Archive for the ‘Pemakanan Bayi & Kanak-kanak’ Category

Bagaimana Jika Anak Saya Tidak Mahu Minum Susu?

Salam,

Ini adalah jawapan daripada Pn. Kamariah Alwi,IBCLC , Konsultan Laktasi kepada soalan seorang ibu yang risau tentang anaknya yang berusia 2 tahun yang tidak mahu minum sebarang susu lagi (susu badan, susu tepung dan fresh milk):

Baca yer…

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ‘sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!”

Semoga kita mendapat manfaat daripada tulisan beliau ini.

Salam Kasih,

Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi

Salam,

Untuk dikongsi bersama.

BERITA HARIAN, 24 Jun 2009.

SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.

Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.

Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.

Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.

Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.

Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan “phyto-oestrogens” berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.

Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.

Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit ‘Galactosaemia’ iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ‘Isolated Lactose-intolerance’ iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.

Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.

Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.

Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.

Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.

Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.

Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.

Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

PROFESSOR DR LEE WAY SEAH,
Presiden Kolej Pediatrik
Akademi Perubatan
Malaysia.

DR SOO THIAN LIAN,
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia

Salam Kasih,

Artikel Mei 2010

Salam,

Dah dapatkan majalah Mami & Baby issue Mei 2010? Bulan ni saya menulis pasal Kesuburan & Perancangan Keluarga VS Penyusuan Susu Ibu. Kalau nak tahu lanjut, kena beli la yer majalah ni..

Salam Kasih,

Breastfeeding Position untuk preterm Baby

Salam,

Sejak seminggu yang lalu, saya telah dihubungi oleh seorang ibu yang melahirkan anak yang ke empat dan juga merupakan bayi pramatang. Saya mengikuti sejak seminggu yang lalu mengenai perkembangan bayi ini melalui ibunya, Pn. Madina.

Pn. Madina sangat bersemangat untuk menyusukan bayi beliau walaupun menghadapi sedikit kesukaran. Semangat beliau sangat saya kagumi. Akhirnya saya telah ke rumah mereka yang terletak di Kg. Jawa, Klang malam ini untuk melawat baby dan ibu. Sempat juga saya mengajar macam mana nak breastfeed cara baring.

Bayi pramatang seperti yang kita tahu, segalanya tentang mereka memang belum fully develop. So mereka sangat kecil dan pragile. Bayi pramatang juga selalunya tidak mempunyai daya suction yang sekuat bayi cukup bulan. Tempoh satu-satu penyusuan juga akan memakan masa yang agak lama kerana mereka akan berhenti beberapa kali kerana kepenatan. Oleh itu, kesabaran ibu sangat penting semasa menyusukan bayi pramatang.

Posisi penyusuan juga memainkan peranan dalam menyusukan bayi pramatang. Antara posisi berkesan yang boleh dicuba untuk bayi pramatang oleh ibu ialah posisi dukung buai  ataupun “football hold”.

Anda boleh menggunakan bantal sebagai support semasa anda menggunakan posisi “football hold” ini.

atau begini

penggunaan ‘kanggaroo care’ juga dapat membantu bayi pramatang dalam perkembangan mereka dan juga sebagai dorongan dan galakan mereka untuk menyusu secara terus daripada ibu apabila mereka telah sesuai dan mampu untuk berbuat demikian.

Penjagaan secara “kanggaroo care ini juga bukan hanya boleh dilakukan oleh ibu tetapi Ayah juga boleh membantu dalam proses penjagaan ini.

Kepada Pn. Madina, jangan putus asa. Semangat anda sangat kuat dan Tahniah kerana telah memilih Breastfeeding untuk yang tersayang walaupun menempuh sedikit kesukaran. Insya ALLH, you akan berjaya. I doakan.

Salam Kasih,

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (June 2010)

Salam,

Kelas asas penyusuan susu ibu untuk bulan June 2010 akan diadakan pada tarikh , waktu dan tempat berikut:

Tarikh : 19  June 2010 (Sabtu)

Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat : Bandar Putera

Topik yang akan dibicarakan ialah:

1.Apa istimewanya susu ibu?

2. Bagaimana menjayakannya

3. Kemungkinan, Kekangan dan Mitos dalam penyusuan susu ibu

4. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu

Maklumat lengkat tengok posting kat atas mengenai kelas tu yer…

Mommies & daddies, minta tolong war-warkan yer..

Salam Kasih,

1st PERAK BREASTFEEDING SUPPORT GROUP MEETING

Salam,

Akhirnya! dengan bangganya saya nak war-warkan pada semua warga negeri Perak. satu SGM akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

TARIKH : 2 MAY 2010
TEMPAT : PADANG POLO, IPOH
MASA : 9.00 PAGI
KONSEP : SANTAI AND BAWA POT LUCK. SESIAPA YG ADA TIKAR LIPAT KAT RUMAH LEH BAWA JUGAK.
SGM TOPIC : AKAN DI VOTE PADA HARI ITU.

