yang lepas terlalu banyak jemputan untuk acara yang berkaitan dengan World Breastfeeding Week. Daripada jemputan Majlis Sambutan Breastfeeding Week di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Forum Breastfeeding di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Hari SusuIbu.com di Kajang dan Majlis Say Yes To Breastfeeding oleh Dmoms N Baby Links (Breastfeeding Support Group) di KL Sentral. Akhirnya saya hanya dpt menghadirkan ke majlis Hari Susu Ibu di Kajang. Itu pun hanya sekadar berada dalam 2 jam sahaja di sana kerana saya dan keluarga terpaksa berkejar pula ke Plaza Ole-Ole di Seksyen 18, Shah Alam untuk Bowling tournament yang dianjurkan oleh opis hubby. Tak sempat langsung nak jengah ke majlis Dmoms N Baby Links di KL Sentral. Majlis Hari Susu Ibu memang meriah dan saya juga tak lepas peluang untuk ambil bahagian dalam acara yang di anjurkan..hahahaha..sampai-sampai jer terus naik pentas ambil bahagian untuk baby merangkak & kemudian babywearing plak.. Dapat la jumpa kawan-kawan & mentor-mentor dalam dunia penyusuan..

Dr. Nazatul Shiha, Pn. Zatul Hijanah & Pn. Rita Rahayu

Pn. Ida Murni, Pn. Zarina & Pn. Zatul Hijanah

Pn. Zatul Hijanah & Pn. Nor Kamariah (IBCLC)
Sabtu akan datang ini pula (15 Ogos 2009) saya telah dijemput oleh Hospital Banting untuk memberi ceramah mengenai Penyusuan Ibu Bekerjaya di TESCO, Banting. Terima kasih pada Puan Rita Rahayu (Kak Rita, thanks a lot) di atas recomendation yang beliau berikan.
Selepas majlis tersebut, petangnya pula saya terpaksa bergegas bertolak ke Ipoh, Perak bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Alumni Politeknik Satu Malaysia di Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang akan diadakan pada keesokan harinya, Ahad (16 Ogos 2009). Ini bagi melaksanakan tugas saya sebagai wakil kepada Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. Saya merupakan AJK Biro Ekonomi dalam Alumni PSA (kepada bekas pelajar PSA, please contact saya sebab saya sedang mencari bekas-bekas pelajar PSA untuk dikumpulkan bagi ALUMNI PSA. Banyak acara nak buat ni such as dinner and etc la. Contact yer!)
Emmm..Sibukkan seorang saya ini? Rasanya daripada awal tahun hingga kini saya masih belum ada cuti lagi. Penat memang penat tapi heran juga la sebab badan saya tak juga turun beratnya. Makin naik ada la..Naper ekk? Hahahaha..cuba tolong saya fikir-fikirkan sebabnya, boleh?
OK la. Nanti kita jumpa lagi nanti.
Salam Kasih
Zatul Hijanah Ramzi
Certified Lactation Counselor
p/s: ada sesiapa nak joint breastfeeding support group
1) Malaysian Breastfeeding Mom (MBM) – Kalau ada boleh hubungi Pn. Suraya (Lunatots) atau Pn. Farah (Sarakids)
2) Dmoms N Baby Links – Kalau ada hubungi talian 03-89488944
Pengumuman – Penangguhan Kelas Asas Penyusuan
Assalamualaikum,
Dukacita dimaklumkan bahawa kelas asas Penyusuan bagi expected parents terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian kerana saya perlu memenuhi undangan untuk memberi ceramah berkaitan Penyusuan Ibu Bekerjaya oleh Hospital Banting di TESCO, Banting pada hari yg sama.
Salam Kasih,
Bonda Q d;D
Artikel Saya & ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah MAMI & BABY
Assalamualaikum & salam ceria,
Akhirnya keluar lah sudah artikel yang telah saya submit pada awal June yang lalu di majalah Mami & Baby. Juga ruangan Soal jawab Laktasi yang akan dijawab oleh saya sendiri di majalah tersebut. Sebenarnya, persetujuan untuk bekerjasama dengan majalah ini terjadi sejak pada akhir bulan April 2009 yang lalu. Sepatutnya artikel & ruangan soaljawab tersebut akan keluar pada bulan Julai namun begitu, pihak majalah memindanya pada Ogos kerana bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu ibu pada 1 – 9 Ogos ini. Maka ini lah hasilnya..Anda akan nampak nama saya berada di cover majalah tersebut. Oh ya, isu kali ini cover modelnya ialah Puan Linda Jasmine yang sedang sarat mengandung.


Insya Allah, kerjasama saya dengan majalah Mami & Baby ini akan berterusan pada setiap isu & bulan. So anda akan melihat saya di majalah Mami & Baby untuk berapa lama yer? Harapnya selama yang boleh la, kan..Niat saya hanya satu, iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana untuk berjaya menyusukan si manja tersayang..Sejujurnya saya katakan, saya juga seperti ibu-ibu yang lain, masih lagi belajar dan belajar mengenai breastfeeding. Terlalu banyak yang perlu di cover bila menyebut mengenai breastfeeding. Terlalu luas.. Terlalu banyak keadaan & kemungkinan dalam menyelesaikan masalah berkaitan breastfeeding. Saya amat susah hati & tak senang duduk jika ada ibu yang bertanyakan soalan dan saya tidak dapat memberikan jawapan dengan segera… Bukan mudah untuk memberikan jawapan yang segera kerana jika tersalah beri jawapan, masalah ibu tersebut akan bertambah teruk. Begitu juga jika maklumat berkaitan ibu dan bayi tidak kita ketahui dengan lengkap..Jadi saya amat menghargai & mengalu-alukan soalan daripada anda, agar ilmu yang ada akan bertambah & dapat kita kongsi & gunakan bersama nanti.
Oh ya, jangan lupa yer dapatkan Mami & Baby Isu Ogos 2009 ni..banyak info berguna..dan juga jangan lupa berkunjung ke Mini Karnival KLfm di Angkasapuri pada 1 ogos 2009 ni dari 8.30 pagi – 5 petang..saya berundur dulu buat kali ini yer…
More info boleh rujuk www.mamibaby.com.my
Salam kasih.
Mini Karnival KLfm Di Angkasapuri
Assalamualaikum,
Just nak ajak kawan-kawan yang diluar sana untuk meramaikan lagi acara mini KLfm yang akan diadakan di Angkasapuri. Saya serta krew BABY & ME akan turut ada bersama memeriahkan acara tersebut. Antara acara yang bakal diadakan ialah seperti berikut:
Tarikh : 1 Ogos 2009 ini (Sabtu)
Tempat: Padang Semarak, Angkasapuri
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Aktiviti : Anda boleh
1.Temui dj-dj KLfm
2. Sertai karaoke
3. Gerai-gerai jualan
Sekiranya anda ingin bertemu dengan saya dan mendapatkan breastfeeding consultation pada hari tersebut, adalah sangat-sangat dialu-alukan kerana saya sangat suka bila bercakap mengenai Breastfeeding..
Kita Jumpa kat sana yer..Nanti saya update cerita tersebut. Oh ya, doakan saya sembuh dengan cepat kerana dah 3 hari saya demam & selsema..
Salam Kasih..Muahh!
LATCH ON BY AMEDA
Lacth On Video For Education
Video ini sebagai satu medium untuk ibu-ibu yang baru nak belajar bagaimana untuk menyusukan bayi mereka. Pelekapan amatlah penting dan perlu diambil berat jika ingin berjaya dalam penyusuan susu ibu.