BOLEH BAWA FAMILY.

SESIAPA YG TAK PASTI DI MANA PADANG POLO, LEH CALL
CONTACT NUMBER : 0192121088 (if tak dapat call, pls sms so that Dr. Nadrah will return ur calls)

Tahniah pada Dr. Nadrah atas usaha menyatukan breastfeeding momms kat Perak. insya Allah, bila ada kesempatan, next SGM saya teringin nak joint juga kat Perak ni. kalau setakat buat kat Ipoh, saya sanggup lagi turun ke sana sebagai tanda sokongan saya.

Orang Perak, jangan lepaskan peluang tau! joint jangan tak joint!

P/S: Tiba tiba rindu nak balik Taman Melati, Lumut. Apa khabar orang sana? Hujung tahun lepas balik sekejap jer, wahh, dah lain benar dah Taman Melati, Sri Manjung, Sitiawan dan Lumut..Rindunya pada sana…

Salam breastfeeding,

Menyusu lebih daripada 2 tahun : Utusan Malaysia Online – Bicara Agama dan Keberkatan Susu Ibu : Harian Metro

Salam,

Hari ini 2 media cetak yang berlainan membicarakan mengenai susu ibu, satu di Utusan Malaysia, didalam ruangan Agama yang menjawab persoalan menyusukan anak lebih daripada 2 tahun dan satu lagi di harian Metro yang bercerita tentang Keberkatan Susu Ibu. Nampak gayanya, susu ibu dah semakin menjadi perhatian ramai di Malaysia dan dah ramai yang ada kesedaran. Alhamdulillah. Pada yang tak berkesempatan untuk membaca, saya sertakan link utk anda baca artikel dan soaljawab Agama tu.. klik saja pada link kat bawah yer..

Utusan Malaysia Online – Bicara Agama.

Harian Metro

Salam Kasih + Breastfeeding,

Update : Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (14 Mac 2010)

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya selesai tugas saya pada tengahari tadi.
Menyampaikan ilmu yang tiada batasannya untuk ibu-ibu dan ayah-ayah yang sangat prihatin pada kesihatan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh si manja tersayang.

sekitar kelas berlangsung

Seramai 16 peserta telah menghadiri menghadiri kelas ini. Anak-anak kecil juga tidak ketinggalan turut bersama-sama mommies dan daddies di dalam kelas ini. Semangat yang mommies dan daddies tunjukkan dalam nak memahami dan mengenal dunia breastfeeding amat dikagumi. Paling saya suka, ibu dan ayah saudara saya juga hadir ke kelas saya pada kali ini (mereka sangat muda ya).

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana anda memilih penyusuan susu ibu. Semoga breastfeeding akan kembali menjadi budaya masyarakat kita dalam masa terdekat. Amin.

Team Baby N Me yang bertugas pada hari ini

Ini adalah testimonial yang dibuat di Facebook saya oleh salah seorang peserta kelas pada 14 Mac 2010 yang lalu.

Jumpa lagi di kelas yang akan datang!

Salam kasih,

p/s: ramai pulak yang jejak kasih semasa hadir ke kelas ini. Rakan-rakan lama bertemu semula..Tahniah..

Artikel Saya Di Mami & Baby (Mac 2010) dan BABY N ME Di PA & MA (Mac 2010)

Salam,

Dah beli majalah Mami & Baby dan juga Pa & Ma?

Dah keluar dah isu Mac 2010. Kali ini saya bercerita mengenai Kolostrum. Nanti Baca la yer..Kalau ada yang perasan sejak daripada awal-awal pembabitan saya dalam penulisan dengan Mami & Baby, saya juga mengendalikan ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah yang sama.

Artikel MAC 2010

Ruangan Soal Jawab Laktasi

Dah baca ker?

Oh ya, Baby N Me juga ada keluar di Ruangan MAMA PUNYA di majalah PA & MA (Mac 2010). Ada perasan ker? Alhamdulillah.. Baby N Me juga dah dapat liputan dalam majalah. Walaupun kedai fizikal masih belum beroperasi di tempat yang sepatutnya dan hanya bersiaran terus dari bilik kecil di rumah saya, saya bersyukur kepada ALLAH kerana memberi saya kekuatan untuk mengendali dan menerajui jenama BABY N ME ini. Semoga BABY N ME terus maju ke hadapan. Semoga saya boleh bekerja sendiri tahun ini..Aminn..

Nanti Baca yer…

Salam Kasih,

KOLOSTRUM – MENJAWAB PERSOALAN ISU TIADA SUSU DIAWAL KELAHIRAN

Salam,

Tentunya sekarang anda sedang bersama keluarga dan sedang bersantai ataupun sudah mahu melelapkan mata. Saya pula sedang mengambil kesempatan di masa yang terluang ini, selepas anak-anak dah tidur untuk menulis artikel pendek berkaitan kolostrum. Artikel ini juga saya letakkan di  Ratuhati.com.

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana terlalu ramai ibu yang mengadu dan terus mengadu mengenai masalah tiada susu di hari-hari pertama kelahiran bayi mereka dan juga bagi menjawab soalan seorang ibu baru yang mengadu susunya tidak keluar di Ratuhati.com. Diharap selepas ini, segala persoalan anda akan terjawab dengan adanya sedikit penerangan pendek daripada saya melalui artikel ini.

Untuk makluman, di awal-awal kelahiran hanya sedikit susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kuning yang juga dikenali sebagai kolostrum yang akan keluar.

Kolostrum ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam 24 jam.

Baby hanya memerlukan 60ml -100ml dalam tempoh 24 jam ini. Purata pengambilan kolostrum dalam tempoh 24 jam adalah hanya 37ml. Sangat sedikit jumlahnya namun ianya merupakan jumlah yang sangat sesuai dengan keadaan saiz perut bayi dan juga ketidakmatangan organ dalaman bayi seperti usus dan buah pinggang. Kandungan susu ibu ini akan bertambah dalam tempoh 36 jam yang berikutnya dan akan terus bertambah seiring dengan keperluan bayi.

Sebagai makluman, perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil dan contoh terdekat yang boleh dijadikan panduan untuk saiz perut bayi baru lahir  ialah ianya hanya sebesar kacang.

Kolostrum ini akan keluar pada hari pertama – ketiga kelahiran dan ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk bayi. Ia juga membantu bayi menghasilkan antibodinya sendiri. Bagaimana pulak boleh hasilkan antibodi? Kerana didalam kolostrum ada protein yang dikenali sebagai SIgA dan SIgA ini berfungsi sebagai antibodi dan hanya terdapat di dalam susu ibu sahaja.

Selain itu, kolostrum mengandungi 67 kalori bagi setiap 90 ml kolostrum. Kandungan kalori ini amat diperlukan oleh bayi bagi membantu pertumbuhan bayi.

Kesimpulannya, kolostrum di ibaratkan sebagai suntikan imunisasi pertama yang diperolehi oleh bayi sebaik sahaja dilahirkan dan mengandungi antibodi dan   sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal. Selain SIgA, ianya juga mengandungi Lactoferin, Lactalbumin, Glycoprotein, Cytokines dll) yang membantu melawan virus, bakteria, jaundis, alergi dan toksin.

Oleh kerana susu ibu ini senang diserap dan senang juga dihadamkan, maka bayi akan cepat merasa lapar semula. Oleh itu susukanlah bayi anda dengan kerap (8 – 12 kali /24 jam) dan pastikan bayi anda mendapat susu awal dan juga susu akhir. Namun begitu, adalah diingatkan bahawa tangisan bayi yang baru lahir adalah tidak membawa makna yang bayi anda lapar. Ianya mungkin kerana lampin basah, sakit perut, mahu tidur ataupun kerana bayi inginkan ibunya memeluk dia kerana bayi yang baru lahir berasa selamat dan sangat tenang bila mendengar degupan jantung ibu. Ini kerana sudah 9 bulan lama bayi anda mendengar degupan jantung anda dan bagi mereka, degupan jantung anda adalah irama yang sangat merdu dan indah.

Stimulasi kepada breast ataupun bahasa mudahnya rangsangan kepada payudara dan penyusuan yang kerap dengan pengosongan susu ibu yang baik, akan membantu pengeluaran susu peralihan dan susu matang serta akan menjamin kejayaan anda dalam usaha untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu secara esklusif (tanpa makanan dan minuman tambahan).

Kolostrum ini juga akan dapat membantu bayi anda mengelurakan mekonium (tahi pertama bayi) yang berwarna hitam dan dapat membantu mengurangkan risiko menghidapi jaundis/penyakit kuning (Sila rujuk artikel saya yang terdahulu berkaitan Jaundis dan Penyusuan Susu Ibu).

Sekiranya anda memerlukan sokongan dan panduan berkenaan susu ibu, anda boleh menghubungi saya melalui email  di admin@babynme.com.my ataupun di talian 016-3855189. Saya sedia membantu anda.

Dapatkan juga info berkaitan kolostrum melalui artikel saya di Majalah MAMI & BABY isu MAC 2010 nanti.

Saya juga akan menganjurkan satu kelas asas penyusuan susu ibu pada 14 Mac 2010 di Hotel Singgahsana, Petaling jaya.

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
December 2019
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.